Tuesday, January 03, 2017

DAPUR MOQ KUANTAN | MARI GEMUKKAN DIRI DENGAN BURGER MOK


DAPUR MOQ KUANTAN | MARI GEMUKKAN DIRI DENGAN BURGER MOK | Fuhh! Akhirnya dapat juga keluar makan kat Dapur Moq Indera Mahkota, Kuantan. Ena sejak praktikal hari tu lagi nak sangat berfoodhunting kat sini sebab tengok kawan-kawan share makanan kat sini nampak sedap jee. Haishhh nama pun foodhunter, memang menunggu masa jela nak memburu.

Foods make me feel sooo gooddd! Hari tu stress dengan exam Biostatistics dan Epidemiology, ena terus ajak kawan-kawan ena keluar makan. Ena sekarang tengah latih diri tak nak makan lebih dari pukul 7 malam. Tapi malam pada hari kejadian, memang ena tak nak fikir pasal berat badan dan makan sebanyak mana nak. Tu pilih makan kat Dapur Moq ni.



DAPUR MOQ INDERA MAHKOTA KUANTAN


Kat sini, menunya terbahagi kepada western food, western + Malaysian food dan Thai CuisineDapur Moq ini terletak di area Restoran Zuzana dan bersebelahan atau sederet je dengan kedai makan Lila Wadi cawangan Indera Mahkota. Bagi yang tinggal di Kuantan atau di Bandar Indera Mahkota ni, tahu la celah mana terletaknya, Indera Mahkota keberapa. 

Namun, bagi yang masih tak tahu kedudukannya, you all boleh waze tempat ni. Ena tak guna sebab ena dah tahu celah mana. Jangan risau, ena sertakan alamat Dapur Moq kat bawah ni. Supaya dapat membantu you all. Tapi nombor kedai semua tak tulis pula. So, wazekan jela ye.



ALAMAT:
Dapur Moq
Indera Mahkota 5,
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan,
Pahang

MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 12pm-11.30pm


Dekat sini juga ada jual burger yang agak terkenal dengan kesedapan dan platingnya. Burger tersebut under nama Burger Mok. Ena tak pasti sama ada dua benda ni dalam satu bumbung atau hanya menumpang seketika. Tapi kalau nak makan Burger Mok ni, kena datang ke kedai Dapur Moq la. Heeeee.


MENU YANG DIPILIH

Berikut adalah menu yang ena pilih. Pada mulanya nak makan nasi goreng chicken chop / grill nya. Tapi tak ada rezeki ena masa tu. So, disebabkan tengah nak balas dendam, ena makan Burger Mok nya. Datang berempat tapi dua jenis makanan je yang kami rasa. Ahaks. Ena tak boleh demand hak selera orang lain, sebab mereka datang bukan untuk foodhunting macam ena. So, ini jelah menu yang ena mampu share, menu yang dipilih oleh kami. 



Ni set paling besar untuk makan seorang. Crazy Burger Mok: RM13. Kalau nak tukar daging kambing, kena tambah RM3. Rotinya lembut, dagingnya besar. Tapi rasa dagingnya macam daging burger biasa cuma ianya homemade. Ada kentang dan meatballs 5 ketul.

Chicken Grill Cheese. Kenyang! Cheesenya memang ummpphhh laaa. 



FEEDBACK DARIPADA ENA

Dari segi kedainya, selesa bagi ena. Kemas, bersih dan senang nak duduk. Masa ena datang. ramai juga pelajar UIAM jamu selera mereka kat sini. Salah satu tempat tumpuan pelajar juga la sebab salah satunya kedudukannya dekat. Harga pun berpatutan bagi ena. Pelayan pun mesra pelanggan dan sedia membantu pelanggan yang memerlukan apa-apa seperti nak tisu, nak tambah order dan lain-lain lagi.

Dari segi makanan untuk burgernya, memuaskan hati ena tapi cuma rasanya tak mengancam lagi bagi ena la. Kenyang, banyak, berpatutan. Untuk chicken grillnya, not bad. Cuma kuahnya ada kekurangan sedikit dari segi rasa. Tapi still sedap la, bukan tak sedap langsung dan boleh diterima dek tekak ni haaaa. Everything okay la. Worth to try and taste.







DETAILS DAPUR MOQ DAN BURGER MOK

Oleh itu, bagi mereka yang gemar mencari makanan macam ena ni, why not cuba try test rasa makanan kat sini pula. Berbaloi sangat. Kalau tekak tu rasa nak makan burger besar-besar, mai la datang sini. Berikut adalah link serta detail untuk you all direct contact dengan pihak mereka. Itu sahaja foodstory kali ni, selamat menjamu selera.



FACEBOOK:
Facebook.com/DAPURMOQ (Dapur Moq)


INSTAGRAM:




Share

Other Article

DAPUR MOQ KUANTAN | MARI GEMUKKAN DIRI DENGAN BURGER MOK
4/ 5
Oleh

3 Comments

Comments
avatar
3.1.17

Perhhh menyelerakan.. Nanti lea akan kesana utk mencuba.. Hehe.. Bila tu tak pasti la.. Haha.. Dokat jerk tu..

Reply
avatar
3.1.17

wah nampak sedap tu.

Reply
avatar
4.1.17

kalau singgah kuantan boleh la jamah burger kt situ

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)