Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Saturday, April 22, 2017

MR.DAKGALBI | MASAKAN KOREA YANG BERBEZA


MR.DAKGALBI | MASAKAN KOREA YANG BERBEZA  | Siapa kat sini pernah rasa makanan Korea di Mr.Dakgalbi? Kalau pernah, jom kongsikan feedback you all kat ruang komen ena. Ena tak kisah negatif ke positif, niat ena nak jadikan entri ena ni panduan untuk orang lain. Alhamdulillah, ena dah makan dah Mr. Dakgalbi ni kat IOI City Mall Putrajaya , dan ena nak kongsikan pendapat ena sendiri mengenai tempat dan rasa makanan kat sini.
More Nyummy Here

Tuesday, April 11, 2017

SUSHI KING MALAYSIA | MENU TERBARU BERASASKAN JAPANESE CURRY


SUSHI KING MALAYSIA | MENU TERBARU BERASASKAN JAPANESE CURRY | Siapa kat sini suka sushi? Kalau suka, kita geng yeay! Hiks. Okay, baru-baru ni ena diberi peluang untuk review menu terbaru di Sushi King. Memang ena suka sangat-sangat la sebab ena ni ketagih makan sushi kat situ. Suka nasi Jepunnya sebab gebu-gebu dan tak hambar. Kepuasannya susah nak digambarkan dalam tulisan. You all kena ada kat depan ena time makan baru you all nampak kepuasan ena tu macam mana. Hiks.
More Nyummy Here

Monday, April 10, 2017

GREAT CREATION | WEDDING PLANNER UNTUK BAKAL PENGANTIN


GREAT CREATION | WEDDING PLANNER UNTUK BAKAL PENGANTIN | Sebelum terlaksananya sesuatu majlis perkahwinan itu, bakal pengantin dikehendaki dan dinasihatkan untuk berjumpa dengan wedding planner dan event planner terlebih dahulu untuk menerima khidmat nasihat daripada mereka supaya majlis you all tak jadi huru hara kelak.
More Nyummy Here

MEFA | JEMPUTAN KE PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA EDISI KE-16


MEFA | JEMPUTAN KE PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA EDISI KE-16 | Kepada bakal-bakal pengantin di luar sana, kali ni ena nak jemput you all semua untuk datang satu festival yang khas untuk you all untuk melihat pakej kahwin yang super duper awesome dan boleh buat you all rambang mata. Festival tersebut adalah Pameran Pengantin Malaysia / Malaysia Wedding Festival (MEFA) edisi yang ke 16.
More Nyummy Here

Friday, April 07, 2017

MEGA WEDDING MALAYSIA | 23 PASANGAN PENGANTIN DALAM SATU MAJLIS


MEGA WEDDING MALAYSIA | 23 PASANGAN PENGANTIN DALAM SATU MAJLIS | Pernah tak you all hadiri majlis perkahwinan atau lebih senang dipanggil "kenduri kahwin" yang pasangan pengantinnya lebih dari 10 pasangan? Banyakkannnn. Haaaa, kali ni ena nak share satu moment ena pergi kenduri kahwin di mana kat situ terdapat 23 pasangan pengantin. Hanya dalam SATU majlis. Fuhh! First time weh tengok majlis kahwin secara beramai-ramai ni. Syok pun ada sebab rare bagi ena. Mana taknya, ena selalu attend majlis kahwin yang raja seharinya ada sepasang je. Teruja sejenak. Hiks.
More Nyummy Here

Monday, April 03, 2017

SZ DESIGN | KELAS BELAJAR AUTOCAD DAN 3Ds-MAX DENGAN MUDAH


SZ DESIGN | KELAS BELAJAR AUTOCAD DAN 3D-MAX DENGAN MUDAH | Ingin belajar tentang AutoCad dan 3D-Max dengan mudah dari basic hingga ke tahap professional? Tapi masa tak mengizinkan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan seperti urusan kerja setiap hari? Haaa! You all tak perlu risau lagi kerana di Sz Design menyediakan kelas untuk belajar Autocad dan 3Ds-Max tanpa ganggu hari kerja you all.
More Nyummy Here

