RESTORAN SANA SINI MENYEDIAKAN MAKANAN YANG KREATIF DI CYBERJAYA
RESTORAN SANA SINI MENYEDIAKAN MAKANAN YANG KREATIF DI CYBERJAYA | Hye you all, apa khabar. Lama ena tak update tempat makan menarik di ruang blog ena ni. Banyak cerita nak dikongsikan, cuma masa tu tak mengizinkan. Sobs. Okay tak nak membebel panjang sangat, entri kali ni ena nak share tempat buruan bersama blogger makanan di sekitar Cyberjaya pula. Nama kedai makan tersebut adalah Restoran Sana Sini.
RESTORAN SANA SINI, D'PULZE SHOPPING CENTRE CYBERJAYA
Ena tak ada banyak info sangat mengenai restoran ini sebab ena rasa restoran ni baru sahaja ditubuhkan dan info-info terkini tak ada lagi melalui carian Encik Google mahupun Facebook. Oleh itu, ena berharap pihak Restoran Sana Sini boleh tulis serba sedikit pengenalan restoran di ruang 'About' Facebook Page.
Okay, mengenai lokasi tempat makan ini, you all nak senang waze kan ke "D'Pulze Shopping Centre Cyberjaya". Hal ini kerana kedai makan ini berada di dalam Mall dan kedainya terletak di aras LG01. Nanti you all carilah kedainya seperti gambar di atas. Senang je nak jumpa sebab memang besar dan luas.
ALAMAT:
LG01, D'Pulze Shopping Centre,
63000 Cyberjaya, Selangor
WAKTU OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 10am-9.30am (Info Google)
MENU YANG DIPILIH
Berikut ada beberapa menu yang diberi kepada kami untuk rasai dan tak semua menu yang sempat ena rasai. Banyak weh! Semoga dimurahkanlah rezeki restoran ni sebab tak kedekut bagi kami rasai menu-menu unik yang ada di sini. Ena hanya letak segelintir gambar menu sahaja, yang lain you all boleh datang sini untuk tengok keunikkannya dan merasainya sendiri ye. Okay, berikut adalah menu-menunya.
Beverage. Ena pilih Ice Blue Curacao with Lychee. Yang warna biru tu. Saje nak rasa yang pelik-pelik. Aumnomnomnom
Korean Chicken Wings. Favourite ena. Sedap! Ena repeat order sampai dua kali. Makan seorang diri.
Salted Egg Yolk Prawn Rice. Ena suka jenis nasi yang dihidangkan kat sini.
Salted Egg Chicken Wing. Ni antara menu yang hot! Unik! Sebab disalut dengan telur masin
Stir Fried Glass Noodle with Salted Egg Soft Shell Crab
My most favourite!! Chicken Drumstick Rice with Thai Sauce. Rasa sos tu manis-manis sikit. But Ayam tu yang penarik selera ena. Sedap dan chrunchy diluar
Popcorn Salted Egg Chicken
Pineapple Seafood Fried Rice. Haritu tak sempat nak rasa yang ni. Tempting ngat ngat
Macau Fried Rice With Shrimp
Tomyam Fried Rice with Spring Chicken
Ini salah satu menu favourite ena juga kat sini, Fried Fish Skin With Salted Egg. Sedap weh! Buat kudapan. Nyumnyummm
Untuk pengetahuan you all, kat sini you all boleh makan aiskrim secara free setiap hari. Tapi pasti makan la apa ada kat sini. Jangan datang semata-mata nak makan aiskrim secara free. MEnarik juga aiskrimnya. Rugi ena tak makan haritu sebab dah terlampau kenyang. Fuh!
FEEDBACK DARIPADA ENA
KEDAI: Dari struktur kedai, bagi ena luas dan sangat selesa. Boleh menampung ramai orang. Bersih memang tiptop sebab pekerja kat sini sangat menjaga kebersihan kedai, makanan dan diri mereka sendiri.
SERVIS: Servis kat sini okay. Ena tak boleh komen banyak sebab ena datang makan sini sebagai blogger. Kalau sebagai customer biasa, inshaAllah akan datang. Sebab ena mengidam beberapa makanan kat sini.
KEMUDAHAN: Kat dalam kedai ni ada tempat unuk anak-anak kecil. Macam mini playground gittew. Haaaa, tak ke luas kedai ni siap ada mini playground lagi. So, bukan ibu bapa je kesukaan sebab dapat makan, anak-anak pun suka sekali sebab dapat main gelongsor tu semua.
MAKANAN: Dari segi makanan ada beberapa menu yang betul-betul menarik hati ena. Bermaksud rasa makanan tu masuk dengan tekak ena. Selain itu, plating makanan yang disediakan pun memang unik dan cantik bagi ena. Not bad la overall. Air minumannya pun banyak juga. Jenuh ena nak perabiskan. Berbaloi-baloi.
HARGA: Harga makanan kat sini standard cafe-cafe. Tapi tak mahal sangat bagi ena kalau nak dibandingkan kuantiti dan kualiti makanan yang kita dapat. Dahlah cara platingnya unik. Nice la to try la.
Di bawah ni adalah gambar-gambar kenangan ena bersama foodblogger yang lain mai cuba try test makanan serta minuman di Restoran Sana Sini D'Pulze Shopping Mall, Cyberjaya
Barisan para foodblogger
We are foodhunter.
Blogger dan bergambar dan social media tidak boleh dipisahkan. Dilla dan Kak Iena. Hiks
Semeja dengan blogger Dilla, kak blogger Iena Eliena dan yang berdiri tu kak blogger Ida Baharum yang menjemput ena datang ke sini on behalf of Restoran Sana Sini. Terima kasih sangat-sangat
Dengan kak blogger feymes dan cantik, Emas Putih a.k.a Uzu
DETAILS RESTORAN SANA SINI
Setakat ni baru ada Facebook untuk media social restoran ini. Kepada yang ingin ketahui komen orang lain terhadap restoran ini, boleh la usya ke Facebooknya. Ena share linknya di bawah dan you all boleh la klik link tersebut.
FACEBOOK:
NOMBOR TELEFON:
03-83224646
Itu sahaja perkongsian ena kali ini. Ada banyak lagi kisah foodhunting ena yang bakal ditulis kat dalam blog ni. Tunggu yee dan jangan lupa SHARE entri ini serta entri ena yang lain.
6 Comments
Selalu pergi D'Pulze tp x pernah nampak lagi resto ni..siap ada mini playground tu..nak ajak hubby makan kat sini la nanti..hahahaha
ReplyDeletesedapnya makanan kt situ..terliur lah pulak
ReplyDeleteDah lama tak jumpa sis ena...bila nak foodhunting kt kuantan sama-sama ni...
ReplyDeleteSis dah habis blaja ye?
semua nampak menyelerakan, tempting sungguh aihh
ReplyDeleteFuh... macam best je. ada masa nanti boleh kesini
ReplyDeleterestoran ni bertema kan apa yerr????
ReplyDelete