Tuesday, January 03, 2017

SANY CKT | LAYAN CHAR KOAY TEOW (CKT) DI TASIK TITIWANGSA


SANY CKT | LAYAN CHAR KOAY TEOW (CKT) DI TASIK TITIWANGSA | Malam ni ena nak share satu kedai makan yang menyediakan Char Kuey Teow (CKT) di area Tasik Titiwangsa. Sesiapa tengah jogging atau tengah jalan-jalan kat area sini, boleh la cuba try test CKT kat sini. Ena tahu tempat ni pun sebab kawan ena sarankan untuk kemari. 

So, alang-alang dah ada kat situ, ena nak tahulah betul ke sedap CKT kat sini. Main redah je ni, Tercapai hasrat di hati untuk cuba try test makan kat sini yang juga satu tempat foodhunting dalam checklist ena. Kalau teringin nak makan CKT tu, boleh la datang kedai sini. 


SANY CHAR KOAY TEOW TITIWANGSA




Sany Char Koay Teow (CKT) ini menyediakan CKT dari Penang yang mengekalkan resepinya sejak tahun 1992 lagi. Fiuuuh! Tahun kelahiran ena tuuu. Lepas tu, kat sini bukan sahaja menyediakan CKT, masakan panas yang lain pun ada. Jangan risau. Tapi menu yang paling popular kat sini CKTnya la.

Lokasi Sany Char Koay Teow ini terletak berdekatan dengan Tasik Titiwangsa dan juga belakang Istana Budaya Kuala Lumpur. Ena datang kesini dengan bantuan Google Map sebab lately ni lebih yakin guna Google Map. Taip je nama kedai ni, terus Waze atau Google Map tunjuk arah ke sini. Jangan risau. Okay, dibawah ni ena share alamat dan masa operasi kedai makan ni.




ALAMAT:
SANY Char Koay Teow
64, Jalan Kuantan,
Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur.

MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 4pm - 4am



MENU YANG DIPILIH

Ena dalam keadaan yang agak lapar juga masa tu, so ena dan partner foodhunter ena pilih CKT Special. Ada yang saiz kecil, ada yang saiz besar. Dah special ni, ada ditambah telur. So, berikut adalah rupa Sany Char Koay Teow ni.

Char Koay Teow Special. Not bad rasanya, kuah pekat. Cuma udang dia agak kecil sedikit. Kalau gemuk-gemuk mesti lagi aummm auuummm CKT nya.


Ena dan Yazid memang penggemar rojak buah. Suka rojak buah kat sini, kuah nya sedap. Pencuci mulut kami. Heeee.



FEEDBACK DARIPADA ENA

Masa ena datang ni, MashaAllah ramainyaaa yang datang makan even tengah hujan. Ena pun jadi segan nak bergambar sangat, padahal orang tak peduli pun. Ahaks. Ena tak usya habis keadaan kedai ni, tapi besar juga tempatnya. Tempat untuk santai-santai gittew. 

Servis pun cepat dan tak ambil masa nak menunggu. Pekerja pun ramai. Memang terlayan dengan baiklah. So, ena tak kesal cuba try test CKT kat sini walaupun ada kekurang kat situ. Janji rasanya boleh tahan sedap. Terima kasih kepada kawan ena untuk suggest makan kat sini.






DETAIL SANY CHAR KOAY TEOW TITIWANGSA

Kepada yang tercari-cari nak makan apa kat sekitar Tasik Titiwangsa, boleh la ke sini. You all boleh tengok feedback daripada orang lain juga pada laman social rasminya. Tapi macam dah lama tak berupdate. 


FACEBOOK:







Share

Other Article

SANY CKT | LAYAN CHAR KOAY TEOW (CKT) DI TASIK TITIWANGSA
4/ 5
Oleh

7 Comments

Comments
avatar
4.1.17

Kalau dah ramai kompen sedap tu

Reply
avatar
4.1.17

wah sedapnya. I pun suka CKT Sany. hari tu makan kat branch Sg Buloh. kuah dia sedap, just nice. harga pun affordable kan

Reply
avatar
4.1.17

sedapnya. lama betol tak makan char2 ni hehe

Reply
avatar
5.1.17

akak rajin mai sini tp waktu siang time diaorg xmeniaga lagi la hehehe. Tu yg tk dapat nak merasa lagi tu hikss

Reply
avatar
5.1.17

Boleh cuba nanti nie..

Reply
avatar
5.1.17

Sany char kuey tiaw mmg akk suka sdap

Reply
avatar
6.4.17

wow... menariknya. boleh la try nanti

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)