Tuesday, February 28, 2017

MUHAMMAD SULTAN CENDOL MAJU | SEPETANG BERSAMA CENDOL IM2


MUHAMMAD SULTAN CENDOL MAJU | SEPETANG BERSAMA CENDOL IM2 | Ada satu petang tu, ena serius craving sangat nak makan cendol. Nak cendol yang jual kat dalam truck tepi-tepi tu. Tak nak cendol yang kat restoran-restoran. Tak tahu la kenapa selera tekak lain machiam hari tu. Baru teringat yang kawan-kawan ena pernah share gerai cendol dekat dengan Indera Mahkota Kuantan kat Instagram mereka.
More Nyummy Here

Sunday, February 26, 2017

KRIM KUANTAN | NIKMATI WAFFLE DAN AISKRIM


KRIM KUANTAN | NIKMATI WAFFLE DAN AISKRIM | Ena dah lama nak pergi makan aiskrim dan berfoodhunting kat Krim Kuantan ni. Asyik sebut-sebut je dengan kawan-kawan nak datang ke sini. Cuma masa tak berapa nak sesuai sebab ena tengok kat sini menyediakan makanan berasaskan aiskrim dan makanan yang manis-manis. So kena makan masa yang sesuai la macam waktu petang ke, malam ke. Tengok juga selera perut ni.
More Nyummy Here

Wednesday, February 22, 2017

PORTAL PERKAHWINAN | KENAPA MESTI PORTAL PROJEK KAHWIN?


PORTAL PERKAHWINAN | KENAPA MESTI PROJEK KAHWIN? | Haishhh lately ni memang suka usya-usya bajet pakej perkahwinan yang ada kat mana-mana website menyediakan khidmat tersebut. Sampai tak tahu nak pilih yang mana. Well, bukan senang nak memastikan sesuatu majlis perkahwinan tu berjalan dengan lancar, macam-macam nak kena fikir. Kalau kurang bernasib baik, terpilih pula pakej perkahwinan yang tidak mendatangkan hasil yang memuaskan, ada yang lari last minit dan ada yang buat kerja cincai boncai jee. For sure sakit hatikan bila jadi macam ni, minta dijauhkan laa.
More Nyummy Here

RESTORAN SEDAP WEH KUANTAN | NIKMATI KESEDAPAN PAIS IKAN PATIN


RESTORAN SEDAP WEH KUANTAN | NIKMATI KESEDAPAN PAIS IKAN PATIN | Huishhh dah lama ena tak share tempat-tempat yang ena pergi untuk foodhunting. Ada je pergi cuma terlupa nak share cerita dengan you all kat sini. Untuk entri kali ni, ena nak share satu kedai makan yang boleh dikatakan berhampiran dengan UIAM, tempat dimana ena tinggal. Nama kedai makan tersebut adalah Restoran Sedap Weh.
More Nyummy Here

Sunday, February 19, 2017

MENSTRUHEAT PSLOVE | TERAPI MELEGAKAN SENGGUGUT


MENSTRUHEAT PSLOVE | TERAPI MELEGAKAN SENGGUGUT | Tahap sakit senggugut ni hanya kaum hawa atau kaum perempuan sahaja memahami sekuat mana tahap sakitnya. Tapi ada je yang tak mengalami sakit senggugut ni bila datang haid atau orang kita selalu kata 'datang bulan'. Untungnyaaa lahaiii. Namun, ena ni salah seorang yang akan alami kesakitan senggugut yang kuat. Teruk sampai ena jadi migrain seharian dan kekadang tu sampai demam-demam. Kesakitan dek kecutan rahim dan juga kat bahagian belakang ena ni, memang tak dapat dielakkan lagi. 

Salah satu yang boleh melegakan kesakitan senggugut ena tu, adalah buat warm compress atau dalam Melayunya 'tuam'. Mencari-cari juga kat mana ada jual tuam-tuam yang memudahkan untuk kita gunakan. Sekali jumpa satu website ni yang jual tuam ala-ala macam 'Cool Fever', di mana kita hanya tampal je kat bahagian yang tengah sakit tu. Benda tu akan memberikan rasa kehangatan kat bahagian tu. 


