Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, February 22, 2017

RESTORAN SEDAP WEH KUANTAN | NIKMATI KESEDAPAN PAIS IKAN PATIN


RESTORAN SEDAP WEH KUANTAN | NIKMATI KESEDAPAN PAIS IKAN PATIN | Huishhh dah lama ena tak share tempat-tempat yang ena pergi untuk foodhunting. Ada je pergi cuma terlupa nak share cerita dengan you all kat sini. Untuk entri kali ni, ena nak share satu kedai makan yang boleh dikatakan berhampiran dengan UIAM, tempat dimana ena tinggal. Nama kedai makan tersebut adalah Restoran Sedap Weh.

Sedap ke weh? Weh! Sedap sungguh ke? Ahaks. Comel je nama restorannya. Ena pun baru tahu restoran ni wujud kat kawasan sini. Terima kasihlah kepada kawan-kawan seperjuangan yang share tempat makan best kat area Kuantan ni. Dengan itu, ena pula nak share dengan you all tentang tempat makan ni dan padangan ena terhadap kedai makan ni.


RESTORAN SEDAP WEH


Untuk pengetahuan you all, Restoran Sedap Weh ni adalah cawangan lain untuk  Restoran MABIQ Kuantan yang terletak betul-betul kat tepi ByPass Kuantan - Gambang. Dari UIAM Kuantan, dalam 10 minit macam tu. You all boleh waze atau guna Google Map ke "Restoran Sedap Weh", jangan ada dalam senarai sebab ena sendiri menggunakan waze untuk ke sini.


ALAMAT:
Restoran Sedap Weh
PB305 Y244 Jalan Pintasan Kuantan,
Kampung MPK, 
Kampung Batu Tujuh
25150 Kuantan, Pahang

MASA OPERASI:
Hari: Ahad - Khamis (Jumaat & Sabtu Tutup)
Masa: 10am - 4pm


Ena pilih ke sini sebab lebih dekat dengan UIAM berbanding dengan ke cawangan pertamanya. Lepas tu, waktu ena pergi ni ada waktu tengah hari. Tekak pula teringin nak makan Ikan Patin Tempoyak, so apa lagi ke sini jelah terus. Lagipun, kedai makan ni cawangan MABIQ dan ena suka makanan kat situ, for sure kat Restoran Sedap Weh ni pun sedap-sedap juga lauknya.

By the way, betul ke sedap weh??? Wehhh! Sedap ke kat sini? Hmmm.. Jengg jenggg, kalau nak tahu jawapan dan apa pandangan ena ketika makan kat kedai sini, sila teruskan pembacaan masing-masing ye. Jangan tak baca pula, penat ai si tulis tau. Hiks.


MENU YANG DIPILIH

Kat sini feymes dengan masak Lemak Tempoyak Ikan Patin, Paeh Ikan Patin dan Daging Salai. Di sini, makanannya you all kena ambil sendiri dan layan sendiri. Termasuklah airnya. Pilih la mana you all nak. Makan tengah harikan, mana ada masakan panas semua. So, ena pilih la lauk apa yang ena nak dengan nasi putih.

Yang penting Paeh Ikan Patin ena mesti grab sebab kegemaran ena tu. Paeh atau Paih ini adalah ikan bakar yang diperap atau dimasak sekali dengan kuah masak lemak tempoyak. Ikan tu ikut la nak jenis apa. Tapi kalau stay kat Pahang ni, feymes ikan patin la. Nyum nyum nyum. Even ena ni tak boleh makan tempoyak dek kerana migrain, tapi peduli apa aku. Hiks. Lepas makan Paeh tu, pepandaila tanggung sendiri. 


Dalam bungkusan Aluminium tu adalah Paeh Ikan Patin, bahagian badan. Ada banyak bahagian, kepala, ekor dan lain-lain lagi. Ikutlah mana nak


FEEDBACK DARIPADA ENA

Kedai: Alhamdulillah, kedainya bersih, selesa untuk menjamu selera even bukan dalam kedai yang beraircond. Kipas je tapi ni baru fefeeling makan tengah hari dengan masakan Melayu. Hiks. 

Servis: Kat sini kena layan diri sendiri. Tapi jangan risau, ada pihak yang akan bersihkan meja makan selepas kita habis makan. Pekerja-pekerjanya pun bagus, sopan. Kat sini bayaran hanya menggunakan wang tunai. Lepas tu, parking pun mudah, ada sinki basuh tangan. Tempat duduk pun terpulang, nak bersila pun ada, nak duduk atas kerusi pun ada. Ikut keselesaan masing-masing.

Makanan: Sedap Paeh Ikan Patinnya. Isi ikan patin tu memang terasa akan kemanisan berlemak kesedapannya. Huishh! Tak tahu nak describe macam mana rasa ikan parin tu. Apapun, I loike laaa, hiks. Makanan lain pun not bad. Majoriti sedap. Banyak sangat pilihan yang you all boleh pilih. Ikutlah selera tekak masing-masing.






Harga: Tak adalah mahal sangat. Okaylah untuk makan tengah hari. Ena makan ni pun bawah RM10 sekali air. Sesuailah untuk pelajar macam ena ni makan kat sini. Lagipun masakan Melayu kan, sesuai dengan tekak. Puas hati pula tu.

Tapi tak tahu lately ni, harga makin naik pula. Padahal ambil lauk yang sama. Hurmmm. 


DETAILS RESTORAN SEDAP WEH

Kepada mereka yang sedang mencari tempat makan tengahari kat area Kuantan, meh la datang ke sini. Sangat recommended. Alamat semua you all boleh rujuk kat bahagian atas-atas entri ena ni. Bawah ni ena nak share link social media yang boleh menjadi panduan untuk you all.

Itu sahaja daripada ena, jangan lupa untuk SHARE entri ena yang ni dengan family atau kawan-kawan ye. Terima kasih dan selamat menjamu selera.


FACEBOOK:






Share

Other Article

RESTORAN SEDAP WEH KUANTAN | NIKMATI KESEDAPAN PAIS IKAN PATIN
4/ 5
Oleh

4 Comments

Tulis Comments
avatar
22.2.17

ikan patin ni buat goreng garing pun sedap.. makan dgn cili kicap or sambal belacan ada ulam2.. perghhh

Reply
avatar
22.2.17

Restoran Sedap Weh hehehhe rindu nak balik kg...

Reply
avatar
27.2.17

suka makan patin-patin ni..

Reply
avatar
22.3.17

Tempat ni biasa dah p makan.. dekat dengan rumah... hehe.. banyak menu.. rambang mata nk memilih.. Tapi lagi best dekat Mabiq...

Reply