Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Saturday, April 22, 2017

MR.DAKGALBI | MASAKAN KOREA YANG BERBEZA


MR.DAKGALBI | MASAKAN KOREA YANG BERBEZA  | Siapa kat sini pernah rasa makanan Korea di Mr.Dakgalbi? Kalau pernah, jom kongsikan feedback you all kat ruang komen ena. Ena tak kisah negatif ke positif, niat ena nak jadikan entri ena ni panduan untuk orang lain. Alhamdulillah, ena dah makan dah Mr. Dakgalbi ni kat IOI City Mall Putrajaya , dan ena nak kongsikan pendapat ena sendiri mengenai tempat dan rasa makanan kat sini.

Ena teringin sangat nak makan kat sini sebab tengok kawan-kawan ena post kat laman social mereka. Serius terliur tengok. Sebab makanannya dimasak depan mata kita oleh pihak pekerja Mr.Dakgalbi tu sendiri. Bukan steamboat dan bukan BBQ. Tak tahu nak panggil apa tapi itulah keistimewaan kat sini dan membuat ena tertarik untuk memburu makanan kat Mr.Dakgalbi. Apa itu "Dakgalbi"? Haaa! Ena memula pun tak tahu maknanya tapi sekarang dah tahu lepas tanya kawan ena yang faham bahasa Korea. So, meh ena kongsikan makna dan sedikit info apa yang ena tahu la mengenai kedai makan makanan Korea ni. Keep reading!


MR.DAKGALBI , IOI CITY MALL PUTRAJAYA


"Dakgalbi" bermaksud Daging Ayam. Patut la set yang ena pilih haritu ada ayam yang dipotong dadu.  Kalau peratikan betul-betul pada logo Mr.Dakgalbiada bentuk ayam di situ. Sebab tu di letak nama Dakgalbi. Mungkin la. Hiks. Tapi tak semua menunya ada daging ayam sahaja, daging lembu , seafood pun ada juga. 

Apa yang special Dakgalbi ni adalah daging ayam diperap dengan Korean chili paste dan Dduk (Rice Cake). Resepi ni telah wujud sejak tahun 1960an lagi. Tudiaaa, dah lama juga la. Mungkin dulu cara membuatnya lain sedikit dari sekarang yang sudah serba moden. Okay, macam mana dia buat Dakgalbi tu, ena tak tahu la sebab itukan secret recipes mereka. So, secret is secret hokai. 


Bawah sudu tu Dakgalbinya. Nyumnyum

Tengah masak nasi goreng Korea bersama cheese dan Dakgalbi.


You all boleh makan Dakgalbi ni dengan side dishes yang lain seperti nasi ke, sayur ke, cheese ring ke atau ramen ke. Terpulang la pada kehendak tekak masing-masing. Dekat sini menunya ber'set', yang ala carte ena tak pasti la pula. Dan jumlah paling minimum untuk orang makan adalah dua orang. Kalau nak perut jenis besar, boleh je nak makan berseorangan. Banyak weh! 

Jenis setnya ada pelbagai jenis dan you all boleh tengok pada gambar kat bawah ni. Ena ambil gambar ni kat Facebook Official Mr.Dakgalbi je. You all boleh search Mengenai harga tu mungkin akan berubah suatu hari nanti tapi buat masa sekarang sama je macam dalam gambar.




OUTLET MR.DAKGALBI
Solaris Mont Kiara
Setiawalk, Puchong
Citta Mall
Setapak
Sri Petaling
Tropicana City Mall
Publika
IOI City Mall Putrajaya (Yang ena pergi)



MENU YANG DIPILIH

Ena pilih yang set Fried Rice Set sebab ena tengok ramai makan set ni. Tu yang pilih tu.  Hiks. Okay, dalam set tu ada Ramen, Rice dan Cheese. Lepas tu ada side dishes percuma yang diberikan  kepada setiap orang yang datang seperti kimchi, salad segar, kubis putih dengan mayonis dan jeruk lobak putih. Jejom tengok gambar menu yang ena pilih.


Air Sejuk free. So, dah jimat dah.

Side Dishes free. Setiap orang dapat satu set ni.

Cheese digaulkan sekali dalam nasi 

Nasi nak buat nasi goreng nanti 

Ramen

Siap dah dimasak depan-depan kami. Tiba masa untuk makan. Jyeaahhhh!


FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI:
Mengenai kedainya, sudah tentu bersih sebab dalam mall. Tak silap ena, kalau bukan kedai makan dalam mall memang pihak kedai makan tu kena sentiasa jaga kebersihan. Selesa la juga even masa ena datang ni ramai orang. Mujur ada seketul meja untuk kami. Boleh la menyelit. Ahaks.


SERVIS: Servisnya okay, pelayannya mesra, tak sombong dan cepat juga meja kami dihidangkan semua makanan. Masak apa semua, tangkas! Yela, customer datang bertubi-tubi juga masa ni. Mereka kena buat kerja dengan cepat, selamat dan tangkas supaya orang lain tak menunggu lama. Ena ada baca review dari orang lain kat FB Mr.Dakgalbi , sesetengah mereka kata servisnya tak berapa bagus. Tu, ena tak pasti kat outlet yang mana. Maybe masa ena pergi ni dapat yang elok-elok je. Alhamdulillah la

MAKANAN: Rasa makanannya okay la bagi ena. Nak kata sedap sangat pun tak juga tapi tak mengecewakan la. Next time nak cuba try test menu yang lain pula. Ada orang kata kalau ada cheese ring lagi sedap. Fuh! Ena dah la suka cheese. Nanti bolehlah cuba yang tu. Okay, dari segi kuantiti, memang banyak. Ena makan dua orang pun tak habis.  



Saja nak cuba try test. Buat Salad balut ni. Hiks.

HARGA: Mengenai harga bagi ena not bad untuk dua orang dengan kuantiti yang dapat. Kalau nak jimat, ena sarankan you all jangan order air sebab dah bagi minuman free. Kalau rasa nak minuman yang lain, jangan segan jangan silu, sila la order. Heeee.


DETAILS MR.DAKGALBI

Kepada yang ingin merasai Mr.Dakgalbi ni, boleh la ke cawangan-cawangannya yang berdekatan dengan you all. Cawangannya ena ada mention kat atas. Itu sahaja cerita foodhunting ena kali ni. Untuk ketahui dengan lebih lanjut, sila usyar laman social rasmi Mr.Dakgalbi. Ena share link kat bawah ni dan you all boleh klik sahaja.



FACEBOOK:

INSTAGRAM:



Share

Other Article

MR.DAKGALBI | MASAKAN KOREA YANG BERBEZA
4/ 5
Oleh

3 Comments

Tulis Comments
avatar
22.4.17

wahh nak try la.. harga berapa ni acik

Reply
avatar
23.4.17

Tak aciiiiii.....saje je kasi jeles😭

Reply
avatar
29.4.17

Aritu ramai post dah mkn kat sini...angah xsempt lagi nk terjah...hehe nnt nk singgah gakla

Reply