Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, May 22, 2017

MH HOTEL | ANTARA HOTEL YANG TERBAIK DI IPOH


MH HOTEL | ANTARA HOTEL YANG BEST DI IPOH | Cuti sekolah semakin menghampiri, jadi you all semua dah ada plan nak bercuti kat mana-mana ke? Belum lagi?? Haaaa... Pada sesiapa yang belum ada idea tuuuu... jommm pergi jalan-jalan kat sekitar ke Bandar Ipoh, Perak pula. Ipoh Maliii Ipoh Maliiii! Gittew ko. Tetiba seronok pula cuti sekolah, tetiba nak patah balik zaman sekolah, tetiba rindu nak cuti panjang, tetibaaa semuanyaaa. Eeeehhhh. Ahaks.

Okay, kalau sebut Ipoh, mesti you all dah dapat bayangkan apa yang famous di situ dan sudah semestinya you all akan teringat makanan popular kat sana seperti buah limau bali, mee udang, Nasi Ganja (Nama kedai tau), pasembor dan banyak lagi la. Ena pernah juga jalan-jalan makan angin kat sana sebab saudara mara ena banyak juga menetap di situ. Heeee. Sebenarnya kat sini banyak juga tempat pelancongan yang menarik yang you all boleh kunjungi dan lawati antaranya adalah The Lost World of Tambun, Perak Cave Temple, Istana Kinta, Bazaar Karat dan banyak lagi lah yang harus dilawati sepanjang berada di Ipoh ni. Kalau dah berjalan-jalan tu mesti lah nak cari tempat penginapan kan. Mana cukup sehari je kat sini. So, ena nak sarankan satu hotel ni dengan you all. Boleh scroll scroll entri ni sampai habis.


MH HOTEL IPOH



Kali ini ena nak sarankan you all untuk cuba try test pula bermalam di MH Hotel, Ipoh. Hotel bertaraf 3 bintang ni terletak berdekatan dengan Jalan Sultan Azlan Shah. Landmark untuk you all kenal pasti hotel ni sudah dekat dengan you all adalah you all sudah berhampiran dengan Pejabat Risda Negeri Perak Darul Ridzwan dan betul-betul berhadapan dengan Lembaga Getah Malaysia Wilayah Utara.

Hotel ni berkonsepkan modern dan kontemperari. Apa yang menariknya lagi, reka hiasan dalam biliknya mengikut tema tertentu. Jadi setiap design dan rekaan bilik di setiap level adalah berlainan mengikut tema yang dipilih sewaktu booking. Terdapat empat jenis tema mengikut jenis-jenis room:

JENIS BILIK
-Standard rooms
-Premier rooms
-Ladies theme floors
-Suites


JENIS VIEW BILIK
-HighWay View
-City View
-Hill View







View bilik tu bermaksud permandangan apa yang you all nampak dari tingkap bilik you all. So, terpulang pada taste masing-masing dan boleh pilih la tema bilik macam mana, view dari bilik macam mana. Semakin tinggi view yang you all nak tu, semakin tinggi lah harga biliknya. Hahaha, just joking, tak adalah sampai macam tu sekali. Don’t worry okay guys.

Untuk pengetahuan korang, kat hotel ini tidak menyediakan swimming pool tau. So, janganlah frust pula bila datang sini tengok tak ada swimming pool. Walaupun kemudahan seperti swimming pool dan gym tidak disediakan tetapi kemudahan seperti ball room, ataupun conference room memang disediakan, Oleh itu, bagi yang ada plan nak buat event wedding ataupun conference, MH Hotel Ipoh adalah tempatnya.











KEMUDAHAN YANG LAIN
-Free Wifi di public area
-Transport ke airport
-Parking



TEMPAT MENARIK YANG BERDEKATAN MH HOTEL, IPOH

Salah satu sebab ena sarankan hotel ini sebab berdekatan dengan tempat-tempat best yang you all boleh lawati ketika cuti sekolah. Antaranya seperti Lost World Hot Springs & Spa By Night dan Ladang Limau Tambun GoChin. Dua tempat ni memang salah satu tempat pilihan para pelancong yang lain apabila datang ke Ipoh ni. Sebab apa menjadi pilih... haaaa! Meh ena kongsi sedikit mengenai dua tempat ni



1) Lost World Hot Springs & Spa


Lost World Hot Springs & Spa By Night adalah satu lagi tempat pelancongan yang popular di bawah naungan Sunway Lagoon. Kalau you all pernah pergi ke Lost World of Tambun, untuk bermandi-manda pada waktu siang, apakata you all pergi ke sini pulak pada waktu malam. Mesti ianya akan menjadi kenangan yang paling best buat you all.

Mana tidaknya, you all boleh menikmati hot spring dan juga spa sambil menghayati panorama yang cantik dan menenangkan pada waktu malam. Serius cantik! Confirm segala sengal-sengal badan dan stress akan terhapus dengan cepat bila berada di sini. Tak percaya? Kalau tak percaya, mai la cuba datang sini dulu. Okay, Lost World Hot Springs & Spa By Night ni terletak sejauh 6.8 km daripada MH Hotel, Ipoh dan mengambil masa selama 13 minit sahaja dengan menaiki kereta. Rugi laa kalau tak pergi, dah la dekat.


Gambar dari Encik Google 

Map dari Encik Google




2) Ladang Limau Tambun GoChin

Tempat ni memang wajib dikunjungi jika berada dekat Ipoh. Seperti yang you all sedia maklum, Ipoh memang terkenal dengan Limau Bali. Jadi, untuk melihat sendiri bagaimana limau bali ni ditanam, dipetik, you all sangat dialu-alukan untuk datang ke sini. Bukan itu sahaja, you all juga boleh beli limau ni pada harga yang murah berbanding dengan harga dekat luar.





TEMPAHAN MH HOTEL, IPOH

Kalau you all berminat untuk menginap di MH Hotel ni, you all boleh la buat tempahan MH Hotel in Ipoh on Traveloka (Klik Sini). Hal ini kerana Traveloka akan memudahkan you all untuk membuat sebarang tempahan seperti hotel dan juga tiket flight. Jimat dah masa you all kat sini, dan tak payah pening kepala nak pilih hotel yang mana lagi. So, apa tunggu lagi?






LINK TEMPAHAN:


Share

Other Article

MH HOTEL | ANTARA HOTEL YANG TERBAIK DI IPOH
4/ 5
Oleh

5 Comments

Tulis Comments
avatar
22.5.17

wah.. cantik bilik2 hotel ni. serius teruja

Reply
avatar
23.5.17

menarik

bwh tu mcd. lapar blh p..hhihi

Reply
avatar
27.5.17

wah, bestnya.... teringin nak bercuti lah macam ni, huhu

Reply
avatar
27.5.17

Wah menariknya Aina nanti kalau g sana lah menginap kan atau cadang kat kawan2 :)

Reply
avatar
17.6.17

wah..bestnya. ni yang rasa nak bercuti ke ipoh nanti ni.

Reply