Tuesday, January 17, 2017

ORCHARD VILLA GOMBAK | TEMPAT MAJLIS KAHWIN PILIHAN ARTIS MALAYSIA


ORCHARD VILLA GOMBAK | TEMPAT MAJLIS KAHWIN PILIHAN ARTIS MALAYSIA | Alhamdulillah, pada 15/1/2017 bersamaan hari Ahad, diberikan kesempatan ni untuk menghadiri satu majlis perkahwinan seorang artis Malaysia iaitu Hazama dan isterinya, Genervie. Majlis ini berlangsung di Orchard Villa Gombak. Itulah bestnya jadi blogger, diberi peluang pelbagai jenis aktiviti dunia. Gitteww.

Ini merupakan pertama kali ena jejak kaki kat sini. Dulu ena ambil lesen kereta kat area sini la, kat SKEM Driving Academy Gombak. Lalu je depan jalan nak masuk ke Orchard Villa ni, tapi tak perasan pula akan kewujudannya. Oleh itu, entry kali ni ena nak bagi tahu you all semua akan kewujudan villa ni. Hiks. Lagi satu sebab trigger ena nak share adalah tempatnya menarik bagi ena yang sangat cinta akan alam semula jadi. Jom tengok suasana kat tempat ni serta diselitkan beberapa moment persandingan penyanyi terkenal, Hazama.





Yazid dengan Johan.Sporting dia ni.



ORCHARD VILLA GOMBAK

Villa ini terletak di Gombak, Selangor dan perjalan ke sini agak pendalaman sedikit. Tapi ena suka, jauh dari suasana bandar yang agak memeningkan kepala tu. Dari KL haritu tak silap ena dalam 42 minit juga la nak sampai sebab kena redah kesesakan kat area Setapak, ala kat bulatan Pahang tu.

Bagi mereka nak datang ke sini, you all boleh Waze atau guna Google Map je. Pastikan taip "Gombak" tu tau sebab hari tu banyak pula suggestionnya. So nasihat ena, better letak macam ni : Orchard Villa Gombak. Kalau masih ragu-ragu lagi, you all boleh confirmkan dengan alamat kat bawah ni.







ALAMAT:
Batu 10 1/4, Sungai Salak,
53100 Gombak,
Selangor Darul Ehsan




APA YANG MENARIK DI SINI?

Mula-mula ena jejak kaki kat sini, ena dah cakap "wow" sebab bagi ena dah cukup cantik suasana tempatnya. Nak parking pun senang. Luas tempat parkingnya. Kalau buat event atau majlis apa-apa kat sini, memang sesuai sangat la. Yela, orang yang datang tak perlu berpenat lelah mencari parking. Lagipun, nanti ada RELA yang bantu you all nak parking, nak keluar dan lain-lain lagi la.



Selain itu, keadaan villa ini betul-betul bersebelahan dengan aliran sungai. You all akan kedengaran bunyi air sungai yang deras mengalir. Masa ni sebab lepas hujan, tu agak deras juga. Hiks. Tambahan pula, banyak pokok kat situ. Nyaman je rasa udara kat sini. Memang satu tempat yang sesuai nak buat majlis atau event. Tiada siapa pun nak kacau. Hiks.

Kemudahan kat Orchard Villa Gombak ini adalah seperti surau, toilet, tempat berteduh dan juga kateringnya daripada Felda D'Saji. You all juga boleh request untuk decoration. Kat sini akan menekan decoration terkini tetapi masih menekan tema ala-ala alam semula jadi gittew. Cantik dan kemas.





Ena suka susun atur meja apa semua ketika Majlis Persandingan Hazama dan isteri hari tu. Ala-ala Wedding of The Earth gittew. Kemas, cantik dan nampak elegen di situ. Tema warna hijau sepatutnya, tapi ena pakai jela baju apa yang ada. Janji ada la warna-warna flora fauna, ye dok. Yelaaa, merah kan warna bunga. Ahaks. Hantam saja la labuuuu.

Kat sini, semua pekerja sangat professional. Macam part kateringnya, dari Felda D'saji. Pernah dengar tak?? Haaa, katering ni memang feymes weh dengan sistem pengurusannya yang tersusun dan  kesedapan masakannya. Kat Malaysia ni ada merata tempat cawangannya dan kat salah satunya kat Orchard Villa Gombak ni la.








Memang sedap pun sebab ena sendiri dah rasainya ketika kat Majlis Kahwin Hazama ni. Servis cepat, menjaga kekemasan dan puas hati la. Kenyang perut ai is malam tu, jimat duit. Hiks. Sambil makan, sambil dengar nyanyian dari artis-artis jemputan Malaysia.

Oleh itu, bagi mereka yang sedang mencari tempat untuk melakukan majlis perkahwinan ke, majlis menyambut hari jadi ke, apa apa jela, pilih la sini. Walaupun keluasannya tak sebesar dewan yang besar-besar kat bandar tu, tapi ena lebih suka buat event kat tempat macam ni. Penuh dengan nature dan jauh dari kesibukan bandar.






Dengan FoodBlogger idola ena, abang Mahadi


DETAILS ORCHARD VILLA GOMBAK & FELDA D'SAJI

Kepada you all yang ingin bertanya harga atau ingin ketahui lebih lanjut dengan pengurusan di sini, you all boleh hubungi secara direct dengan pihak mereka. Pilih la mana-mana cara yang you all rasa mudah untuk contact mereka.






WEBSITE:

NOMBOR TELEFON:
03-40210098 (Pejabat)
014-2776323 (Handphone)




Share

Other Article

ORCHARD VILLA GOMBAK | TEMPAT MAJLIS KAHWIN PILIHAN ARTIS MALAYSIA
4/ 5
Oleh

1 Comments:

Comments
avatar
17.1.17

nyamannya tempat wedding mcm ni.. nanti ena punya tema apa yerr

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)