MENSTRUHEAT PSLOVE



Nama produk tersebut adalah MenstruHeat PsLove. Setahu apa yang ena ada baca, menstruheat ni mai dari jauh iaitu dari Singapore. Kat bungkusan parcel ena pun ada stated perkataan 'Singapore'. Ena dapatkan secara online menerusi laman website rasminya. Nanti ena sharekan link website dan laman socialnya kat bawah-bawah entri ni.

Tujuan pihak PsLove menciptakan terapi heat patches ini untuk memberi kelegaan dan keselesaan para wanita yang mengalami kesakitan senggugut. Malah memudahkan mereka untuk menggunakannya sebab dah tak perlu bersusah payah untuk panaskan air ke, kain ke, bertungku ke dan lagi syok tak payah nak makan ubat tahan sakit. Ubat tahan sakit ni tak elok makan selalu ketika sakit senggugut.


Macam mana cara nak pakai? Okay, meh ena terangkan macam mana nak tepek, nak guna macam mana dan lain-lain lagi.

Cara Untuk Pakai:
1) Buka plastik MenstruHeat, biarkan je terdedah kat udara sejenak. Nanti benda tu panas sendiri.
2) Cabut tempat plastik pelekat kat belakang MenstruHeat ni.
3) Tepek kat bawah pusat you all, di mana letaknya rahim kita. Ada 3 cara nak letak mengikut kadar kepanasan yang dikehendaki iaitu:-

    - Lekat kat baju / seluar : Warm
    - Lekat kat seluar dalam : Hot (Recommended)
    - Lekat terus pada kulit: Hottest

4) Lepas sejam lekat kat badan, buka MenstruHeat selama 5 minit untuk mengelakkan kulit menjadi terbakar. Lepas tu, boleh letak semula. Boleh guna on off selama 12 jam / hari.


Kat belakang bungkusannya ada semua info untuk guna dan pakai benda ni macam mana.

Ni ambil sebagai contoh kertas sticker untuk patches ni.


FEEDBACK DARIPADA ENA
 
Ena baru cuba try test tapi yang produk terbaru daripada PSLove ni iaitu BackHeat di mana ianya untuk melegakan lenguh-lenguh di belakang badan kita. Yang MenstruHeat tak cuba lagi sebab belum masanya lagi. So, ena standby je dulu. Incase dah sampai masanya, ena terus tepek jela. So untuk feedbacknya, ena bagi komen apa yang ena rasa ketika pakai BackHeat ni jela ye. Semua sama je, cuma bentuk dan saiz patchesnya berbeza mengikut kesesuaian bahagian bentuk badan kita.

Baru-baru ni, ena buat kerja agak berat juga kalau nak dibandingkan dengan hari-hari yang biasa. Alamatnya, terus ena dapat Lower Back Pain, fuhhhhh! Spoil mood terus nak buat kerja. Apa lagi, terus ena lekat BackHeat ni memandangkan ena nak buat kerja lagi masa ni. Ena terus lekat pada kulit.




Perghhh! Memang terbaiklah BackHeat PSLove ni. Kepanasannya mampu membuat lower back ena rasa lebih lega dan sedapla rasa panas-panas macam kena tuam. Cuma kita tak payah dah nak bersusah payah celup air panas banyak kali ke apa semua. Hanya lekat je benda tu kat belakang badan dan dah boleh buat kerja yang lain. Biarkan ianya bekerja sendiri. Alhamdulillah. Tapi jangan letak lama-lama, memang panas benda ni. Takut terbakar kulit je bagi yang tak tahan tu. Curious juga macam mana benda ni memanas dengan sendirinya.

Tak sabar nak guna MenstruHeat pula. Ramai kata produk ni okay, so ena harap boleh memberi kelegaan pada ena ketika waktu senggugut. Well, macam ena kata sebelum ni, senggugut ena boleh dikatakan agak teruk. Nanti ena bagi feedback kat instagram ena. Jangan lupa follow: ina.ainaa





Haaa ada lagi satu, PSLove juga telah mencipta NeckHeat dimana fungsinya sama macam yang lain cuma ianya dilekatkan pada bawah belakang tengkuk atau bahu kita. Bentuknya adalah V-Shape, dan you all juga boleh potong tengah-tengah benda ni. Tak nak potong pun tak mengapa. So memudahkan kita nak lekat benda tu kat situ.


