BUFFET RAMADHAN 2017 DI BANGI GOLF RESORT CLUB
BUFFET RAMADHAN 2017 DI BANGI GOLF RESORT CLUB | Seperti yang kita semua sudah maklum bahawa tak lama lagi kita dah nak berjumpa dengan bulan Ramadhan yang mulia tahun ni. Serius, ena jadi excited sangat setiap kali nak berpuasa sebab rindu nak harungi suasana bulan Ramadhan. Yeayy! Cuma kali ni sedih sedikit la sebab tak dapat puasa sebulan kat rumah macam tahun depan. Tak mengapalah, lepas raya nanti boleh cuti sepuas-puasnya. Hiks.
Siapa kat sini dah sedia nak tempuhi bulan Ramadhan? Mesti ramai juga yang tak sabarkan. Macam biasa, time puasa mesti kita dah terfikir-fikir nak berbuka pa la nanti dan kat kedai makan mana nak pergi. Mula-mula mungkin la nak makan kat rumah, tapi nanti-nanti mesti ada yang nak berbuka kat luar. Oleh itu, kali ni ena nak share dengan you all satu tempat menyediakan buffet Ramadhan nanti di area Bangi. Nama tempat tersebut adalah Bangi Golf Resort Club (BGR).
BUFFET RAMADHAN BANGI GOLF RESORT (BGR)
Bagi mereka yang suka berbuka puasa di Bangi Golf Resort (BGR), pada tahun ni sekali lagi pihak mereka akan menghidangkan signature Buffet Ramadhan bermula 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017. Makanannya dijamin Halal oleh Jakim dan Bersih untuk kita semua makan. So you all tak perlu risau lagi status halalnya.
Kali ni hidangan buffet bercirikan ala melayu, Barat dan Timur. Lebih 200 jenis hidangan yang ada, berbaloi dengan harga yang you all bayar. Ena suka berbuka kat sini sebab banyak sangat choice makanan yang boleh pilih. Heaven betul. Untuk tahun ni ada menu terbaru yang you all boleh melantak sampai puas. Bawah ni ena share menu-menu yang ada kat Buffer Ramadhan BGR 2017.
ALAMAT:
Bangi Golf Resort Restaurant
No 1 Persiaran Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor
800 tempat letak kereta, surau dan toilet yang selesa
RM58 (Dewasa)
RM28 (Kanak-Kanak)
Berikut adalah alamat untuk ke Bangi Golf Resort Restaurant. You all guna je waze atau Google Map dengan search ke situ. Nak letak alamat penuh seperti ena mention kat atas ni pun boleh. Hari tu ni ena datang ke mari dengan berpandukan waze je. InshaAllah tak sesat punya. Hiks.
MENU BUFFET RAMADHAN BGR 2017
Ena tak letak semua menu tau sebab ena nak bagi supprise kat you all. Kalau you all nak ketahui lagi apa yang ada, sila la cepat-cepat beli voucher untuk Buffet Ramadhan sekarang. Pilih tarikh sendiri bermula dari 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017. Tak nak buang masa, jejom tengok menu-menu yang ena nak share di sini.
Sup Kambing Mamak
Menu paling popular! Kambing Golek
Kambing Golek yang sudah dipotong.
Sate ayam ada, sate daging lembu pun ada. Kesukaan orang ramai
Masakan Melayu
Rendang Daging Taik Minyak
Ikan Masak Asam Kari
Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato
Mee Kari
Masakan Barat
Peri-Peri Chicken Drumlets (Menu Terbaru)
Golden Sand Spagetti Carbonara
Pencuci Mulut
Selain menikmati juadah berbuka puasa, you all juga boleh membeli barangan yang dijual pada gerai-gerai yang bakal dibuka nanti. Dan lagi syok bagi penggemar durian, nanti you all juga boleh membawa pulang durian yang dibawa khas dari ladang Raub Pahang dengan harga promosi 'DURIAN RUNTUH'. Bukan buah durian sahaja yang ada, Gelato (Aiskrim) Durian Musang King dan Passion Fruit Guava Asam Boi pun turut ada jual dari pihak Sweet Scoopz. Terbaik weh rasa dia!
