Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Saturday, May 27, 2017

GHALIT DISTRO | CAFE HIPSTER LOKAL DI KUANTAN


GHALIT DISTRO | CAFE HIPSTER LOKAL DI KUANTAN | Cerita foodhunting kali ni ena nak share lagi satu cafe hipster yang terletak di Kuantan. Cuma kedainya tak ada tema la macam entri sebelum ni. Just bila masuk cafe ni, kita akan tahu ianya hipster. Hiks. Okay, nama cafe tersebut adalah Ghalit Distro. Mula-mula nak makan tempat lain, tapi kawan suggestkan makan kat sini, teruslah ena datang memburu kat sini bersama dengan kawan ena. Ini merupakan first time ena dengar nama kedai ni.  Sebelum ni, tak tahu pun kedainya wujud. Teruk betul. Ahaks.

Masa ni ena tak ambil banyak gambar. Ena dan kawan-kawan datang ke sini pun dengan tujuan untuk menghilangkan stress dek kerana subjek Research Method. Nak berfoodhunting tapi mood tengah down masa ni. So, ambil gambar ala kadar jela. Apapun, ena nak kongsi juga la tempat makan ini sebab ena rasa cafe ni nice untuk dikongsikan kepada semua. Cuma info yang ena tahu tak banyak la.


GHALIT DISTRO KUANTAN


Ghalit Distro merupakan kedai makan hipster dengan trademarknya "Cafe Hipster Lokal" yang menyediakan makan malam secara Barat atau Western sejak tahun 2015 lagi. Kedai ini terletak di Jalan Kubang Buaya dan nak menghala ke Teluk Chempedak juga la. Cafenya betul-betul kat sebelah jalan. Itu pengetahuan you all, chef kat sini merupakan seorang chef berpengalaman yang berkelulusan kulinari tempatan. Patutlah menarik makanannya. 

Ena datang sini dengan bantuan daripada Waze. Search je nama cafe ni, inshaAllah ada dalam senarai dan jalannya tidak menyesatkan kita. Well, siapa yang selalu guna waze, tahu la kenapa ena cakap sebegini. Hiks. Tapi masa nak dekat sampai tu, pastikan jangan bawa kenderaan you all laju-laju. Takut terlepas je. Tambah-tambah pada waktu malam.

Okay di bawah ni ena letak alamat cafe ni dan waktu ianya beroperasi.

ALAMAT:
Ghalit Distro,
A 2348, Jalan Kubang Buaya, Taman Mayfair (Green),
25250 Kuantan, Pahang

MASA OEPRASI:
Isnin - Ahad (Rabu Cuti)
5.30pm - 12am


MENU YANG DIPILIH

Ena datang bertiga sahaja masa ni. Roomate ena dan kawan seorang lagi. So, hanya tiga menu jela ena nak share di sini. Jejom tengok menu apa yang kami order kat Ghalit Distro.


 Burger Cheese Leleh Pah Betis. Yang sedap dan berbaloi. Seriusss I am craving badly for this


Lamb Grill kat sini sedap. Kuah black peppernya memang ummmmpphhhh...mantap 

Yang ini Spagetti Bolognese Meatball. Ena punya. Sedap cuma ena kurang berpuas hati. Tambah-tambah meatballnya tu. Hmmm.  

Lemon soda for me. Nice!


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Kedainya nice! Selesa dan bersih. Cuma keluasan kedainya tak adalah besar sangat dan tak kecil sangat. Sedang-sedang sahaja. Kalau nak buat parti masih boleh lagi. Hiks. Okay, bagi yang nak datang lepak makan secara santai-santai pun boleh la ke sini. Sesuai sangat

SERVIS: Pelayan kat sini cepat dan makanan pun tak lambat sampai. Kita pun tak payah tertunggu-tunggu. Pelayan pun mesra, pakaian mereka bersih dan sopan. Yang layan ena masa ni, si gadis comel ayu gittew. Hiks.

KEMUDAHAN: Masa ni ena senang nak parking. Tapi sebenarnya terhad juga la. Pandai-pandailah you all cari parking. Tempat duduk you all boleh pilih, nak makan kat dalam pun boleh dan nak makan kat luar pun boleh. Tiada perbezaan cas harga.

MAKANAN: Ena suka plating makanannya. Kemas, cantik dan nampak menyelerakan. Sedap pun sedap. Cuma part Spagetti ena tu je, kurang memuaskan hati. Yang lain, wallaaaa! Lepas ni datang sini lagi, boleh order menu yang lain pula.

HARGA: Harga kat sini standard. Tapi bagi ena sebagai pelajar ni, tak boleh la makan selalu. Hiks. Ada rezeki lebih, bolehlah lepak sini lagi.


DETAILS GHALIT DISTRO KUANTAN

Kepada mereka yang ingin ketahui feedback daripada orang lain, atau mengetahui info terkini pasal cafe hipster ni, you all digalakkan rujuk pada laman social rasmi mereka. Ena share link-linknya kat bawah dan you all klik sahaja macam biasa.




FACEBOOK:

INSTAGRAM:

NOMBOR TELEFON:
+60169597866 


Selamat mencuba dan jangan lupa SHARE entri ini dengan kawan-kawan, keluarga atau kenalan you all la. Terima kasih ye.


Share

Other Article

GHALIT DISTRO | CAFE HIPSTER LOKAL DI KUANTAN
4/ 5
Oleh

13 Comments

Tulis Comments
avatar
27.5.17

kuantan dah banyak kedai hipster sekarang.

Reply
avatar
27.5.17

ya Allah sis, iman sis di sini tak kuat sungguh tengok burger itu #nangesbucukatey hehe

Reply
avatar
27.5.17

banyaknya cafe best best kat kuantan.. terliur saja tengok makanan ni time time puasa gini.. ahaksss..

Reply
avatar
31.5.17

ina ni, wlupun kuat makan, asyik review mkanan tp still maintain ya..tp skg sha tgk mcm kurus skit, mybe puasa kot..hihi slmt bpuasa ina, maaf baru terjah, komen ada mslh

Reply
avatar
1.6.17

Menarik ni..akk aritu p kuantan. Blur2 nak cr tpt makan hehehe. Lps ni..sekodeng blog Ainaa je nampaknya

Reply
avatar
1.6.17

Perghhh pasti 'ghalit' bila mengopi di cafe ni..Spaghetti dia nampak macam sedap sangat nanti balik Kuantan boleh singgah.

Reply
avatar
2.6.17

terliur tgk makanan2 kat cafe ni :D

Reply
avatar
4.6.17

Hurmm akak pun x pernah tahu kewujudan kedai ni.. Menu nmpk menarik dan sedap.. leh cuba nextime..

Reply
avatar
17.6.17

bulan puasa ni tengok lemon soda pun dah rasa terliur ni..huhu

Reply
avatar
20.6.17

kalau pegi kuantan nnti wajib buka blog ina balik ni hikhik..blh food hunting

Reply
avatar
21.6.17

Perghhh menyelerakan.. Pepagi dah tgk gambar makanan.. Hadoii..

Reply
avatar
15.7.17

Burger tu...heaven betullll....dap err

Reply