Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, June 30, 2016

KAD RAYA AIDILFITRI 2016 | WAWA ASHIHARA


KAD RAYA AIDILFITRI 2016 | WAWA ASHIHARA | Haaa, ini pula kad raya ketiga yang ena terima daripada kawan-kawan blogger ena. Dapat pula dari kak blogger yang comel ni iaitu kak Wawa Ashihara. Auuuummm. Tak silap ena tahun lepas pun dia ada bagi kad raya ke ena. Tak ingat, nanti nak cek balik. Banyak sangat kawan blogger nama Wawa ni, confius melanda diri kekadang. Maaf ye kak, otak ena ni mudah lupa. Heeee.

Apapun, terima kasih kak Wawa yang comel sebab senyap-senyap bagi kad raya ke ena. Tengok-tengok dah sampai semalam. Emmm, ye dah tu, tahun sebelum ni dia pernah bagi kad raya ke ena. Kalau tak mana dia tahu alamat ena ye dok. Ahaks. Memula ena ingat kak Wawa ni bawah umur daripada ena tau. Rupanya setahun lebih tua. Serius, nampak muda sangat dia. Ishhh comel sangat kak Wawa ni macam orang Jepun. Terima kasih lagi sekali kak dan selamat hari raya. Maaf tak dapat nak membalas. Mampu buat review kat blog ena sebagai tanda terima kasih.





JOM FOLLOW KAK WAWA ASHIHARA


More Nyummy Here

Wednesday, June 29, 2016

KOLEKSI GAMBAR | MAKANAN DIPERBUAT DARIPADA KAYU


KOLEKSI GAMBAR | MAKANAN DIPERBUAT DARIPADA KAYU | Ena nak share pasal benda ni sebab teruja. Dari kayu, di olah, dilukis dan diwarna menjadi bahan makanan yang original. Perghh! Memang hebat pereka ni bermain dengan warna. Semua nampak macam real.

More Nyummy Here

KAD RAYA AIDILFITRI 2016 | AMANINA AHMAD


KAD RAYA AIDILFITRI 2016 | AMANINA AHMAD | Alhamdulillah, ini merupakan kad raya kedua daripada rakan-rakan blogger ena. Kali ni ena dapat kad raya daripada kak Amanina Ahmad atau ena panggil Kak Nina. Ena suka tengok kad rayanya, comel dan sweet warnanya. Ena tengok blog kak Nina ni pun kemas je. Mesti orangnya suka benda yang comel-comel, simple dan kemas.


Terima kasih banyak-banyak kak Nina sebab sudi bagi kat raya kepada ena. Terharu sangat ada kawan-kawan yang ingat nak bagi kad raya pada ena. Ena tahun ni tak buat kad raya sebab tak ada masa nak buat. Kepala otak ni banyak memikir benda lain sampai tak ada mood nak tempah kad raya. InshaAllah tahun depan ena buat dan ena tak akan lupa bagi mereka yang sentiasa ingat nak bagi ena kad raya ni.




JOM FOLLOW KAK AMANINA AHMAD
More Nyummy Here

Tuesday, June 28, 2016

KOLEKSI GAMBAR | SUSHI BERBENTUK DONUT


KOLEKSI GAMBAR | SUSHI BERBENTUK DONUT | Dengar kat Sushi berbentuk donut ni dah menjadi trend. Tapi trend kat negara mana tak tahu la ena, sebab tak pernah lagi jumpa kat Malaysia. Setakat yang ena pernah makan selama ni masih mengekalkan bentuk yang tradisional. Fyi, sushi ni merupakan salah satu makan favourite ena. Kalau pergi Aeon, selalu bungkus bawa balik. Ahaks.

More Nyummy Here

KOLEKSI GAMBAR | DALAMAN ROTI YANG COMEL


KOLEKSI GAMBAR | DALAMAN ROTI YANG COMEL | Kali ni ena rasa nak post je gambar makanan yang comel-comel sebab tengah bermalasan untuk mengupdate post. Mood raya mungkin. Boleh pula gittew. Okay, tadi skodeng punya skondeng terjumpa gambar-gambar macam menarik untuk ena share kan di sini iaitu dalam roti ada gambar yang comel-comel.

