RESEPI POPIA CENDAWA AYAM CAMPUR SARDIN AYAM BRAND MALAYSIA
RESEPI POPIA CENDAWA AYAM CAMPUR SARDIN AYAM BRAND MALAYSIA | Harini ena nak share satu resepi dengan you all iaitu Popia Mushroom Ayam. Ramai dah tahu resepi popia ni sebab ianya sangat mudah untuk disediakan. Tapi kali ni ena ada tambah sedikit sardin dari jenama Ayam Brand Malaysia. Ena ni kalau memasak memang suka cuba try test benda yang baru, tak pun ubah suai resepi tu. Sedap ke tak, itulah yang jadi experiment ena. Hiks. Tapi setakat ni, Alhamdulillah, rasa makanan yang ena ubah suai tu tak mengecewakan lagi setakat ni
.
Untuk resepi popia ni, ena belajar dengan kawan ena dulu.
Lepas tu, ena ada ubah suai sedikit dengan resepinya. Ena tambah sardin di dalamnya. Ena dan keluarga
ena memang suka sardin dari jenama Ayam Brand sebab sardinnya jenis tak berbau busuk hanyir , malah rasanya pun sedap. Setakat ni ada dua jenama sardine yang dah berjaya menambat
hati kami sekeluarga. Lagi satu jenama tu biarlah rahsia, lagipun ena ada share kat entri sebelum-sebelum ni. Pepandailah cari. Hiks. Okay jejom kita
proceed dengan resepi Popia Mushroom Ayam campu Sardin yang super duper sedap ni.
BAHAN-BAHAN POPIA CENDAWAN AYAM
1) 2 tin mushroom
Ayam & Cendawan Campbell ( Ikut kuantiti yang dikehendaki)
2) Kulit popia (Ikutlah nak jenama apa)
3) 1 biji bawang Besar Holand (Lagi banyak lagi sedap)
4) 5 biji bawang putih dihancurkan
5) 1 tin cendawan butang / 2 paket cendawan butang yang
fresh (Lagi banyak lagi sedap)
6) 5 sosej (terpulang nak sosej jenama apa dan jenis apa)
7) 2 tin sardin Ayam Brand Olive oil / Olive oil & chilli
8) 1 lobak merah
9) Ayam / Daging hancur ( Ikut banyak mana yang nak)
Resepinya bebas apa yang you all nak letak dan berapa banyak
kuantiti yang you all suka. Lepas tu, semua bahan-bahan kat atas ni, you all
prepare macam gambar kat bawah ni.
Bawang Besar Holand dan Lobak Merah di potong kecil-kecil. Bawang putih tu ena tumbuk je
Tak nak membuang, ena guna lebihan ayam KFC ni. Ambil isi sahaja. Sosej pun dipotong kecil-kecil.
Sardin Ayam Brand dihancurkan. Tulang ikan sardin yang besar tu ena buang sebab ena tak suka makan tulang tu. Cendawan butang tu ena potong besar sedikit supaya nanti makan dapat rasa cendawannya.
Ni la sardin Olive Oil / Olive Oil and Chili
CARA-CARA MASAK POPIA CENDAWAN AYAM
Inti mushroom popia
1) Panaskan minyak + Mentega
2) Tumis bawang putih yang dah dihancurkan. Lepas tu letak
bawang besar Holand. Masak sampai jadi kuning keperangan dan naik bau. Letak
secubit garam sahaja.
3) Letak lobak merah. Ena letak dulu sebab nak bagi lembut.
Ayah ena tak boleh makan benda keras-keras, so inilah ena buat. Ikutkan you all
kena letak sebelum you all letak mushroom Campbell.
4) Letak sosej. Biar sosejnya masak dan serap air-air
manisan bawang tu sejenak.
5) Letak daging / ayam hancur. Ena letak ayam KFC yang
dihancurkan tadi. Gaul dan biarkan ianya
masak.
6) Barulah letak dua tin Ayam Mushroom Campbell. Gaul semua
bahan dan biarkan ianya masak sampai menggelegak. Kat sini you all boleh rasa
sedikit masakan you all, takut terkurang garam ke, terlebih garam ke. Tapi ena
dah rasa cukup dah garam masa ni. So, tak payah tambah garam dah. Tabur lada
sulah / lada hitam sedikit.
7) Siap! Letak dalam satu mangkuk. Lepas ni ada lagi tau nak
kena masak.
Inti Cendawan Butang + Sardin Ayam Brand
1) Jangan basuh kuali
yang tadi. Biar ada sedikit sisa inti mushroom tadi.
2) Tuang sedikit minyak + olive oil dalam sardin Ayam Brand
3) Masukkan ikan sardin Ayam Brand. Kasi masak sejenak
sampai naik bau.
4) Masukan cendawan butang dan gaulkan dengan sardin tadi.
5) Ena tak letak garam kat sini sebab bagi ena dah cukup
masinnya. Just letak kicap manis sedikit.
6) Biarkan ianya masak dan siap! Letak dalam mangkuk yang
lain.
Persediaan untuk popia pula
1) Biarkan dua-dua inti tadi sejuk sedikit dengan suhu
bilik. Lepas tu you all letak intinya macam gambar kat bawah.
2) Gulung popia ikut saiz dikehendaki.
3) Dah siap letak popia dalam peti ais. Kalau nak terus goring
pun boleh. Terpulang.
Itu sahaja resepi popia mushroom ayam tambah sardine Ayam Brand Malaysia yang mudah daripada ena. Serius betul-betul mudah cuma penyediaannya lama
sedikit la. Lagi satu jimat sebab inti ni boleh dapat banyak popia. Cuma cara
ena ni sesuai untuk makan dengan keluarga atau event-event. Kalau nak menjual,
kena cut lagi la bajetnya. Tak boleh buat lebih-lebih, nanti rugi. Hiks.
Terima kasih sebab membaca dan jangan lupa SHARE
entri ni. Selamat mencuba
7 Comments
wah.. boleh try ni// bahan2 ada je dalam peti ais tu.. tapi tu bahan untuk buat spagetti bolognese hubby.. huhuhu.. tapi boleh je songlap.. nanti beli lain.. kih3
ReplyDeletesedap gak tu nampaknya
ReplyDeletesedapnyaaaa naaa..nnt blh cuba buat utk breakfast atau minum petang..simple dan mengenyangkan
ReplyDeletesedapnya ina. tq for the resepi.. nnti boleh try! :)
ReplyDeleteSedapnya nampak! Terus rasa nak buat
ReplyDeletealamakkkk acik sedapnya.. tp anjang malas nak buat ni. heheheh
ReplyDeleteconfirm sedap ni Ena buat. Nanti boleh cuba resepi Ena
ReplyDelete