Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, February 28, 2017

MUHAMMAD SULTAN CENDOL MAJU | SEPETANG BERSAMA CENDOL IM2


MUHAMMAD SULTAN CENDOL MAJU | SEPETANG BERSAMA CENDOL IM2 | Ada satu petang tu, ena serius craving sangat nak makan cendol. Nak cendol yang jual kat dalam truck tepi-tepi tu. Tak nak cendol yang kat restoran-restoran. Tak tahu la kenapa selera tekak lain machiam hari tu. Baru teringat yang kawan-kawan ena pernah share gerai cendol dekat dengan Indera Mahkota Kuantan kat Instagram mereka.

Apa lagi, ena ajak empunya instagram tu bawa ena dan yang lain ke gerai cendol ni lepas habis kelas. Hiks! Nampak tak ke-craving-an overload kat situ. Nama gerai cendol tu adalah Muhammad Sultan Cendol Maju, Indera Mahkota 2. Ena pilih sini sebab dekat dengan UIAM Kuantan, yela UIAM kan terletak kan dalam Indera Mahkota cuma seksyen je lain.

MUHAMMAD SULTAN CENDOL MAJU INDERA MAHKOTA 2 (IM2)


Muhammad Sultan Cendol Maju Indera Mahkota 2 (IM2)  ni menyediakan cendol dan juga masakan mamak yang lain seperti mee goreng mamak, rojak ayam, rojak buah dan lain-lain lagi. Kedainya betul-betul di hadapan Farmasi Haneem IM2 dan juga 7E IM2. Ena datang sini pun kawan yang tunjuk arah.

Kalau you all nak cuba try test cendol kat sini, boleh waze ke 'Farmasi Haneem' sebab gerainya betul-betul depan farmasi tu. Jangan search nama gerai cendol ni sebab ena dah cuba tapi tak jumpa. Farmasi tu ada hiks.



Maaf, masa atau hari operasi dan alamatnya ena tak dapat jumpa dan cari kat Mr.Google. Yang pasti gerai ni buka waktu petang. So, you all datang je. Kalau nasib baik buka la, kalau tak ada rezeki, next hari boleh datang lagi. Hik.


MENU YANG DIPILIH

Ena datang dengan kawan-kawan perempuan ena. Kami pilih ikut selera kami masa tu. Memula ingat nak makan cendol je, alang-alang makan dinner la terus even baru pukul 5 lebih. So, ena pilihlah satu makanan berat. Nak tahu, sila tengok gambar-gambar kat bawah ni ye.

Mee Goreng Mamak 

Rojak Ayam (Makanan pilihan ena) 

 Cendol Campur (Cendol pilihan ena)

Cendol biasa. Member ena punya pilihan. 

Ni cendol campur apabila digaulkan semua. Nyumm nyummm! Terubat craving ena


FEEDBACK DARIPADA ENA

Kedai: Ena masa ni tengah selera nak makan kat tempat macam ni. So, okay la, kena dengan mood ena masa tu. Yang pasti bersih. Tak adalah bau longkang ke, tahik ke apa. Hiks. Cuma kalau nak makan kat situ, meja terhad. Ramai yang ena tengok, datang beli bungkus sahaja. Ena memang malas nak bungkus sebab lebih suka makan kat terus kat situ. Syukurlah masa kami datang ada meja kosong.

Servis: Ada kakak jual situ akan ambil order dekat meja. Nak terus order kat lori menyediakan makanan tu pun boleh juga. Sini santai-santai je. Makan sambil melepak... gittewww.


Makanan: Sedap juga cendol sini. Dapatlah rasa air cendol tu, manisnya pun sedang-sedang elok bagi ena. Kuantiti pun okay. Kalau bungkus lagi banyak cuma harga berlainan la dengan kalau kita makan kat situ. Rojak ayamnya, boleh la diterima dek tekak. Masih tak fail lagi la. Hiks. Tapi mee goreng kat situ memang terbaik weh! Masa tu, rasa nak order mee goreng pula padahal dah ada rojak ayam. Tapi demi nak jaga badan, rasa la sedikit kawan punya.



