Wednesday, April 27, 2016

BERGAMBAR BERSAMA PARA BLOGGER | SBB2016


BERGAMBAR BERSAMA PARA BLOGGER | SBB2016 | Apa itu SBB? SBB adalah stand for Sepetang Bersama Blogger (SBB) dimana para blogger dari seluruh Malaysia dan juga Negara jiran yang lain, datang berkumpul di satu tempat yang telah ditetapkan. SBB ini dilancarkan oleh team Denaihati bersama-sama dengan para sponsor yang lain. Para sponsornya pun bukan dari calang-calang syarikat, mostly syarikat yang sering kali didengari oleh rakyat Malaysia

Untuk Sepetang Bersama Blogger 2016 (#SBB2016), ena berpeluang untuk join event blogger yang ini. Alhamdulillah, ini merupakan kali kedua ena join event ini. Tahun lepas ena tak dapat nak join sebab masa tu ena tengah pergi holiday di Langkawi. Tahun ni mujurlah SBB ni masih ada, so ena tak mahu lepaskan peluang yang ada untuk berjumpa dengan para blogger yang lain.


Untuk entri kali ni ena tak nak cerita flow event ini tetapi ena excited nak kongsikan kepada you all gambar-gambar yang ena bergambar bersama para blogger yang lain. Jom kita tengok.


Credit Photo: www.bonikacak.com

Credit Photo: www.zazaiman.com

Credit Photo: www.zazaiman.com

SBB2016 ini dilaksanakan di Grand Hall Campbell Hotel yang berdekatan dengan Sogo, Kuala Lumpur. Makanan tengahari disediakan oleh pihak hotel ni juga. Memang sedap nasi minyaknya. Terutama lauk daging hitamnya. Perrrgghhhh mantoopppp!!


Credit Photo: mohdfairiz.com

Credit Photo: www.cinqleafclover.com

Credit photo: powerofmotivationblog.wordpress.com

Credit photo: powerofmotivationblog.wordpress.com

Credit Photo: www.instagram.com/yajiedyahya

Credit Photo: www.instagram.com/yajiedyahya

Credit Photo: kotaklensa.com

Credit Photo: rosniemilindamatyamin.blogspot.my

Event ini berlangsung dari pukul 8.30am sampai 5pm. Tapi ena lepas zohor terpaksa balik sebab nak solat zohor lagi plus ena masa ni tetiba migrain menyerang. Hanya Allah jelah tahu sakitnya bagaimana. Mampu gelak ketawa tersenyum sahaja. Spoil betul mood ena nak bergambar dengan para blogger yang lain. Mampu ambil gambar ni semua dari blogger yang nak bergambar dengan ena je. Ahaks. Thanks you all.




Alhamdulillah,  terima kasih daripada semua pihak sponsor yang membantu menjayakan event ini dengan lebih meriah dan lebih cemerlang. Banyak betul goodies yang ena dapat, semuanya awesome-awesome. Rezeki daripada Allah.

Berikut adalah barisan para sponsor yang awesome!

  1. Multimedia Development Corporation (MDEC) - Penaja Utama
  2. Amna Home
  3. Richworks Academy
  4. Jopana
  5. Oceanlife Marketing (Ephyra)
  6. Zeeta Magis Aura Mawar
  7. Simply Umrah
  8. Aleeya’s Kitchen
  9. Les Copaque Production (Upin & Ipin)
  10. Asia Herbal Biotech Sdn Bhd
  11. Yeos Malaysia
  12. eQurban
  13. Jemaah Bisnis Denaihati
  14. Hadid Travel & Tours (Adi Putra)
  15. Firdaus Azizi Training & Consultancy
  16. AE Consultancy Services
  17. PenMerah Network
  18. Sohaini Cookies
  19. Jus Bob Nanas
  20. CVS Production
  21. Kotak Lensa
  22. Jam Tawaf Denaihati
More Nyummy Here

Sunday, April 24, 2016

STEAMBOAT SEMURAH RM19 DI KUANTAN | ANIQ STEAMBOAT


STEAMBOAT SEMURAH RM19 DI KUANTAN | ANIQ STEAMBOAT | Dua tiga hari ni, tekak ena craving nak makan steamboat. Nak layan Seoul Garden, mahal la pula. Last-last baru teringat satu kedai steamboat kat area Kuantan ni iaitu Aniq Steamboat. So, malam tadi ena dengan kawan-kawan ena pergi terjah tempat ni untuk memenuhi keinginan tekak kami.

