Saturday, February 04, 2017

LOTION PUTIH AJAIB | NAK KULIT BADAN MACAM ROZITA CHE WAN (RCW)?


LOTION PUTIH AJAIB | NAK KULIT MACAM ROZITA CHE WAN (RCW)? | Siapa kat sini peminat tegar barangan dari artis terkenal Rozita Che Wan? Komprem mesti ramai kannnnn yang minat. So, hari ni ena nak share satu produk skincare daripada Rozita Che Wan (RCW) iaitu Lotion Putih Ajaib.

Warna botol, warna kotak, memang sama dengan perfumenya yang dulu ni. Ena tak pakai perfume RCW tapi kakak ena pakai. Wangi juga, bau mewah. So, lotion dia ni wangi ke tak? Best ke tak? You all boleh teruskan baca entri ni sebab ena nak share serba sedikit yang ena tahu pasal Lotion Putih Ajaib ni. 

LOTION PUTIH AJAIB DARIPADA RCW



Lotion Putih Ajaib ini merupakan lotion yang digunakan pada badan termasuklah tangan dan muka. Ianya diformulasikan ramua semula jadi yang terbaik untuk struktur kulit kita tak kira jantina, warna mahupun bangsa. Antara ramua semula jadinya adalah minyak bunga matahari, gliserin, marine collagen, aqua, vitamin E dan vitamin C. Haruman wangian dari perfume Precious daripada RCW pun turut di gabungkan sekali. 

Gabungan antara semua ramuan tersebut membuatkan lotion ini mampu memberi perubahan kulit yang memuaskan hati. Haaa! Nak tahu tak apa kelebihan krim ni pada kulit badan kita? Meh sini ena nak share sedikit, sila jangan jemu untuk membaca.





KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN LOTION PUTIH AJAIB RCW

1) Merawat keradangan / inflammation pada kulit
2) Melembapkan kulit yang kekeringan
3) Mengekalkan keanjalan struktur kulit
4) Mencerahkan kulit yang kusam
5) Melindungi kulit dari sebarang penyakit berbahaya
6) Menggalakkan sel-sel kulit yang baru dengan menggantikan sel kulit yang sudah tak sihat
7) Memberi vitamin E dan vitamin C yang diperlukan oleh kulit 
8) Menyelesaikan masalah kulit seperti parut, regangan kulit lepas bersalin, kudis, ruam pada bayi dan lain-lain lagi.



Ini adalah kelebihan yang ena tahu setakat ini. Ena pun baru pakai juga lotion ni tapi ena suka dengan struktur lotion ni. Hal ini sebab kulit jadi lembut lepas sapu lotion Putih Ajaib ni. Selain itu, sesuai la dengan tangan ena yang dah makin hitam ni dek terkena sinaran matahari setiap hari. Sobs! Lepas tu, bau lotion ni pun sesuai dengan minat ena. Bau-bau mewah gittew. Tak terlampau kuat dan tak terlampau biasa-biasa sangat. Nice weh! I loike!

Lepas tu, masa you all sapu lotion ni pada kulit, nanti kulit you all jadi nampak putih. Putih tu disebabkan oleh krim tu melindungi kulit you all, bukan sebab tindak balas yang cepat pada kulit tau. So jangan takut la sebab tak ada sebarang bahan merkuri dalam lotion ni. Lagipun, lotion Putih Ajaib telah mendapat kelulusan daripada pihak KKM dengan nombornya NOT160101051K.





CARA UNTUK MENGGUNAKAN 

Seperti yang ena dah sebutkan di atas, lotion ni you all boleh letak mana-mana bahagian kulit satu badan you all. Kalau nak dapatkan tindak balas yang puas hati, you all kena konsisten la pakai setiap hari. Cara-caranya adalah:-

a) Picit lotion tersebut dalam 2 cm panjang pada kawasan yang hendak ditenyehkan.
b) Sapu 2 kali per hari, siang dan malam
c) Seeloknya sapu selepas mandi sebab lepas mandi kulit mudah menyerap segala zat-zat yang ada pada lotion tu




P/S: Baca jangan tak baca sebelum tersilap langkah. Kepada yang you all yang memang ada masalah kulit kering, disarankan untuk pakai lepas mandi. Sebab kulit masa tu tengah lembap dan cepat lagi la process pemulihannya. 


DETAIL LOTION PUTIH AJAIB RCW

Bagi mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai lotion ini, you all boleh berurusan dengan pihak HQ mereka. Dan ena bukan menjual tau, ena ni just tolong sharekan apa yang ena tahu pasal lotion ni dengan you all supaya you all lebih mengenali apa itu Lotion Putih Ajaib RCW ni. Sebarang urusan jual beli, sila contact dengan pihak yang menjual. Terima kasih.

Harga untuk satu kotak.

Ena dah ada, you all pula bila nak memilikinya?? Hiks


FACEBOOK:

INSTAGRAM:

NOMBOR TELEFON UNTUK DIHUBUNGI:
016-958 3222 (Amira)
1-800-222-000 (Hotline)



Share

Other Article

LOTION PUTIH AJAIB | NAK KULIT BADAN MACAM ROZITA CHE WAN (RCW)?
4/ 5
Oleh

4 Comments

Comments
avatar
6.2.17

tempoh hari nampak viral produk ni kat iklan..

Reply
avatar
11.2.17

setakat sekarang still pilih vaseline sbg losyen.hehe

Reply
avatar
15.2.17

menarik gak ni...nak cuba nanti

Reply
avatar
Anonymous
16.9.17

Maaf bertanya. Losyen ni kalis air ke? Mesra wudhuk tak?

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)