Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Sunday, May 07, 2017

MACHA & CO | MAKAN NASI KANDAR ATAS DAUN PISANG


MACHA & CO | MAKAN NASI KANDAR ATAS DAUN PISANG | Kisah memburu ena kali ni pula adalah kat Macha & Co. Siapa yang suka makan nasi kandar tu, meh meh baca entri ni sampai habis. Ena nak share dengan you all dimana kat sini you all boleh menikmati kesedapan nasi kandar atas daun pisang. Nak kata rare, tak juga sebab makan atas daun pisang ni memang tradisi bangsa India. So, dengan cara ni kita dapat la fefeeling makan Indian Cuisine yang sebenar. Nyummy!

Ena dah lama juga teringin nak makan nasi kandar atas daun pisang macam kat gambar ena yang atas ni tapi nak keadaan kedainya betul-betul bersih dan menyenangkan. Ada jumpa dulu, cuma keadaan kedainya kurang menyelerakan bagi ena. Ini bukan soal cerewet, ini soal kesihatan dan kebersihan juga. Hiks. Kebetulan la masa tengah mencari kedai makan kat The Curve baru-baru ni, terjumpa kedai makan Macha & Co. Dari luar nampak macam best jeee! Alhamdulillah. Ena pilih juga untuk makan tengahari di sini. Jom ena share sedikit mengenail Macha & Co Banana Leaf Restaurant ni.


MACHA & CO BANANA LEAF RESTAURANT 


Seperti yang ena dah katakan di atas, kat sini makanannya diletak atas daun pisang. Pekerja mereka akan bentangkan daun pisang kat meja kita dan lepas tu dia letaklah menu-menu yang you all dah pilih. Lebih kurang macam gaya shellout tu. Cuma daun pisangnya tu seorang satu dapat. 

Masa ena perg ni kat cawangan kat The Curve, Mutiara Damansara. Tak silap ena, ada dua cawangan setakat ni dan yang lagi satu tu kat Dataran Sunway, Petaling Jaya. Maaflah kalau ada lebih sebenarnya, ini je apa yang ena dapat melalui carian Google. Okay, untuk mereka yang ingin tahu alamatnya bagai cawangan di The Curve, kat bawah ni ena ada letak alamatnya. Memudahkan you all mencari block kedai nanti.



ALAMAT:
Ground Level, The Curve, 6,
Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya

WAKTU OPERASI:
Isnin - Jumaat (8am - 10pm)
Sabtu & Ahad (10am - 11pm)

SPECIALITIES: 
Sarapan, Tengahari, Makan Malam



MENU YANG DIPILIH

Ketika ena makan kat sini, first time la kan, so tak tahu menahu sangat. Pelayan kat situ terangkanlah kepada kami mana yang best, mana yang sesuai untuk makan dua orang. Then, ena minta la set daun pisang seperti yang disarankan dan tambah dua jenis lauk seperti ikan goreng dan ayam butter. Nak tahu setnya apa je ada, mohler tengok gambar-gambar kat bawah ni. 

Ini set daun pisang. Ada papadum, nasi, kuah kari (boleh mix atau tak), 3 jenis sayur.

Sayur kobis 

Petola Goreng. I loike! 

 Nasi Putih & Nasi Perang. Nasi boleh pilih atau mix

3 jenis kari (Maaf tak pasti kari apa, yang pasti ada satu tu kari ketam) dan kuah dhal. Boleh pilih atau nak mix. Bagi ena, lagi sedap kalau mixkan semua.

Pencicah asam.

Ena add-on chicken butter. Sedap juga. Isi ayam dia bagi, banyak untuk seorang. Maaf, lupa nak snap ikan gorengnya

Ena pilih limau suam. Kaw betul, I loike!


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Overall keadaan kedainya bersih dan selesa. Tapi masa ena datang, memang ramai yang makan kat sini. Nasib baiklah ada meja berdua untuk kami berdua. Ramai cina makan sini, perggghhh tak sangka mereka pun suka nasi kandar. Terbaiklah!

SERVIS: Dari segi servis, pelayannya memang cekap dan tangkas. Even ada kejadian yang tidak di ingini berlaku, mereka cepat-cepat minta maaf. Bos kedai tu pun minta maaf sekali. Okay la. Biasalah tu, bila dah ramai orang keadaan jadi kalut sedikit. 



KEMUDAHAN: Kat sini kan mall, so you all tak perlu susah hati pasal parking. Ada disediakan. Selain itu, cara pembayaran kat sini you all boleh bagi secara Cash, Visa atau Master Card. Terpulanglah mengikut kemudahan sendiri. Tandas tu, ena tak pasti. Rasanya tak ada, sebab dalam mall kan. Guna jelah tandas yang ada kat mall tu. Hiks.

MAKANAN: Dari segi makanan, ena suka rasa karinya. Tak pedas sangat, pekat dan banyak. Chicken butter pun sedap sebab lain dari yang lain. Style mamak punya. Hiks. Puas hatilah dengan masakan kat sini.



HARGA: Kalau dah tempat gah macam ni, faham-faham la harganya. Dua orang pun dalam RM50 jugalah. Tapi berbaloi sebab kuantiti makanannya yang banyak dan servis pun okay. Yazid pun makan tak habis, ena seorang je habis makan sebab lapar tahap gaban. Ahaks. 


DETAILS MACHA & CO BANANA LEAF RESTAURANT

Oleh itu, bagi mereka yang ada kat area Sunway atau The Curve, mai la cuba try test makan kat sini. InshaAllah, mesti you all puas hati. Kenyang pun kenyang. Susah nak makan nasi kandar kat kedai makan sebersih ni, siap ada aircond lagi. 

Kepada yang nak tahu lebih lanjut, you all boleh usha Facebook official mereka. Itu sahaja dari ena, selamat menjamu selera dan jangan lupa SHARE entri ni ye. Mekacehhhh.



FACEBOOK:

NUMBER PHONE:
03-77263366


Share

Other Article

MACHA & CO | MAKAN NASI KANDAR ATAS DAUN PISANG
4/ 5
Oleh

6 Comments

Tulis Comments
avatar
7.5.17

tudiaaaa.. lamanya tak makan nasi kandar.. balik Penang kena cari ni.. dap dap..

Reply
avatar
8.5.17

rasa lebih tradisional kan na dapat makan guna daun pisang..suka2..nnt leh try sbb tak penah lagi ke sini hihi..baru je tau ;)

Reply
avatar
10.5.17

Menarik betul makanan kat sini. Terbaik.

Reply
avatar
21.5.17

selalu turun mutiara damansara, tak pernah tahu pula ada kedai ini, makan fast food tak pun ikea je, huhu nanti nak trylah

www.neezalife.com

Reply
avatar
22.5.17

perghh... terliur tengok. nasib baik baru lepas makan. kalau tak terpaksa keluar cari nasi kandar

Reply