Dua tiga menjak ni ena memang tengah mood under stress sebab mungkin penat berpraktikal. Tu yang nak keluar sejenak pergi jalan-jalan cari makan. Makanan je boleh buat ena hilang stress. Malam pun malam la, ena nak break the rules sejenak. Ahaks. Alhamdulillah sebab dapat pula tempat steamboat yang murah dan sangat memuaskan hati pula, memang release tension habis. Alang-alang pergi release tension, ena nak berfoodhunting sekali. So, check it outchaaa.


ANIQ STEAMBOAT KUANTAN



Aniq Steamboat dengan slogan katanya “Makan Sampai Nyandor” merupakan tempat untuk you all layan bbq dan steamboat sampai lebam. Bermakna kita bayar untuk sekepala tapi boleh makan sampai you all dah tak boleh bangun dari kerusi. Ahaks. Itu yang syok tuuuu.

Aniq Steamboat ini terletak di Kuantan, Pahang dan dimiliki oleh orang Melayu. Makanan kat sini dijamin Halal dan bersih untuk you all makan. Sebab tu ena tak ragu-ragu nak terjah makan kat sini. Cuma, masa nak ke sini ni, ena berpusing-pusing juga nak mencari sebab guna Waze. So, ena sarankan you all guna Google Map senang. Ena guna Google Map, terus sampai ke destinasi. Berikut adalah alamat kedai makan ini



ALAMAT
Jalan Seri Teruntum 1,
Kampung Damak Medan Warisan
25100 Kuantan, Pahang

MASA OPERASI
Hari: Isnin-Ahad
Masa: 5.30pm-12am




MENU YANG ENA PILIH

Well, ena kalau makan steamboat memang akan pilih tomyam sebagai kuah steamboat. Boleh tahan rasa tomyam kat sini. Bahan yang untuk di BBQ dan di rebus, semua benda ena dan kawan ena cuba try test. Cuma ena tak makan yang makanan macam fishball, fishcat apa semua tu je.

Kat sini tak menggunakan penunu gas, mereka menggunakan arang a.k.a bara untuk panaskan tempat yang nak di bbq dan steamboat tu. Bagi ena ianya unik dan lebih menarik berbanding guna penunu gas tu. Cam seolah-olah membakar ala-ala zaman dulu-dulu. Erkk yeke? Uhuks, abaikan. Okay selain itu, you all kena ambil dan letak sendiri mentega kat tempat BBQ tu. Kalau tak, habis melekat la sana sini daging ayam tu semua.









FEEDBACK DARIPADA ENA

Alhamdulillah, puas hati makan kat sini. Satu kepala RM19 untuk dewasa, pergghhh tak ke murah tu. Jujur, memang masa mula-mula datang tak tahu harga pun. Main terjah je sebab perut dah lapar sangat, so dah tak kisah harga berapa. Sekali nak bayar, makaihhh murahnyaaa. Tambahan pula kami dapat harga student iaitu RM17. Memang heaven la.





Bahan-bahan untuk di steamboat dan di bbq boleh tahan banyak. Pelbagai jenis you all boleh ambil dengan hanya satu bayaran. Tempat makannya pun boleh dikatakan selesa. Disebabkan terlampau ramai orang, so faham jela bagaimana suasana kat situ. Apapun, servis cepat dari pihak mereka.



DETAILS ANIQ STEAMBOAT KUANTAN




Nasihat ena, you all disarankan untuk buat tempahan terlebih dahulu. Macam ena nak makan malam semalam, pagi pagi dah buat tempahan. Kalau tak, memang meranalah nak tunggu. Memang ramai sangat orang mai sini, tambah-tambah malam minggu. So, kalau nak cuba try test makan steamboat kat sini, ena galakkan sangat. 

Dan dibawah ni ena share no telefon dan laman social mereka. You all boleh terjah ke sana. Hope dapat membantu you all.


NOMBOR UNTUK TEMPAHAN
019-9203300 (SMS / Call / WhatsApp)

FACEBOOK


INSTAGRAM




More Nyummy Here

Thursday, April 21, 2016

PELANCARAN SKINTRENDS SKINCARE | FARMASI COLOUR COSMETICS (FCC)


PELANCARAN SKINTRENDS SKINCARE | FARMASI COLOUR COSMETICS (FCC)  | Siapa kat sini peminat tegar dengan produk daripada jenama Farmasi Colour Cosmetics (FCC)? Ena rasa jenama FCC ni tidak asing bagi kita lagi malah produk ini juga  popular dikalangan rakyat Malaysia.