My foodhunter partner, Yazid a.k.a big boss Makan Dalam Cafe Banting. Dia ni hantu segala hantu durian
Geng hantu durian, blogger Kak Eyzamiel dan Kak Shiqin Sunshine
FEEDBACK DARIPADA ENA
Serius, memang ena suka berbuka kat sini dah lama dah sebab banyak betul choice makanannya. Makan la kau sampai puas. Apa yang kau tak dapat kat Bazaar Ramadhan, kau boleh dapat kat sini. Tempat makan pun selesa. Berbaloi dengan harga yang kita bayar.
Lepas tu, nak solat pun senang sebab suraunya tak jauh dari dewan makan. Ruang suraunya pun selesa, mampu menampung ramai orang. Kalau you all nak solat dulu baru jamah makanan pun boleh atau nak makan dulu pun boleh. Terpulang. Tapi lebih baik makan sikit dulu, lepas tu pergi settlekan urusan kita dengan Allah dulu then sambung makan sampai kenyang. Ye dok. Hiks
Selain itu, sambil-sambil you all makan tu, nanti ada persembahan muzik secara live akan diadakan setiap hari dari pukul 6.30pm hingga 9pm. Tak adalah krik-krik sangat suasana dewan makan tu.
Ena memang sarankan you all untuk berbuka di sini nanti bagi yang berdekatan dengan area Bangi. Boleh bawa kawan-kawan, keluarga atau rakan sekerja. Ena pergi baru-baru ni, Alhamdulillah laa dapat berjumpa dengan kawan-kawan blogger dalam satu dewan makan. Best! Yela, ena ni jarang turun padang. So susah juga nak jumpa depan-depan dengan mereka. Hiks. InshaAllah, ena pasti akan ke sini lagi pada bulan Ramadhan nanti dan hope dapat jumpa you all kat sana.
Blogger Kak Azlinda Azman
Dengan blogger-blogger popular, dari kiri Kak Emas Putih, Kak Yaya Natsumi, suami kak Yaya, Yazid, Me, Kak Shiqin Sunshine dan Kak Yanty Lee
Blogger kak Shuhaida Kabdy . Yang belakang tu blogger juga. Suka suki je dia yeee. Hahahaha
Blogger kak Nadia Farahida
Blogger artis dan terkenal dan very very humble, kak Yuyu Zulaikha
DETAIL BANGI GOLF RESORT (BGR)
Bagi mereka yang ingin membeli voucher buffet Ramadhan BGR ni, you all boleh rujuk pada detail-detail yang ena share kat bawah ni. Sebarang pertanyaan you all boleh contact pada nombor telefon yang tertera.
CONTACT NUMBER:
(60)11 1057 5088 (Nurul Adira Kamil)
EMAIL:
HOTLINE:
1-700-81-8557
FACEBOOK:
INSTAGRAM:
WEBSITE:
HASHTAG:
#BGRBuffetRamadhan17
Itu sahaja daripada ena. Jangan lepaskan peluang ini dan share entri ini ye. Terima kasih dan selamat menjalani bulan Ramadhan tak lama lagi. Mana yang tak habis ganti puasa tu, cepat-cepat bayar hutang dengan Allah. Heeee.
9 Comments
bestnyaa. sini memang meriah kan. harga pun boleh tahan
ReplyDeleteMacam-macam pilihan ada kat sana Ina kan.. Ehhh.. ada gambar Kak Sue, tq Ina 😘
ReplyDeleteAngah dah buat comparison yg ni paling murah setakat ni kann...dah la sedap..flow sgt bagus sbb ruang luas hehe... So tak perlu sesak2 nk amik mknn... Mmg thorbaekk!!
ReplyDeletenak kambingggg! xD
ReplyDeletetiap tiap tahun mmg tak kan lepas pluang pergi BGR ni..akk suka makan sini..sedappp..tapi tak dpt nk bgambar ngan ina yg cantik ni hihi..nsb smpat borak kan ari tu
ReplyDeletemmg ade durian ke kt situ?
ReplyDeleteNak sup kambing
ReplyDeleteJom Ahad ni Aina ;)
ReplyDeletebestnye... Dah tempah utk esok hiks...
ReplyDeleteHttp://www.irismyra.blogspot.my