Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, January 16, 2017

MAKAN DALAM CAFE BANTING | MENU MELETOP TERBARU 2017


MAKAN DALAM CAFE BANTING | MENU MELETOP TERBARU 2017 | Semperna tahun 2017 ni, kedai makan Makan Dalam Cafe Banting telah mengeluarkan beberapa menu terbaru untuk para customer yang dikasihi. Pasal cafe ini, you all boleh baca semula entri ena yang INI. Entri ena kali ni just nak bagi pandangan terhadap menu-menu yang baru kat sini. Nama pun foodhunter, so kena la luahkan apa yang ena rasa.

Walaupun Makan Dalam Cafe ini kepunyaan partner foodhunter ena, Yazid tapi bukan bermakna ena kena puji melambung tinggi. Tapi... Tapi.... haaaa nak tahu tapi apa kebendanya, sila terus pembacaan you all ye. 





MENU TERBARU 2017 DI MAKAN DALAM CAFE BANTING 

Berikut adalah menu yang terbaru yang you all patut kena cuba try test. Serius! Bagi yang ada kat Banting tu, lai lai datang beramai-ramai ke sini. Okay, jom tengok apa menu terbaru yang ada kat sini. 

Sagu Longan. Sangat refreshing sebab sejuk, sedap dan tidak terlampau manis. So, tak adalah cepat muak. Kalau perut you all tengah kekenyangan pun, mesti boleh masuk lagi dengan pencuci mulut ni.

Sup Kambing + Roti. Set ni you all patut rasa weh. Terbaik supnya. Light je, tak cepat muak pun. Kalau you all nak makan dengan nasi putih pun boleh tapi harga lain la.

MDC Burger. Yang ni guna ayam chicken chopnya tapi yang dah dibuang tulang. Yang kuah black pepper tu terpulang pada you all sendiri, nak simbah di dalamnya atau buat macam pencicah. 

Burger yang ni berbeza yang dulu, sebab dulu punya guna daging burger yang biasa. Yang ni guna daging ayam yang betulnya. Daging lembu homemade MDC masih belum ada lagi. InshaAllah bakal

Pisang Cheese Makan Dalam Cafe. Mana-mana tempat pisang cheese, kat sini jela paling memuaskan hati ena. Yang lain ada juga yang sedapnya tapi lain tempat lain rasanya. Betul tak?

Ena pilih set Rose Gold Flavour. Yang paling special sebab campur semua perisa yang ada.

Fish And Chips. Bagi mereka yang jenis tak makan makanan berdaging, atau nak makan ikan, boleh la pilih yang ni. 



JUNIOR SET MEAL

Set ni direka khas untuk anak-anak kecil yang juga inginkan makanan dari sini. Menarik kannn. Ena tengok pun tertarik, tetambah budak-budak kecil kuat berimaginasi. Hiks. Satu set ni memang dah cukup untuk perut mereka. Kalau para ibu dan bapa yang nak bagi menu yang biasa tu, tiada masalah. Terpulang la pada citarasa dan keinginan masing-masing. 




Ena sangat sarankan you all untuk datang kat sini untuk menjamu selera dengan menu terbaru mereka pada tahun ini. You all boleh guna waze ke "Makan Dalam Cafe" atau "Gunting Karat Babershop". Segala details mengenai kedai makan ni, you all boleh klik link-link di bawah ni. Okay?


MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Sabtu (Ahad Cuti)
Masa: 6pm - 12am 




FACEBOOK:

INSTAGRAM:

ENTRI FULL MENGENAI MAKAN DALAM CAFE





Share

Other Article

MAKAN DALAM CAFE BANTING | MENU MELETOP TERBARU 2017
4/ 5
Oleh

3 Comments

Tulis Comments
avatar
16.1.17

Kalau tengah lapar tak leh masuk sini, bahaya.. Haha.. Tergugut jadinya..

Reply
avatar
18.1.17

alaaa bila lahnak pergi cafe makan dalam ni..

Reply
avatar
22.2.17

Tunggu orang tu ajak kita datang sini sedapnya pisang cheese tu lama mengidam hehehehe...

Reply