Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, May 08, 2017

AYAM BRAND MALAYSIA | SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 125 TAHUN


AYAM BRAND MALAYSIA | SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 125 TAHUN | Siapa kat sini kalau beli sardin mesti pilih jenama Ayam Brand Malaysia? Kalau ye, kita geng dan you all perlu baca entri ena ni. Hiks. Okay, entri ena kali ni bukan nak share apa sangat, just sebagai pengguna sardin Ayam Brand dari ena kecil sampai la ena dewasa ni, ena nak ucapkan selamat ulangtahun yang ke 125 tahun. Perghhh! Baru ena perasan bahawa dah lama Ayam Brand ni wujud di Asia Tenggara termasuklah Malaysia yang tercinta. No wonder la kan ramai yang suka pilih sardin jenama yang ini.

Keluarga ena memang dari dulu suka makan ikan sardin dari jenama ni. Akan beli dan simpan beberapa tin letak kat rumah in case tetiba teringin nak makan sardin. Tak payah dah la keluar pergi beli di kedai. Gittew. Hiks. Masa ena kecil-kecil dulu bentuk tinnya lain sedikit berbanding sekarang. Namun ada yang masih tak berubah iaitu warnanya yang kuning merah tu, logo ayamnya dan rasa sardinnya tetap sedap. Cuma sekarang ni ena tengok makin banyak dan berpelbagaian pula perisa sardin Ayam Brand Malaysia ni. Ada yang sardin tu dalam Extra Virgin Olive Oil la, ada yang Olive Oil and Chili atau dalam Chili Oil sahaja. Macam macam lagi, tuna pun ada buat untuk makan dengan roti.


AYAM BRAND MALAYSIA YANG KE 125 TAHUN



Ayam Brand Malaysia telah menapak di Malaysia dan juga Asia Tenggara yang lain sejak 125 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1892. Syarikat Ayam Brand ni merupakan salah satu jenama yang tertua di Asia yang masih kekal mengeluarkan produk-produk untuk para penggunanya. Untuk pengetahuan you all juga, Ayam Brand turut dinobatkan salah satu 10 jenama FMCG paling digemari Malaysia untuk 3 tahun (2013, 2014, 2015) berturut-turut. Banyak lagu anugerah yang terkemuka yang didapati. Wahhh!

Untuk pengetahuan kita semua, baru-baru ini, pihak mereka telah menyambut ulangtahun Ayam Brand yang 125 tahun dengan bertemakan "We Care, We Are Family".  Jenama ini menjadi pilih keluarga sebab ianya menggunakan sardin yang berkualiti tinggi, tiada bahan pengawet dan MSG. Malah, sardin dari jenama ini telah disahkan Halal oleh JAKIM dan selamat untuk kita semua makan.


Tahun berubah tahun, Ayam Brand Malaysia kini lebih maju sebagai pakar sardin dan mackerel. Dan banyak lagi produk dari keluaran syarikat ini seperti Tuna, Santan, Sotong, Kacang Panggang, Kacang Pea, buah-buahan dan pencuci mulut. Macam-macam la lagi yang ada. 

Demi ulangtahun yang ke 125 ni, Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak ena nak ucapkan atas pemberian beberapa jenis sardin kepada ena.  Banyak betul la, stok sebulan ena. Ahaks. Rezeki daripada Allah. Syukurrr. Oleh itu, ena dengan bebesar hati ingin mengucapkan lagi sekali selamat ulangtahun yang ke 125. Semoga kekal sedap, kekal mantap dan kekal maju jaya. Sardin Ayam Brand Malaysia kekal menjadi pilihan ena dan keluarga. 

Sardines in Tomato Sauce. Yang ni ena dapat dua. Saiz besau punya. Nikmat weh!

Sardin Olive Oil & Chili. Ena dapat tiga tin. Satu tin dah berjaya masuk dalam perut ena

Sardin Extra Virgin Olive Oil. Ni pun ena dapat 3 tin


Inilah apa yang ena dapat. Super duper seronok ena. Ada beberapa resepi ena nak share dengan you all masakan yang menggunakan sardin Ayam Brand Malaysia ni. Haritu ena ada share resepi popia cendawan, ena reka sedikit dengan tambah sardin ni. Sedappp! Nak resepi? Klik link kat bawah ni nanti. Untuk next resepi pula.. haaaa... sabarrrr. Nanti ena kongsikan.



RESEPI SARDIN AYAM BRAND DARI ENA:





Kepada yang ingin ketahui tentang lebih mendalam pasal Ayam Brand Malaysia ni, ena galakkan you all untuk selongkar info-info di website dan laman social officialnya. Apa-apa sebarang pertanyaan, you all boleh contact dengan pihak mereka. Okay? Di bawah ni ena share linknya, you all boleh klik sahaja pada link-link tersebut. 


WEBSITE:

FACEBOOK:



Itu sahaja daripada ena dan jejom you all share resepi yang best-best dengan menggunakan sardin ini. InshaAllah, kalau mudah bagi ena, ena nak cuba pula resepi you all tu. Terima kasih!




Share

Other Article

AYAM BRAND MALAYSIA | SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 125 TAHUN
4/ 5
Oleh

8 Comments

Tulis Comments
avatar
10.5.17

akak pun suka ayam brand ni..isi dia besar2 tu yg akk suka tu hihi..sedapppp

Reply
avatar
10.5.17

suka jugak sardin ayam brand ni.. sedap..

Reply
avatar
10.5.17

wow dah 125 tahun ek? power la!

Reply
avatar
12.5.17

Kalau beli makanan dalam tin for sure pilih ayam brand :)

Reply
avatar
21.5.17

waw lama tuu

btw selamat ulangtahun yang ke 125 tahun Ayam Brand Malaysia!

Reply
avatar
21.5.17

hamboi, dah jadi duta dah ye yazid, keh keh.. ayam brand memang sedap pun :3

Reply
avatar
22.5.17

boleh jadi duta n model ayam brand ni hehe

Reply