Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, December 28, 2016

KERABU MEGI DI KUANTAN | PASAR MALAM UTC

KERABU MEGI DI KUANTAN | PASAR MALAM UTC | Untuk entri kali ni, ena nak share secara ringkas mengenai satu makanan yang ena foodhunting baru-baru ni. Makanan tersebut ena adalah Kerabu Megi. Mana lah tahu ada yang teringin nak makan Kerabu Megi ni, boleh la you all beli kat sini. Ena pun first time makan.




PLACE:
Gerai Resepi Kak Yah, Pasar Malam UTC Kuantan


MASA: 
Setiap hari Sabtu

HARGA:
 RM10


FEEDBACK DARIPADA ENA:

Sedap juga, masam-masam manis pedas. Boleh pilih nak letak apa. Ena pilih semua sayur dan lain-lain bahannya kecuali kaki ayam je tak letak sebab tak gemar kaki ayam. Dah la banyak dan sayur pun banyak. Ena suka sangat kalau ada banyak sayur ni. Nyummmm!. Boleh repeat lagi lepas ni. Ena baru pertama kali rasa Kerabu Megi. Next time, nak cuba try test kat tempat lain pula. 

Boleh pilih apa yang you all nak letak. Nak letak semua bahan pun boleh. Harga tetap sama.





Itu sahaja perkongsian foodhunting daripada ena. Tak rugi pun rasa benda ni sebab sedap. Apapun, selamat mencuba bagi yang hendak mencuba dan selamat menjamu selera.


More Nyummy Here

Tuesday, December 27, 2016

MUUKA MALAYSIA | WAJAH NAMPAK SIHAT BERSERI DENGAN DUA PRODUK SAHAJA



MUUKA MALAYSIA | WAJAH NAMPAK SIHAT BERSERI DENGAN DUA PRODUK SAHAJA | Penat dah beli macam-macam produk skincare? Kekadang satu set skincare tu berpuluh-puluh jenis pula nak dipakai sebagai pelengkap untuk kesihatan kulit. Kalau yang jenis boleh konsisten tiada masalah. Ni kekadang terlupa nak pakai, malas nak beli yang baru kalau dah habis. Memang susah la nak dapat effect yang memuaskan. Haaa! Siapa ada masalah macam ni? Yes, ena sendiri ada masalah seperti yang ena cakapkan di atas.

More Nyummy Here

Thursday, December 22, 2016

RESTORAN SELERA MY SETAPAK | SEDAPNYA CHEESE NAN KAT SINI


RESTORAN SELERA MY SETAPAK | SEDAPNYA CHEESE NAN KAT SINI | Siapa sini suka makan Cheese Nan? Siapa tengah mencari Cheese Nan terbaik di area Kuala Lumpur? Haa, entri kali ni ena nak share satu tempat yang menyediakan Cheese Nan yang terbaik bagi ena setakat ena foodhunting selama ni. 

Nama kedai tersebut adalah Restoran Selera MY (RSMY), Danau Kota Setapak. Partner foodhunter ena yang suggest untuk makan kat sini. Dia cakap ni tempat dia lepak dulu kala masa zaman dia stay kat kondominium yang berhadapan dengan bangunan restoran ni. Ena pernah makan cheese nan kat tempat lain, tapi Allah... ada yang keras, ada yang liat. Memang tak memuaskan hati ena. Satu-satunya tempat ena suka dulu ni iaitu Kapitan Penang. Tapi jauh sangat la pula. So, ena ambil kesempatan ni nak rasa cheese nan kat RSMY ni pula. Sungguh ke sedap? Jom baca kat sampai habis.



RESTORAN SELERA MY, DANAU KOTA, SETAPAK




Restoran Selera MY (RSMY) ini mempunyai 3 cawangan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Jalan Masjid India berhadapan dengan Menara City One, Jalan Medan Tuanku berhadapan dengan Maju Junction dan yang ketiga kat Danau Kota ni, betul-betul belakang Hospital Columbia.

RSMY ini menyedia makanan masakan ala-ala India dan Pakistan. So, kat sini you all boleh rasa pelbagai jenis roti nan yang ada. Ena pun baru tahu ada banyak lagi jenis roti nanti, bukan setakat Cheese Nan je. Kalau you all nak rasa masakan yang lain pun hado kat sini. Boleh pilih dengan berpandukan senarai menu yang disediakan.




