Monday, May 23, 2016

CARA NAK KURANGKAN NAMPAK KUNING | EFFECT CHROME IPHONE



CARA NAK KURANGKAN NAMPAK KUNING | EFFECT CHROME IPHONE | Kali ini ena nak share serba sedikit yang ena tahu pasal edit mengedit ni. Ramai juga pengguna iphone yang mana selalu snap gambar guna effect Chrome, tanya pada ena macam mana nak hilangkan warna kuning bila guna Chrome. Mana yang guna iphone tahulah kot apa yang dimaksudkan kuning tu. 

Rasanya smartphone yang lain pun dah mula ada effect Chrome ni kalau tak silap ena. So, boleh la cuba try test cara ena ni. Namun, kadang kala warna kuning tu susah juga nak hilangkan. Kalau dapat hilangkan pun, gambar jadi warna pudar. So, kena pandailah nak main-main dengan edit bahagian yang lain. Ena selalu edit benda tu dekat Adobe Photo kat laptop je. Tapi kali ni tak payah nak susah-susah nak transfer gambar bagai apa semua. Semua guna aplikasi pada smartphone sahaja.


LANGKAH-LANGKAH KURANGKAN KUNING

Okay, salah satu applikasi edit gambar yang selalu ena guna adalah PS Express. Ena suka edit gambar kat sini sebab senang dan ringkas. Kepada yang nak cuba, boleh cuba try test install aplikasi ni, Android dan iOS boleh guna. Memandangkan ena guna iOS, so ena tunjuk untuk penggunaan iphone atau sekeluarga dengannya.


1) Install PS Express







2) Pilih gambar you all kat gallery photo masing-masing






3) Lepas tu klik kat bahagian yang ena bulatkan kat bawah ni






4) Slide dan Pilih part "Temperature"






5) Adjust la dengan menurunkan kadar temperature yang you all nak 






6) Siap!




Kalau nak terus guna applikasi dalam Instagram pun boleh. You all boleh adjust kat bahagian 'Warm' seperti ena tunjuk kat bawah ni. Adjustlah sampai mana yang you all rasa sesuai dan cantik. 







So, warna terover kuning effect daripada menggunakan Chrome tu boleh dikurangkan. Tapi ena ada juga adjust bahagian lain lepas kurangkan warna kuning tu seperti shadow, vibrance, tint dan sebagainya sampai lebih menarik bagi ena. 

Itu sahaja daripada ena, selamat mencuba.




PS Express iOS


PS Express Android




More Nyummy Here

Sunday, May 22, 2016

MAKANAN DILETAK ATAS MEJA SAHAJA | ABOH BURN CORNER


MAKANAN DILETAK ATAS MEJA SAHAJA | ABOH BURN CORNER | Hoohh! Apemende lak makanan diletak atas maja sahaja ni?? Actually ena nak describe cara hidangan di sebuah kedai makan yang ena foodhunting baru-baru ni. Kedainya terletak di Kuantan ni haaa. So dekat dengan tempat ena stay sekarang.

Haaa! About Kuantan, ramai orang ingat ena orang Kuantan kan kan. Sebenarnya ena hanya study kat sini iaitu UIAM Kuantan. Ena pengembara je dan dah berapa tahun ena menetap kat Kuantan. So, serba sedikit ena tahu selok belok yang ada kat Kuantan ni haa. Sambil belajar tu, ena keluar juga pergi foodhunting kat area Kuantan ni demi menghilangkan tekanan belajar. Ena dah tekad, sebelum habis belajar ena akan memburu kedai makan yang jadi buah mulut penduduk di sini dan akan kongsikan kepada you all. Itu sahaja mukadimah untuk entri ini.


ABOH BURN CORNER KUANTAN



Main panjang mukadimah ena tapi tak perkenalkan pun nama kedainya. Tapi baca tajuk dah tahu kan kann apa nama kedainya. Okay, tak mengapa, ena perkenalkan lagi sekali. Kedai yang dimaksudkan adalah Aboh Burn Corner. Yang special kat kedai makan ni seperti yang ena cakapkan tadi la, makanan yang dihidang ala-ala 'Shellout' gittew. Tersusun atas meja tanpa mangkuk atau pinggan hidangan. Cuma yang kat sini bukanlah seafood tapi landfood. Ahaks. Maksudnya macam ayam, daging, kentang dan lain-lain lagi.

