Tuesday, January 10, 2017

ROTI CANAI TRANSFER ROAD PENANG | SARAPAN DENGAN ROTI CANAI DAN AYAM


ROTI CANAI TRANSFER ROAD PENANG | SARAPAN DENGAN ROTI DAN AYAM | Harini ena nak share satu tempat sarapan yang you all wajib kena pergi kalau mai Penang ni. Ena dah lama nak share tapi macam tak cukup gambar. So ena akan share mana yang ena mampu ye. Dan segala ujahan dan pandangan adalah mengikut pendapat ena sendiri.

Kalau mai Penang ni, yang pulaunya la, you all tak akan asing dengan masakan ala-ala mamak ni. Dan kat sini juga orang kata salah satu tempat syurga makanan. Dan popular dengan Nasi Kandarnya. So bagi sesiapa yang baru first time jejak kaki kat belah pulau ni, pastikan biasa dengan makanan mamak semua ni ye. Hiks. 


ROTI CANAI TRANSFER ROAD

Haaa! Tempat yang ena nak share tu dipanggil Roti Canai Transfer Road. Hal ini kerana kedainya terletak betul-betul di tepi jalan yang bernama Transfer. Macam dalam gambar kat atas ni ha. Ena ambil gambar tu dari Mr.Google, tapi keadaan camtu la. Dengan ramainya orang, ena pun makan depan kedai orang. Hiks.




ALAMAT:
114, 110, Jalan Transfer
Georgetown,
10050 Penang

MASA OPERASI:
Isnin - Ahad
8am - 11am


Cuma kat sini parking agak susah sedikit. Masa ritu ni, memang berpusing-pusing cari parking. Dah la banyak oneway jalannya, penat juga nak patah balik. Last-last parking yang mana ada, jalan kaki  pun jalan jela even jauh nau kami parking. Demi mengisi perut kami di waktu pagi.


MENU YANG DIPILIH

Tengok kat sini feymes dengan roti canai, so ena minta roti canai dengan ayam seketul. Tak pernah lagi makan roti canai macam ni. Tu yang nak cuba try test tu. Bila lagi kan nak cuba, inilah masanya. Bukan dapat selalu mai Penang ni.


Haaa! Banjir kau. Dengan selonggok ayam bahagian peha. Terbaik weh!

Ada yang makan roti canai tanpa ayam. Tapi kesemuanya banjir. Hehehe



FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena suka makan tepi jalan macam ni, sekali sekala la. Luas sikit mata ni nak mengusya orang. Ahaks. Ni pun sebab ramai sangat manusia, tu kena makan kat luar dan depan kedai orang lain pula tu. Hiks. Okay, dari segi kebersihan tu, maybe boleh ditingkatkan lagi. Ena malas nak teliti sangat kedainya, takut spoil mai mood. Kalau datang seorang diri, boleh la pilih kedai jikalau kedainya tak mengikut keselesaan ena. Ni mai secara rombongan, hiks, so kena follow the flow.

Dari segi makan, ena suka kuahnya. Pekat! I loike! Memang kenyang weh, tak tipu! Dah la ayam seketol besar dia bagi. Terbaiklah. Dari segi harga, ena tak kisah sangat sebab masa datang sini memang dah set mind ni harga sara hidup kat Penang ni agak tinggi. Dan prepare awal-awal duit yang banyak. Heeee.




So, bagi mereka yang nak memburu makan kat area sini, boleh la cuba try test makan kat sini. Waktu pagi je buka tau. Nama pun sarapan. Hiks.


DETAIL ROTI CANAI TRANSFER ROAD
Kepada mereka nak mai, boleh Wazekan atau Google Map ke kedai makan ni. Alamatnya ena dah share kat atas. Maybe macam susah sikit nak cari, you all cam kan je bentuk kedai yang ena share kat atas entri ni. Ena hari tu macam tu la. Google dulu bentuk kedainya macam mana. 

Dah tahukan acano roti canai kat sini? Apa lagi, jangan lupa SHARE entri ni kat kawan-kawan you all yang mana nak melancong kat Penang. Klik je button FB kat ruang ni, pepandai la cari ye. Hiiii.




FACEBOOK:







Share

Other Article

ROTI CANAI TRANSFER ROAD PENANG | SARAPAN DENGAN ROTI CANAI DAN AYAM
4/ 5
Oleh

3 Comments

Comments
avatar
10.1.17

Akan saya cuba in .jika saya berpeluang dapat ikut serta Project dekat Prai lepas raya Cina nanti hihi

Reply
avatar
10.1.17

bulih g bila2 nanti nih

Reply
avatar
18.9.17

Salam.

Mohon share link artikel ni pada laman web saya ya.

https://www.rasahub.com/tempat-makan-penang/

Terima kasih :)

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)