Wednesday, July 27, 2016

IMAAN SUCI WIPES | TISU YANG BAGUS UNTUK BUANG MAKEUP


IMAAN SUCI WIPES | TISU YANG BAGUS UNTUK BUANG MAKEUP |  Siapa kat sini nak wipe tisu yang betul-betul dapat buang makeup? Ni ena nak share satu wipe tisu yang diberi nama Imaan Suci Wipe  ena baru sahaja menggunakannya tetapi dah berjaya menarik hati ena untuk menggunakannya. Sebab apa ena suka? Haaaaa, jom teruskan pembacaan you all ye.
More Nyummy Here

Wednesday, July 20, 2016

HAPPY FIRST BIRTHDAY ALTHEA | BARANGAN DARI KOREA


HAPPY FIRST BIRTHDAY ALTHEA | BARANGAN DARI KOREA | Weeehhuuu!!! Happy First Birthday untuk  Althea Korea pada hari ini iaitu 20/7/2016. Terima kasih #AltheaKorea atas pemberian barang conteng-conteng muka sebanyak RM150 kepada ena. First time hoiii dapat parcel serta hadiah jauhhh nunnn dari negara Korea. Sungguh weh! Alamat pengirim pada parcel memang daripada Korea. Excited! Dan again, terima kasih bebanyak.
More Nyummy Here

Thursday, July 14, 2016

KENANGAN KETIKA BERAYA | AIDILFITRI 2016


KENANGAN KETIKA BERAYA | AIDILFITRI 2016 | Setelah sebulan lebih ena bercuti, now dah start mem'busy'kan diri kat Kuantan ni. Mood beraya masih ada lagi, time bertugas kepala ni masih teringat-ingat kat rumah. Sedih. Hurmmm. Namun, Alhamdulillah la sebab raya pada tahun ni banyak memberikan kenangan yang indah pada diri ena. Dapat berpuasa sebulan di rumah parents ena dan macam-macam lagilah.
More Nyummy Here

Sunday, July 03, 2016

RAYA AIDILFITRI 2016 | BAGAIMANA PERSIAPAN YOU ALL?




RAYA AIDILFITRI 2016 | BAGAIMANA PERSIAPAN YOU ALL? |  Assalammualaikum you all. Lagi dua hari je lagi nak menyambat 1 Syawal dimana kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri 2016. Pejam celik pejam celik dah nak sebulan kita berpuasa. Serius, mula-mula dulu rasa lambat je lagi nak habis puasa. Ni dah sampau penghujung dah. Alhamdulillah dan sebak juga hati ni. Hurmmm.

So, bagaimana persiapan raya you all? Ke masih belum ada mood nak beraya? Ahaks. Ena mula-mula puasa dulu dah siap semuanya beli segala persiapan untuk raya seperti baju raya la, kasut raya, tudung raya la dan macam-macam lagi la. Ena memang macam ni, sentiasa bersemangat nak raya. Adakah itu boleh menandakan tahap kematangan seseorang itu? Tidak ye. Hehehe. Tahun ni ena bersemangat lebih sedikit nak raya sebab semua adik-beradik ena balik beraya kat sini. Tahun lepas pakat-pakat beraya kat belah mertua. Ni ikut turn la pula. Yeahhh. 


Gambar raya tahun lepas di Taiping, Perak. Rumah arwah wan dan tok wan


Ena sebagai anak bongsu dan masih belum berkahwin, so sebagai tanggungjawab ena adalah menolong parents mengemas rumah. Dari semalam lagi ena dah mula mengemas rumah untuk pecutan terakhir. Tudiaaaa!! Pecutan la sangat, Ahaks. I mean, kemas yang berat-berat seperti semalam, basuh tingkap secara berjemaah dan hari ni basuh kipas secara berjemaah. Esok dan lusa pula dah ada benda nak buat secara berjemaah lagi. 

Yeahh! Umur masih muda ni jangan malas-malas nak buat kerja. Gunalah tenaga muda yang ada pada tempat yang betul. You all pun sekarang mesti tengah busy buat persiapan nak raya kan. Ada yang sedang buat kuih raya, ada yang tengah on the way nak balik kampung dan ada yang tengah mencari baju raya. Apapun, semoga you all selamat sampai ke destinasi dan selesaikan apa yang patut untuk raya nanti. 