Aboh Burn Corner ini terletak di area Kuantan dan dimiliki oleh orang Melayu. Makanan kat sini dijamin halal untuk kita makan. Masa ena nak mari kat sini pun, ena guna Google Map. Bersyukur sangat zaman sekarang ni ada Waze serta Google Map. Tapi kadang kala tu boleh jadi sesat juga. Ahaks. Okay, bagi mereka yang nak ke sini juga boleh guna Waze / Google Map dengan search "Aboh Burn Corner" atau search alamatnya. 


ALAMAT:
Berdekatan Dewan Serbaguna KRT
Lorong Bukit Setongkol 31,
Taman Cenderawasih Indah
25200 Kuantan,
Pahang

MASA OPERASI:
Isnin - Sabtu
6pm - 11.30pm

Tutup: Ahad



MENU YANG DIPILIH


Menu yang ena dan kawan-kawan ena pilih kali ini adalah Aboh Burn Western Makan Sepoh (ABWMS) dimana makananya disusun atas meja dengan dilapik dengan plastik yang bersih. Menu yang ini you all kena tempah dan bayar deposit sehari sebelum nak makan. Kalau nak makan ala carte yang lain, you all boleh datang terus ke sini.

Apa yang ada dalam ABWMS? Haaaa meh tengok kat bawah ni.

Ayam Celup Tepung.

Ayam Halia

Buah Epal dengan Mayonise

Mushroom Soup

Hotdog Grill

Fries Dengan Cheezy

Kambing Grill

Giant Homemade Burger (Ayam)

Beef Grill

Nasi Untuk 4 orang. Termasuk dalam set ABWMS

Garlic Bread

Giant Homemad Burger (Daging Lembu)


FEEDBACK DARIPADA ENA

Alhamdulillah, dengan harga set ABWMS hanya RM70 untuk 4 orang makan memang berbaloi sangat. Masa ni ena pergi berlima, so kena tambah satu lagi nasi. Selain itu, harga air lain dan kami minta dua jug besar jus buah-buahan. Satu jug ni berharga RM5. Total kesemuanya adalah RM82 dan dibahagikan kepada 5 orang, berapa je seorang kena bayar. Bagi ena, berbaloi dan murah

Rasa kesemua makanan ABWMS bagi ena ada yang tak berapa aummm dan ada yang auummmm. Tapi disebabkan sos black peppernya yang sedap, makan yang tak berapa aummm tu jadi sedap bila bergabung dengan sos tersebut. Ena paling suka Beef grillnya, memang aummm lah. Apapun, kalau makanan ni semua boleh dihidang dalam keadaan yang masih panas, mesti lagi laaaayyyaaannn.

Yeahh! Makan 5 orang pun masih tak dapat nak habiskan semuanya. Memang berbaloi sangat dan lagi berbaloi kalau bawa family tersayang makan kat sini. Even rupa kedainya biasa sahaja, tapi not bad la. Mungkin Aboh Burn Corner ni baru sahaja dibuka. Ena pun tahu kedai makan ni daripada mulut kawan-kawan ena juga. Yeahhh.



DETAILS ABOH BURN CORNER KUANTAN

Itu sahaja perkongsian daripada ena. Haaa! Ena nak tekankan lagi sekali, kalau nak macam macam ena pilih ni sila BOOKING terlebih dahulu. Di bawah ni ena sharekan nombor telefon yang menguruskan bahagian booking. Atau you all boleh terjah Facebook rasminya. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.





FACEBOOK

NOMBOR BOOKING
011 1077 7675 ( WhatsApp / SMS)




More Nyummy Here

Thursday, May 19, 2016

SARDIN TC BOY | PENYELAMAT PERUT PELAJAR




SARDIN TC BOY | PENYELAMAT PERUT PELAJAR | Cewahhh! Ayat 'penyelamat' tu tak boleh bla. Tapi bagi seorang pelajar macam ena ni, se tin sardin ni memang penyelamat perut kami yang sedang kelaparan. Tambahan pula, bagi yang stay kat hostel, mana ada peti ais. So, ada sardin dan ada periuk nasi, memang dah heaven bagi kami.