Roti ini dibuat oleh seorang tukang masak yang berasal daripada Jepun iaitu Konel Bread (Mengikut nama Instagramnya). Semua design-design tu diilhamkan daripada lukisan anak-anaknya dan juga kehidupan alam semula jadi disekelilingnya. Memang cantik dan hebat la si pembuat roti ni. Setiap slice tu membuatkan kita berselera nak makan. Kat Malaysia ada jual tak? 



DALAMAN ROTI YANG COMEL

So, jom tengok kesemua gambar ni. Ena ambil sedikit sahaja. Kalau nak tengok video atau gambar yang lebih lagi, boleh usya Instagram rasminya di SINI.











Photo daripada Konel Bread


More Nyummy Here

Sunday, June 26, 2016

RAYA GIVEAWAY | JUALAN RAYA MELETOP 2016



RAYA GIVEAWAY | JUALAN RAYA MELETOP 2016 | Terlebih dahulu, sila klik banner di atas ni ye. TQ. Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016 yang akan menjelma pada bulan July nanti. Oleh itu, sebuah online shopping yang sangat dikenali iaitu Nile.Com.My, sedang membuat satu Giveaway besar besaran kepada kita semua tau.

Giveaway ini akan tamat pada 30/6/2016 (Khamis) pada jam 11.59pm.  Selain itu, apa yang buat ena tertarik untuk join GA yang dianjurkan oleh Nile.Com.My adalah kita berpeluang untuk memenangi DUIT RAYA dari Nile.com.my. Hoihoiii! Bestnyaa kalau rezeki ada kat sini. 6 orang bakal pemenang nanti yang bakal membawa pulang hadiah sebanyak:-


RM 300 Duit Raya x 1 pemenang
RM 200 Duit Raya x 2 pemenang
RM 100 Duit Raya x 3 pemenang



Tambahan pula, you all boleh pilih 5 barangan Jualan Raya Meletop 2016 dari Nile yang you all suka. So, dibawah ni adalah barangan pilihan ena. Tadaaaa! Memang rugi tak join hohoiii!!!!



BARANGAN NILE.COM.MY PILIHAN HATI

Product3mm High Grade Yoga Mat
(JLM2016) Harga: RM11.90
Tarikh: 21/06/2016
Bermula:4.00pm
Tamat: Sampai habis stok
Kuantiti: 300 unit sahaja



ProductBlack and white Stripe V Shape Long Blouse
(JLM2016) Harga: RM11.50
Tarikh: 20/06/2016
Bermula: 3.00pm
Tamat: Sampai stok habis
Kuantiti: 140 unit sahaja



Product: Korean Style Long Blouse
(JLM2016) Harga: RM14.90
Tarikh: 23/06/2016
Bermula:2.00pm
Tamat: Sampai stok habis
Kuantiti: 400 unit sahaja



Product: Shinny Surface Woman Flats
(JLM2016) Harga: RM11.90
Tarikh: 29/06/2016
Bermula:11.00am
Tamat: Sampai stok habis
Kuantiti: 400 unit sahaja



ProductLuggage Organizer Bag(JLM2016) Harga: RM13.70
Tarikh: 16/06/2016
Bermula: 4.00pm
Tamat: Sampai stok habis
Kuantiti: 400 unit sahaja


Kyaaaaa! Ena suka semua barang yang ena pilih kat atas ni. Harga pun murah-murah. Perghhhh! Apapun, jom la join Giveaway ni. Semoga ada rezeki kat sini. Kepada yang berminat, boleh usya link-link dibawah ni ye. 