DETAILS PSLOVE MENSTRUHEAT

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba, lai lai, ena nak bagi code 20% promosi ni. Jangan lepaskan peluang ni sementara waktu masih available. You all boleh order pada link website officialnya. Kat bawah ni ena share link-link yang boleh membantu you all untuk berhubung dengan pihak mereka.





WEBSITE:

FACEBOOK: 


INSTAGRAM: 

CODE 20% PROMOTION:
inaoff
(Pembelian valid pada website yang ena share link kat atas ni. Exp: 31/3/2017)




More Nyummy Here

Thursday, February 09, 2017

THE WEDDING HERITAGE | 5 SEBAB KAHWIN DI SINI ANTARA YANG TERBAIK


THE WEDDING HERITAGE | 5 SEBAB KAHWIN DI SINI ANTARA YANG TERBAIK | Sedang merancang untuk membina mahligai rumahtangga? Masih tercari-car pakej perkahwinan yang bagus dan berkualiti perkhidmatannya? Haaa! Entri kali ini ena nak sarankan you all untuk pilih The Wedding Heritage (TWH) sebagai salah satu pakej untuk perkahwinan you all.
More Nyummy Here

Saturday, February 04, 2017

LOTION PUTIH AJAIB | NAK KULIT BADAN MACAM ROZITA CHE WAN (RCW)?


LOTION PUTIH AJAIB | NAK KULIT MACAM ROZITA CHE WAN (RCW)? | Siapa kat sini peminat tegar barangan dari artis terkenal Rozita Che Wan? Komprem mesti ramai kannnnn yang minat. So, hari ni ena nak share satu produk skincare daripada Rozita Che Wan (RCW) iaitu Lotion Putih Ajaib.
More Nyummy Here

Friday, February 03, 2017

AL-FATEH STEAK HOUSE HULU BERNAM | MAKAN BESAR DENGAN FAMILY


AL-FATEH STEAK HOUSE HULU BERNAM | MAKAN BESAR DENGAN FAMILY | Rumah ena terletak kat sempadan Selangor dan Perak. Dan terletak kat Hulu Bernam ni haa, daerah Hulu Selangor. Kalau rasa nak ke Perak, pergi la kat Tanjung Malim. 5 minit je. Hiks.
More Nyummy Here

Sunday, January 22, 2017

STREET CHURROS | PELBAGAIAN CHURROS DI BERJAYA TIMES SQUARE


STREET CHURROS | PELBAGAIAN CHURROS DI BERJAYA TIMES SQUARE | Siapa kat sini pernah makan Churros? Suka? Ke tak suka? Haaaaa, siapa yang tak suka tu kalau you all berani cuba try test churros homemade kat Street Churros ni, mesti you all tetiba jadi suka. Serius talk. Lagi-lagi mana yang suka makan manis-manis tu.
More Nyummy Here

Thursday, January 19, 2017

CENDOL PULUT BEHRANG | CENDOL MELAYU DI HULU BERNAM


CENDOL PULUT BEHRANG | CENDOL MELAYU DI HULU BERNAM | Tengah hujan, tengah sakit tekak pula tu, tapi selera tekak mengada nak makan cendol. Ni salahkan rancangan kat Asian Food Channel, tetiba tunjuk cendol. Terus craving. Craving teruk pula tu, kalah orang mengandung. Hahahaha. Tapi memula yang request nak makan cendol, kakak ena la. Dia yang teringin dulu. Hiks
More Nyummy Here

Wednesday, January 18, 2017

MAGI PLANET POPCORN STUDIO | RASAI 4 PERISA LAIN DARI YANG LAIN


MAGI PLANET POPCORN STUDIO | RASAI 4 PERISA LAIN DARI YANG LAIN | Sejujur ena cakap, ena bukan seorang yang suka makan popcorn yang manis-manis tu. Ala, perisa yang original macam kat panggung wayang tu. Perisa Caramel right? Orang lain suka la, tapi ena kurang sikit. Kalau pergi tengok wayang, partner ena je suka makan. Ena mesti beli makanan lain.
More Nyummy Here

