Wednesday, January 18, 2017

MAGI PLANET POPCORN STUDIO | RASAI 4 PERISA LAIN DARI YANG LAIN


MAGI PLANET POPCORN STUDIO | RASAI 4 PERISA LAIN DARI YANG LAIN | Sejujur ena cakap, ena bukan seorang yang suka makan popcorn yang manis-manis tu. Ala, perisa yang original macam kat panggung wayang tu. Perisa Caramel right? Orang lain suka la, tapi ena kurang sikit. Kalau pergi tengok wayang, partner ena je suka makan. Ena mesti beli makanan lain.

Tapi sekarang ni dah ada pelbagai perisa popcorn kalau you all perasan. Baru-baru ni ena diberi peluang untuk merasai popcorn daripada keluaran Magi Planet Malaysia. Ya Allah, tak tahu ena nak gambarkan bagaimana perasaan ni sebab popcorn jenama ni la ena tercari-cari kat kedai selama ni. Last ena makan jenama ni masa zaman asasi dulu, 5 tahun yang lepas tak silap. Cuma sekarang bekasnya lain sedikit. Dan yang ena dapat ni 4 perisa yang boleh dikatakan terbaru dan lain dari yang lain. Nak tahu tak apa perisa tersebut? Teruskan scroll.


MAGI PLANET POPCORN STUDIO


Planet Popcorn ini ditubuhkan sejak tahun 2010 lagi. Haaa, tahun di mana ena baru lepas ambil SPM. Hiks. Kan dah bosan makan popcorn yang perisa original tu, so pihak mereka telah mencipta pelbagai jenis perisa popcorn. Ada manis, masin, pedas, dan pelbagai lagi la. Company Planet Popcorn ni ada kat pelbagai negara juga antaranya seperti Taiwan, Malaysia, Australia, Singapore, Indonesia dan lain-lain lagi.

Yang Magi Planet Popcorn ni pula boleh dikatakan set yang paling latest. Dulu packagingnya lain, sekarang nampak lagi mahal dan berkualiti. Malah untuk set Magi Planet Popcorn ni, mempunyai 4 perisa lain dari yang lain. Ena pun tak pernah rasa sebelum ni. Tu ena nak bagitahu dengan you all tu dan kat bawah ni ena nak share ke empat-empat perisa tersebut. Jom kita tengok.



4 PERISA MAGI PLANET POPCORN STUDIO

Masa ena dapat ni, memang betul-betul satu set Magi Planet Popcorn yang terdiri dari 4 popcorn saiz besar dan 4 popcorn saiz kecil. Tapi dua popcorn saiz besar dah diperabiskan oleh anak saudara ena. Mereka suka sangat. Mereka sendiri kata struktur popcornnya gebu dan tak keras. Selain tu, perisanya pun lain dari yang lain. 

Berikut adalah 4 perisa tersebut:

1) Rose Salts Caramel



Yang ni macam perisa caramel yang biasa tu tapi ena suka sebab ditabur dengan garam yang berkualiti tinggi. Kombinasi masin dan manis memang ena suka. Bila makan, tak terasa muak atau rasa mulut tak sedap. Sedang-sedang elok.


2) Corn Soup



Yang ni pula, ada rasa sup dan lada hitam. Sedap! Ena suka sebab ada rasa bahang lada hitam tu dan terselit rasa masin-masin sup. Ena suka lada hitam. 


3) Seaweed Octopus Burning Takoyaki



Yang ni tak ada la rasa Takoyaki sangat tapi sebenarnya perisa sotong. Diselit dengan rasa seaweed. Perisa yang paling paling ena suka. Sekejap je ena makan dah habis untuk package yang besar. Ahaks


4) Chili Cheese


Yang ni bagi penggemar cheese mesti suka. Memang mantap rasa cheesenya yang tak kedekut tu. Lepas tu, ada rasa pedas-pedas sedikit. Membuatkan kita tak rasa cepat muak.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Serius, ena bersyukur yang amat bila dapat selonggok jenama popcorn yang ena mencari-cari selama ni. Memang susah nak jumpa. Tapi tak tahu la pula ena terlepas pandang kan. Kalau pergi Singapore, belambak la. Hiks.

Apa sebab ena suka popcorn dari jenama Magi Planet Malaysia ni, salah satunya adalah struktur popcornnya yang gebu-gebas, bulat-ulat jeeeee. Malah, tak keras dan juga best bila makan sebab ada rasa crunchy-crunchy sedikit. My mom pun kata sedap. Dia suka sebab senang nak gigit dan perisanya lain dari yang lain. Cuma harganya boleh tahan mahalnya.

Bulat-bulatkan popcornnya. Nyummm!

Tak perlu risau kalau jadi lemau lepas dah buka, sebab kat bekasnya ada seal kedap udara. So, kalau tak habis makan, tutup je sealnya.

Yang ni Chili Cheese. Nampakkan punya banyak cheese di letak. Fiuuhh! Nikmat!

So, kalau you all ada ternampak jenama ni kat memana, sila lah beli ye. Memang sedap, ena tak tipu. Dan kalau you all nak beli secara online pun boleh. Servis cepat, dah cara dia bungkus parcel kita memang selamat. Ena tahu la sebab ena yang dah buat experimentnya sendiri. Cewahhh! 

Okay, nanti you all boleh rujuk pada details  link mereka kat bawah ni.


DETAILS MAGI PLANET POPCORN STUDIO

Sebelum tu, kepada you all nak beli set ni, you all boleh guna code ena bagi ni untuk dapatkan harga diskaun. Ambil je kat bawah ni, cepat-cepat sebelum promosinya tamat.



CODE PROMO:
AINAALOVEPOPCORN

WEBSITE:



Share

Other Article

MAGI PLANET POPCORN STUDIO | RASAI 4 PERISA LAIN DARI YANG LAIN
4/ 5
Oleh

3 Comments

Comments
avatar
18.1.17

sedapnya popcorn

Reply
avatar
18.1.17

Selamat berkenalan blogger.

Jom exchange link : https://wanfaizumi.blogspot.my

Post Pengenalan : https://wanfaizumi.blogspot.my/2017/01/welcome-dunia-blogger-bertukar-link.html

Reply
avatar
19.1.17

Alahaii menariknyaaa....nak try chilli cheese lah...

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)