Sunday, June 25, 2017

MIZZUE MALAYSIA | HANDBAG FESYEN TERKINI & BERKUALITI


MIZZUE MALAYSIA | HANDBAG FESYEN TERKINI & BERKUALITI | Ena tahu ramai kat luar sana, especially girls, memang suka dengan handbag. Pelbagai jenis handbag digayakan dengan outfits terkini masing-masing. Umpama kalau tak ada handbag ni memang tak lengkap la outfits sebagai seorang perempuan. Gittew. Tambah-tambah bagi mereka yang minat dengan fesyen gaya terkini, yang style-nya lebih simple tetapi elegant. Ye dok? Ye kannn. Ena ni yang jenis tak pandai bergaya sangat dan tak follow fesyen outbreaks pun, still tahu la taste orang zaman sekarang ni macam mana.

Untuk bebelan kali ini, ena nak share dengan you all tak kira gegel atau boboi mengenai satu online shopping yang menjual beg-beg tangan yang berkualiti tinggi. Jenama beg tersebut adalah Mizzue Malaysia. Mizzue ni bukan website menjual sebarangan kualiti handbag dan ramai juga antara kawan-kawan ena yang tahu handbag dari jenama ini adalah antara yang  high class kualitinya. Ena pun baru didedahkan tentang website ni. Hiks, selalu ketinggalan.


MIZZUE MALAYSIA

Mizzue Malaysia adalah jenama online shopping di mana kita boleh membeli segala jenis beg di situ, dari clutches, shoulder bag, beg travel dan dompet. Semua ada jual di situ. Design-design yang ada pun mengikut cita rasa orang zaman sekarang, simple but elegant. Dengan adanya online shopping Mizzue Malaysia ni, you all dah boleh jimat masa kat situ sekiranya ingin membeli sebarang jenis beg keperluan you all.

Shoulder Bags 


Clutches

Backpackers


Serius, macam-macam beg ada jual kat sini. Bukan kat atas ni je, ada banyak lagi dan kalau you all nak tahu boleh la usya kat laman sesawangnya iaitu www.mizzue.com.my . Rambang mata dibuatnya. Ena sampai rasa nak beli semua design yang ada sebab designnya simple tetapi nampak mewah. I loike simple. Jyeahhh!

Pada Raya Aidilfitri tahun ni, Alhamdulillah ena diberi peluang untuk cuba try test dan memiliki handbag dari jenama ini. Pada mulanya, ena agak ragu-ragu dengan kualitinya. Yela, harga dah la agak aummm auumm dan takut dapat yang entah apa-apa kualitinya. Tapi bila dah terima, perghhh memang ena tak sabar laaa nak sharekan dengan you all mengenai online shopping Mizzue Malaysia. Ena yakin, beg-beg lain yang dijual kat sini memang kualitinya jenis high class. Patut harganya sebegitu rupa. Puas hati, serius tak tipu. My mom pun suka, lepas dah siap review ni ena rasa nak bagi kat dia beg ni. Bila lagi kan nak hadiahkan something yang ternilai macam ni kat my mom. Hiks.






FEEDBACK DARIPADA ENA

Overall, ena sangat suka beg tangan dari Mizzue Malaysia . Ena yang jenis kurang minat beli belah handbag ni pun boleh jadi syukur yang amat sangat bila dapat beg yang sebegini rupa. Tak payah dah nak beli handbag jenama lain dah. Tambah pula time raya ni mesti nak bergaya sakan, so boleh la ber'Outfit-Of-The-Day' sekali dengan handbag dari Mizzue Malaysia.

Ena pilih warna nude ni sebab tak ada lagi beg ena yang warna ni. Selain itu, boleh pakai dengan semua jenis warna baju. Ena ni jenis beli satu beg, pakai bertahun-tahun dengan ulang yang sama je.  Ahaks. Malas betul weh nak beli banyak-banyak ikut trend sangat. Lebih selesa pakai beg galas je, beg Converse ena tu. Sebab tu ena suka beli yang mahal terus dan pastikan kualitinya yang betul-betul bagus. Tak mudah rosak dan tak payah nak beli yang lain dalam masa terdekat dah. Hiks.

Di bawah ni ena sertakan video komen ena tentang handbag dari Mizzue Malaysia.



Maaf laman web tu salah sikit, sepatutnya www.mizzue.com.my. Tapi kalau you all taip tanpa dot my pun boleh juga sebenarnya. Hiks.



DETAILS MIZZUE MALAYSIA

Kepada mereka yang ingin membeli juga sebarang beg daripada Mizzue Malaysia, you all boleh klik link yang akan ena share kat bawah ni. Semoga dapat membantu you all mencari style beg yang you all idamkan selama ini. Itu sahaja review dan perkongsian ena kali ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri dari ena dan sekeluarga.



WEBSITE:

FACEBOOK:

Share

Other Article

MIZZUE MALAYSIA | HANDBAG FESYEN TERKINI & BERKUALITI
4/ 5
Oleh

7 Comments

Comments
avatar
29.6.17

Wah acik.. cantik.. Anjang nyer esok baru sampai.. tak dan nak pakai raya..

Selamat Hari Raya.. ;)

Jemput singgah ke blog MamaJue

Reply
avatar
7.7.17

fuh bahaya ni. ni kalau nampak bini Acul abis macam2 disuruh beli yer :D

Reply
avatar
9.7.17

Beg2 di mizzue memang semuanya cantik2. Memang rambang mata di buatnya :)

Reply
avatar
7.8.17

Kaler dia cantik

Reply
avatar
8.8.17

Pernah buka laman web ni mmg hampir semua bag tu cantik giler ...

Reply
avatar
11.8.17

wah cantiknya.. akak baru bukak web dia.. terpukau.. hahaha

Reply
avatar
18.8.17

Hi, Ena. Boleh share experience proses beli Mizzue. How long it take to delivery the bag from Hong Kong?

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)