Tuesday, January 17, 2017

ORCHARD VILLA GOMBAK | TEMPAT MAJLIS KAHWIN PILIHAN ARTIS MALAYSIA


ORCHARD VILLA GOMBAK | TEMPAT MAJLIS KAHWIN PILIHAN ARTIS MALAYSIA | Alhamdulillah, pada 15/1/2017 bersamaan hari Ahad, diberikan kesempatan ni untuk menghadiri satu majlis perkahwinan seorang artis Malaysia iaitu Hazama dan isterinya, Genervie. Majlis ini berlangsung di Orchard Villa Gombak. Itulah bestnya jadi blogger, diberi peluang pelbagai jenis aktiviti dunia. Gitteww.
More Nyummy Here

Monday, January 16, 2017

MAKAN DALAM CAFE BANTING | MENU MELETOP TERBARU 2017


MAKAN DALAM CAFE BANTING | MENU MELETOP TERBARU 2017 | Semperna tahun 2017 ni, kedai makan Makan Dalam Cafe Banting telah mengeluarkan beberapa menu terbaru untuk para customer yang dikasihi. Pasal cafe ini, you all boleh baca semula entri ena yang INI. Entri ena kali ni just nak bagi pandangan terhadap menu-menu yang baru kat sini. Nama pun foodhunter, so kena la luahkan apa yang ena rasa.
More Nyummy Here

Sunday, January 15, 2017

15 TEMPAT MAKAN MENARIK DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR


15 TEMPAT MAKAN MENARIK DI KUALA LUMPUR DAN SELANGOR | Siapa kat sini suka makan dan suka memburu makanan macam ena? Kalau you all sebegitu, sila jadikan ini sebagai salah satu rujukan you all ye. Hiks.
More Nyummy Here

Tuesday, January 10, 2017

ROTI CANAI TRANSFER ROAD PENANG | SARAPAN DENGAN ROTI CANAI DAN AYAM


ROTI CANAI TRANSFER ROAD PENANG | SARAPAN DENGAN ROTI DAN AYAM | Harini ena nak share satu tempat sarapan yang you all wajib kena pergi kalau mai Penang ni. Ena dah lama nak share tapi macam tak cukup gambar. So ena akan share mana yang ena mampu ye. Dan segala ujahan dan pandangan adalah mengikut pendapat ena sendiri.
More Nyummy Here

Saturday, January 07, 2017

SHOPBACK MALAYSIA | PULANGAN TUNAI SEBANYAK 30% ATAS PEMBELIAN ONLINE


SHOPBACK MALAYSIA | PULANGAN TUNAI SEBANYAK 30% ATAS PEMBELIAN ONLINE | Haaa, mesti suka lettew bagi penggemar online shopping lepas baca tajuk entri ena ni. Lepas buat pembelian secara online, dapat pula 30 % pulangan tunai / cashback. Tapi yang pasti, you all kena buat pembelian melalui laman web ni iaitu ShopBack. Dan yang pasti lagi, bukan sewenang-wenangnya you all dapat cashback macam tu je. Hiks.

More Nyummy Here

Thursday, January 05, 2017

ROLL ON ACNE SERUM | AVERA YOUR FUTURE SKIN SOLUTION


ROLL ON ACNE SERUM | AVERA YOUR FUTURE SKIN SOLUTION | Kadang kala, jerawat ni bukan sebab hormon or sebab memang kulit tak sihat. Tetapi dari kekotoran, jangkitan kuman boleh menyebabkan jerawat. Terutama dari kuku kita, dari tangan kita, orang yang selalu kita sentuh kawasan muka.