Baru-baru ni ena dapat satu tin sardin dari syarikat TC Boy. Sepanjang hidup ena, selalu makan sardin tin yang jenama selain yang ini. Kiranya, ini merupakan pertama kali ena makan sardin TC Boy. Nak tahu juga kesedapan sardin jenama TC Boy ni tarap mana, sampai ramai juga bagi komen mengatakan bahawa sardin jenama yang ni lebih sedap daripada yang lain. Mujur la baru-baru ni, kawan sekulliyyah ena tengah mencari sardin untuk mengisi perut dia. So, ena bagi la kat dia suruh masak. Ena nak juga kongsi rasa sardin ni dengan dia. Alang-alang tu, boleh buat review sekali. Ahaks.


RESEPI SARDIN TC BOY



Resepi? Ahaks, rasanya tak layak kot panggil resepi sebab kami just masak sardin yang teramat simple dan mudah dan cepat. Sebab bilik kami bukannya ada dapur. So memang hidup sebagai pelajar ni memang kena kreatif sedikit untuk survivekan diri. Tsktsktsk. So, berikut adalah resepinyaaaaa..


Bahan-bahan

1) Satu Tin Sardin TC Boy
2) Secubit garam
3) 1/2 cup air kosong
4) Cili Padi
5) Periuk nasi


Cara-Cara

Humban je semua bahan dalam periuk nasi. Periuk nasi pengganti kuali kami. Yeahhh! Masak hingga mendidih. Lepas tu makan la dengan nasi putih panas-panas. Kalau ada kicap, boleh tambah kicap. Kalau ada bawang, boleh juga letak. Masa ni kami letak bahan apa yang ada sahaja masa ni.



FEEDBACK DARIPADA ENA

Taaadddaaaa! Siap dah makan malam penyelamat perut kami yang seharian tak hadap nasi ni. Hadap buku nota je. Almaklumlah tengah study week. Ahaks. Apapun, makan sardin ni time ia panas-panas baru syioookkk!




Komen ena tentang sardin ni, sedap. Kuantiti ikan dalam satu tin ni pun banyak, memang makan berjemaahlah kami. Kawan-kawan ena pun cakap sedap sardin ni, cuma kalau letak cili padi lebih sedikit masa ni mesti lagi auuummmm rasanya. Ena yang tak berapa minat sardin ni pun, rasa perrrrghhhh! Rugi tak tambah lagi nasi haritu. Harharhar.

Sebenarnya, boleh buat menu lain dengan Sardin TC Boy ni seperti laksam dan sardin roll. Cuma kami tiada bahan yang cukup dan malas nak masak yang remeh temeh. Kat ena ada lagi bertin-tin Tuna TC Boy. Nanti ena cuba try test masak yang ni pula. Rasa nak buat Tuna Roll atau cucur tuna TC Boy. Nanti ena share resepi dengan you all.

Itu sahaja daripada ena, lepas ni boleh pilih jenama ni. Mantaaapppp!




WEBSITE:

FACEBOOK:



More Nyummy Here

Wednesday, May 18, 2016

PERTAMA KALI MERASI ROTI PURI | KG TIRAM KUANTAN


PERTAMA KALI MERASAI ROTI PURI | KG TIRAM KUANTAN | Haaa! Siapa kat sini pernah makan roti puri? Sepanjang hidup ena 24 tahun ni, Sabtu hari tu buat pertama kali ena baru tahu akan kewujudan roti puri ni. Ahaks. Ini pun ada kawan ena yang nak belanja ena dan rakan yang lain untuk merasai amende puri berpuri puri ni. Kalau tak, memang tak tahu langsung la.

Ena memula fikir roti puri ni macam roti canai dan ada letak inti yang special ke, atau macam tosei ke. Bila dah tiba kat tempat kejadian, order roti puri ni dan dapat makan roti puri ni, bukan la seperti yang ena bayangkan. Baru tahu rupanyan ada lagi roti makanan India yang belum ena terjah lagi. Teruja pun ada memula tengok roti yang ini, selalu makan roti canai, tosei, capati, roti nan dan lain-lain lagi. Dan bosan dah, Aiisyehhhh!


APA ITU ROTI PURI?



Roti puri adalah makanan masyarakat orang India yang disertakan denga kuah kari atau kuah dal. Tapi masa ni kami minta sambal sardin, memang perrrgghhh lagi la. Selain itu, roti puri ini sesuai makan pada waktu pagi atau waktu petang. Makan roti puri ni bersama dengan air teh tarik panas adalah satu kombinasi yang mantoppp. Lapar dah perut ena. Hurmmm.