SYARAT-SYARAT

WEBSITE NILE.COM.MY

TAMAT
30/6/2016, 11.59pm






More Nyummy Here

Saturday, June 25, 2016

KOLEKSI GAMBAR | RAK BUKU SUPERHERO



KOLEKSI GAMBAR | RAK BUKU SUPERHERO | Huiyooo huiyooo! Tetiba nampak benda yang rare bagi ena ni. Ena memang suka superhero-superhero punya lambang ni. Ni ada pula rak buku yang diadaptasi dari lambang superhero. So, untuk entri harini sengaja nak share gambar-gambar yang ena jumpa tadi.

Kalau ena dah ada rumah sendiri nanti, ada rezeki nak buat rak macam ni. Acecece, dah berangan lebih ni. Ahaks. Tapi entah la, kot kot akan datang ada bentuk yang lebih rare dan lebih menarik. Who knows kan. Ena suka benda yang berbentuk rare-rare ni. Mudah jatuh hati. 

Okay jom tengok gambar yang lain. Rak ni direka bentuk oleh ahli seni daripada Turki, Burak Dogan.




RAK BUKU SUPERHERO








More Nyummy Here

Friday, June 24, 2016

SEGMEN BLOGLIST | AZHAFIZAH.COM JULAI & OGOS 2016

SEGMEN BLOGLIST | AZHAFIZAH.COM JULAI & OGOS 2016 | Bersiaran kembali untuk segmen rutin 2bulan sekali di blog Fiza. Kembali dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016. Ada yang tak sempat sertai bulan April yang lepas kan dan juga yang tak berpeluang masuk dalam bloglist blog Fiza. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.


Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 29 JUN 2016





Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 



  Terima kasih atas sokongan semua! 


More Nyummy Here

Thursday, June 23, 2016

KRIM UNTUK BUNUH JERAWAT | BENZAC AC

P/S: Krim ini untuk kegunaan luaran sahaja. Jangan suka suki nak makan noohhh. Dan ini juga bukan paid review ke apa. Ini perkongsian daripada ena. Ai is beli sendiri krim ni hokai.




KRIM UNTUK BUNUH JERAWAT | BENZAC AC | Kulit muka ena sejenis yang sangat sensitif dan senang nak naik jerawat. Kau khatamlah berapa jenis produk kecantikkan, sebulan dua je elok lepastu menjadi balik jerawatnya. Yang geram, akan tinggal berparut. Tu yang tak suka tu. Serius, bagi mereka yang dah lama kenal ena, mereka akan tahu muka ena ni berparut macam mana . Rimas okay.

Lepas cuba produk itu, cuba produk ini, result is zero juga. Last-last ena jumpa krim Benzac AC ni. Tapi sebelum tu, ena makan ubat antibiotik la, Doximycin, kasi bunuh kuman yang menyebabkan jerawat ni tumbuh. Ambil kat klinik UIAM jee, so free of charge sebagai student UIAM. Resultnya, alhamdulillah dah mula passive jerawat ni. Tapi takkan seumur hidup nak makan antibiotik, so ena stop makan.



Ena kenal krim bunuh jerawat ni daripada roomate ena. Nak cerita sedikit la macam mana ena tetiba yakin nak guna krim ni. Masa kami habis posting di Hospital Temerloh, tiba-tiba muka roomate ena ni dari muka yang flawless terus jadi teruk yang amat sangat dek jerawat. Berjangkit dengan kuman kat hospital gamaknya. Bukan roomate ena je, kawan-kawan yang lain pun kena. Ena ni usah cakap la, memang teruk nak mati la muka. Ooohhh stress! Roomate ena pergilah buat appointment dengan doktor pakar kulit UIAM, dan doktor tu bagi krim Benzac AC ni kepada dia. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan guna, muka dia dari teruk berjerawat dan now terus jadi okay balik. Jerawat yang bernanah tu semua sudah menjadi kering. So, ena pun jadi 'wow' dan terus pergi beli krim ni kat farmasi sebab malas nak jumpa doktor pakar. Ekekekeke



KRIM BENZAC AC 5%

Tapi bukan senang nak jumpa krim Benzac Ac ni, kena pergi farmasi yang besar-besar. Ena beli ni pun kat Kuala Lumpur, farmasi yang ada kat dalam mall tu. Kat Watson pun susah nak jumpa, kena pergi Watson cawangan yang besar-besar. Haaa semua nak besar-besar ehhh. Ahaks