Ada yang menjadi pengguna yang setia, ada yang sekadar tahu nama tapi tak pernah cuba lagi dan ada yang belum tahu menahu jenama FCC ni apa kebenda. Haaaa, alau tak tahu tu rajin-rajin la skodeng laman social rasmi daripada pihak mereka.  Sebab entri ni ena bukan nak cerita pasal apa kebenda FCC ni, tetapi ena nak sharekan kepada you all satu produk skincare dari keluaran jenama ini iaitu Skintrends Skincare.


SKINTRENDS PHYTO-BIOTICS ACAI TECHNOLOGY FCC


Skintrends FCC ini merupakan set penjagaan kulit muka yang telah diagihkan mengikut kadar masalah kulit muka yang sering kali berlaku terjadi pada rakyat Malaysia sekarang. Antaranya seperti kulit berjerawat, kulit sensitive, kulit kusam dan pelbagai lagi la. Kalau yang jenis berpenyakit kulit tu, mungkin seeloknya minta nasihat daripada yang pakar.

Ada tiga jenis Skintrends yang dilancarkan iaitu Normal Skin (Set Warna Biru), Dry and Sensitive Skin (Set Warna Pink) dan Oily & Combination Skin (Set Warna Hijau). Setiap set ni mengikut kesesuaian kulit you all, so untuk kulit macam ena ni sesuai untuk set warna pink. Yes! Kulit muka ena memang sangat sensitive, kalau silap sikit memang habis naik jerawat. Serabut kekadang ada kulit muka macam ni, tapi apakah daya syukurlah apa Allah nak bagikan ni.



You all tak perlu risau, produk penjagaan kulit ini dijamin Halal dan bersih untuk digunakan oleh semua pihak tak kira bangsa, agama, umur dan jantina. Jangan ingat perempuan je boleh guna, lelaki pun sesuai untuk menggunakan produk ini. Produk Skintrends ini diformulasikan dengan Phyto-Biotics Acai Technology dan satu set ni terdiri daripada Cleansing Milk, Soothing Tonic dan juga Day Cream SPF15. 3 jenis ni dah cukup memberikan impak yang memuaskan hati kepada pengguna.



SET PINK SKINTRENDS FCC

Alhamdulillah, ena dapat juga mencuba set Skintrends FCC ni dan ena pilih set yang warna pink. Now, ena nak dedahkan serba sedikit setiap yang ada dalam set ni.


1) Cleansing Milk For Dry And Sensitive skin


Yang ini adalah untuk mencuci muka. Semula tepek yang lain, you all kena cuci dulu muka dengan Cleanser ni. Kelebihannya adalah

-          Melembabkan kulit muka yang kering
-          Membantu membasmi kekotoran pada muka
-          Membantu mempercepatkan metabolism cell
-          Mencerahkan kulit wajah




2) Soothing Tonic For Dry and Sensitive Skin


Diguna selepas cuci muka dengan Cleansing Milk. Seeloknya biar muka kering sendiri selepas cuci muka sebab sekali gus membantu melembabkan kulit secara semula jadi. Dah kering baru tepek. Kelebihannya adalah:

-          Membuang impurities
-          Menjadikan warna kulit lebih sekata
-          Melembutkan kulit
-          Tak menengangkan kulit muka 




    3) Day Cream SPF15 Nourishing For Dry and Sensitive Skin


Day cream ni sesuai dipakai pada siang hari, namun dinasihatkan jangan terdedah seratus peratus pada panas terik. Nanti ada reaksi kulit dengan cream yang ada SPF ni. Bahaya.  Okay, kelebihannya

-          Memperbaiki kulit mati
-          Sebagai perlindungan pada kulit cuma ingat juga pada nasihat ena diatas
-          Mengelakkan muka jadi rosak




FEEDBACK DARIPADA ENA

Feedback positive ena nak berikan sebab selagi sesuatu produk tu tak memberikan sebarang kesan sampingan yang buruk pada kulit ena, bermakna memang elok dan sangat efektif la produk tersebut. Well, faham faham jelah kulit sensitive ni, silap sikit dah jerawat sana sini. So bila guna Skintrends FCC yang ni, kulit elok je malah ena rasa semakin bersih daripada yang dulu.

Ena sekarang stop sejenak pakai jenama yang ena guna sebelum ni, dan tengah pakai penjagaan kulit muka dari produk FCC. Alhamdulillah, bukan sebab nak kipas-susah-mati okay, ni betul-betul terjamin bagus dan best untuk di pakai. Boleh tukar jenama lepas ni guna yang ini pula.






