APA YANG DIMAKSUDKAN SKIM THOHIR DARI PPZ MAIWP
APA YANG DIMAKSUDKAN SKIM THOHIR DARI PPZ MAIWP | Sebagai seorang Muslim / Muslimah, membayar zakat adalah salah satu kewajiban kita laksanakan dan berdosa kalau kita buat tak tahu benda ni bagi yang sudah berkelayakan. Sentuh hal zakat ni, mesti you all tengah terfikir bagaimana untuk buat bayaran dengan mudah dan tempatnya boleh dipercaya.
Oleh itu, untuk perkongsian ena kali ni ianya mengenai PPZ-MAIWP atau nama panjangnya Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. PPZ-MAIWP ini adalah agensi yang berperanan dan bertanggugjawab untuk mengutip zakat di sekitar Wilayah Persekutuan SAHAJA. Segala kutipan zakat ini akan disalurkan ke Baitulmal Majlis Agama Islam dan diberikan kepada golongan yang memerlukan (asnaf) di Wilayah Persekutuan. Bukan untuk satu Malaysia ye. Demi untuk memudahkan umat Islam membayar zakat, PPZ-MAIWP telah melancarkan kempen Skim Thohir. Apa kebenda Skim Thohir ni? Kalau nak tahu, sila teruskan bacaan you all.
SKIM THOHIR PPZMAIWP
Thohir membawa maksud bersih dan sesuailah dengan tujuan zakat itu sendiri dimana ianya membersihkan harta dan jiwa manusia. Skim Thohir pula adalah pembayaran zakat di buat melalui potongan gaji. Dengan cara potongan gaji ini, banyak kelebihannya yang umat Islam di Wilayah Persekutuan boleh dapat. Antaranya seperti berikut:-
Kelebihan Skim Thohir
1) Menjimatkan masa dan tenaga
2) Tidak perlu bersesak atau beratur untuk membayar zakat
3) Mengurangkan kos perjalanan. minyak, tol dan seumpamanya
4) Memudahkan umat Islam membayar zakat bagi yang terlupa tanggungjawabnya
Untuk pengetahuan you all, pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZMAIWP) sedang melakukan kempen Skim Thohir 2017 dengan kolaborasi bersama pihak CIMB Islamic di mana mereka menyediakan hadiah-hadiah menarik seperti pakej Umrah, percutian dan wang tunai. Ini merupakan tahun yang kedua pihak mereka bekerjasama dengan CIMB Islamic. Kempen ini dibuka ramai rakyat untuk menyertai kempen ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah tersebut.
2 FASA KEMPEN DILAKSANAKAN
Fasa 1: sedang berlangsung – Julai 2017
Fasa 2: Ogos – November 2017
BAGAIMANA UNTUK SERTAI KEMPEN SKIM THOHIR?
Bagi you all yang berminat untuk menyertai, berikut adalah cara-cara untuk you all sertai.
a) Bagi yang belum buat bayaran zakat menerusi Skim Thohir, sila lakukannya terlebih dahulu.
b) Dapatkan borang di 11 buah kaunter PPZ-MAIWP yang telah ditetapkan di sekitar Wilayah Persekutuan dari jam 11am – 3pm (Setiap Hari).

Lokasi Kaunter PPZ-MAIWP: Wisma PPZ Dataran Shamelin, Plaza RAH, Kg Baru, Masjid Negara, Wangsa Maju, Wangsa Delima 6, Presint 9, Putrajaya, Presint Diplomatik Putrajaya, Masjid At Taqwa TTDI, Masjid Abd Rahman Bin AUF Puchong, Masjid Imam Al Ghazali Kepong, UTC Pudu Sentra dan, Labuan Times Square Labuan.
Borang ini you all hanya isi sekali sahaja dan secara tak langsung salah satu rukun Islam telah dilaksanakan dengan mudah dan selamat. Seperti yang telah dijanjikan oleh Allah, lagi banyak kita memberi lagi banyak Allah murahkan rezeki kita. InshaAllah. Ena ni masih belum layak untuk membayar zakat, zakat ena pun dibayar oleh parents ena. Lagipun ena belajar lagi, mana ada dapat gaji. Namun, semua ni sebagai satu titik tolak ena untuk tahu lebih mendalam mengenai zakat dan tahu cara terkini untuk membayar zakat dengan lebih mudah.
DETAILS PPZ-MAIWP
Kepada mereka yang ingin ketahui lebih lanjut mengenai Skim Thohir ini, you all boleh tengok pada laman social rasmi mereka. Ena share link kat bawah ni dan you all boleh klik sahaja pada link tersebut. Semoga dapat membantu you all dalam membuat pembayaran zakat pada tahun ini. InshaAllah.
FACEBOOK:
WEBSITE:
YOUTUBE:
1 Comments
skrg ni dah mudah kan nk bayar zakat..scara online boleh..offline pun boleh
ReplyDelete