Krim Benzac Ac ni sejenis krim yang menghakis sebab tu hanya digunakan untuk luaran sahaja. Selain itu, Benzac AC ni ada 3 jenis mengikut percent seperti yang ena tunjuk diatas. So ada cara-cara dan protokol yang kena ikut. Kalau tak, krim ni sendiri yang akan membuat jerawat tu beranak-pinak macam terjadi kat kawan ena yang lain. Salah guna, habis naik jerawat sana sini. Namun, alhamdulillah, ena amalkan cara yang dinasihatkan, memang nampak perubahan pada kulit muka ena. Kawan-kawan ena pun kata kulit muka ena dah tak serabut macam dulu. Ahaks. 



CARA NAK MENGGUNAKAN BENZAC AC

Ena guna Benzac AC 5% sebab tak kuat sangat dan bersesuai dengan keadaan kulit ena. Krim ni kena apply 2 kali sehari, tapi ena buat sekali sehari je. Okay berikut adalah cara-cara nak guna




Protokol Kena Patuh
1) Lepas cuci muka, ambil sedikit krim Benzac AC ni dan apply pada muka senipis-nipisnya. Jangan tempek tebal-tebal. Krim ni menghakis, kalau kulit terhakis teruk akan jadi luka dan luka tu adalah salah satu sebab jerawat boleh naik.

2) Masa nak sapu pun ada cara, jangan sapu kasar-kasar. Lembut-lembut je. Dan disarankan sapu disekitar kawasan yang mudah naik jerawat atau yang dah naik jerawat

3) Lepas dah habis pakai (Bila nak pakai, you all boleh rujuk kat bawah), basuh muka dengan air dan jangan kasar-kasar

4) Nak keringkan muka lepas basuh pun jangan tonyok kuat-kuat tuala tu kat muka. Gentle je demi mengelakan kulit muka terluka



Masa Nak Sapu
1) Bagi yang baru sahaja pakai, guna krim ni 2 jam sehari pada waktu siang selama seminggu bagi kulit kita bersesuaian dengan krim ni

2) Lepas seminggu, kalau ada sebarang tindak balas yang negative sila apply krim pada bahagian yang berjerawat sahaja. Kalau makin teruk, sila stop.

3) Kalau okay, boleh dah pakai krim ni masa nak tidur.




Semua ni nasihat daripada doktor pakar kulit yang ena cakap tadi. Dan juga salah seorang lecturer ena yang merupakan salah seorang pengguna Benzac AC ni. Kulit muka lecturer ena ni usah cakap la, berkilat licin licau. Dia dah lama guna Krim ni, so memang patut la kulit mukanya macam tu.

You all boleh juga rujuk video kat sini. Dia guna yang Benzac AC yang 2.5%.





KOMPLIKASI YANG ENA DAPAT

Untuk permulaan ena pakai memang ada komplikasi atau kesan sampingan sedikit pada kulit. Sekarang Alhamdulillah la dah okay. Antara komplikasi yang ena dapat seperti:-

1) Kulit jadi kering
2) Jerawat pasir naik sebab tak apply krim ni dengan cara yang betul. Main tonyoh je
3) Kulit muka kemerahan sebab terletak krim ni banyak sangat
4) Muka jadi pedih sebab letak krim tebal sangat


Inilah muka sememeh ena. Yang putih-putih tu bila krim bunuh jerawat ni dah mengering kat muka.


Sekarang kulit ena dah serasi dan dah pakai krim ni nak dekat 4 bulan. Jerawat yang mana baru nak naik tu, ena tepek krim ni dan dalam dua tiga hari dah hilang. Parut pun sekejap je ada, tak macam sebelum ni berbulan-bulan baru nak hilang.

