Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Saturday, June 10, 2017

NUTRIBROWNRICE | MINUMAN BERAS PERANG UNTUK TENAGA


NUTRIBROWNRICE | MINUMAN BERAS PERANG UNTUK TENAGA | Pejam celik, pejam celik, dah seminggu lebih kita berpuasa untuk tahun 2017 ni. Kalau sentuh pasal puasa ni, nak tanya ni, you all bersahur makan apa je? Mesti meriahkan. Lagi-lagi yang stay kat rumah tu. Bestnyaaa laaa dapat bersahur kat rumah, dapat makan masakan panas-panas, kalau dengan family boleh makan beramai-ramai dengan family dan lagi syok boleh masak makanan yang disukai. Isshhh, ena rindu dah kat rumah. Tapi disebabkan hal-hal tertentu, ena kena duduk kat hostel UIAM Kuantan ni. Hal belajar la, bukan hal lain. Hiks.

Bila stay kat hostel, memang makan makanan atau minum minuman segera (instant) jeela kalau sahur. Namun, sahur tahun ni ena tengah amalkan satu produk minuman segera yang sihat dan sekejap je untuk sediakannya. Nama minuman segera tersebut adalah NutriBrownRice . Ianya berasakan beras perang yang telah terbukti akan khasiatnya untuk tubuh badan. You all tahu kan beras perang ni lebih sihat berbanding beras putih yang kita makan selalu tu. Sebab itu harganya lebih mahal. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal minuman ni, kat bawah ni ena share sedikit mengenai NutriBrownRice. 


NUTRIBROWNRICE DARI ABRAND FOOD



NutriBrownRice ini adalah minuman segera yang berasaskan beras perang seperti yang ena dah katakan di atas yang mai dari utara Semenanjung Malaysia. Minuman segera yang sihat ini diformulasikan dengan kaedah teknologi yang tinggi, American Technology dalam melembutkan struktur beras perang ini menjadi minuman segera yang mudah disediakan untuk kita minum.

Kenapa beras perang ini sihat? Okay, beras perang ini mempunyai pelbagai khasiat seperti antioxidant, rendah gula, rendah kolestrol, natural vitamin dan mineral. Sekarang ni ena perasan ramai antara kita memilih beras perang berbanding beras biasa tu. Lagi satu, beras perang ini bersamaan 100% whole grain yang sangat diperlukan oleh tubuh badan seorang manusia tak kira usia, jantina dan bangsa. Kelebihan yang ena katakan ni, kita tak akan dapat sepenuhnya dari beras yang biasa kita makan tu. Bagi yang nak jaga badan dan kesihatan tu, digalakkan untuk makan nasi beras perang. Source: American-Eurasian Journal Of Agronomy 2 (2) : 67-72, 2009


PERISA-PERISA NUTRIBROWNRICE



1) ORIGINAL-NO SUGAR ADDED





2) HONEY




3) ORIGINAL (Most Popular)




4) OAT WITH SOY LECITHIN




5) CHOCOLATE




FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena amalkan minum NutriBrownRice ni ketika nak sahur pada bulan Ramadhan 2017. Minuman ni ala-ala macam nestum tapi strukturnya lebih halus dan mengenyangkan. Apa yang menyebabkan ena bertambah suka dengan NutriBrownRice ini adalah rasanya tidak terlampau manis dan tidak terlampau berat kat perut. Alhamdulillah, ena pun tak rasa cepat lapar ketika seharian puasa. Nak kata ena rehat je sepanjang hari tak juga sebab ena bekerja kat hospital. Kehulu kehilir berjalan. Tapi still perut rasa lambat nak rasa lapar, cuma rasa dahaga tu tak dapat nak dielakkan lagi. Rezeki daripada Allah sebab ena dapat bersahur dengan NutriBrownRice.

Setakat ni dah dua kotak ena minum iaitu yang perisa Chocolate dan Honey. Suka dengan dua-dua perisa tu, tak mengecewakan hati ena lagi setakat ini. Hiks. Yang lain tu belum cuba try test lagi, so ena tak tahu rasanya bagaimana. Harap sedap la. Aminnn. Nanti dah habis sekotak perisa chocolate, ena nak cuba yang perisa oat pula. Weeeee

Kalau you all lebih pentingkan kesihatan you all berbanding dengan kesedapan sesuatu makanan tu, eloklah amalkan minum NutriBrownRice. Berat ena pun makin berkurang sejak puasa hari tu, tak workout mana pun tapi rasa la badan ni ringan. Lagi syok, time puasa pun ena rasa lebih cergas serta sihat. Cuma lately ni badan tak berapa nak kuat sebab perubahan hormon dan overload sedikit. Hmmmm.




Cara untuk sediakan minuman ni pun bukan susah dan tak mengambil masa yang lama pun. Macam yang ena cakap di atas, ala-ala nestum gitttew. Tuang je air panas 100ml - 200 ml, gaulkan dan siap. Dah sejuk sedikit NutriBrownRice tu, boleh la you all makan. Memang tak rugi laaa kalau you all beli minuman berasaskan beras perang ni. 


DETAILS NUTRIBROWNRICE

Dah jatuh hati dengan NutriBrownRice ni? Haaaa, apa lagi, dapatkan la sekarang. You all boleh dapatkannya di laman web atau Facebook rasminya. Nak tahu harga sekotak pun, you all boleh tengok kat laman webnya. Di bawah ni ena share link untuk ke sana. You all hanya klik sahaja.



FACEBOOK:

WEBSITE:


Share

Other Article

NUTRIBROWNRICE | MINUMAN BERAS PERANG UNTUK TENAGA
4/ 5
Oleh

2 Comments

Tulis Comments
avatar
11.6.17

sedap pula tgk ena bancuh dalam cawan tu hehe.. usha jap web nak tengok harga

Reply
avatar
20.6.17

menarik ni..ssuai untuk org2 yg nk diet mcm akk ni hekhek

Reply