Harga: Okay la harganya. Tak terlampau mahal dan tak ada la murah sangat. Tapi tak tahu harga terkini berapa pula. Kan harga minyak dah naik. Huks. Sabar jelaaaa.


DETAILS MUHAMMAD SULTAN CENDOL MAJU IM2


Setakat ni ena tak jumpa laman socialnya. So, kalau you all nak tahu lebih lanjut pasal kesedapan cendol kat sini, you all kena datang sendiri la mana yang stay atau berdekatan kat sini. Ena just share benda ni sebab mana tahu ada yang tengah craving cendol. Boleh la kemari nanti. Hiks

Itu sahaja daripada ena. Selamat menjamu selera. Ena tengah drafting kisah foodhunting seterusnya pula. Jangan lupa baca nanti. Mari-mari suggest tempat makan yang menarik kat Kuantan ni. InshaAllah nanti ena pergi terjah sebelum ena habis belajar kat sini.



Share

Other Article

MUHAMMAD SULTAN CENDOL MAJU | SEPETANG BERSAMA CENDOL IM2
4/ 5
Oleh

17 Comments

Tulis Comments
avatar
1.3.17

sebut jer pasal sebelum habis belajar.. anjang ingat masa anjang study unisel bestari jaya a.k.a batang berjuntai ada nasi korek2. yarabbi masa study dulu asyik makan nasi korek2 jer. kahkahkah..

Reply
avatar
1.3.17

Cendol, my favorite...

Reply
avatar
1.3.17

tapi kan kekadang cendol/rojak/abc tepi jalan lagi sedap dari restoran punya >,<

Reply
avatar
1.3.17

ya rabb, kenapa ena cantik sangat ni, sampai cendol yang tempting tu pun tenggelam dek tengok ena lawa bangat... XD

Reply
avatar
2.3.17

Alahai ena ... time2 gini baeu nak terjah entri ena ... perut terus lapar .. huaaaa

Reply
avatar
Ayu
4.3.17

Huwaa.. Enaaaaa... Ni atr kegemaran akak jugak ni.. Memang cendol van ni lebih digemari berbanding uang dalam kedai. Rojak.. Mi goreng adduiiii.. Biasa akk makan di area tasik titiwangsa. Kat parking lot tuh.. Adeh!

Reply
avatar
4.3.17

Banyak gak. Larat ker makan. Heheh.

Terkini daripada Mommy Muhaimin, http://lynk.my/q4z9

Reply
avatar
5.3.17

alahaiii kenapalah kak yana mai terjah blog blogger makanan memalam buta nie .. Haha terliur i taw =)) .. Best lah makanan dia , simple tapi nampak sangat menyelerakan =)

Reply
avatar
5.3.17

megi goreng mamak tu nampak menyelerakan. nanti kalau singgah kuantan boleh la try ;)

Reply
avatar
8.3.17

Salam. Hai Ina, selalu tengok ina dekat Instagram je. Jalan jalan blog Ina laaa lepas nih.

JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Reply
avatar
10.3.17

Ya Allah, terliurnya tgk ni. laparrrrrrr

Reply
avatar
22.3.17

Terliur tgk makanan hahah

Reply
avatar
22.3.17

Adehh menyelerakan semua menu tu... Nanti boleh pergi cuba dekat IM ni.. Thankz ena kongsi tempat ni.. hehehe

Reply
avatar
22.3.17

tak pernah lagi merasa cendol ni... bolehlah try pasni... saya selalu bukak blog akak kalau takde idea nak makan apa :P macehhh

Reply
avatar
22.3.17

Menarik menu2 dia. Tapi jauhnya mak aih..

Reply
avatar
23.3.17

lamanya tak pekena cendol. tapi sekarang ni musim hujan, macam-tak kena plak nak pekena cendol

Reply
avatar
28.3.17

Pergh tgok gambaq je dah terliur nih...hahah... Tp angah kureng skit cendol..angah hirup kuah je tu pon suka kalau dia kurng mnis skit

Reply