More Nyummy Here

Tuesday, January 03, 2017

SANY CKT | LAYAN CHAR KOAY TEOW (CKT) DI TASIK TITIWANGSA


SANY CKT | LAYAN CHAR KOAY TEOW (CKT) DI TASIK TITIWANGSA | Malam ni ena nak share satu kedai makan yang menyediakan Char Kuey Teow (CKT) di area Tasik Titiwangsa. Sesiapa tengah jogging atau tengah jalan-jalan kat area sini, boleh la cuba try test CKT kat sini. Ena tahu tempat ni pun sebab kawan ena sarankan untuk kemari. 

So, alang-alang dah ada kat situ, ena nak tahulah betul ke sedap CKT kat sini. Main redah je ni, Tercapai hasrat di hati untuk cuba try test makan kat sini yang juga satu tempat foodhunting dalam checklist ena. Kalau teringin nak makan CKT tu, boleh la datang kedai sini. 


SANY CHAR KOAY TEOW TITIWANGSA




Sany Char Koay Teow (CKT) ini menyediakan CKT dari Penang yang mengekalkan resepinya sejak tahun 1992 lagi. Fiuuuh! Tahun kelahiran ena tuuu. Lepas tu, kat sini bukan sahaja menyediakan CKT, masakan panas yang lain pun ada. Jangan risau. Tapi menu yang paling popular kat sini CKTnya la.

Lokasi Sany Char Koay Teow ini terletak berdekatan dengan Tasik Titiwangsa dan juga belakang Istana Budaya Kuala Lumpur. Ena datang kesini dengan bantuan Google Map sebab lately ni lebih yakin guna Google Map. Taip je nama kedai ni, terus Waze atau Google Map tunjuk arah ke sini. Jangan risau. Okay, dibawah ni ena share alamat dan masa operasi kedai makan ni.




ALAMAT:
SANY Char Koay Teow
64, Jalan Kuantan,
Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur.

MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 4pm - 4am



MENU YANG DIPILIH

Ena dalam keadaan yang agak lapar juga masa tu, so ena dan partner foodhunter ena pilih CKT Special. Ada yang saiz kecil, ada yang saiz besar. Dah special ni, ada ditambah telur. So, berikut adalah rupa Sany Char Koay Teow ni.

Char Koay Teow Special. Not bad rasanya, kuah pekat. Cuma udang dia agak kecil sedikit. Kalau gemuk-gemuk mesti lagi aummm auuummm CKT nya.


Ena dan Yazid memang penggemar rojak buah. Suka rojak buah kat sini, kuah nya sedap. Pencuci mulut kami. Heeee.



FEEDBACK DARIPADA ENA

Masa ena datang ni, MashaAllah ramainyaaa yang datang makan even tengah hujan. Ena pun jadi segan nak bergambar sangat, padahal orang tak peduli pun. Ahaks. Ena tak usya habis keadaan kedai ni, tapi besar juga tempatnya. Tempat untuk santai-santai gittew. 

Servis pun cepat dan tak ambil masa nak menunggu. Pekerja pun ramai. Memang terlayan dengan baiklah. So, ena tak kesal cuba try test CKT kat sini walaupun ada kekurang kat situ. Janji rasanya boleh tahan sedap. Terima kasih kepada kawan ena untuk suggest makan kat sini.






DETAIL SANY CHAR KOAY TEOW TITIWANGSA

Kepada yang tercari-cari nak makan apa kat sekitar Tasik Titiwangsa, boleh la ke sini. You all boleh tengok feedback daripada orang lain juga pada laman social rasminya. Tapi macam dah lama tak berupdate. 


FACEBOOK:







More Nyummy Here

DAPUR MOQ KUANTAN | MARI GEMUKKAN DIRI DENGAN BURGER MOK


DAPUR MOQ KUANTAN | MARI GEMUKKAN DIRI DENGAN BURGER MOK | Fuhh! Akhirnya dapat juga keluar makan kat Dapur Moq Indera Mahkota, Kuantan. Ena sejak praktikal hari tu lagi nak sangat berfoodhunting kat sini sebab tengok kawan-kawan share makanan kat sini nampak sedap jee. Haishhh nama pun foodhunter, memang menunggu masa jela nak memburu.

