MY BOAT NOODLE SUDAH BERADA DI ECM KUANTAN
MY BOAT NOODLE SUDAH BERADA DI ECM KUANTAN | Ena seorang yang suka makan boat noodle kat My Boat Noodle, ena seorang je mesti makan 4 mangkuk atau lebih. Favourite! Boleh jadi ketagih bila makan Mee Sampan kat situ. Hiks. Sebelum ni, kalau ena turun Kuala Lumpur atau area-area situ la, baru boleh melantak kat Boat Noodle. Sekarang ni, tak perlu susah-susah dah. Kat Kuantan ni dah ada My Boat Noodle ni, Weehhuuuuuu!
Memang happy la ena! Yelaaa, senang sebab dekat dengan ena. Kalau teringin nak makan My Boat Noodle yang ini, boleh terus drive ke East Cost Mall (ECM) Kuantan. My Boat Noodle ni terletak kat dalam mall ni la, kat bahagian level atas sekali. Kedainya betul-betul bersebelahan dengan tempat orang main game. Kalau nampak patung Doraemon, haaa dah nak dekat dah My Boat Noodle tu dengan you all.
Entri kali ni ena tak buat review sangat tempat ni, just nak bagi tahu yang kat Kuantan ni dah ada My Boat Noodle. Bagi mereka yang teringin sangat nak rasai boat noodle kat sini, boleh la terjah sini. Tapi macam biasa la, tempatnya memang terhad. Kat mana-mana My Boat Noodle ena pergi, mesti ramai orang makan kat situ. Kalau penuh, you all kena tunggu la sejenak kat luar. Nanti pelayan di situ panggil you all sekiranya ada tempat kosong.
Ena dah cuba try test dah hari tu kat sini dengan kawan-kawan ena. Not bad la, tapi memang ramai orang. Ena pun kena tunggu meja kosong, baru boleh duduk. Mengenai makanannya, ada kawan ena yang belum pernah rasa boat noodle ni macam mana, so dia pilih dua mangkuk je. Okay la, at least dapat merasa. Well sesetengah orang boleh terima makanan Thailand yang ini, sesetengah orang tak boleh terima. Lain-lain orang, lain-lain ragamnya. Heeee. Apapun, Green Tea Chill Chill nya sentiasa padu! My favourite!
Itu sahaja ena nak bagi tahu. Kalau nak more cerita mengenai boat noodle kat sini, you all boleh baca entri ena yang dulu-dulu ni.
ALAMAT:
Floor Atas Sekali
East Coast Mall
Kuantan
12 Comments
Ngeeee sedapnya boat noodles... dah lama tak makan...
ReplyDeleteAsal tgk inaa mesti teringat kuantan..
Haishhhh rindu yang amat dgn kuantan..
Sedapnya...
ReplyDeletewah... blog makan2 ni
ReplyDeletebestlah warga kuantan hehehe
ReplyDeletebestlah warga kuantan hehehe
ReplyDeleteEna makan hingga 4 mangkok?
ReplyDeleteTak pernah lagi merasa makan boat noodle kat mana²..teringin juga.
ReplyDeleteUntung la orang Kuantan kan... tak payah dah turun KL... 😄
ReplyDeletelama dah akk teringin na nk makan boat noodles ni tapi tak dapat2 sampai lagi kt sana hahahaha..nnt nk pegi lah
ReplyDeleteAkak tak pernah cube lagik boat noodle ni.. Sedap ke ena?
ReplyDeletePernah makan disini..sedap!!
ReplyDeleteRestoren sebelah dia thai food pun sedap..
Tapi baru-baru ni ada terjumpa seafood restaurant best kat tanjung lumpur..Santai nama dia..bertentangan dengan petronas tu..
Order ikan kerapu goreng pedas lemak kuning dia..perghhh..mantap..tak rugi datang..
green tea dia sedap weyhh! apahal takde kat batu pahat.
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan