Tuesday, April 11, 2017

SUSHI KING MALAYSIA | MENU TERBARU BERASASKAN JAPANESE CURRY


SUSHI KING MALAYSIA | MENU TERBARU BERASASKAN JAPANESE CURRY | Siapa kat sini suka sushi? Kalau suka, kita geng yeay! Hiks. Okay, baru-baru ni ena diberi peluang untuk review menu terbaru di Sushi King. Memang ena suka sangat-sangat la sebab ena ni ketagih makan sushi kat situ. Suka nasi Jepunnya sebab gebu-gebu dan tak hambar. Kepuasannya susah nak digambarkan dalam tulisan. You all kena ada kat depan ena time makan baru you all nampak kepuasan ena tu macam mana. Hiks.

So, untuk pengetahuan you all, menu yang terbaru ni sangat sesuai buat mereka yang minat dan gila makan kari. Selama ni makan kari Melayu or kari Mamak je kan. So kalau you all teringin nak rasai kari Jepun ni macam mana, boleh la datang ke sini. Hal ini kerana menu terbaru yang bakal ena share kat bawah ini semuanya berasaskan Japanese Curry. Nyummmyy wehh! Jejom ena nak share menu-menu terbarunya.


JAPANESE CURRY, SUSHI KING


Sushi King Sdn Bhd telah ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 1995 dengan single outletnya di Kuala Lumpur. Dan sekarang, cawangannya telah berkembang sebanyak 105 outlets di seluruh Malaysia. Hal ini menyebabkan Sushi King ini dikenali sebagai restoran berkonsepkan Japanese kaiten (Meja sushi yang bergerak-gerak tu) yang terbesar di Malaysia. Wow!

Sushi King menyediakan makanan Jepun dan sushi yang harganya berpatutan dengan kesedapan yang you all bakal dapat. Malah, makanannya selamat, bersih dan telah disahkan halal untuk dijamah. Tak perlu lagi you all ragui untuk makan makanan Jepun di Sushi King.





Baru-baru ini, Sushi King telah mengeluarkan menu terbaru yang berasaskan "Japanese Curry". Tapi rasa kari kali ni memang KICK, pekat dan pedas. Bukan macam kari mamak, bukan juga macam kari Melayu. Ada rasa tersendiri kari Jepun ni. Rata-rata kata kari Japan ni tak pedas, tak sesuai dengan taste orang Melayu. So, pihak Sushi King telah mencipta menu kari Jepun yang boleh masuk dengan taste orang Malaysia. Tambahan pula, terdapat 3 tahap kepedasan kari yang ada iaitu Spicy Curry, Mild Spicy Curry dan Tomato Curry. 


MENU TERBARU SUSHI KING

Menu yang bertemakan "Curry With A Kick" ni masanya adalah limited sahaja, bermula dari 1 April 2017 hingga 30 Jun 2017. Sepanjang limited-time ni, Sushi King turut buat pertandingan gambar siapa ekspresi muka kepedasan yang paling kreatif. Nanti ena story mory lebih lanjut pasal pertandingan ni kat bawah ni. 

Ena nak share dengan you all menu Sushi King yang berasaskan curry. Semua menu ni ena dah rasa. Nanti ena share pendapat ena sendiri mengenai rasa setiap menu terbarunya.


1) Chicken Katsu (856 Kcal)



Ayam Goreng Tepung + Kacang Panjang + Nasi Jepun + Kari  (Boleh pilih : Spicy Curry, Mild-Spicy Curry, Tomato Curry)


2) Seafood Fry (719 Kcal)


Ikan Goreng Tepung + Kacang Panjang + Nasi Jepun + Kari  (Boleh pilih : Spicy Curry, Mild-Spicy Curry, Tomato Curry)


3) Yakiniku (676 Kcal)



Daging Goreng Basah + Kacang Panjang + Nasi Jepun + Kari  (Boleh pilih : Spicy Curry, Mild-Spicy Curry, Tomato Curry)


4) Grilled Cheese Curry (788 Kcal)