Untuk membuat roti puri ni mudah sahaja dengan hanya menggunakan tepung gandum, air, garam dan minyak. Sebab harganya murah. Struktur roti puri ni pula nipis dan uniknya mengelembung seperti pelampung bila masak. So ena sarankan untuk makan waktu lepas roti ni masak. Kalau dah  jadi sejuk, memang tak walla dah.



Ramai kata tak banyak kedai mamak ada jual roti ni. Patut ena tak pernah tahu akan kewujudan roti puri ni. Ni pun jumpa orang jual kat kawasan perumahan di Kampung Tiram Kuantan. Ena nak bagi location pun tak tahu macam mana. Kalau tanya orang yang ada dekat kampung sini tahu la mereka.

So, ena tak dapat nak share alamat dan nama kedai yang jual roti puri ni. Kebanyakan kawan ena tahu kat sini pun bertanya dengan orang yang berdekatan. Nak guna waze atau google map memang tak ada. Apapun, entri kali ni ena nak share pasal roti puri ni je dulu sebab well orang firstime makan. Ahaks. 


FEEDBACK DARIPADA ENA


Alhamdulillah, terima kasih kawan ena yang belanja ena makan roti puri yang sedap ni. Walaupun tempat makannya tidak seindah mana, tapi memang layan habis roti puri kat sini. Ena doakan owner dapat buka kedai Roti Puri lebih mantap lagi.

Ena makan 4 keping roti puri masa ni sebab satu keping memang tak cukup. Roti puri ni boleh dikatakan nipis dan rangup. Tambahan pula, sambal sardinnya pun sedap. Sebab itu berkeping-keping ena makan. Lepas ni boleh repeat makan lagi. Harga pun satu keping RM1.00, okay la kan. 



Lepas ni, nak try cari roti puri kat tempat lain pula. You all ada suggestion tempat makan roti puri yang best-best tak? Boleh drop perkongsian di ruang komen entri ni ye. InshaAllah, ena akan terjah nanti. Mekaceh!




More Nyummy Here

Tuesday, May 17, 2016

DIPERKAYA 1001 MANFAAT HABBATUS SAUDA | PEMBERSIH MUKA SAFI


DIPERKAYA 1001 MANFAAT HABBATUS SAUDA | PEMBERSIH WAJAH SAFI | Waduh! Waduh! Teruja sangat ena bila dapat sebakul produk pembersih muka dari jenama Safi Malaysia yang merupakan salah satu produk kecantikkan yang ramai rakyat Malaysia menggunakannya. Tengok kawan-kawan ena pun majoriti menggunakan produk pembersih muka yang ini. Bukan setakat harga yang murah tetapi ena tengok kawan-kawan ena pakai memang muka mereka bersih je nampak. Mungkin sebab bahan yang digunakan adalah bahan yang tidak berbahaya dan juga menerapkan formulasi semulajadi.

Lagipun, produk pembersih muka Safi Malaysia ini menekankan unsur-unsur Islamiah dan kebersihan. Bahan-bahan utama yang digunakan pun adalah seperti Gamat, Pokok Lidah Buaya (Aloe Vera) dan Mentimun yang merupakan bahan semulajadi yang elok untuk semua jenis kulit muka. Okay, bagi mereka yang hendak tahu lebih lanjut pasal pembersih muka Safi ni, moh ler ena nak story mory sedikit pasal ni yang ena tahu.


RANGKAIAN PEMBERSIH MUKA SAFI




Safi Malaysia merupakan jenama produk  kecantikkan yang Halal pertama di Malaysia dengan memahami keperluan wanita modern pada zaman serba boleh ini. Rangkaian pembersih wajah Safi adalah penjagaan wajah asas bagi wanita yang ingin sentuhan semulajadi. Kini, Safi memperkenalkan satu formulasi baru iaitu memperkayakan Habbatus Sauda dalam produk pembersih muka.

Hal ini membuatkan pembersih muka Safi ini sangat bersih dan selamat untuk digunakan oleh para muslimah yang ingin sangat menitikberatkan tentang penjagaan kulit muka mereka. Selain itu, Safi yang baru ni pun lebih cantik dan warnanya selari dengan jiwa wanita yang suka nature macam ena. Ena tengok pun rasa nak makan jeee, eeehhhhhh. Ahaks. Bentuk dan warnanya seperti dalam gambar rajah dibawah ni.




