Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Friday, May 05, 2017

ARIL GLOW | MEMBANTU MEMUTIHKAN GIGI DENGAN SELAMAT


ARIL GLOW | MEMBANTU MEMUTIHKAN GIGI DENGAN SELAMAT | Ada masalah gigi menjadi kuning yang disebabkan oleh merokok, coffee, air berkarbonat? Selesa tak dengan keadaan gigi you all sekarang? Ke you all tak perasan langsung akan perubahan pada warna gigi you all? Haaa, kalau tak perasan tu, eloklah pergi belek-belek kat cermin gigi masing-masing. For your information, ena juga salah seorang yang ada masalah gigi kuning sejak addicted minum coffee lagi. Namun, keadaan kuning pada gigi ena masih tak teruk lagi sebab ena tak merokok dan selalu gosok gigi. Cuma stain dari coffee tu masih melekat sikit-sikit dan ianya agak tak selesa bagi ena.

Haritu ni, mencari-cari juga sebarang gel ke, ubat gigi ke, air kumur ke, cara tradisional ke yang mampu membantu mengurangkan kuning pada gigi ena dengan selamat dan dipercayai. Nak putihkan gigi kat klinik tu, kawan a.k.a doktor gigi pun ada kata yang harganya mahal sangatttt. Adudududu, tak mampu laa ena. Tunggu dah kerja nanti la. Selang berapa hari, Alhamdulillah, ada seorang hamba ni kasi ena cuba guna satu produk yang boleh memutihkan gigi tanpa berbahayakan kesihatan gigi. Nama produk tersebut adalah Aril Glow. So, entri ena ni, ena nak share info-info yang ena tahu mengenai Aril Glow ni.


ARIL GLOW SEPANTAS 30 MINIT


Gel Aril Glow ini dirumus khas untuk mengurangkan kesan stain / kekuningan pada gigi. Seperti yang dinyatakan oleh pihak produk ni, pemutih gigi Aril Glow telah berdaftar dan mempunyai bukti kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Malah bahan yang digunakan telah di periksa terlebih dahulu dan juga mempunyai sijil CE, MSDS dan FDA. Selain itu, gel ini berkualiti tinggi yang tidak akan merosakkan enamel (Bahagian luar gigi, yang kita nampak dengan mata kasar sekarang) tetapi ianya membuang kotoran yang melekat padanya.

Gel ini juga tidak memberikan kesan sampingan, ena pun dah guna  dan tiada kesan yang negative berlaku pada ena. Cuma hanya sedikit pengguna yang akan mengalami masalah gigi sensitive dan iritasi. Mungkin dirinya sensitive dengan bahan-bahan dalam gel ini. Okay, berikut adalah golongan yang boleh menggunakan gel Aril Glow ni.



Golongan Yang Dibenarkan Untuk Guna:

1) Umur 12 tahun dan ke atas
2) Mempunyai masalah gigi kuning (pastikan pergi cek dulu, takut kuning tu adalah warna sebenar gigi)
3) Lelaki & wanita
4) Ibu menyusu
5) Yang memakai braces
6) Wanita yang bukan sedang mengandung


ADAKAH KESANNYA KEKAL LAMA?


Kalau dah dapat hasil yang dikehendaki, pastikan jaga gigi you all dengan betul. Gosok gigi selalu, at least dua kali sehari. Kalau tak jaga, tak ada guna pergi pulun letak gel Aril Glow ni. Gigi you all akan menjadi kuning semula. Kalau pergi buat treatment kat klinik tu pun sama juga. Ni bukan main cakap, ni doktor gigi yang nasihatkan ena baru-baru ni because I seek for whitening my teeth.

Okay, untuk menggunakan Aril Glow ni pun ada beberapa pantang larang selepas dan sebelum guna yang perlu you all kena ikut. Bawah ni ena senaraikan langkah berjaga-jaga supaya gigi you all kekal cantik dan putih sihat.




Sebelum Guna Aril Glow:

a) Elakkan guna mouthwash (Ubat gigi / Ubat kumur)
b) Sapu dengan tisu ke, kapas ke, kumur dengan air kosong ke
c) Sapu gel dari atas gigi hingga ke bawah gigi. Jangan kena gusi kalau boleh.
d) Jangan letak tebal sangat, nipis-nipis pun dah memadai
e) Jangan telan gel dengan sengaja
d) Biarkan selama 15-30 minit
e) Tutup mulut dan kumur mulut. Lepas tu, boleh dah gosok gigi dengan ubat gigi.  Kasi gel-gel tu hilang.


Selepas Gun Aril Glow:

 a) Ubah lifestyle seperti elak minum coffee berlebihan,  tinggalkan rokok, berhenti minum arak dan karbonat
b) Elak minum dan makan yang panas selepas guna gel ini.
c) Elak makan dan minum yang berasid kerana ianya mampu merapuhkan struktur gigi
d) Guna gincu “Smudge Proof” untuk mengelakkan lipstik terkena gigi kerana ianya boleh meninggalkan kesan kotor pada gigi


DETAILS ARIL GLOW

Kepada yang ingin mencuba gel Aril Glow ni, boleh dapatkannya di laman social atau website officialnya. Ena letak link kat bawah ni. Sebarang pertanyaan yang lebih teliti, pun you all boleh direct contact dengan pihak mereka. Feedback daripada ena masih belum nampak dengan ketara lagi sebab baru guna. So, nanti ena share kat Instagram ena tau.

Mudah nak bawa ke mana sahaja




WEBSITE:

NOMBOR TELEFON:
019 7130250 (24 Jam Operasi)

FACEBOOK:

INSTAGRAM:


Itu sahaja perkongsian penjagaan gigi daripada ena. Jaga molek-molek gigi tu sebelum jadi rosak di kemudian hari. Gigi tu pun salah satu amanah daripada Allah untuk kita jaga dengan elok dan rapi. Ye dok? Hiks. Jangan lupa SHARE entri ni ye. Mekaceh.


Share

Other Article

ARIL GLOW | MEMBANTU MEMUTIHKAN GIGI DENGAN SELAMAT
4/ 5
Oleh

3 Comments

Tulis Comments
avatar
5.5.17

mmg tercari2 jgk cara nak putihkan gigi.. harga pun ok jugak..

Reply
avatar
5.5.17

Wah..menarik ni...kena beli la..

Reply
avatar
8.5.17

wah gigi putih berseri3

Reply