Foods make me feel sooo gooddd! Hari tu stress dengan exam Biostatistics dan Epidemiology, ena terus ajak kawan-kawan ena keluar makan. Ena sekarang tengah latih diri tak nak makan lebih dari pukul 7 malam. Tapi malam pada hari kejadian, memang ena tak nak fikir pasal berat badan dan makan sebanyak mana nak. Tu pilih makan kat Dapur Moq ni.



DAPUR MOQ INDERA MAHKOTA KUANTAN


Kat sini, menunya terbahagi kepada western food, western + Malaysian food dan Thai CuisineDapur Moq ini terletak di area Restoran Zuzana dan bersebelahan atau sederet je dengan kedai makan Lila Wadi cawangan Indera Mahkota. Bagi yang tinggal di Kuantan atau di Bandar Indera Mahkota ni, tahu la celah mana terletaknya, Indera Mahkota keberapa. 

Namun, bagi yang masih tak tahu kedudukannya, you all boleh waze tempat ni. Ena tak guna sebab ena dah tahu celah mana. Jangan risau, ena sertakan alamat Dapur Moq kat bawah ni. Supaya dapat membantu you all. Tapi nombor kedai semua tak tulis pula. So, wazekan jela ye.



ALAMAT:
Dapur Moq
Indera Mahkota 5,
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan,
Pahang

MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 12pm-11.30pm


Dekat sini juga ada jual burger yang agak terkenal dengan kesedapan dan platingnya. Burger tersebut under nama Burger Mok. Ena tak pasti sama ada dua benda ni dalam satu bumbung atau hanya menumpang seketika. Tapi kalau nak makan Burger Mok ni, kena datang ke kedai Dapur Moq la. Heeeee.


MENU YANG DIPILIH

Berikut adalah menu yang ena pilih. Pada mulanya nak makan nasi goreng chicken chop / grill nya. Tapi tak ada rezeki ena masa tu. So, disebabkan tengah nak balas dendam, ena makan Burger Mok nya. Datang berempat tapi dua jenis makanan je yang kami rasa. Ahaks. Ena tak boleh demand hak selera orang lain, sebab mereka datang bukan untuk foodhunting macam ena. So, ini jelah menu yang ena mampu share, menu yang dipilih oleh kami. 



Ni set paling besar untuk makan seorang. Crazy Burger Mok: RM13. Kalau nak tukar daging kambing, kena tambah RM3. Rotinya lembut, dagingnya besar. Tapi rasa dagingnya macam daging burger biasa cuma ianya homemade. Ada kentang dan meatballs 5 ketul.

Chicken Grill Cheese. Kenyang! Cheesenya memang ummpphhh laaa. 



FEEDBACK DARIPADA ENA

Dari segi kedainya, selesa bagi ena. Kemas, bersih dan senang nak duduk. Masa ena datang. ramai juga pelajar UIAM jamu selera mereka kat sini. Salah satu tempat tumpuan pelajar juga la sebab salah satunya kedudukannya dekat. Harga pun berpatutan bagi ena. Pelayan pun mesra pelanggan dan sedia membantu pelanggan yang memerlukan apa-apa seperti nak tisu, nak tambah order dan lain-lain lagi.

Dari segi makanan untuk burgernya, memuaskan hati ena tapi cuma rasanya tak mengancam lagi bagi ena la. Kenyang, banyak, berpatutan. Untuk chicken grillnya, not bad. Cuma kuahnya ada kekurangan sedikit dari segi rasa. Tapi still sedap la, bukan tak sedap langsung dan boleh diterima dek tekak ni haaaa. Everything okay la. Worth to try and taste.







DETAILS DAPUR MOQ DAN BURGER MOK

Oleh itu, bagi mereka yang gemar mencari makanan macam ena ni, why not cuba try test rasa makanan kat sini pula. Berbaloi sangat. Kalau tekak tu rasa nak makan burger besar-besar, mai la datang sini. Berikut adalah link serta detail untuk you all direct contact dengan pihak mereka. Itu sahaja foodstory kali ni, selamat menjamu selera.



FACEBOOK:
Facebook.com/DAPURMOQ (Dapur Moq)


INSTAGRAM:




More Nyummy Here