APA ITU HABBATUS SAUDA??

Haaaaa, siapa nak tahu Habbatus Sauda ni apa-ke-benda la kan. Okay, meh meh ena nak terangkan. Habbatus Sauda ini lebih dikenali sebagai Jintan Hitam yang mampu merawat pelbagai penyakit yang ada. Oleh itu, Safi Malaysia mengambil khasiat dan manfaat Habbatus Sauda ini dijadikan formulasi dalam produk pembersih muka mereka. Hal ini disebabkan Habbatus Sauda dalam melindungi kulit dengan nutrien dan bahan antibakteria yang mampu menaikkan seri kulit wajah.

Sabda Rasulullah SAW dalam Hadith Riwayat Bukhari & Muslim, "Gunakanlah Habbatus Sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (Maut)". 



ANTARA PRODUK PENJAGAAN MUKA SAFI


1) Pembersih Muka Safi

Manggis atau lebih dikenali sebagai "Ratu Buah-buahan" menjadikan kulit lebih cerah dan lembap sepanjang hari. Sesuai untuk semua jenis kulit. 

Mentimun mampu mengecilkan pori, membersihkan kekotoran dalam pori dan membuatkan kulit muka lebih segar serta berseri. 

Gamat dikenali sebagai agen pemulihan dalam rawatan tradisional. Dapat mengawal minyak, mengurangkan jerawat dan merawat luka serta parut dek jerawat yang lama.


2) Penyegar Sari Mentimun & Aloe Vera Bersama Habbatus Sauda SAFI

Membuatkan kulit muka lebih mantap, tegang dan sentiasa lembap. Non-alcohol hokey! Sesuai untuk mereka yang suka bermekup demi membuang segala kekotoran dalam pori.



3) Pelembap Muka Safi

Pelembap Muka Sari Gamat & Habbatus Sauda untuk kulit supaya bebas bernafas dan lebih sihat tanpa jerawat

Pelembap Muka Sari Lidah Buaya & Habbatus Sauda untuk menyejukan kulit muka, sesuai pakai ketika cuaca panas. Selain itu, dapat membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk semua jenis kulit muka


4) Krim Kecantikkan Lidah Buaya & Habbatus Sauda SAFI

Krim ini sangat sesuai digunakan krim pelembap dan menjadi asas solekan. Sebelum pakai mekup, eloklah tepek krim ni terlebih dahulu. 


DETAILS SAFI MALAYSIA

Banyak lagi produk keluaran daripada Safi ni, ada penjagaan kulit untuk lelaki, penjagaan rambut dan banyak lagi la. Tapi untuk entri kali ni, ena nak share produk pembersih muka yang ini sahaja. Bagi mereka yang hendak ketahu lebih lagi, boleh terjah laman sosial mereka. Ena ada share link dibawah ini. Moh ler terjah beramai-ramai ye.


FACEBOOK

INSTAGRAM

YOUTUBE


More Nyummy Here

JADI HOST UNDANGAN DI WALLA RTM1 | WILLY SATAY SHAH ALAM



JADI HOST UNDANGAN DI WALLA RTM1 | WILLY SATAY SHAH ALAM | Alhamdulillah, diberi peluang ena untuk mencari satu lagi pengalaman yang tidak ena lupa iaitu menjadi host di satu rancangan di RTM1. Walaupun hanya host undangan, tapi okay la tu bagi ena. Selama ni hanya tengok rancangan makanan kat AFC atau di JJCM TV3, terdetik juga dalam hati teringin nak jadi host professional macam mereka tu semua. Tambahan pula, dapat makan free, tu yang best tu. Ahaks.

More Nyummy Here

Tuesday, May 10, 2016

SAMBIL LEPAK SAMBIL LAYAN KUCING | COTTAGE CAT CAFÉ


SAMBIL LEPAK SAMBIL LAYAN KUCING | COTTAGE CAT CAFÉ | Siapa kat sini suka kucing? Kalau suka, boleh geng dengan ena. Ahaks. Okay nak cerita, baru-baru ni ena singgah satu tempat makan kat area Subang Jaya. Terserempak satu café yang boleh kita sambil lepak sambil layan kucing, so ena cuba try test sejenak masuk kat café ni. Nama café tersebut adalah Cottage Cat Café.

