Wednesday, June 21, 2017

WATSONS TRIPLE ACTION TOOTHBRUSH | BERUS GIGI YANG BERKUALITI TETAPI MURAH


WATSONS TRIPLE ACTION TOOTHBRUSH | BERUS GIGI YANG BERKUALITI TETAPI MURAH | Siapa kat sini pengguna produk penjagaan diri dari jenama Watsons? Okay tak? Lately  ni ena baru tukar serba sedikit barang penjagaan diri ke jenama Watson. Nak kata sedikit tu, emmm banyak juga sebenarnya seperti sabun badan, facial oil absorbent paper, kapas muka, tisu kotak, tisu poket dan plaster luka.

Ena suka beli barangan jenama Watsons ni salah satunya sebab murah la. Kadang kala dapat harga promosi dan berbaloi pula tu dengan kuantiti yang kita dapat. “Alaaa, jenama Watsons ni bukan elok sangat pun.” Ini mindset ena dulu la sebelum beralih arah ke brand Watsons ni. Tapi bila dah guna, baru diri ni rasa betapa jimatnya membeli barangan penjagaan diri dari jenama  ni. Okay jee kualitinya, tak ada yang mengecewakan ena lagi. Baru-baru ni, ena beli berus gigi daripada jenama Watsons pula. Murahnyaaa lahaii. Functionnya sama je dengan jenama berus gigi yang ena guna sebelum ni. 


WATSONS TRIPLE ACTION TOOTHBRUSH



Serius ena cakap, lepas ni ena guna berus gigi jenama Watsons je. Tak lebih RM10 pun untuk satu paket ni. Satu paket ada 3 berus gigi dan satu berus anggaran boleh guna dalam masa 3 bulan. Kalau satu paket ni, wehhhh! 9 bulan jimat hoiii. Serius! 80% Jimat! Lepas tu, ena yakin dengan jenama Watson ni sebab barangnya semua berkualiti dan bagus-bagus. Yelaa, Watsons ni kan dah lama menapak kat Malaysia serta kat negara lain. Terkenal dengan rakyat Bumi pula tu. Sememang pihak Watsons kena jaga kualiti setiap barangan dari keluaran mereka sendiri.

Kalau you all nak tahu kenapa ena tertarik untuk beli Watsons Triple Action Toothbrush ni adalah sebab reka bentuk berusnya nampak mantap. Warna yang ada pun menarik hati ena, semua ena suka. Ena jenis memilih bab warna-warna ni kalau nak beli barang. Hiks. Selain itu, bila ena baca kelebihan berus ni, terus membuatkan ena setuju nak beli.  Dah sekarang ena dah cuba try test dan memang ternyata berus gigi ni memang best. Haaa! Apa laaa yang bestnya kann? Kalau nak tahu jom teruskan pembacaan you all.


KELEBIHAN WATSONS TRIPLE ACTION TOOTHBRUSH



Berusnya berbentuk S-Shaped Dupont dan strukturnya pun lembut. Ena pilih berus yang lembut ni atas saranan doktor gigi ena hari tu ni. Kalau nak beli berus gigi, kena pilih yang ‘Soft’ atau ‘Ultra Soft’ supaya gigi dan gusi kita kekal sihat dan bersih. Tambahan pula dengan bentuk berusnya sebegitu, lagi senang la nak hilangkan kekotoran kat gigi ni.




Yang berus bergetah tu pula berfungsi untuk cuci dan massage gusi kita supaya darah mengalir dengan lancar secara tak langsung. Selain itu, strukturnya yang lembut tidak menyebabkan lapisan gusi kita terkoyak dan berdarah.




Kat belakang kepala berus ni pula tersedia tempat untuk cuci lidah dan ruang mulut kita. Kalau you all nak tahu salah satu penyebab mulut kita berbau adalah kita tak pernah cuci lidah serta rongga mulut kita ni selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Bukan gigi je kena gosok dengan bersih, lidah dan sekitar mulut pun perlu digosok dan dibersihkan. Mujurlah Watsons Triple Action Toothbrush ni ada sebab dah sedia tempat untuk berus lidah sekali. Nice!




