Sunday, January 22, 2017

STREET CHURROS | PELBAGAIAN CHURROS DI BERJAYA TIMES SQUARE


STREET CHURROS | PELBAGAIAN CHURROS DI BERJAYA TIMES SQUARE | Siapa kat sini pernah makan Churros? Suka? Ke tak suka? Haaaaa, siapa yang tak suka tu kalau you all berani cuba try test churros homemade kat Street Churros ni, mesti you all tetiba jadi suka. Serius talk. Lagi-lagi mana yang suka makan manis-manis tu.

Ena first time makan churros kat Street Churros ni. Tahu je churros ni cenggane rupanya tapi ni ena teruja sedikit sebab banyak benda la buat ena lebih suka pilih churros kat sini. Nanti you all boleh baca kat part feedback ena. Well, as foodhunter, kena merasa semua benda dan bagi pandangan ena terhadap sesuatu makanan tu.


STREET CHURROS BERJAYA TIMES SQUARE


Street Churros ni baru ada 4 cawangan kat Malaysia dan yang kat Berjaya Times Square ni kiranya cawangan paling terbaru setakat ini. Yang first kat One Utama Mall, ditubuhkan pada bulan Julai tahun 2016. So kira masih muda lagi la di Malaysia tapi yang kat Korea tu dah lama sebenarnya.

Oh ye, untuk pengetahuan korang, Street Churros ini berasal dari Korea Selatan, negara yang paling banyak artis-artis Korea kegilaan ramai tuuuu.. hiks.. dan ianya telah kembangkan sayapnya di beberapa negara yang lain termasuklah negara kita yang tercinta ni. Ai is bangga jadi anak Malaysia, macam-macam hado kat sini tauuuu. Ahaks.

Big Boss dengan pekerjanya

Ena hari tu pening kepala juga mencari Street Churros ni. Yela, siapa yang pernah pergi Berjaya Times Square, tahulah keadaan kedainya bagaimana. Dah la lama tak datang sini. Macam-macam dah ada sekarang, sampai naik keliru. Padahal dulu ena hafal selok belok mall ni. Huuuu. Dan lagi sakit hati, bila tanya kat pak guard area situ, dia pun tak faham bahasa Melayu. Bila guna English pula, ena tak faham apa dia cakap. Pelat kuat nau. Sabau jola.

So, ena nak memudahkan you all, ena bagi hint-hint kedai Street Churros ni dekat dengan apa. Okay, kedainya berdekatan dengan tangga-tangga piano kat Berjaya Times Square dan juga berhampiran dengan KFC situ. Level Lower Ground (LG) dan Lot-36. Kedudukan kedai adalah kat selekoh bangunan. You all boleh rujuk gambar kat atas atau kat bawah-bawah ni untuk keadaan depan kedainya.


ALAMAT:
Street Churros Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor, 
Berjaya Times Square,
No.1 Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur

MASA OPERASI:
Masa Mall Dibuka



MENU YANG DIPILIH

Kat sini terdapat 3 jenis Churros dijual tapi jangan risau, akan datang still banyak lagi jenis-jenis yang bakal dibawa masuk sini. Tapi setakat ni ena nak tunjuk kepada you all semua 3 jenis churros yang mengancam sangat tu. Kalau dah start terliur tu, jangan lupa pergi Berjaya Times Square dan beli tau. Mekaceh! Hiks.

1) Churros
Ini adalah Signature churros kat Street Churros. Ianya berbentuk Horse Shoes yang membawa maksud 'Good Luck'. Ada perisa Cinnamon, Chocolate dan Cheese. I loike yang Cheese. 





2) Filling Churros
Kat luar nya churros, inti nya ada krim-krim yang you all nak. Ni special bagi ena sebab jenis ni ada kat Malaysia sahaja. Ada inti Chocolate, Custard dan Cream Cheese. Paling suka Cream Cheese.






3) Ice Cream Churros
Bagi yang rasa nak makan aiskrim vanilla tu, apa kata try yang ni. Ada Churros lagi. Nak yang plain pun boleh dan nak ada topping pun ada. Flavour topping Choco-choco, Choco-berry dan Mango.






4) Beverage
Kat sini bukan churros je ada jual. Minuman pun ada. Kalau tak ada nanti, tercekik memasing. Hiks. Oleh itu, why not cuba minuman yang disarankan oleh ena untuk mencuba. Jom tengok.

Ni Geng Fruit ADE. Ada Lemon, Passion Fruit dan Korean Citron

Yang kiri O'My Coconut dan Yang kanan O'My Mango. Terbaik ni wehhhhh! Oh my! Craving dah.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Servis: Salah satu sebab ena tertarik dan suka dengan Churros kat sini adalah proses membuatnya sangat kemas, sistematik dan bersih. Serius ena tak tipu. Kalau you all tak percaya, you all kena datang kat sini dan tengok sendiri. Kat tepi kaunter pembayaran, you all boleh nampak macam mana churros-churros yang you all order tu dibuat. Bukan instant punya churros. Tang tang tu juga depa buat churros ni, depa uli, depa goreng, depa letak apa yang patut untuk hampa. Haaaa! Kuurrrrlasss gittu nokss, baru selera nak makan kalau panas-panas. Ye dok?!







Silap-silap, you all pun jadi kusyuk sangat sampai nombor giliran masing-masing dah sampai pun tak perasan. Ahaks.

Kedai: Okay, selain tu, suasana kedainya nampak macam kat ala-ala kedai luar negara gittuw. Cantik untuk dijadikantempat nak bergambar. Bagi pemburu makanan macam ena tu, maybe faham la kot apa yang ena hendak sampaikan. Hiks. Overall sangat selesa keadaan kedainya. You all nak take away pun boleh dan nak makan kat situ pun boleh.

Makanan: Ena suka sangat! Ena paling suka Churros Cheesenya sebab tak berapa manis. Yang lain boleh dikatakan manis juga tapi masih boleh diterima tekak. Nice untuk makan waktu pagi atau waktu petang. Time nak buat kudapan pun sesuai. Keadaan churrosnya tak terlampau berminyak sebab churrosnya bukan instant. Puas hatilah dengan strukturnya.

Dengan Kak Blogger cantik ni, Nova Leeza



Harga: Tak ada lah mahal sangat bagi ena. Berbaloi dengan apa yang you all dapat. Saiz churrosnya besar dan sedap, takkan harga cenggitu pun tak berbaloi lagi. Kalau ena stay sini, memang hari-hari ena beli kot. Habislahhhhh. Heee. Hope akan bukan cawangan kat East Cost Mall Kuantan suatu hari nanti. Oh mai! Nyumnyummm.


DETAILS STREET CHURROS

Setakat ini ena nak share dengan hasil buruan ena. Kepada you all yang berada kat Berjaya Times Square tu, jangan lupa untuk cuba try test churros kat sini. Pilih la yang mana you all rasa minat. Kalau suka manis, pilih yang ada cinnamon ke. Kalau suka chocolate, pilihlah yang chocolate. Kalau tak berapa suka manis, try la yang cheesenya. Terpulang.


Selamat menjamu selera. Dah tahu tu, jangan buat-buat diam. SHARE la entri ni dekat Facebook you all. Ajak kawan-kawan yang lain beli kat sini.



FACEBOOK:

INSTAGRAM:

WEBSITE:



Share

Other Article

STREET CHURROS | PELBAGAIAN CHURROS DI BERJAYA TIMES SQUARE
4/ 5
Oleh

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)