Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, March 30, 2016

GIVEAWAY CASH RM600 MAC2016 | EMAS PUTIH


GIVEAWAY CASH RM600 MAC2016 | EMAS PUTIH | Hello yellow melloww! Kali ni ena join Giveaway / GA yang dianjurkan oleh seorang blogger yang terkenal iaitu kak Emas Putih atau lebih dikenali kak Uzu. Ena join sebab tengok hadiahnya sangat lumayan. Payah jadi orang suka duit ni, ahaks.

Oleh itu, ena nak jemput semua para pembaca yang ada blog untuk sertai GA ini bersama-sama. Kepada yang ingin join, boleh rujuk details kat bawah ni.



*sila tekan banner diatas untuk join*


Hadiah :

Top Referral RM100 x 1
Random Cash RM50 x 10

Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016



More Nyummy Here

PRODUK MENGHILANGKAN SUNBURN DI TANGAN | MAGIC JELLY


PRODUK MENGHILANGKAN SUNBURN DI TANGAN | MAGIC JELLY | Ada masalah sunburn di kawasan pergelangan tangan? Nak tahu tak produk apa yang bagus untuk rawat kulit sunburn ni? Kalau nak tahu, moh moh, ena nak share satu produk yang bagus untuk masalah yang ena katakan sebelum ni.

Ena pun baru cuba try test. So masih tak ada lagi testimoni daripada ena tapi ramai pengguna yang lain beri feedback yang positif mengenai produk ini. Hopefully memang betul betul berkesan. Produk yang ena kata-katakan adalah Magic Jelly dari keluaran Lovera Malaysia.


MAGIC JELLY, LOVERA MALAYSIA


Magic Jelly adalah Gel Kecantikkan Serbaguna yang diformulasikan daripada bahan-bahan semulajadi yang biasa kita dengar. Antaranya seperti Aloe Vera / Daun Lidah Buaya, Timun, Sengkuang dan Bunga Chamomile. Memang selamat la nak digunakan dan sudah mendapat pengesahan daripada KKM dan status halal daripada JAKIM.

Ena bau jel ni pun memang bersih dan boleh dapat tahu la tiada bahan yang kimia berbahaya yang digunakan. Selain itu, Magic Jelly adalah produk daripada syarikat  Lovera Malaysia yang di manufactured dari GMP Certified Factory





KELEBIHAN MAGIC JELLY

Nama pun gel kecantikkan serbaguna, so bukan sahaja boleh merawat sunburn pada pergelangan tangan malah dapat merawat masalah yang ada pada kulit muka, bahagian tubuh badan yang lain dan juga rambut kita.


Kalau nak tahu lebih lanjut apa kelebihan dan feedback yang you all boleh dapat, moh ler baca sampai habis entri ni.

  1. Membasmi jerawat
  2. Mengurangkan parut jerawat
  3. Mengembalikan kesegaran kulit
  4. Mengawal kandungan minyak di muka
  5. Menguatkan akar rambut
  6. Menyembuhkan kulit kering pada bibir
  7. Mengurangkan masalah kelemumur
  8. Melembutkan rambut yang kasar / tersimpul
  9. Melebatkan bulu mata / kening
  10. Melegakan buasir

Banyak lagi kelebihan yang you all boleh dapat setelah menggunakan Magic Jelly, lebih kurang ada 25 kelebihan yang ada. Untuk kegunaan muka, kalau nak dapatkan kulit muka yang lebih aummm aummm, you all digalakkan untuk pakai LOVERA COMPLETE CLEANSER




Berikut adalah testimoni daripada pengguna yang lain. Banyak betul bagi feedback yang positif, tak larat nak baca. So ena share sedikit sebanyak daripada testimonial yang di share oleh pihak Lovera Malaysia. You all juga boleh baca di Lovera Testimonials







TEMPAT UNTUK DAPATKAN MEGIC JELLY

Kepada you all nak dapatkan produk ini, you all boleh terus berurusan dengan pihak mereka di laman social official Lovera Malaysia yang ena akan share di bawah. Semoga dapat membantu you all untuk berurusan dengan pihak mereka.



WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:

NUMBER PHONE:
+6011 32348255 (Order & Hotline)
+6016 6600600 (Nak Jadi Pengedar Sahaja)





More Nyummy Here

Friday, March 25, 2016

JOM DAFTAR BERAMAI-RAMAI | #SBB2016


JOM DAFTAR BERAMAI-RAMAI | #SBB2016 | Saat yang ena selama ni menanti bakal tiba, setahun sekali je benda ni ada iaitu event atau majlis Sepetang Bersama Blogger (#SBB2016). Untuk tahun ni, merupakan kali kelima majlis ini berjalan dengan lancar dan gemilangnya.

More Nyummy Here

Thursday, March 24, 2016

LAYAN MEE REBUS PILIHAN HATI | BALUN SLIM RIVER


LAYAN MEE REBUS PILIHAN HATI | BALUN SLIM RIVER | Ena sekarang tengah midterm breaks dan sudah tentu sedang berada di Tanjung Malim. Baru-baru ni ena dengan parents ena makan satu kedai makan di area Kg Balun, Slim River. Sejak zaman sekolah lagi, selalu juga parents ena bawa makan kat kedai ni. Dan yang pasti ena akan layan mee rebus atau mee bandung kat sini. Sedappp!

Kali ni, tekak ena tetiba teringin nak merasai mee rebus, so layan mee rebus jela ena. Lagipun, dah berkurun tak layan mee rebus kat sini. Kerinduan pula. Walaupun agak jauh daripada Tanjong Malim tapi gigih juga ena ke mari dengan parents ena. Sambil tu boleh upgrade memory yang ada dalam minda ni. Ahaks


LOKASI KEDAI MAKAN MEE REBUS


Maaf, ena tak tahu pula nama kedainya apa sebab puas juga mencari nama kedainya, tapi tak jumpa juga. Ena selalu panggil Kedai Mee Rebus Balun je. Ahaks. Kedudukan kedainya betul-betul di tepi jalan yang berhadapan dengan Taman Tasik Slim River. Kalau you all datang dari arah Tanjong Malim ikut jalan lama, kedainya ada di sebelah kanan you all. Yang pasti sebelum you all jumpa balai polis Slim River la. 

Keadaan kedainya biasa-biasa sahaja yang di miliki oleh orang Melayu. Kedainya dijamin halal dan bersih untuk dimakan. Tambahan pula, memang dah lama kedai makan ni wujud kat sini. Sejak ena kecil lagi dah ada dah, so sudah pasti kedainya tak adalah semegah macam kedai makan zaman sekarang. Tapi mee rebus dengan mee bandungnya memang nyummeehhh la baq hangg!


MENU YANG DIPILIH

Ena datang terjah ke sini dengan parents ena je, so ada tiga jenis menu jelah yang kami pilih. Nak tahu apa menu yang dipilih? Jom scroll entri ni sampai habis.

Mee Rebus pilihan hati ena. Kuah yang pekat dan sedap
  

Bihun Sup pilihan hati mak ena. Sedap kuahnya. Tambah-tambah digaul dengan sambal hitam tu.

Roti Jala pilihan hati ayah ena. Not bad rasa roti jala ni.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Overall rasa makanan kat sini sedap dan boleh diterima tekak walaupun platingnya ala-ala kampung gittew. Yeahh, kesedapannya masih macam dulu-dulu juga. Cuma kuantiti mee nya agak sedikit dan kuahnya pun tak begitu panas. Seeloknya kuah mee nya dihidang panas-panas baru sedap dan lebih menarik untuk makan. So, kat situ jelah ena rasa apa kekurangan kat sini. Harga tak adalah mahal sangat. So, puas hati jugalah rasa makanan kat sini.

Keadaan kedainya biasalah, kedai dah lama. Faham-faham la sendiri. Keselesaan tu, errrmmmm bagi ena boleh laaaa nak jamu selera kat sini. Sedang sedang sahaja. Oleh itu, bagi mereka yang sedang menghala ke Slim River atau nak ke utara melalui jalan lama, boleh la cuba try test makan mee rebus kat sini. Tak rugi pun dan dapat juga la ghilangkan rasa penat ketika drive.


