Sunday, May 07, 2017

LEBAK | NIKMATI NASI GORENG KAMBING DI SINI


LEBAK | NIKMATI NASI GORENG KAMBING DI SINI | Dah lama ena tak share kisah foodhunting ena kat sini. Ni baru rajin nak share kisah memburu ena. Banyak nak bercerita ni cuma ena dahulukan entri job review dulu. Okay, kali ni ena nak share satu restoran yang menyediakan makanan untuk pagi, tengahari dan malam iaitu  Lebak. Ena berminat untuk share restoran ni sebab dah jatuh hati dengan nasi goreng kambingnya. Terbaikkk wehhh!

Datang sini mesti minta nasi goreng kambing. Hope keenakkan nasi goreng kambingnya tak berubah suatu hari nanti. Fuhh! Kat Lebak ni ada macam-macam lagi menunya kalau you all nak tahu. Tapi bagi sesiapa yang teringin nak makan nasi goreng kambing, boleh la cuba try test kat sini. Di bawah ni, ena akan share sedikit info kedai makan ni dan menu-menu ena dah cuba. Check it outcha.


LEBAK INDERA MAHKOTA 7 


Ena tak ada banyak info sangat pasal Lebak ni, ena try cari kat laman social kedai makan ni tapi tak tulis apa-apa keterangan. Just ena share lokasi dan waktu operasi Lebak ni ye. Lokasinya berhampiran dengan Hotel Sri Manja dan sederet dengan Nasi Kukus Dapur Mama. Kalau nak guna Waze pun boleh just type 'Lebak' dan cari yang ada tulis Indera Mahkota. Ena dah cek dah. Tak pun, you all masukkan alamat penuh kedai ni je. Di bawah ni ena share alamatnya.


ALAMAT:
B56, Jalan IM 7/1
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan
Pahang

WAKTU OPERASI:
Isnin-Jumaat (10am -11pm)
Sabtu & Ahad (12n - 11pm)


MENU YANG DIPILIH

Ena datang sini selalu minta nasi goreng kambing, sedap sangat. Ena dah la suka makan  daging kambing berbanding daging lembu. Lagipun, rasa nasi gorengnya masuk dengan selera ena. Yang lain-lain tu ena try rasa kawan punya. So berikut adalah yang ena cub try test. 



Ini nasi goreng kambing Lebak. Dah la nasinya banyak, daging pun menimbun. RM9 sahaja. I loike! Dihidang panas-panas. Hope nanti-nanti tak berubah bentuk, kuantiti dan rasa.




Ni set lunch, set Nasi Putih + Ayam Sambal Minang. RM 6 sahaja. Ayamnya besar juga. Sedap sambalnya. Supnya pun okay. Nice la. 




Chicken Chop kat sini pun terbaik. Isi banyak dari tepung. Kuahnya pun okay bagi ena. RM13++ juga la. 


Honey Lemon Warm dan Plain Water 


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Alhamdulillah, kedainya sangat selesa, tertutup dan bersih. Sebab tu ena suka makan sini. Lagi satu, kedainya dekat dengan UIAM Kuantan. Kalau rajin dan kuat, nak jalan kaki pun boleh dari sini. Hiks.

SERVIS: Pelayan kat sini pun cepat dan mereka kemas meja pun laju je. Tangkas dan cekap.  Outfit mereka pun bersih dan tak serabut alam. Ahaks.


MAKANAN: List makanannya menarik juga. Cuma yang mee-mee kat sini ena belum cuba, so tak pasti rasanya macam mana. Cheesecake pun ada jual kat sini. Kalau penggemar cheesecake boleh la makan kat sini. Bercampur-campur kat sini, ada western, ada malay cuisine, ada pencuci mulut. Nice la. 

HARGA: Dari segi harga, tak over mahal dan tak over murah. Sedang-sedang elok dengan kualiti dan kuantiti yang kita dapat. Sesuai laaa dengan student macam ena ni. Hiks.




DETAILS LEBAK INDERA MAHKORA 7

Kepada yang ingin tahu apa pandangan orang lain pula, boleh la tengok kat laman social Lebak ni. Ena share link kat bawah, so you all just klik sahaja. Itu sahaja daripada ena. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.


FACEBOOK:

INSTAGRAM:


Share

Other Article

LEBAK | NIKMATI NASI GORENG KAMBING DI SINI
4/ 5
Oleh

5 Comments

Comments
avatar
7.5.17

Sedapnya.. dah la lapar nih..

Reply
avatar
12.5.17

Terliur betul tengok segala menu..nampak sedap tu

Reply
avatar
21.5.17

wah makanan dekat sini rare belaka, hehe

Reply
avatar
22.5.17

macam sedap. boleh la try nanti

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)