Friday, February 03, 2017

AL-FATEH STEAK HOUSE HULU BERNAM | MAKAN BESAR DENGAN FAMILY


AL-FATEH STEAK HOUSE HULU BERNAM | MAKAN BESAR DENGAN FAMILY | Rumah ena terletak kat sempadan Selangor dan Perak. Dan terletak kat Hulu Bernam ni haa, daerah Hulu Selangor. Kalau rasa nak ke Perak, pergi la kat Tanjung Malim. 5 minit je. Hiks.

Kali ni ena nak share moment makan besar family ena kat satu makanan Barat yang berhampiran dengan rumah ena. Terima kasih kepada kakak ena, Ina Berlina dan abang ipar belanja kami beradik makan kat situ. Masa tu tengah Chinese New Year, kami pun nak juga la pergi makan besar. Ahaks. Dan hari masa makan besar ni juga merupakan hari terakhir ena bercuti kat rumah sebelum berangkat ke Kuantan semula.


AL-FATEH STEAK HOUSE HULU BERNAM


Dulu namanya tak silap ena "Al-Fatah", tapi sekarang ena tengok kat signboardnya yang 'A' tu dah bertukar 'E'. So jadilah Al Fateh. Hiks. Al-Fateh Steak House ini terletak di Taman Bahtera Hulu Bernam. Bangunan dia sama dengan kedai Seven Eleven kat situ, cuma ianya di deretan bahagian belakang.

Bagi yang tak biasa kat tempat ni, mungkin agak tercari-cari juga. Namun ena berharap gambar depan kedai ni dapat membantu you all. Betul-betul kat corner lot punya kedai. You all boleh waze ke Taman Bahtera Hulu Bernam. Blok kedainya betul-betul yang tepi jalan menghala ke Kuala Lumpur. Kat situ banyak blok tau, takut you all sesat nanti. Hiks.


ALAMAT:
No 25, Jalan Bahtera 1B,
Taman Bahtera 35900 Hulu Bernam,
Selangor

MASA OPERASI:
Hari: Isnin-Ahad
Masa: 3pm - 3am



Dengan anak-anak abang dan kakak ena

MENU YANG DIPILIH 

Ena masa ni dibelanja oleh kakak ena, so ena tak boleh demand banyak sangat. Well, walaupun orang nak belanja tapi kita ni kena memahami juga. Dan ena ni pun jenis tak cerewet sangat makan. Makan kentang goreng je pun dah boleh. Janji adik-beradik ena dapat berkumpul macam ni. I loike.

Pilih punya pilih, last-last semua makan Chicken Chop Special. Air memasing lain-lain. So ena tunjuk Chicken chop kat sini jela. Ada banyak lagi menu, you all mana yang ke mari boleh pilih yang lain.



 Limau Asam Boi. Haishhh terminum ais lagi

Milo Tabur. Kegemaran anak-anak saudara ena.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Kedai: Bersih dan teratur. Boleh nampak la kedai ni menyediakan Western Food melalui hiasan kedainya. Pembalut meja pun memainkan perasan tau.

Servis: Sebab kami pilih chicken chop, so cepat sedikit kami dapat makanan. Tak lama sangat dan tak ada cepat sangat. Pelayan pun okay, tak sombong dan ramah memasing. Memang menjaga etika mereka dengan pelanggan.



Makanan: Not bad juga rasanya. Cuma ena lepas ni mungkin lebih suka yang chicken grillnya. Dulu pernah take away chicken grill, sedap. Yang Chicken Chopnya tepung yang menyalut ayam tu agak tebal sedikit. Kuah black peppernya boleh diterima tekak. Sedap, kalau letak banyak sedikit mungkin lebih aumm aumm.

Harga: Berbaloi sangat. Murah juga la semua harga western foods kat sini. Lagi satu kedai Melayu, so ena sentiasa akan support. Hiks. Sesuai kalau nak makan ramai-ramai kat sini. Lagipun kawasan tempat tinggal student UPSI, memang harga berpatutan la.


DETAILS AL-FATEH STEAK HOUSE HULU BERNAM



Ena tak jumpa lagi lama social mereka. Tapi ada satu page kat Facebook ni, rasanya you all boleh tengok untuk sebarang feedback daripada customer yang lain. Lain-lain orang, lain pandangannya dan citarasanya. So, apa kata you all datang sendiri kat sini dan judge sendiri. Hiks.


FACEBOOK:


Itu sahaja daripada ena. Jangan lupa untuk SHARE entri ni dengan family, kawan-kawan atau orang you all sayang ye. Klik butang Facebook kat entri ni. Terima kasih my readers.




Share

Other Article

AL-FATEH STEAK HOUSE HULU BERNAM | MAKAN BESAR DENGAN FAMILY
4/ 5
Oleh

4 Comments

Comments
avatar
3.2.17

ya ampunnn, menggodanya.. lapar pula rasa.. tapi ai diet, hahaha

Reply
avatar
3.2.17

Nampak sedap. Untung betul sis review makanan. Dapat merasa makanan sedap-sedap.

-Diari Mummy Muhaimin-

Reply
avatar
8.3.17

Alja pun pernah makan dekat sini masa Study dekat Behrang. Dah last sem baru tahu kewujudan kedai ni, kedai ni pekerja dia pakai topi ala ala koboi. hahaha Kenyang makan dekat sini, Murah pun murah, size steak yg ok. Cuma haritu makan, kuah blackpaper dia sikit sgttt, sampai terpaksa minta. haha tp memang ok! :)

Reply
avatar
31.3.17

sedapnya ..lapar lah pulak

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)