My dad and my mom

Itu sahaja coretan daripada ena mengenai Foodhunting ena kali ni. Maaf lama tak update blog sebab macam-macam hal nak ena urusankan sampai malas nak update entri. Uhuks. Apapun, selamat mencuba dan selamat menjamu selera ye.




More Nyummy Here

Wednesday, March 23, 2016

45: WORDLESS WEDNESDAY | AIR KELAPA ORIGINAL

WORDLESS WEDNESDAY | AIR KELAPA ORIGINAL | Entry di mana kita hanya meletakkan gambar atau quotation sahaja dan membiarkan ia dijadikan sebagai jalan cerita atau perkara yang ingin disampaikan oleh empunya blog. Tak perlu taip panjang lebar.




Layan time cuaca tengah panas, memang ssssyyookkk habis. Gelas besar tahap MAX pula tu. Perghhh!


LOKASI:
Somewhere else kat Tanjong Malim


More Nyummy Here

Monday, March 21, 2016

FREE REVIEW DI BLOG | PENCARIAN DANA


FREE REVIEW DI BLOG | PENCARIAN DANA | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Ena kat sini sedang mencari sponsor untuk dana program yang bakal universiti ena jalankan nanti pada awal bulan 4. Dibawah ini ena sertakan poster sebagai rujukan anda semua.



Oleh itu, ena di sini ingin memohon jasa baik anda semua untuk menghulurkan sedikit sumbangan daripada segi barangan atau wang ringgit. Untuk sumbangan barangan, kuantitinya tak kisah cuma kalau sumbangan wang tu paling minimum RM50. Sebagai membalas jasa baik mereka yang menyumbang, ena akan berikan ganjaran seperti:-


1) Review secara percuma di blog + FB + Twitter. 

2) Logo syarikat yang menyumbang akan diletakkan di banner dan poster finalist untuk program ini.


Sekiranya berminat, anda boleh emailkan kepada ena di : inaainaa92@gmail.com

Ena akan sertakan surat proposal dan surat approval daripada universiti. Oleh itu, ena berharap sangat sumbangan daripada anda semua. Semoga urusan kehidupan kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT.

More Nyummy Here

Wednesday, March 16, 2016

44: WORDLESS WEDNESDAY | TRENDING TUKAR WAJAH

WORDLESS WEDNESDAY | TRENDING TUKAR WAJAH | Entry di mana kita hanya meletakkan gambar atau quotation sahaja dan membiarkan ia dijadikan sebagai jalan cerita atau perkara yang ingin disampaikan oleh empunya blog. Tak perlu taip panjang lebar.






Nak cuba edit macam ni?? Boleh dapatkan pada link di bawah

Download Apps
More Nyummy Here

Tuesday, March 15, 2016

MOVIE REVIEW | KUNGFU PANDA 3


MOVIE REVIEW | KUNGFU PANDA 3 | Baru-baru ni ena dengan kawan ena pergi tengok wayang cerita KungFu Panda 3 yang merupakan salah satu cerita kartun yang banyak bagi pengajaran pada diri ena. Masa ni cerita Munafik pun baru seminggu berada di pawagam tak silap ena tapi ena lebih suka pilih tengok cerita kartun. Next day, baru layan cerita Munafik.Ahaks.

Masa ni, ena pilih pawagam  Maxx GSC Berjaya Times Square. Sengaja nak tengok wayang yang macam ni, besar sedikit screennya. Heee. Setelah sekian lama ena tak pergi tengok wayang, hari tu baru tetiba teringin nak tengok wayang. Well, lagipun ena ni bukan jenis kaki wayang. Heee.