Berikut adalah alamat RSMY kat Danau Kota. Ena pergi cawangan kat Danau Kota, so ena share RSMY kat sini jela ye. Kat cawangan lain, you all boleh Google. Mana tahu kawan-kawan blogger ena yang lain ada turut share pasal RSMY ni.


ALAMAT: 
Restoran RSMY Best Cheese Nan,
76, 70 Jalan Danau Niaga 1,
Crystal Ville
53300 Kuala Lumpur

MASA OPERASI:
Isnin - Jumaat ( 3pm-2am)
Sabtu -Ahad (12pm-2pm)




MENU YANG DIPILIH

Masa ni makan malam, oleh itu ena makan roti nan jela. Tak larat nak makan yang heavy sangat seperti nasi atau mee sebab nanti nak tidur dah, tak syok kalau perut over kenyang. Ahaks. Berikut adalah roti nan dengan side dishes yang ena dengan partner foodhunter, Yazid, pilih.

Yummy Garlic Cheese. Rotinya lembut, terasa cheesenya. Ena hantu cheese dan ena puas hati. Tak terlampau masin dan tak terlampau tawar.

Ayam Tandoori Peha. Pencicahnya sedap. Makan dengan Cheese Nan. Nyummm!

Beef Keema. Sedap sangat daging hancur ni. Walaupun harganya agak mahal, tapi banyak dan puas hati dengan kesedapannya.



FEEDBACK DARIPADA ENA

Pergghhh! Sedap sungguh cheese nan kat sini. Lembut, tak liat dan tak keras. Makan satu pun dah cukup puas bagi ena. Ena cicah dengan Beef Keema, lagi terangkat weh! Selalu cicah kuah dal je, bosan dah. Rupanya lagi sedap kalau makan dengan Beef Keema ni. 

Masa ena datang ni, memang ramai sungguh orang datang. Semua meja penuh. Ena ada juga baca beberapa review kata pelayan kat RSMY macam sombongla, pemalas la. Tapi masa ena datang ni, not bad layanan dorang. Lagipun kita faham, ramai orang kan. Mereka terkejar sana sini la nak layan tetamu. Hehehe.

Mengenai harga, bagi ena agak mahal juga tapi kesedapannya membuatkan ena tak kisah kalau bayar mahal macam mana pun. Dari segi kebersihan, ena tak boleh nak komen setakat ni sebab ena duduk meja luar. Tak perati betul-betul keadaan dalam kedai RSMY ni.



DETAILS RESTORAN SELERA MY 




Bagi yang nak lagi keyakinan pasal tempat ni, you all boleh terjah ke laman social rasmi mereka. Bawah ni ena share linknya, you all boleh terus klik sahaja. Terima kasih dan selamat menjamu selera.


FACEBOOK

INSTAGRAM

EMAIL



More Nyummy Here

Wednesday, December 21, 2016

SEOUL GARDEN HOTPOT | MAKANAN KOREA DI ECM KUANTAN


SEOUL GARDEN HOTPOT | MAKANAN KOREA DI ECM KUANTAN |  Baru-baru ni, tekak ena tetiba craving sangat sangat dengan masakan Korea. Terutama dishes Bibimbap Korea sebab banyak sayur-sayuran dan cendawan. I like!! Memang mencari juga kedai makan Korean Cuisine yang best-best kat Kuantan ni. Selalu pergi kat area KL je. Takkan semata-mata nak makan Korean Cuisine kena ke KL, jauh nau.

More Nyummy Here

Thursday, December 01, 2016

AMEENA KSK III | PENYEBAB LEBAM BAWAH MATA


AMEENA KSK III | PENYEBAB LEBAM BAWAH MATA | Siapa kat sini ada lingkaran hitam bawah mata atau selalu orang sebut lebam bawah mata? Rasanya ramai kan, terutama mereka yang pakai kaca mata macam ena ni. Tak kira laki atau perempuan, dedua akan mengalami hal yang sama. Kalau buka kaca mata, nampak la lebam-lebam tu. Bukan lebam kena tumbuk ke apa tau. Uhuks. Alamatnya, memang muka nampak tak bermaya la.
More Nyummy Here