Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, January 19, 2017

CENDOL PULUT BEHRANG | CENDOL MELAYU DI HULU BERNAM


CENDOL PULUT BEHRANG | CENDOL MELAYU DI HULU BERNAM | Tengah hujan, tengah sakit tekak pula tu, tapi selera tekak mengada nak makan cendol. Ni salahkan rancangan kat Asian Food Channel, tetiba tunjuk cendol. Terus craving. Craving teruk pula tu, kalah orang mengandung. Hahahaha. Tapi memula yang request nak makan cendol, kakak ena la. Dia yang teringin dulu. Hiks

Ena tanya my mom kat mana ada jual cendol Melayu kat area rumah. Ena tak berapa gemar cendol mamak-mamak ni. Apa-apa hal mesti cari yang Melayu punya dulu. So, my mom pun bagitahu la dan dia tahu ena ni suka memburu makanan dan dia suggest ena untuk cuba try test cendol Melayu yang tak jauh dari rumah ena. Nama cendol tersebut adalah Cendol Pulut Behrang.


CENDOL PULUT BEHRANG

Outlet pertama Cendol Pulut Behrang ini adalah kat Behrang dan yang ena beli ni kat cawangannya di Hulu Bernam. Lokasi kedainya dekat je dengan rumah ena, jalan kaki pun boleh. Kedai ni berdekatan dengan Masjid Hulu Bernam dan Klinik Kesihatan Hulu Bernam.



Kalau you all dari arah tol Tanjung Malim, you all akan nampak signboard macam kat bawah ni. Macam dah nak nampak kubah Masjid, you all boleh slow dah dan pandang ke arah kanan. Nampak lorong, masuk ke lorong tersebut. Apapun, pastikan jumpa dulu signboard macam kat atas ni. Takut you all masuk salah lorong.

MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 11am - 6pm




MENU YANG DIPILIH OLEH ENA

Ena beli bawa balik rumah sebab datang seorang diri dan pula nak ambil anak kakak balik sekolah time tu. Kalau ada masa dan rezeki nanti, nak terjah makan makanan lain kat sini pula seperti laksa, mee rebus dan lain-lain lagi. Tengok macam sodappp jeee tengok orang lain makan. Terliur pula.

Okay, sekarang ena nak fokus pada cendolnya dan pilihan cendol ena adalah Cendol Special. Baik beli yang special terus, boleh tengok sejauh mana specialnya tu. Selain tu, ai is ni memang suka yang special-special. Hiks.



Cendol Special ni apa yang specialnya sebab semua bahan ada termasuklah pulut. Harga untuk makan kat situ lain, untuk yang bungkus lain. Nanti you all boleh tengok gambar harga cendolnya kat bawah-bawah ni. 


Nampak dari segi warna air cendolnya pun tahu rasa cendolnya tak tawar dan tak manis sangat. Okay la ni, tak perlu banyak sangat bahan-bahan. Cukup la ada cendolnya. Kalau banyak-banyak bahan macam kacang la, nata de coco la, aiskrim la, buah-buahan la dan lain-lain lagi tu la, tak boleh dikatakan cendol dah. Yang macam tu dipanggil ABC. 


FEEDBACK DARIPADA ENA

Kedai: Not bad. Tak besar mana dan tak kecil mana. Janji selesa even tepi jalan sekali pun. Cuma kat sini susah sedikit la nak parking. Kena pandai cari tempat, cari masa. Kalau rajin, parking jauh sedikit dan jalan kaki ke sini. 

Servis: Maybe lambat sedikit la tapi ena faham jela sebab dia nak gerudi ais tu lagi. Dengan order pun boleh dikatakan banyak. Ena je pun dah order 4 bungkus cendol special. Hiks.



Makanan: Ena suka cendol macam ni sebab rasa manis gula merahnya cukup dan airnya pun banyak (Sebab ais dah cair). Ena suka air cendol banyak dari isi cendolnya. Tapi dari pandangan ayah ena pula, dia lebih suka kalau isi cendolnya yang warna hijau tu banyak. Pula dah. Hehehe. Well, setiap orang berbeza citarasanya. Ena just bagi pandangan dan apa yang ena rasa je. Janji dapat hilang rasa dahaga cendol kat tekak ni. 

Harga: Okay la harga cendolnya. Bagi ena berbaloi. Tak mahal pun. You all boleh tengok sendiri harganya kat bawah ni. Ena sentiasa support Melayu punya bisnes. Heeee.


Kemudahan: Kemudahan kat sini ena tak sempat nak teliti pula tandas apa semua. Cuma perasan tempat parking je la macam susah sedikit. 



Itu jela ena nak kongsikan cendol kat sini. Kepada yang suka memburu makanan macam ena, mai la rasai cendol kat sini pula. Bagi yang dah baca entri ena ni, jangan lupa SHARE entri ni. Tekan je button FB kat dalam entri ni. Okay, terima kasih dan selamat menjamu selera.



Share

Other Article

CENDOL PULUT BEHRANG | CENDOL MELAYU DI HULU BERNAM
4/ 5
Oleh

5 Comments

Tulis Comments
avatar
20.1.17

Wuhuuu.. Sedapnya nampak.. Dan2 nak cari cendol jugaq, hehe~

Reply
avatar
21.1.17

ena yg comel pakai spek mata..hehe..time ni hjn pulak nak pi beli cendol pulut..sedapnya tgk

Reply
avatar
23.1.17

Nanti kita sama2 minum ye.
Rumah ena pun dekat.
Tak payahlah nak belari.

Reply
avatar
25.1.17

Perghhh...ni yang buat akak nak cari cendol ni..:D

Reply
avatar
3.2.17

perghhh, ku tergoda, sedapnya cendol kalau minum pepetang macam nih, hehe.. nasib baiklah jauh dekat Hulu Bernam kalau tak ai nak pi beli

Reply