Ena tak berancang untuk cuba try test makan kat sini dan tak tahu café ni wujud kat area Subang Jaya ni. Ena dengan Yazid nak pergi makan malam kat kedai lain tapi kat area ni juga. Well kat area tempat yang ena pergi ni memang banyak kedai makan cuma pandai pilih la. Masa tengah mencari, terjumpa kedai ni. Tu yang singgah sejenak semata-mata nak main kucing. Nak release tension.


COTTAGE CAT CAFÉ


Cottage Cat Café ini terletak dekat Subang Jaya, ala satu area dengan Raku Pizza. Cuma café ni berada dibahagian belakang deretan kedai. Banyak blok kedai kat sini dan juga sentiasa sesak dengan orang. So, nak parking pun agak susah nak cari. Kalau dapat tempat parking yang mana kosong, masuk je. Jauh ke dekat ke, itu lain punya cerita. Dibawah ni ena sediakan alamat untuk you all google map / waze ke café ini.


ALAMAT:
Cottage Cat Café
1-1, Jalan SS 15/8a, SS15,
47500 Subang Jaya, Selangor

MASA OPERASI:
Isnin-Khamis : 11am-10pm
Jumaat-Ahad: 11am-12mn




Café ini menyediakan tempat untuk you all relaxkan minda sebab di sini menyediakan kucing yang comel-comel untuk you all main. Bila tengok kecomelan kucing-kucing tu semua, serius you all rasa enjoy, happy, geram dan tak rasa tertekan. Rasa beban kat bahu tu semua dah hilang. Kalau yang suka kucing, akan merasai apa yang ena rasai bila main dengan kucing tu semua. Bagi yang ada alahan dengan kucing, tidak digalakkan untuk main kucing kat sini. Takut lelah atau short of breath (SOB) tetiba.


MENU YANG DIPILIH

Ena dengan Yazid pilih minuman je kat sini sebab nak bermain dengan kucing semata-mata. Makanan pun kami pilih satu aiskrim dan kongsi dua orang. Hal ini disebabkan kami dah rancang nak makan berat kat tempat lain di area sini.

So, ini jela yang kami hadap sambil layan kucing-kucing yang ada kat sini.

Avocado IceCream

Nuttela Hot Chocolate



FEEDBACK DARIPADA ENA

Pada mulanya ena dah terbayang tempatnya berbau tahi kucing, berbau kencing kucing, kotor dan tak selesa. Dalam café ni terbahagi dua tempat, sebelah untuk lepak-lepak makan. Dan sebelah lagi tempat kucing-kucing kat situ bermain serta kita boleh masuk kat situ. Bila dah masuk kat kandang kucing, laaaa tak ada pun bau-bau yang kurang menyenangkan. Bagus la.



Cuma bulu-bulu kucing agak berterbangan dalam kadang ni. So ena nasihatkan kalau nak makan, jangan dalam ni. Tak berapa elok kalau bulu kucing tu masuk dalam makanan dan minuman kita even sebersih mana bulu kucing tu. Ena pula dah termasuk dalam ni dengan sekali air semua, so agak menyesal sedikit. Tak mengapalah, janji kucing kat sini comel-comel.




Bilangan kucing yang ada tak banyak mana, bersesuaian la dengan keluasan bilik kucing dalam café ni. Selain itu, kucing kat sini agak tak berapa nak jinak. Tak suka dipegang dan tak suka di peluk masa ena datang ni. Mungkin kucingnya rimas dah kot seharian berkepit dengan manusia. Who knows kan kan.

Harga, ermmmm haaa sebelum tu nak share sedikit rules kat sini. Kalau nak main dengan kucing kat café ni, you all kena beli seorang satu minuman atau makanan. Lepas tu, main la selama mana yang you all nak. Free! Tapi harga menu kat sini memang agak mahal. Ena minum air dan aiskrim je dah melayang RM50. Waduhhh! Waduhh!









Apapun, tak mengapalah. Janji dapat berdekatan dengan kucing yang comel-comel kat sini even tak dapat nak peluk, nak gomol, nak cium sesuka hati. Nanti kucing kat situ marah. Ahaks. Anyway, itu dah memadai bagi ena.


DETAILS MENGENAI COTTAGE CAT CAFÉ



Berikut you all boleh terjah laman facebook rasmi café ini. Boleh la baca apa yang ada kat café ini. Itu sahaja perkongsian daripada ena.



FACEBOOK



More Nyummy Here