Ayam Goreng Tepung + Kacang Panjang + Nasi Jepun + Cheese + Kari


5) Curry Kiryu Udon (412 Kcal)



Udon Yang Leper + Udang Tenpura + Crabstick + Kuah Kari


6) Agedashi Beef Curry (841 Kcal)




Tauhu Goreng + Daging Goreng + Cendawan + Cheese + Kuah Kari


7) Aburi Curry Tamago (212 Kcal)



Telur Goreng + Cheese + Kari Mayonis


8) Curry Tori Katsu Gunkan (232 Kcal)



Ayam Goreng Tepung + Kari Mayonis


9) Curryfornia Roll (144 Kcal)


Crabsticks + timun + telur + telur ikan (Tobiko) + Sos Piri-Piri Kari


10) Curry Ebi Fry Nigiri (207 Kcal)


Udang Goreng Tepung + Kari Mayonis


11) Matcha Ice Cream Doughnut (401 Kcal)


Doughnut + Green Tea Ice Cream


12) Vanilla Ice-Cream Doughnut (411 Kcal)


Doughnut + Vanilla Ice Cream


FEEDBACK DARIPADA ENA

Tak banyak komen daripada ena sebab suka semua menu terbaru yang berasaskan kari Jepun ni. Ena ni ketagih dengan Nasi Jepun tau. Entah la kenapa. Alamatnya memang banyak betul ena makan masa ni. Tambahan pula, rasa karinya yang pekat, berlemak dan Ummmmmphhh! Walla! Lagi bertambah naik selera ena. Tapi ena tak boleh makan banyak yang Spicy Curry sebab ena memang tak tahan pedas. Dan ena dah tahu apa jenis kari apa pilihan hati ena dan paling ena suka. Japanese Curry yang bertuah tu adalah Tomato Curry. 

Fuh! Memang you all kena rasa karinya. Siapa yang suka pedas, boleh ambil yang Spicy Curry. Terangkat weh! Sebab tu temanya "Curry With A Kick". Bagi yang nak makan Spicy Curry atau Mild-Spicy Curry, jangan lupa untuk join contest mereka. You all boleh tengok pada poster kat bawah ni.




DETAILS SUSHI KING MALAYSIA

Haaa, apa lagi! Penat ena tulis dan share gambar banyak-banyak, takkan tak nak cuba try test Japanese Curry kat Sushi King ni. Mohler ajak kawan-kawan, saudara mara datang ke sini merasai kepedasan kari Jepun bersama-sama dan pencuci mulutnya yang superb nikmat.  Dan JANGAN LUPA juga untuk join contest kat atas ni. Mana tahu, ada rezeki you all untuk menang. InshaAllah, amin.



Itu sahaja kisah food hunting dan food review daripada ena. Terima kasih Bro Framestone atas jemputan ke food review kali ni. Okay, berikut adalah link ke laman social official Sushi King dan sekiranya you all ingin dapatkan info lebih lanjut, boleh klik je link kat bawah ni. Selamat mencuba.


FACEBOOK:

INSTAGRAM:

HOTLINE:
03-56225339



Share

Other Article

SUSHI KING MALAYSIA | MENU TERBARU BERASASKAN JAPANESE CURRY
4/ 5
Oleh

5 Comments

Comments
avatar
13.4.17

ah, nak try this one later lah.. *big fan sushi king and spicy food*

Reply
avatar
16.4.17

Nampak menyelerakan betul tapi sayangnya ciktie tak berapa suka sushi

Reply
avatar
19.4.17

nampak best.. terutama ice cream matcha tu

Reply
avatar
20.4.17

hi ina. lama tak baca blog ina.
baca entry sushi ni tetiba tekak menggatal jugak nak try latest menu ni even not a fan of curry. Tapi mcm kena cuba je. hehe

Reply
avatar
29.4.17

Angah mmg nak try chicken curry tp perasaan takut xsedap tu tggi hahaha...sbb fav mkn mix bento dr dulu ...hehe takpe.pasni boleh try gak nihh...sbb angah suke pedass

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)