DETAILS SKINTRENDS FCC

Kepada mereka yang ingin mencuba juga, boleh terjah ke laman social rasmi mereka. Ena sharekan link dan you all boleh klik sahaja pada link tersebut



FACEBOOK

INSTAGRAM

HASHTAG
#FCCSkincare  #FCCMY  #FCCSkinTrends  #FCCSkinImpact



More Nyummy Here

Wednesday, April 20, 2016

NASI ARAB MURAH DI AMPANG | ALANNA’S KITCHEN


NASI ARAB MURAH DI AMPANG | ALANNA’S KITCHEN | Entri kali ini ena nak share satu kedai makan yang ownernya seorang berbangsa Cina tetapi menyediakan nasi arab yang murah dan sedap. Walaupun masih ada kekurangan dalam masakannya tapi layanan yang sangat mesra dari owner membuatkan makanan kat sini jadi sedap. Apapun, memang sedap nasi arabnya, cumaaaaa haaaa nak tahu sila teruskan scroll ye.

Kedai tersebut diberi nama, Alanna’s Kitchen. Ena pergi sini pun sebab teringat ada rakan blogger share pasal tempat makan ni. Dan ena pula masa ni ada kat kawasan Ampang. Tu ena ajak #IAFoodpatner, Yazid untuk terjah Alanna’s Kitchen ni. Nak tahu juga betul ke best makan kat sini. So best ke? Lets check it outchaaa okay.


ALANNA’S KITCHEN AMPANG


Alanna’s Kitchen ini baru sahaja beroperasi bulan 11 tahun 2015. Setahun pun tak cukup lagi. Masa ena pergi ni, status Halal untuk makanan kat sini tengah dalam pemprosesanoleh pihak JAKIM. Tapi rasanya sekarang ni dah dapat kot status halal dari pihak JAKIM sebab dah nak dekat sebulan lebih ena pergi terjah kedai makan ni. Ni baru berkesempatan nak share. Seperti yang ena dah katakana diatas, kedai makan ini dimiliki oleh seorang Cina. Tetapi jangan risau, yang tukang masaknya adalah orang beragama Islam. Ena sendiri nampak tukang masaknya, so yakin la nak makan kat sini.

Kedai makan ini terletak Pandan Indah, Ampang. Bagi mereka yang stay kat Kuala Lumpur agak mudah juga la bagi mereka untuk kemari. Kalau rasa nak makan kat sini atau dah tak tahu nak makan kat mana, you all boleh waze / Google Maps ke Alanna’s Kitchen. Berikut adalah alamat kedai makan ini


ALAMAT
No 8, Jalan Pandan Indah 1/23D,
 55100 Kuala Lumpur
 Malaysia

MASA OPERASI
Hari: Selasa - Ahad
Masa: 11am - 11pm



MENU YANG DIPILIH

Kat sini bukan sahaja menyediakan kepelbagaian Nasi Arab, tetapi makanan western yang lain pun ada sebenarnya. Lagi satu yang best, kalau beli set Nasi Arab, you all akan dapat minuman free. Tapi yang freenya bukan semua jenis la. Ada senarai jenis-jenis minuman free yang you all boleh pilih.


Arabic BBQ Chicken With Rice and Garlic Sauce


Alanna's Special Grilled Chicken

Ice Lemon Tea



FEEDBACK DARIPADA ENA

Alhamdulillah, kedua-kedua jenis nasi arab yang ena dan Yazid pilih memang sedap. Jenis-jenis nasi arabnya terletak pada perbezaan lauknya. So, terpulang la pada pemakan nak pilih yang mana satu. Jangan risau, nanti ownernya akan suggest mana yang terbaik untuk dirasai. Okay, untuk dua-dua ayam yang kami pilih rasanya sangat sedap, lembut bila ditarik dan juicy. Yang Ayam Tandoorinya pun perrrghhhhh, sedap lagi dari makan kat kedai mamak. Tak terover bakar, sedang sedang elok je. Terbaiklah!




Walaupun ada kekurangan pada nasinya sebab bagi ena agak banyak rempah ratus yang diletak, namun disebabkan keenakkan lauk ayamnya,  secara automatik semuanya jadi sedap. Harga pun murah, minuman pula free dan tambahan pula dapat pula layanan yang mesra daripada owner kedai ni. Tabik la!




