Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, April 10, 2017

MEFA | JEMPUTAN KE PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA EDISI KE-16


MEFA | JEMPUTAN KE PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA EDISI KE-16 | Kepada bakal-bakal pengantin di luar sana, kali ni ena nak jemput you all semua untuk datang satu festival yang khas untuk you all untuk melihat pakej kahwin yang super duper awesome dan boleh buat you all rambang mata. Festival tersebut adalah Pameran Pengantin Malaysia / Malaysia Wedding Festival (MEFA) edisi yang ke 16.

Festival pengantin ini adalah sangat popular di Malaysia kalau you all nak tahu, memang meriah sangat. Setiap kali festivalnya diadakan, mesti disambut dengan sambutan yang sangat hangat dari rakyat-rakyat seMalaysia. Yela, demi mendapat kepuasan ketika majlis raja sehari, sudah tentu kena buat survey terlebih dahulu. Jangan main serbu je pilih, slow-slow supaya tak rugi.  Dan lagi tersangat rugi kalau you all tak bertandang ke pameran pengantin ini sebagai salah satu tempat survey you all.




Hal ini keranaaa... haaa sila teruskan pembacaan you all.


PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA EDISI KE-16 (MEFA)

Kenapa ena sarankan you all semua terutama bagi yang ingin melaksanakan perkahwinan tak lama lagi, sebabnyaaaaa....




1) Memudahkan bakal pengantin melakukan persiapan perkahwinan

2) One Stop Centre Wedding (Semua ada): katering, pelamin, butik pengantin, kad kahwin, dewan pengantin dan cenderahati / door gift

3) Gabungan vendor / wedding planner dari pelbagai kawasan : Shah Alam, Ampang, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan seluruh Lembah Klang

4) Lebih 100 tapak promosi yang ada di pameran pengantin ini

5) Setiap tempahan mana-mana pakej minima RM500 (Terkumpul) di sini, para bakal pengantin bakal berpeluang memenangi HADIAH CABUTAN BERTUAH seperti pakej bulan madu, gadjet, t-shirt, barangan kecantikan dan coklat.

6) Tak lupa juga, setiap tempahan wajib menerima hadiah daripada pihak MEFA

7) Tawaran pakej pengantin sehingga 70% diskaun (terhad untuk 3 pameran sahaja)


Haaa! Menarikkan! Ena pula rasa nak serbu tapi malangnya ena duduk jauh sekarang. Mahu juga usya-usya perkahwinan yang ada kat situ. Nampak semua menarik-menarik dan layanan perkhidmatan yang sangat mesra pelanggan. Okay, kepada mereka yang ada berdekatan dan sudi datang ke festival kahwin ini, boleh rujuk pada poster di bawah ini.




Untuk pengentahuan you all juga, pada hari Sabtu dan Ahad, ada sedikit aktiviti yang bakal dijalankan seperti pertunjukan fesyen dan pertandingan makeup artis. So, you all dialu-alukan untuk hadir dan memeriahkan lagi aktiviti ni. Jangan ketinggalan, save the date cecepat. Hiks.






DETAILS PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA (MEFA) EDISI KE-16

Bagi memudahkan you all lagi, you all boleh serbu ke laman social mereka untuk ketahui info yang lebih terkini dan up-to-date and time. Ena share link-link kat bawah ni, you all boleh pilih la nak terjah yang mana senang bagi you all. Klik je pada huruf yang berwarna pink tu. 

Itu sahaja daripada ena, semoga dapat membantu you all terutama mereka yang bakal menjadi raja sehari termasuk la diri ena.. eh ehhh.. Hiks. Terima kasih




FACEBOOk:

INSTAGRAM:

WEBSITE:


P/S: Sebarang pertanyaan atau ingin menempah booth jualan boleh hubungi : Encik Azahari (012-3871775). Jangan lupa share hal ini dengan keluarga atau rakan-rakan you all ye.



Share

Other Article

MEFA | JEMPUTAN KE PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA EDISI KE-16
4/ 5
Oleh