Selain itu, kulit muka ena disupport oleh skincare yang ena guna sekarang sebagai "royal user". Dah setahun ena pakai skincare ni dan produknya adalah Clinelle. Satu-satunya produk skincare yang berjaya mengubat kulit muka ena yang degil nak mati ni. Well, harga satu set ni pun melayang RM300 juga. Itu belum campur krim malam apa semua lagi. Huarrrggghhhh! Tapi tak kisah pun demi nak manjakan muka.




Itu sahaja perkongsian daripada ena sebab ada segelintir tanya muka ena dah semakin elok, apa ena buat dan apa ena guna. Dan inilah ena amalkan. Iktiar habis-habisan wehh! Yang pasti jaga pemakanan dan banyak minum air. Kena ubah lifestyle sedikit seperti dari malas nak workout jadi rajin nak bersenam. Sesiapa ada kulit muka degil macam ena ni, kena rajin, kuat dan sabar nak jaga muka. Kalau jenis tak kisah muka tu teruk berjerawat, terpulang la pada masing-masing.

Selamat berjaya




More Nyummy Here

Wednesday, June 22, 2016

JUADAH BERBUKA | RESEPI BENDI GORENG UDANG KERING


JUADAH BERBUKA | RESEPI BENDI GORENG UDANG KERING | Siapa kat sini suka bendi?? Kalau suka, kita geng. Yeahhh! Ena suka yang teramat sangat kalau bab bendi-bendi ni. Masa kecil-kecil dulu anti hiler dengan bendi ni. Tapi bila sekali dah cuba, perrrgghhh melekat sampai sekarang. Pantang nampak bendi mesti selera membuak-buak. Hehehe.

Okay, ena nak share satu resepi bendi goreng udang kering. Ini pun salah satu resepi yang my mom buat dan ena follow je. Ena follow sebab hasilnya sedap. Kalau buat bendi goreng ni, tak payah ada lauk lain pun dah tak mengapa bagi ena. Bertambah-tambah nasi beb! 


RESEPI BENDI GORENG UDANG KERING




Bahan-Bahan
-Tumbuk cili merah bersama bawang besar dan bawang putih. (Lebihkan bawang putih)
-Tumbuk udang kering (Ena suka letak banyak-banyak)
- Minyak zaitun / minyak biasa 
- Bendi (Ikutlah banyak mana nak)
- Sos tiram
- Kicap manis
- Garam

Cara-Cara
1) Masukkan sedikit minyak dalam fried-pan yang telah dipanaskan. Api sedang-sedang besar
2) Tumis cili merah, bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk hancur
3) Bila naik bau, masukkan udang kering yang telah ditumbuk separa hancur.
4) Gaul untuk kasi sebati
5) Baru boleh masukkan bendi. Gaul sekali lagi dan biarkan bendi tersebut masak. 
6) Bendi dah nampak lebih lembik dari sebelumnya, taburlah kicap manis dan sos tiram mengikut kuantiti bendi yang you all letak
7) Tabur secubit garam dan biarkan segala rasa-rasa tu dah meresap dalam bendi.
8) Siap


Gitulah resepi campak-campak ena untuk bendi goreng udang kering. Senang je, tak ambil masa yang lama sangat. So, lagi setengah jam nak berbuka dah boleh siap sedia nak masak. Semoga berjaya. 


More Nyummy Here

JUADAH BERBUKA | RESEPI TELUR MUTIARA CARA ENA



JUADAH BERBUKA | RESEPI TELUR MUTIARA CARA ENA | Hari ni ena nak share resepi telur mutiara atau telur bungkus atau telur gulung dan macam macam lagi nama telur ni dipanggil oleh orang lain. Tapi ena panggil telur mutiara sebab my mom yang beri nama. My mom yang turunkan resepi ni kepada ena, well my mom the best chef for me. I love you mom.


Okay hari ni na nak share sedikit resepinya. Ena buat telur mutiara ni masa berbuka semalam dengan tunjuk ajar oleh my mom. Dah lama teringin nak makan telur mutiara ni, semalam alhamdulillah dapat juga buat. Memandangkan dah tak tahu nak masak apa yang berselera ditekak, so kita layan ni ye. Hehehe. Okay lets go!



