Friday, August 18, 2017

TOYOTA ECO YOUTH (TEY) | KEMBARA JOM JIMAT ELEKTRIK


TOYOTA ECO YOUTH (TEY) | KEMBARA JOM JIMAT ELEKTRIK | Pada 27 / 7 / 2017 (Selasa), seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017

SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


Team ECO Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri ke dua dari kanan. 


MENINGKATKAN KESEDARAN TENTANG KEPENTINGAN MENJIMATKAN ELEKTRI

Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi cara-cara menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 

Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik


Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Di samping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan


"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."
Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Share

Other Article

TOYOTA ECO YOUTH (TEY) | KEMBARA JOM JIMAT ELEKTRIK
4/ 5
Oleh

4 Comments

Comments
avatar
18.8.17

Kempen yg bagus kite ikuti..

Reply
avatar
19.8.17

menarik ni..boleh cuba..
walaupun bil elektrik rumah tak sampai 100 sebulan, mungkin sebab anak baru 2 dan masih kecil..

dah besar nanti lain pula ceritanya..

Reply
avatar
21.8.17

bagus kan kempen ni.. jom jimat elektrik!

Reply
avatar
21.8.17

penghawa dingin 25C keatas mmg tk rasa la .. heheh ussually kena 22-24 celcious

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)