Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Friday, April 07, 2017

MEGA WEDDING MALAYSIA | 23 PASANGAN PENGANTIN DALAM SATU MAJLIS


MEGA WEDDING MALAYSIA | 23 PASANGAN PENGANTIN DALAM SATU MAJLIS | Pernah tak you all hadiri majlis perkahwinan atau lebih senang dipanggil "kenduri kahwin" yang pasangan pengantinnya lebih dari 10 pasangan? Banyakkannnn. Haaaa, kali ni ena nak share satu moment ena pergi kenduri kahwin di mana kat situ terdapat 23 pasangan pengantin. Hanya dalam SATU majlis. Fuhh! First time weh tengok majlis kahwin secara beramai-ramai ni. Syok pun ada sebab rare bagi ena. Mana taknya, ena selalu attend majlis kahwin yang raja seharinya ada sepasang je. Teruja sejenak. Hiks.

Majlis kahwin ini atas jemputan khas dari pihak Mega Wedding Malaysia, yang merupakan sebuah syarikat menyediakan pakej perkahwinan secara beramai-ramai dan murah. Dari bernikah sampai la ke walimatul urus. Dah la pengantin naik cruise pula tu, fuhh! Tetiba rasa nak tempah pakej kat sini je untuk kenduri ena nanti. Okay, sebelum ena mengarut-ngarut lagi, moh ena nak kongsikan sedikit apakah Mega Wedding Malaysia ni. Mesti ada yang baru tahu kan. So lets move!


MEGA WEDDING MALAYSIA



Kali pertama Mega Wedding Malaysia mengadakan majlis perkahwinan sebegini adalah pada bulan Oktober 2016. Ketika itu, 13 pasangan pengantin sahaja yang ada tapi itu pun dah menunjukkan pakej kahwin beramai-ramai ni menerima sambutan yang hangat macam goreng pisang panas gittewww. Hingga la pada 1 April 2017, dah makin meningkat pasangan pengantin yang ingin mengambil pakej ini. Well, sekarang trend weh kat Malaysia kahwin secara beramai-ramai ni.


Harga Pakej: RM7000 / sepasang pengantin


Kat atas tu adalah pakej perkahwinan yang ditetapkan oleh pihak Mega Wedding Malaysia. Murah wehh! Satu pakej tu dari Majlis Pernikahan di Masjid Putrajaya hingga la ke makan beradab dan majlis resepsi di Marina Putrajaya. Pasangan pengantin akan di bawa oleh cruise ke Marina Putrajaya sebab kendurinya di buat kat tepi tasik Putrajaya. Luas kawasannya. You all boleh tengok gambar-gambar kat bawah ni nanti.

Penganjur bersama dengan acara ini adalah Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Impian Wedding & Events bersama dengan kerjasama Jabaran Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya.


Para tetamu tengah menunggu ketibaan para pengantin 

Pelamin pengantin. 

View pelamin diletakkan 

 Cruise yang bawa para pengantin ke jeti Marina Putrajaya
Posing sat sebab view kat sini sangat cantik even baru lepas hujan

Khemah untuk tetamu. Masa ni ada dua bahagian khemahnya, boleh pilih la nak duduk mana 

 Meja VIP + Meja Beradab dan Meja untuk para Media dan Crew

Kek untuk 23 pasangan pengantin di sediakan sekali 

 Part pengawal audio dan music

Ni bahagian pendaftaran dan goodies untuk para tetamu.  

Makan beradab 

Menu untuk meja VIP. Sedap juga, cuma masa ni dah jadi sejuk disebabkan cuaca yang sejuk 

Para media dan blogger

Ni tempat lain untuk khemah untuk tetamu


Dalam pakej tu juga, mereka telah menyedia pakej solekan dan baju pengantin. Semua la lengkap, tak payah nak pening kepala nak hired MUA mana-mana dah sebab crew Mega Wedding Malaysia  dah ada MUA mereka sendiri. Tengok la pasangan pengantin kat bawah ni. Ena letak beberapa kerat je sebab tak mampu nak upload semua gambar 23 pasangan pengantin.










Pakej Perkahwinan Lengkap:

1) 200pax jemputan untuk setiap pasangan
2) Menu Beriyani istimewa
3) Live show dari band terpilih
4) Deeja Jemputan dan PA System
5) 'Door Gift' untuk setiap tetami
6) Videografi dan Fotografi untuk seluruh acara
7) Liputan khas dari media
8) Hadiah misteri dan istimewa daripada pelbagai penaja
9) Cruise sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
10) Pelamin Ekslusif
11) Pengurusan Majlis Akad Nikah di Masjid Putra
12) Percuma kad kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
13) Kek kahwin untuk semua pasangan pengantin
14) Penginapan satu malam di Shangri-La Putrajaya untuk semua pengatin baru


Pada hari kejadian, artis terkenal di Malaysia iaitu Norman Hakim dan Memey Suhaiza turut hadir demi memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini. Dengan sedikit ucapan dan doa daripada mereka kepada semua 23 pasangan pengantin yang bersanding ketika itu. Ena pun nak ucap juga Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia hingga ke syurga kepada semua pasangan pengantin. Doakan ena punya jodoh dipercepatkan ye. Hiks.







DETAILS MEGA WEDDING MALAYSIA

Berikut adalah beberapa penaja yang you all perlu ambil tahu. Penaja-penaja inilah yang telah berganding bahu sesama mereka demi memastikan majlis perkahwinan you all dilaksanakan dengan lancar, meriah dan perfecto. You all boleh Google mereka ye untuk ketahui dengan lebih lanjut. So, berikut adalah senarai penajanya



Penaja Yang Ohsem!

1) Mega Wedding Malaysia
2) Ampire Events
3) Ainuddin Hatta Studio
4) Bvold Studio
5) RYNS Avenue
6) Yann Rifft Team (Makeup)
7) Coffee Corner Faizal Azzuuri
8) Firejet Wedding kad
9) Anggun By Saza
10) Masjid Putra, Putrajaya
11) Shangri-La Putrajaya
12) Marina Putrajaya
13) Cruise Tasik Putrajaya



Contact Number: 013-6233628 (Puan Noor Mazidah) 
                               019-2331351 (Azahari)

Facebook: https://www.facebook.com/megaweddingmalaysia

Instagram: https://www.instagram.com/megaweddingmalaysia

Portal Rasmi: http://www.megawedding.my/




Share

Other Article

MEGA WEDDING MALAYSIA | 23 PASANGAN PENGANTIN DALAM SATU MAJLIS
4/ 5
Oleh

1 Comments:

Tulis Comments
avatar
7.4.17

murah gak kalau 7000 hehee.. tengah merisik risik juga ni

Reply