RESEPI TELUR MUTIARA

Resepi ni adalah cara ena, dan ketika memasak ni ena masih belajar macam-macam benda. So, kalau rasa perlu ditambah baik lagi, sila suggest kat ruang komen. Sama-sama kita kongsi ilmu ketika bulan puasa ni. 





Bahan-Bahan
-Tumbuk bawang merah kecil & Bawang putih (Untuk tumis. Kalau suka bawang banyak, letak banyak)
- Minyak zaiton / minyak biasa / mentega
- 1/2 daging lembu /ayam kisar jenama Ramly (Nak buat lebih pun tarak masalah)
- 1 biji lobak merah potong dadu (Ikut minat, kalau suka letak lebih)
- 1 bawang besar Holand potong dadu (Bawang besar yang warna kuning tu) 
- Bunga kobis (Ikut kesesuaian kuanti daging, banyak sangat pula tak sedap)
- Cendawan butang potong dadu
- Daun sup potong halus-halus
- 1 tbs cili kering kisar
- 3 tbs Kicap manis (Ikut kuantiti)
- 2 tbs sos tiram 
- Garam 
- 4 atau 2 biji telur ayam



Cara-Cara

Inti Telur Mutiara
1) Masukkan minyak zaitun / minyak biasa / mentega dalam kuantiti yang sedikit agak-agak dalam 3 sudu makan
2) Tumis bawang-bawang yang ditumbuk dengan cili kering kisar sampai keluar bau
3) Masukkan daging hancur sebab nak air daging tu keluar
4) Tabur secubit garam. Jangan letak banyak-banyak, secubit dah sebab nak letak sos tiram nanti
5) Nampak macam daging dah separuh masak, masukkan bawang holand yang dipotong dadu. 
6) Dalam 3 minit, masukkan lobak merah, cendawan butang dan bunga kobis
7) Baru letak sos tiram, kicap manis. Ikutlah banyak mana, tapi jangan letak terlampau banyak-banyak.
8) Masak sehingga nampak separa kering atau dah sebati semuanya, baru masuk daun sup.
9) Gaul-gaul sampai daun sup nampak dah masak. 
10) Siap


Goreng telur dadar
1) Pukul satu gulung dalam 2 atau empat telur. Macam nak buat telur dada. 
2) Letak secubit garam dan terus pukul sampai keluar sedikit buih
3) Panaskan Fried-Pan, letak sedikit mentega. Api jangan terlampau kuat.
4) Tuang telur yang dipukul tadi nipis-nipis dalam fried-pan. Pandai-pandai adjust fried-pan macam mana nak kasi nampak bulat dan nipis.
5) Tak payah terbalik-terbalikkan telur. Kalau nipis telurnya, kita biarkan sebelah sahaja yang menghala ke body fried-pan tu dah memadai.
6) Siap


Telur Mutiara
Lepas dah siap semua, balutlah inti yang dimasak tadi dengan telur. Dah boleh makan dengan nasi panas-panas.




Itu sahaja ena nak kongsikan resepi cara ena. Walaupun plating tak lawa tapi rasa telur ni wallaweeehhh! Layan habis laaaa. Resepi telur ni tak ada protokol sangat, kita ikut la nak letak banyak mana yang bersesuai dengan kuantiti. Ena masak ni pun kena pandai-pandai agak sebab yela time puasa macam mana nak rasa. So, kalau dah tahu bagaimana rasa segala bahan yang digunakan, inshaAllah you all dah boleh agak nak letak banyak mana.

Selamat mencuba! Nanti sharelah resepi masing-masing. Petang ni ena nak cuba ayam serai ala thai resepi kak blogger Azhafizah pula. We will see menjadi ke tak. 