Ena ni pun dah mula busy dengan benda lain dan nak lari keluar dari dunia media social ni. Banyak lagi kerja kat dunia realiti. Hehehe. Itu sahaja daripada ena, Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada ena dan keluarga. Maaf zahir dan batin sekiranya kelakuan ena ada yang tak menyenangkan. Semoga raya kali ni memberi banyak kenangan manis kepada kita.




NAK TAHU UP-TO-DATE RAYA ENA? JOM FOLLOW



More Nyummy Here

Friday, July 01, 2016

JUADAH BERBUKA | RESEPI ROTI JOHN BUAT DI RUMAH



JUADAH BERBUKA | RESEPI ROTI JOHN BUAT DI RUMAH | Kali ni ena nak share resepi Roti John yang mudah dan boleh buat kat rumah. Resepi ni pun ena dapat daripada orang, tak ingat dah kat mana. Hahahaha. So, ena cuba try test buat, wow! Sedap jugaaaa. Sebab itulah ena nak share resepinya bagaimana.

Lepas ni ena buat je kat rumah Roti John, tak payah nak beli kat luar. Mungkin rupanya berlainan tapi b=puas hati. Janji menjadi rasanya. Lagipun kita nak letak daging atau segala isi roti john banyak mana pun boleh. First time percubaan, alamatnya memang rupa bentuknya agak tak menarik tapi Alhamdulillah rasa roti john ni menarik hati ena.



RESEPI ROTI JOHN



Untuk resepi ni, ena guna roti biasa je sebab ena lebih suka roti biasa ni berbanding roti hotdog tu. Kalau you all nak guna roti hotdog tu, tarak masalah. Okay moh la kita


Bahan-Bahan

- 2 biji Telur Ayam 
- 1/2 cawan susu segar Dutch Lady (Botol Tutup Hijau)
- Daging lembu / Ayam kisar Ramly
- 2 Keping Roti 
- 1/2 Bawang Holand ( Bawang besar warna putih, potong dadu)
- 1 bawang merah kecil & 3 bawang putih (Tumbuk sampai hancur)
- Butter / minyak masak biasa
- 1 sudu teh kari ayam / kari daging
- Secubit garam


Cara-Cara

**Pukul dua telur terlebih dahulu bersama dengan susu segar. Macam nak buat telur dadar tu tapi jangan letak garam. Dah siap, letak ketepi dahulu sebab telur dadar ni nak guna last nanti


1) Panaskan kuali dan minyak. Tumis bawang kecil dengan bawang putih yang sudah ditumbuk tadi.
2) Masukkan bawang holand yang dipotong dadu. Masak sampai dah naik bau.
3) Masukkan daging kisar dan gaulkan sekali dengan bahan ditumis tadi
4) Apabila daging dah nampak separa masak, letak secubit garam dan satu sudu teh kari.
5) Gaul kesemua sampai sebati.
6) Daging dah masak sepenuhnya, pelahankan sedikit api dan tuang telur dadar ke atas daging tadi.
7) Letak dua keping roti kat atas telur tadi. Letak semasa telur masih belum masak sepenuhnya.
8) Tunggu telur masak dan siap! 


Dah boleh hidang dengan apa sahaja yang you all nak. Nak letak mayonis ke, sos keju ke, cheesedale ke, kuah lada hitam ke, tomato ke, dan pelbagai lagi la. Ikut selera masing-masing.







Ena letak cendawan sedikit sebab ena suka cendawan.

Kuning-kuning tu disebabkan daripada serbuk kari


Kalau nak cantik ikut ukuran dengan betul. Ena main buat je. Tak kisah sangat rupa paras, janji sedap.


Itu sahaja daripada ena. Sekadar perkongsi resepi yang mudah-mudah yang ena reti buat. Nak advance tu kena rujuk pada resepi chef-chef seperti blog Chef Abang Brian. Selamat mencuba ye.


More Nyummy Here