Suka dengan pemegang berus ni sebab saiznya besar, bulat dan mudah nak grab. Lepas tu, reka bentuk pemegang berusnya khas untuk mengelakkan dari rasa licin.  Nampak macam mahal kan macam jenama-jenama berus terkemuka yang lain, padahal harga berus ni murah je. Berbaloi habis.


FEEDBACK DARIPADA ENA



Apa yang ena tulis ni bukan untuk memburukan jenama yang lain dan ena tak halang untuk you all beli jenama yang lain yang lebih mahal. Ena just nak sarankan Watsons Triple Action Toothbrush ni bagi mereka yang sedang berjimat cermat tetapi mahukan berus gigi yang kualitinya sama dengan berus gigi yang lain. Well, tak semua dalam dunia ni yang berduit seperti anda-anda yang berduit ni. Tapi kalau mampu pun, tak salah pun untuk kita berjimat cermat. Ye dok?




Oleh itu, ena sarankan you all untuk cuba try test Watsons Triple Action Toothbrush ni. Harga tak lebih daripada RM10 pun untuk satu paket ni. Satu paket ada 3 batang berus gigi. Fungsinya sama macam berus gigi yang lain yang mana harga berbelas-belas tu. Ena pun dah bertukar kepada berus gigi ni. Jimat dah duit ena kat situ. Hiks. So, buat lah pilihan yang bijak  ye. Itu hak kita semua.


DETAIL WATSONS MALAYSIA

Banyak lagi produk keluaran dari Watsons ni sebenarnya. Semuanya berbaloi-baloi untuk kita miliki. Jangan malu la untuk gunakan produk Watsons, bukannya jenama cikai-cikai pun. Lagipun pakai mahal-mahal pun nak tunjuk kat siapa ye dok. Hiks. Tapi terpulang pada you all la. Ikut keselesaan masing-masing.

Okay, kalau you all hendak menggunakan Watsons Triple Action Toothbrush ni, you all boleh dapatkannya di mana-mana kedai Watsons yang berhampiran dengan you all. Jangan risau, ada je kat mana-mana Watsons. Kalau ada kad member, lagi syok! So, jom jadi member Watsons sekarang bagi mereka yang belum menjadi member lagi. Ena dah selamat jadi member dah.




WEBSITE:

FACEBOOK: 


INSTAGRAM:

HASHTAG OFFICIAL:
#MySwitchAndSave
#WatsonsMalaysia



JOM JOIN TUKAR DAN JIMAT 


Sebelum ena terlupa, jom join sekarang TUKAR dan JIMAT ke jenama Watsons. You all berpeluang untuk memenangi peluang eksklusif SHOPPING SPREE dengan Fasha Sandha. Best kannn! Kalau you all nak join, you all boleh follow steps kat bawah ni ye:-

1) Ambil gambar bersama dengan barangan jenama Watsons yang ditukar dari jenama yang digunakan sebelum ni

2) Kongsikan kenapa tukar ke jenama Watsons

3) Letak hashtag #MySwitchAndSave  dan #WatsonsMalaysia di Facebook & Instagram


Itu sahaja perkongsian daripada ena.  Selamat mencuba ye.


Share

Other Article

WATSONS TRIPLE ACTION TOOTHBRUSH | BERUS GIGI YANG BERKUALITI TETAPI MURAH
4/ 5
Oleh

3 Comments

Comments
avatar
7.7.17

boleh jadi duta berus gigi ina pasni haha

Reply
avatar
14.8.17

Murah jugak ni, sama je fungsinya kan utk berus gigi hehe lps ni kne beli jgk la. Kena jadi pengguna bijak

Reply
avatar
16.8.17

Kak ana pun ada mindset yg sama before. Lepaa try sekali terus suka brgan Watson. Murah dan berkualiti kan.

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)