More Nyummy Here

Tuesday, June 21, 2016

KAD RAYA AIDILFITRI 2016 | SHIDA RADZUAN


KAD RAYA AIDILFITRI 2016 | SHIDA RADZUAN | Alhamdulillah, ini merupakan kad raya yang pertama ena dapat daripada kawan blogger ena yang lebih dikenali sebagai kak Shida Radzuan. Ena dengan kak Shida ni dah lama kenal dalam dunia blogger ni. Sejak ena awal-awal kenal apa itu blogger tu semua. Masa hari jadi ena dulu ni pun, kak Shida ni pernah hadiahkan ena sehelai tudung dan ena masih simpan tudung bawal tu. 

Haaa! Kalau you all nak print kad raya ke, bisnes kad ke, you all boleh contact kak Shida ni. Dia menyediakan perkhidmatan sedemikian. Harga dah la murah malah kualitinya pun bagus sebab ena dah dua tahun print kad raya dengan kak Shida ni. Terbaikk! Apapun, terima kasih banyak-banyak kak Shida Radzuan sebab tak pernah lupa nak bagi kad raya kepada ena. I love you soo much!



JOM FOLLOW KAK SHIDA RADZUAN



More Nyummy Here

KHASIAT TERSENDIRI SENGKUANG CINA | WATER CHESTNUT


KHASIAT TERSENDIRI SENGKUANG CINA | WATER CHESTNUT | Sengkuang Cina adalah sejenis ubi yang hidup di paya dan juga makanan ruji dalam masakan orang Cina. Sebab itu kot dipanggil sengkuang cina. Selalunya sengkuang cina ni orang buat dalam masakan tapi ena lebih suka makan macam tu je. Sejak ena kecil lagi, sengkuang cina ni merupakan snack kegemaran ena. Cuma jarang beli sebab susah nak jumpa dah sekarang. Harga pun dah makin mahal.

Dulu ena beli selonggok dan banyak juga kuantitinya, dalam harga RM5 je. Sekarang dah naik sampai RM10. Mungkin sebab susah dah nak jumpa atau susah nak tanam. Entahlah. Tapi ena kalau jumpa, memang pejam jee mata dan beli. Kegemarannn hokaii!


KHASIAT SENGKUANG CINA


Mungkin ramai yang tak kenali sengkuang ni. Ada segelintir kawan-kawan ena ingat bawang sebab kalau sekali imbas nampak macam bawang. Saiznya pun lebih kurang bawang. Dan sengkuang cina ini juga mengandungi khasiat yang tersendiri yang ena sendiri pun tak ketahui.

Berikut adalah khasiat tersendiri sengkuang cina yang ena tahu.

1) Penawar bronchitis ( Lebih kurang penawar batuk)
2) Menurunkan tekanan darah tinggi
3) Dapat meredakan selesama dan demam
4) Elok dimakan oleh ibu yang hamil demi mengelakkan anak dapat kuning teruk (Jaundice)
5) Mengandungi vitamin C yang tinggi 
6) Mempunyai anti-radang yang kuat 




Masa beli sengkuang cina ni pun ada seorang berbangsa Cina ni cakap, "Manyak bagus ini ubi". Tak sangka sengkuang yang ena ngap dari kecil ni mempunyai banyak kelebihan. Patutlah mahal. So, tak adalah rasa membazir sangat. You all boleh dapatkannya di pasar atau mall-mall yang berdekatan. Macam ena tulis kat atas, sengkuang cina ni susah nak jumpa sekarang. So, selamat berjaya. 

Siapa pernah makan? Sila angkat kaki. Ahaks. Itu sahaja perkongsian ena Subuh ni.

More Nyummy Here

Thursday, June 16, 2016

RINDU SUASANA BERBUKA DAN BERSAHUR | #INDAHNYARAMADAN


RINDU SUASANA BERBUKA DAN BERSAHUR | #INDAHNYARAMADAN | Marhaban Ya Ramadhan! Marhaban Ya Ramadhan! Ramadhan Tiba! Ohhh myyy!!! Tak tahu nak gambarkan perasaan ena ni bagaimana setiap kali menjelang bulan yang mulia ni. Semenjak 3 tahun yang lepas lagi, ena macam ni tau. Baru terasa akan kegembiraan yang sebenar apabila menyambut bulan Ramadhan. Mungkin sebab sejak puasa pada tiga tahun yang lepas, my life and my happiness bertukar 360 darjah hingga sekarang. I love my life now, bersyukur sangat-sangat. Sebab itu ena rasa seronok setiap kali nak berpuasa dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah!

