Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, July 11, 2017

HITZ CAFE TANJONG MALIM | MELANTAK WESTERN FOOD DI SINI


HITZ CAFE TANJONG MALIM | MELANTAK WESTERN FOOD DI SINI | Lamanya dah tak membebel pasal makanan dan tempat makan yang best-best. Sejak raya hari tu, mood nak update blog memang jatuh merundum teruk la. Harini baru ada semangat sedikit untuk berceloteh sedikit. Panaskan enjin balik. Untuk entri kali ni ena nak share dengan you all satu kedai makan yang menyediakan Western Food di area Tanjong Malim. MY HOMETOWWWNNN! Hiks. Lama juga tak memburu kat kawasan tempat tinggal ena ni tau. Yela, selama ni asyik pergi memburu di sekitar Kuantan sahaja.

Okay, restoran kali ini diberi nama Hitz Cafe Tanjong Malim. Ena dah lama target nak pergi kat sini tapi itulah, sibuk belajar kat Kuantan. Hmmm. So bila cuti lama ni baru berkesempatan untuk  pergi memburu. Kali ni ena memburu dengan partner foodhunter ena macam biasa la, si Yazid. Ena tertarik untuk memburu di sini sebab tempat cafenya memang nampak unik dan cantik. Gaya hipster gittew. Kalau nak tahu cafenya bagaimana, sila teruskan pembacaan you all ya.


HITZ CAFE TANJONG MALIM



Hitz Cafe ini terletak di dalam pekan lama Tanjong Malim, Perak yang berhadapan dengan barisan kedai kasut Bata, Tabung Haji dan juga Public Bank. Nak senang you all waze je nama cafe ni, inshaAllah sampai la. Bagi yang tahu selok belok kat sini, senang jelah nak cari. Okay, bagi memudahkan you all lagi, ena share alamat Hitz Cafe di bawah ini. Semoga dapat membantu lagi

ALAMAT:
HITZ CAFE TG.MALIM
30, Jalan Chong Ah Peng,
Taman Hijau 2, 
35900 Tanjong Malim, 
Perak

WAKTU OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
(11am - 8pm)


Hitz Cafe ini boleh dikatakan adik-beradik dengan Easy Cafe Tg.Malim dan E-Place Tg.Malim. Ena cakap macam ni sebab tengok kat dinding dalam Hitz Cafe ni ada tulis nama dua cafe ni. Kalau you all nak kepastian, boleh la mai sendiri dan melantak kat sini, okay?


MENU YANG DIPILIH 

Ena tak tahu nak pilih makanan Western apa kat sini, semua nampak sedap-sedap dan menarik. Lagipun ena makan berdua masa ni dengan partner memburu ena, so kami pilih dua menu je yang berat sebab nak makan terus untuk dinner. Yang pasti ena mesti pilih yang bercheese. I love cheeseee.Jeng jeng jeng, apakah itu yaaa.

Okay, jom tengok menu pilihan kami.

Cheese Baked Rice with Chicken Chop. I love it so much! Sebab banyak cheese dia letak, I loike. 

Hazelnut Coffee dan Plain Water (Partner ena nak diet kunun) 

Chicken Grill Cheese 

Truly Madly Fruity. Pencuci mulut kami. Nice! Tak terlampau manis, I loike



FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Kedainya memang berseni, kemas dan membuatkan orang tertarik untuk makan di sini. Kebersihan dan kekemasan di jaga, ena nak makan pun selesa. Sebab tempatnya tertutup dan berpenghawa dingin.





SERVIS: Masa ena datang ni, pelayannya gadis-gadis yang comel, mesra dan peramah. Ena selesa dengan layanan mereka. Tidak sombong, tersenyum sahaja. Bila mereka mesra, makanan pun jadi bertambah sedap.

KEMUDAHAN: Di sini ada tempat letak kereta, tapi street parking la. Lepas tu, ada toilet untuk lelaki dan perempuan. Memang bersih toiletnya, jangan risau. Ena dah siap melawat. Ahaks.





MAKANAN: Mengikut apa makanan yang ena dan Yazid pilih, overall sedap. Kalau penggemar Cheese, memang suka la makanan sedemikian. Ena suka sebab ena ni hantu keju. Cuma bila makan makanan berkeju ni, memang jadi cepat muak laa. Tak kisah, janji sedap. Aumnomnomnom.




HARGA: Bagi ena harganya standard. Tak over mahal dan tak terlampau murah. Ena tak kisah sangat mengenai harganya sebab ena dah tersuka makan kat sini. Selesa dan bersih. So, berbaloi apa yang ena dah bayar. Alhamdulillah


DETAILS HITZ CAFE TANJONG MALIM

Kepada you all yang ada di sini dan teringin nak makan makanan Western, you all boleh cuba try test makan kat sini okay? Banyak lagi tempat yang menyediakan makanan Western, dan Hitz Cafe ni salah satunya antara yang terbaik. Kalau you all nak ketahui lebih lanjut dan feedback daripada orang lain, you all boleh lawati Facebook Rasminya di bawah ini. Klik je link tersebut




FACEBOOK:

EMAIL:


NOMBOR TELEFON: 
05-4581888


Share

Other Article

HITZ CAFE TANJONG MALIM | MELANTAK WESTERN FOOD DI SINI
4/ 5
Oleh

11 Comments

Comments
avatar
27.7.17

adoi tengah malam ni akak scroll gambar..!! terlioooo la jadinya.. dessert tu dapnye nampak..

Reply
avatar
28.7.17

sedapnyee fruity fruityyyyy

Reply
avatar
28.7.17

Ehemmmm dengan siapa tuhhhhh. Tapi best laa decoration dia ena. port lepak bagus nih.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Reply
avatar
29.7.17

rasa nak cuba juga la yang pencuci mulut tu .. macam sedap jek ...

Reply
avatar
1.8.17

Terima kasih sebab sudi tinggalkan link blog dekat Fb Uyul untuk diletakkan dalam bloglist pada bulan lepas. :)
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Reply
avatar
2.8.17

Kak ana tgk je pun dah tahu sedap. Lagi2 kalau pencinta cheese mcm kak ana ni. Sep sikit. Kalau dekat kak ana terjah juga ni :)

Reply
avatar
4.8.17

meriahnya cheese dia...

Reply
avatar
4.8.17

Asal masuk jerk blog ina ni, terus terasa lapar.. Adeh..

Reply
avatar
6.8.17

Hi sayang:) Rindunyaaaaaaa tg malim T_T

Reply
avatar
8.8.17

sedapnya keju dia.

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)