Friday, May 26, 2017

KARRATZ INDERA MAHKOTA 14 | RESTORAN BERTEMAKAN AUTOMOBILE


KARRATZ INDERA MAHKOTA 14 | RESTORAN BERTEMAKAN AUTOMOBILE | Makin lama makin banyak kedai makan best-best kat sekitar Indera Mahkota Kuantan ni. Dekat dengan tempat tinggal ena. Depan universiti ena tu, ada bangunan baru nak naik. Tak lama lagi makin meriahlah Bandar Indera Mahkota ni. Entah sempat entah tidak ena nak tengok kat sini membangun. Hiks.

Okay, entri kali ni bukan nak mengomel pasal Bandar Indera Mahkota tapi ena nak share satu kedai makan hipster yang ena baru sahaja pergi hari tu. Nama kedai tersebut adalah KarRatz. Ena dah lama aim kedai makan ni cuma asyik terlupa je. Kali ni berjaya juga akhirnya memburu kat sini bersama kawan-kawan ena. Sebab apa ena tertarik untuk makan kat sini, mohhh baca entri ni sampai habis.


KARRATZ INDERA MAHKOTA 14 KUANTAN


Kedai makan KarRatz adalah salah satu kedai hipster yang terdapat di Bandar Indera Mahkota 14 dan menyediakan makanan ala-ala western seperti Chicken Chop, Sandwich dan lain-lain lagi. Apa yang hipsternya kat sini adalah dekorasi restoran ini semua bertemakan automobile. Dari lampu, sampailah ke dinding-dinding kedai ni. Kalau tak percaya tengoklah gambar kat atas ni haaa. Cuba tenung betul-betul, nanti you all akan nampak apa yang hipsternya di situ.

Lokasi kedai makan ini terletak di Indera Mahkota 14, berdekatan juga dengan Kastam Diraja Malaysia Kuantan. Haritu ena datang kemari dengan bantuan Waze. You all search je nama kedai ni kat Waze / Google Map. InshaAllah, tak sesat punya. Kalau dari UIAM, dalam 10 minit macam tu. Bagi mereka yang nak alamat penuh kedai makan hipster ni, you all boleh rujuk di bawah ini.


ALAMAT:
KarRatz Parts Merchandise Food
No A-15, Ground Floor,
Lorong IM14/32,
Bandar Indera Mahkota,
Kuantan

MASA OPERASI:
Selasa - Ahad (Isnin Cuti)
12pm - 12am


MAKANAN YANG ENA PILIH

Ena makan bertiga je masa ni dengan kawan-kawan ena. Kawan ena ni mai dari jauh dan ini  juga merupakan kali pertama ena berjumpa dengan dia. Selama ni kenal melalui blog dan media social je. So alang-alang tu, mai la makan sini dengan mereka demi merapatkan hubungan silaturrahim.. Gittewww.. Hiks.

Kami pilih tempat makanan western ni sebab nak makan makanan yang ringan-ringan jee. Dah malam lagipun masa ni. So, kami pilih menu yang rasa-rasanya tak heavy mana. Tapi sekali bila dah sampai makanannya, terbeliak mata kami hoiii. Mana tak terbeliaknya, tengoklah gambar makanan kami kat bawah ni.


Capri a.k.a Grilled Chicken Sandwich 

Mustang a.k.a Chicken Chop . Menu pilihan ena.

 Beetle a.k.a Fries

Long Cham a.k.a Nescafe Ais, Black Racing a.k.a Kopi Ais dan Techno Racing a.k.a Honey Lemon Ais


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Ena tertarik dengan dekorasi kedainya yang bertemakan automobile. Ena suka tengok hasil seni kedai hispter-hipster ni. Lawa-lawa. Kedainya pun bersih, selesa dan luas. Cuma masa ni suhu kat Kuantan agak panas dan kedai hanya ada kipas sahaja, so agak kepanasan juga ena ketika ni. Just kami buat tak tahu jelah.




SERVIS: Pelayannya mesra, orang Melayu dan kemas. Masa ni pelayannya ada suggest kami beberapa makanan apa yang best-best atau makanan yang sedang dalam promosi. Dan dia juga terangkan sedikit sebanyak menu-menu yang kami tak berapa nak kenal. Dia pun tahu kami ni macam baru pertama kali datang ke kedai tu. So, Good Good! Tak adalah kami terpinga-pinga.

KEMUDAHAN: Di sini senang nak parking dan toilet pun ada. Cuma dari segi pembayaran ena tak pasti boleh guna visa / debit card. Ena pun bayar secara tunai.

MAKANAN: Dari segi makanan, sini memang highly recommended. Ena tengok jenis makanan yang lain dari kami order kat meja customer yang lain, menarik betul. Ena pilih chicken chop, memang perghhh!!! Isi tebal dari tepung. I loike! Cuma masa ni, masing-masing kekenyangan lagi, so tak dapat nak perabiskan. Bagi you all nak cuba try test makan kat sini, sila pastikan perut betul-betul kesong. Baru syokkk. Hiks. Dah la bagi kami free air kosong sejuk dan kacang sedap. 


Air sejuk dan kacang free



HARGA: Kalau nak bandingkan harga dengan apa yang kita dapat, murahhhh dan berbaloi sangat. Dah la sedap, banyak pula tu. Huppy Tummy dan Happy Mood. Hiks.


DETAILS KARRATZ INDERA MAHKOTA 14 KUANTAN

Kalau you all nak tahu apa komen customer yang lain, boleh usya Facebooknya. Kalau nak tahu pasal makanan, you all boleh tengok pada Instagram rasmi kedai ini. Sebenarnya dua-dua pun boleh kalau nak jadikan sebagai bahan rujukan. Di bawah ni ena share link untuk ke FB dan IG rasmi KarRatz .

Itu sahaja untuk kali ni. Ena sarankan you all untuk cuba try test dinner kat sini sekiranya you all berada di Kuantan. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.


Dengan exblogger kak Ashia dan kak AnakDaraYumi (Tak ingat nama akak. Huaaaaa! Maaf)



FACEBOOK:

INSTAGRAM:



Share

Other Article

KARRATZ INDERA MAHKOTA 14 | RESTORAN BERTEMAKAN AUTOMOBILE
4/ 5
Oleh

4 Comments

Comments
avatar
27.5.17

pergh.. harga dia memang affordable, tengok pun dah menggiurkan, kena cuba nih

Reply
avatar
2.6.17

cantik dekorasi cafe ni. lagi2 part dinding tu. makanan pun nmpk mcm sedap je. haih... perut berbunyi2 lak baca entri ni bln puasa ni huhu

Reply
avatar
4.6.17

Kedai ni akak tahu... Selalu nk blk umah mak mesti nmpk kedai ni.. Dan pernah keluar drama tv.. Tp x pernah sampai lagi.. hehhee

Reply
avatar
17.6.17

suka dekorasi kedai makan yang unik macam ni.

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)