Okay bila puasa je, mesti teringat-ingat suasana berbuka puasa di rumah bersama-sama dengan keluarga yang tersayang. Mana yang sedang merantau tu, mesti meriah pergi berbuka atau bersahur dengan rakan-rakan seperjuangan. Itulah yang ena rasai selama ni, kawan-kawanlah penceria ena ketika berbuka puasa. Petang-petang je start enjin kereta dan serbu bazaar Ramadhan yang berdekatan. Berhimpit-himpit cari makanan untuk berbuka dan tapau sekali untuk sahur. Beli macam nak makan 10  orang, last-last tak habis. Kah! Entah la, memang ena rindu sangat perasaan waktu berpuasa. Sebak pun ada, seronok pun dan tak sabar nak raya pun ada. Oopppsss. Ahaks.



AKTIVITI ENA KETIKA RAMADHAN 2016




Sudah sekian lama ena tak berpuasa kat rumah. Dapat balik pun lagi tiga empat hari lagi nak raya. Sedih tau, hurmm. Pada tahun ni Alhamdulillah, seronok tak terkata. Disebabkan cuti yang lama, ena berpeluang untuk berpuasa selama sebulan di rumah bersama mak dan ayah ena. Suasana Ramadhan yang paling indah dan paling menggembirakan hati ena apabila dapat puasa sepenuhnya dengan keluarga tersayang. Yela, sahur bersama, berbuka bersama dan solat tarawih bersama. Oh my!! You feel me right? 




Okaylah, sebagai #IAFoodhunter dan blogger makanan, ini masanya ena nak pergi ber”foodhunting”. Masa bulan Ramadhan ni la rasa excited nak share makanan-makanan yang best untuk berbuka dan juga untuk bersahur. Tambahan pula tengah cuti, nafsu memburu makanan semakin bercanak-canak la. Yeahh! Mahu release tension maaaaa.

Kali ni ena nak share satu menu yang menarik untuk berbuka dan sahur daripada McD. Masa ini ena di diluar kawasan sebab nak pergi shopping di suatu tempat ni. So tak tahu nak makan kat mana dah, nak pergi bazar dah tak larat. Ena serbu ke McD, tengok macam best jeee menu untuk Ramadhan. Harga pun not bad.


Memori terindah berbuka puasa bersama kawan-kawan pada tahun yang lepas




MENU YANG DIPILIH

Memula ingat nak makan burger McD yang ena dah biasa makan selama ni. Masa ena mai, eh ehhh ada menu baru laaa. Menu special untuk berbuka sepanjang bulan puasa ni. So, ena pilih dua-dua iaitu Foldover Mashwi Daging dan Foldover Lazeez Chicken. Satu untuk ena, satu untuk partner foodhunter ena. Tengok macam menarik dan mengenyangkan, sebab tu pilih menu Selera Ramadan McD ni.


Foldover Lazeez Chicken






Foldover Mashwi Daging







FEEDBACK DARIPADA ENA

Bagi ena, yang specialnya roti Arab tu. Lembut je, tak terlampau nipis dan tak terlampau tebal. Sedang elok nak berbuka puasa dengan menu McD yang ni. Dalamnya Foldover Lazeez dihidangkan bersama 2 kepingan ayam gril, salad segar dan sos bawang putih. Manakala Foldover Mashwi disajikan dengan daging digril empuk, salad segar yang disempurnakan dengan sos pedas unik. Mantapppp!

Harga pun tak terlampau mahal dan tak terlampau murah. Boleh la bagi mereka yang sedang merantau atau sedang mencari kedai makan untuk berbuka, untuk cuba try test menu Selera Ramadan dua jenis ni. You all boleh dapatkannya di McD yang berdekatan dengan rumah you all. 





WEBSITE:

FACEBOOK:




More Nyummy Here