Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Sunday, February 19, 2017

MENSTRUHEAT PSLOVE | TERAPI MELEGAKAN SENGGUGUT


MENSTRUHEAT PSLOVE | TERAPI MELEGAKAN SENGGUGUT | Tahap sakit senggugut ni hanya kaum hawa atau kaum perempuan sahaja memahami sekuat mana tahap sakitnya. Tapi ada je yang tak mengalami sakit senggugut ni bila datang haid atau orang kita selalu kata 'datang bulan'. Untungnyaaa lahaiii. Namun, ena ni salah seorang yang akan alami kesakitan senggugut yang kuat. Teruk sampai ena jadi migrain seharian dan kekadang tu sampai demam-demam. Kesakitan dek kecutan rahim dan juga kat bahagian belakang ena ni, memang tak dapat dielakkan lagi. 

Salah satu yang boleh melegakan kesakitan senggugut ena tu, adalah buat warm compress atau dalam Melayunya 'tuam'. Mencari-cari juga kat mana ada jual tuam-tuam yang memudahkan untuk kita gunakan. Sekali jumpa satu website ni yang jual tuam ala-ala macam 'Cool Fever', di mana kita hanya tampal je kat bahagian yang tengah sakit tu. Benda tu akan memberikan rasa kehangatan kat bahagian tu. 


MENSTRUHEAT PSLOVE



Nama produk tersebut adalah MenstruHeat PsLove. Setahu apa yang ena ada baca, menstruheat ni mai dari jauh iaitu dari Singapore. Kat bungkusan parcel ena pun ada stated perkataan 'Singapore'. Ena dapatkan secara online menerusi laman website rasminya. Nanti ena sharekan link website dan laman socialnya kat bawah-bawah entri ni.

Tujuan pihak PsLove menciptakan terapi heat patches ini untuk memberi kelegaan dan keselesaan para wanita yang mengalami kesakitan senggugut. Malah memudahkan mereka untuk menggunakannya sebab dah tak perlu bersusah payah untuk panaskan air ke, kain ke, bertungku ke dan lagi syok tak payah nak makan ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit ni tak elok makan selalu ketika sakit senggugut.


Macam mana cara nak pakai? Okay, meh ena terangkan macam mana nak tepek, nak guna macam mana dan lain-lain lagi.

Cara Untuk Pakai:
1) Buka plastik MenstruHeat, biarkan je terdedah kat udara sejenak. Nanti benda tu panas sendiri.
2) Cabut tempat plastik pelekat kat belakang MenstruHeat ni.
3) Tepek kat bawah pusat you all, di mana letaknya rahim kita. Ada 3 cara nak letak mengikut kadar kepanasan yang dikehendaki iaitu:-

    - Lekat kat baju / seluar : Warm
    - Lekat kat seluar dalam : Hot (Recommended)
    - Lekat terus pada kulit: Hottest

4) Lepas sejam lekat kat badan, buka MenstruHeat selama 5 minit untuk mengelakkan kulit menjadi terbakar. Lepas tu, boleh letak semula. Boleh guna on off selama 12 jam / hari.


Kat belakang bungkusannya ada semua info untuk guna dan pakai benda ni macam mana.

Ni ambil sebagai contoh kertas sticker untuk patches ni.


FEEDBACK DARIPADA ENA
 
Ena baru cuba try test tapi yang produk terbaru daripada PSLove ni iaitu BackHeat di mana ianya untuk melegakan lenguh-lenguh di belakang badan kita. Yang MenstruHeat tak cuba lagi sebab belum masanya lagi. So, ena standby je dulu. Incase dah sampai masanya, ena terus tepek jela. So untuk feedbacknya, ena bagi komen apa yang ena rasa ketika pakai BackHeat ni jela ye. Semua sama je, cuma bentuk dan saiz patchesnya berbeza mengikut kesesuaian bahagian bentuk badan kita.

Baru-baru ni, ena buat kerja agak berat juga kalau nak dibandingkan dengan hari-hari yang biasa. Alamatnya, terus ena dapat Lower Back Pain, fuhhhhh! Spoil mood terus nak buat kerja. Apa lagi, terus ena lekat BackHeat ni memandangkan ena nak buat kerja lagi masa ni. Ena terus lekat pada kulit.




Perghhh! Memang terbaiklah BackHeat PSLove ni. Kepanasannya mampu membuat lower back ena rasa lebih lega dan sedapla rasa panas-panas macam kena tuam. Cuma kita tak payah dah nak bersusah payah celup air panas banyak kali ke apa semua. Hanya lekat je benda tu kat belakang badan dan dah boleh buat kerja yang lain. Biarkan ianya bekerja sendiri. Alhamdulillah. Tapi jangan letak lama-lama, memang panas benda ni. Takut terbakar kulit je bagi yang tak tahan tu. Curious juga macam mana benda ni memanas dengan sendirinya.

Tak sabar nak guna MenstruHeat pula. Ramai kata produk ni okay, so ena harap boleh memberi kelegaan pada ena ketika waktu senggugut. Well, macam ena kata sebelum ni, senggugut ena boleh dikatakan agak teruk. Nanti ena bagi feedback kat instagram ena. Jangan lupa follow: ina.ainaa





Haaa ada lagi satu, PSLove juga telah mencipta NeckHeat dimana fungsinya sama macam yang lain cuma ianya dilekatkan pada bawah belakang tengkuk atau bahu kita. Bentuknya adalah V-Shape, dan you all juga boleh potong tengah-tengah benda ni. Tak nak potong pun tak mengapa. So memudahkan kita nak lekat benda tu kat situ.


DETAILS PSLOVE MENSTRUHEAT

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba, lai lai, ena nak bagi code 20% promosi ni. Jangan lepaskan peluang ni sementara waktu masih available. You all boleh order pada link website officialnya. Kat bawah ni ena share link-link yang boleh membantu you all untuk berhubung dengan pihak mereka.





WEBSITE:

FACEBOOK: 


INSTAGRAM: 

CODE 20% PROMOTION:
inaoff
(Pembelian valid pada website yang ena share link kat atas ni. Exp: 31/3/2017)




Share

Other Article

MENSTRUHEAT PSLOVE | TERAPI MELEGAKAN SENGGUGUT
4/ 5
Oleh

6 Comments

Tulis Comments
avatar
19.2.17

wahh tengok ni terus nak beli sbb asyik senggugut je. Susah nak pi kelas kalau sakit ni datang. TT

Reply
avatar
20.2.17

busyra kalau senggugut mmg tak boleh nk buat apa dh. last letak losyen mujarab. hehe. btw tq aina. boleh busyra cuba nnti. :)

Reply
avatar
20.2.17

Nice info.. tak dapat nak komen lebih2... hehe

Reply
avatar
20.2.17

Lisa punya pun dah sampai tak sempat nak try lagi . Jap g baru nak try. alang2 tengah PMS hehe

Reply
avatar
22.2.17

Baguslah dah ada produk macam ni. Kalau saya, saya biasa isi air panas dalam botol kaca. Lepas tu balut. Tapi jarang guna sebab hari tu ada kakak senior saya sampai masuk hospital sebab melecur gara2 air panas tu tumpah.

Jom exchange bloglist, http://lynk.my/w1cm

Reply
avatar
27.2.17

I wonder ada bahan apa yea yg boleh buat memanaskan tu. Ada lada hitam atau herba2 atau mint ke ena? Mcm best je.. Nak cuba lah nanti.. Heee.

Reply