Keadaan kedainya pun bersih, selesa dan nyaman untuk you all menjamu selera d sini. Ena dan Yazid pun sangat berpuas hati dapat makan kat sini. Perut pun kenyang, hati pun girang. Alhamdulillah, boleh repeat makan lagi lepas ni bila-bila ada masa free. InshaAllah


DETAILS ALANNA’S KITCHEN




Okay itu sahaja perkongsian daripada ena. Bagi mereka yang ingin hubungi atau nak skodeng laman social Alanna’s Kitchen, you all boleh terjah dengan klik pada link yang ena share dibawah ini.


FACEBOOK


INSTAGRAM



More Nyummy Here

Thursday, April 14, 2016

MANGO CHEESECAKE POPULAR DI KUANTAN | KULA CAKES


MANGO CHEESECAKE POPULAR DI KUANTAN | KULA CAKES | Kepada yang gemar makan mango cheesecake atau sedang mencar spesis kek yang ini, haaa untuk entry kali ni ena nak share satu tempat lepak yang ena pergi foodhunting baru-baru ni. Kedai ni sesuai untuk lepak-lepak sambil minum dan makan kek. Nama kedainya adalah Kula Cakes.

Kula Cakes ni kedai makan agak popular kat Kuantan. Mana-mana kawan ena yang datang ke sini, kebanyakannya mesti terjah makan kat sini. Ena kenal kedai ni pun sebab ramai kata mango cheese keknya yang sedap. Dan kat kedai ni juga la ena first time makan mango cheesecake. Tapi selama ni just beli dan bawa balik. Tak pernah makan kat kedai ni. Tu yang pergi cuba try test makan kat sini baru ni dengan kawan-kawan.


KULA CAKES KUANTAN


Kula Cakes ini merupakan tempat makan menyediakan pelbagai kek yang dibuat sendiri oleh pihak mereka. Antaranya seperti Mango Cheesecake, Red Velvet, Pavlova, Durian Cheesecake (Ikut Musim) dan pelbagi lagi la. Kalau nak tahu, kena datang sini.

Kula Cakes ini terletak betul-betul berhadapan dengan Taman Rekreasi Teruntum, yang taman ni bersebelahan dengan Sungai Kuantan. Kedai makan ni berhampiran juga dengan Kuantan Parade dan Hospital Kuantan (HTAA). Cuma nak ke sini ni memang boleh terlepas pandang bagi mereka yang first time datang sini.




Namun jangan risau, you all boleh waze atau Google Map ke sini. Dibawah ni ena share masa operasi kedai makan ini.

MASA OPERASI:
Selasa-Khamis: 1pm-9pm
Jumaat-Sabtu: 1pm-10pm
Ahad: 11am-7pm



MENU YANG DIPILIH



Ena kalau ke sini, mesti makan Mango Cheesecake nya sebab sedap angat-angat. Even sekarang tengah menaip ni pun masih teringat akan kesedapan Mango Cheesecake kat sini. Huaaaaaa. Craving dah. Tapi bagi mereka yang tak gemar Cheesecake, boleh pilih jenis kek yang lain yang ada dijual masa you all pergi tu.

Kawan-kawan ena yang lain pilih jenis kek selain Mango Cheesecake. Nak tahu apa mereka pilih? Jom usya gambar-gambar kat bawah ni.


Mango Cheesecake

Red Velvet

Pavlova


FEEDBACK DARIPADA ENA

Tempat makannya memang cantik dan santai sangat. Sesuai untuk lepak dan ambil gambar banyak-banyak kat sini sambil makan cake. Cuma kedainya betul-betul tepi jalan yang sehala sahaja, so agak payah juga untuk mereka cari parking. Kalau tak bernasib baik, kena parking jauh sedikit.

Rasa kek kat sini, Mango Cheesecakenya memang pujian hati ena. Cuma masa ena cuba try test baru-baru ni, topping Cheesecakenya agak over beku sedikit. Dan tak dapat rasa isi mango yang fresh. Pavlovanya pun sedap, ena boleh masuk sebab tak manis sangat. Light je rasanya. Terbaiklah. Cuma kek red velvenya agak kering sedikit dan mudah bersepai. Namun, masih sedap.




Mengenai harga, not bad. Tidak terlampau mahal dan tidak terlampau murah. Sedang-sedang gittew. Namun, jangan kerap kali pergi makan pula ye. Nanti dapat kencing manis plus obesity pula. Ahaks.


DETAILS KULA CAKES KUANTAN

Itu sahaja daripada ena. So bagi mereka yang hendak ke Kuantan, moh la cuba try test makan Mango Cheesecake kat sini. Sangat berpuas hati. Kalau nak tahu feedback daripada orang lain, you all boleh terjah laman rasmi mereka di Facebook dan Instagram.




FACEBOOK

INSTAGRAM


More Nyummy Here