Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Sunday, February 26, 2017

KRIM KUANTAN | NIKMATI WAFFLE DAN AISKRIM


KRIM KUANTAN | NIKMATI WAFFLE DAN AISKRIM | Ena dah lama nak pergi makan aiskrim dan berfoodhunting kat Krim Kuantan ni. Asyik sebut-sebut je dengan kawan-kawan nak datang ke sini. Cuma masa tak berapa nak sesuai sebab ena tengok kat sini menyediakan makanan berasaskan aiskrim dan makanan yang manis-manis. So kena makan masa yang sesuai la macam waktu petang ke, malam ke. Tengok juga selera perut ni.

Ena jadi craving sangat nak makan sini sebab tekak terasa nak makan waffles dengan aiskrim. Lepas tu ramai kata sedap aiskrim kat sini. Tu yang nak cuba try test aiskrim kat sini. Alang-alang, teruslah jadi pemburu makanan. Ahaks. My hobi.


KRIM KUANTAN



Ena baru tahu yang Krim Kuantan adalah merupakan cawangan lain untuk Kula Cakes. Tapi masing-masing menyediakan menu yang berbeza. Kula Cakes menyediakan menu yang berasaskan kek, dan Krim ni pula berasaskan aiskrim. Dari nama kedai pun boleh tahu apa beza dua ni. 

Bagi mereka yang hendak datang ke sini, you all boleh waze atau Google Map ke sini dengan search "Krim Kuantan". Ena datang ke sini pun berpandukan waze. Agak jauh juga dari UIAM ena, dalam 20 minit untuk sampai ke sana. Lepas tu, masa mai sini memang ena terpinga-pinga sebab tak pernah datang pun kat kawasan sini. Serius. Dah la banyak kedai makan pula tu, yang boleh trigger ena nak berfoodhunting suatu hari nanti.




ALAMAT:
B-272, Ground Floor,
Jalan Beserah
Kuantan

MASA OPERASI:
Hari: Selasa - Ahad (Isnin Tutup)
Masa: 12pm - 10pm


MENU YANG DIPILIH

Kat sini macam ena mentionkan sebelum ni, semua makanan berasaskan aiskrim. Ena apa lagi, minta aiskrim waffles sebab tengok orang lain post gambar macam sedapp jeee macam cantik jeeee platingnya. Tu trigger ena nak pilih yang ni. Lepas tu ena pilih air Limau Asam sebab ena dah tahu kat sini makanannya manis-manis. So, kena minta air yang berlawanan rasa. Atau pilih plain water je. Kalau perut jenis tahan, boleh je pilih air yang bersusu dan berat. Hiks.

Belgien Waffle + Kuih Bakar Ice Cream 

Red Velvet Waffle + Almond Latte Ice Cream (Ni Ena punya). Kombinasi yang perfect! 

Limau Asam. Sedap juga. Pekat rasa masamnya. Nice bagi perut yang tengah muak.  

HoneyDew Ice Cream. Ni one scoop tapi banyak hiler. 



FEEDBACK DARIPADA ENA

KEDAI: Cantik, kemas, selesa dan bersih. Cuma keluasan kedainya agak kecil sikit. Masa ena datang ni, memang berebut tempat. Sampai jadi satu peristiwa menyakitkan hati atas sikap manusia yang tak bertamadun. Hahahaha. Tapi overall okay la keadaan kedainya.

SERVIS: Kat sini senang juga nak parking kereta sebab kedainya terletak corner lot blok kedai. So pakai jela memana yang ada kotak parking. Dari segi layanan pekerjanya okay, semua membantu. Macam ena firstime datang, dia bagi kami rasa dahulu bagi setiap satu perisa aiskrim. Terbaik.

Bahagian luar kedai 

Bahagian dalam kedai

MAKANAN: Ena pilih Aiskrim Waffles. Sedappp! Lagi satu aiskrimnya tak over manis. Sedap-sedang elok makan dengan Waffles. Tapi tak boleh banyak-banyak sebab jadi cepat muak. Ena pula masa tu tak makan tengah hari, lagi rasa semacam perut tak makan makanan berasaskan protein. Sebab tu ena cakap kalau nak mai sini kena ikut masa sesuai dan selera perut masa tu. Hiks.

Boleh pilih topping kesukaan. Macam-macam ada. 

 Nak makan ice cream dengan brownies pun boleh

Macam-macam perisa ada. Kalau you all tak tahu apa kebenda perisanya, tanya je pekerja kat situ


HARGA: Memula ena tengok menu, agak mahal. Tapi bila dah dapat makanannya, masyaAllah! Banyaknyaaaaa aiskrim dia letak. Puas hati weh. Kawan ena minta dua scoops aiskrim. Ingat satu scoop kecil je, rupanya satu scoop tu satu bekas kertas letak aiskrim tu. You all boleh rujuk pada gambar ena kat atas-atas ni.


DETAILS KRIM KUANTAN

Kalau you all nak usya atau nak tahu info terkini pasal Krim Kuantan ni, you all boleh terus ke laman rasmi mereka pada link-link yang ena share kat bawah ni. Itu sahaja perkongsian kisah buruan ena kali ni. Boleh cuba try test, mana tahu pandangan kita berbeza-beza. Hiks. Selamat menjamu selera



FACEBOOK:

INSTAGRAM:

TWITTER:



Share

Other Article

KRIM KUANTAN | NIKMATI WAFFLE DAN AISKRIM
4/ 5
Oleh

6 Comments

Tulis Comments
avatar
26.2.17

Krim brasaskan dari aiskrim .menarik ...

Reply
avatar
27.2.17

Oooo.. Krim tu aiskrim la maksudnya yea. Jenuh Kak TB memikior Nape namanya Krim Kuantan. Hehe. Sedapnyaa..

Reply
avatar
27.2.17

banyak tempat makanan sedap juga ye..

Reply
avatar
1.3.17

sedapnya aiskrim, orang diet mampu jilat skrin je, hahaha XDD

Reply
avatar
28.3.17

Mcm kek ice cream la ye lebih kurng..angah pon slalu combine kek ng eskem dappp

Reply
avatar
6.5.17

belajar kuantan 4 tahun, tak pernah lagi jejak. haha nak kene balik semula la kalau ada rezeki, datang sini

Reply