SINOPSIS KUNGFU PANDA 3


Cerita Kungfu Panda 3 ini sambungan daripada cerita Kungfu Panda 1 dan 2 yang mengisahkan si Po as known as Dragon Warrior menemui bapa kandungnya serta keluarga panda yang lain. Dan bila kisah pasal Kungfu ni, mesti terselit kisah lawan-lawan kannn. So, Kungfu Panda yang ni Po berlawan dengan Warrior daripada dunia roh. Dan juga si Po ni dapat belajar jurusan yang baru. Macam biasa, setiap season cerita ni mesti dia dapat jurusan yang baru dan kuat.

Haaaa, siapa pemenangnya??? Bagaimana reaksi si Po bila berjumpa dengan ayah kandungnya?? Kalau you all nak tahu, sila tengok sendiri. Tapi sudah semestinya happy ending. Cuma bagaimana dia nak tewaskan hero jahat tu yang best dan perjalanan cerita ni memang lawak habis. 



FEEDBACK DARIPADA ENA


Memang best cerita Kungfu Panda 3 ni dan cerita Kungfu Panda tidak pernah mengecewakan hati ena. Ena dengan kawan ena tak berhenti-henti gelak masa tonton movie ni. Tengah serius berlawan pun ada terselit hal yang lucu. Tak stress la tengok, sesuai ditonton oleh budak-budak. So, meh la tengok, tak rugi. Banyak pengajaran kita dapat even daripada cerita kartun.

Ena bagi ranking: 10/10



More Nyummy Here

Monday, March 14, 2016

KOLEKSI GAMBAR | KREATIVITI DENGAN SUMBER MAKANAN


KOLEKSI GAMBAR | KREATIVITI DENGAN MAKANAN | Untuk koleksi gambar kali ni, ena nak post gambar makanan yang direka menjadi satu benda yang selalu kita guna atau jumpa seperti penyapu, orang, bibir dan sebagainya lagi. So, jom kita cuci mata dan tenangkan pemikiran dengan gambar gambar yang ena nak share dibawah. 

Setiap gambar tu, bolehlah you all hujahnya tersendiri. Dari makanan mana di buat atau makanan tu direka jadi bentuk apa. Jom test kreativiti masing-masing. Okay jom lihat.



KREATIVITI DARIPADA SUMBER MAKANAN
















More Nyummy Here

Thursday, March 10, 2016

BIG SPOON TIMES SQUARE | SEDAP KE??


BIG SPOON TIMES SQUARE  | SEDAP KE??  |  Entri kali ini ena nak share satu kedai makan yang terkenal dengan hidangannya diletak dalam sudu yang besar. Rasanya ramai dah tahu dan juga ada yang pernah pergi makan kat sini kan?? Tapi ena ni baru je dapat pergi makan kat Big Spoon. Dah lama nampak kedai ni kat Berjaya Times Square cuma pergi melencong ke kedai makan yang lain.

Ena singgah kedai ni pun sebab tertarik tengok pinggannya yang berbentuk sudu gergasi. Sebab tu la kot nama kedainya 'Big Spoon'. Well, nampak menarik kann kann. Lain daripada yang lain. Oleh sebab itu, ena pergi terjah untuk rasai sendiri bagaimana rasa makanan kat sini. So, sedap ke tak?? Haaa, mohol scroll sampai bawah.


BIG SPOON TIMES SQUARE


Big Spoon ini menekan masakan ala ala American-Chinese Cuisine. Makanannya diletak dalam mangkuk atau pinggan yang berbentuk sudu yang besar. Kedai makan ini mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Antaranya seperti Klang Valley, Aeon Big Subang Jaya dan Berjaya Times Square.

Untuk kali ni, ena pergi ke cawangan BerjayaTimes Square yang berdekatan dengan kedai Boat Noodles. Alang-alang tengah shopping kat sini, so masa makan tengahari teruslah singgah. Kepada yang tak tahu kedudukan kedainya kat mana, bawah ni ena kongsikan alamat untuk you all.



ALAMAT:
Big Spoon
Lot 02-49-13A, East, Second Floor, Berjaya Times Square, 1,
 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia, 
55100 Kuala Lumpur, Malaysia


MASA OPERASI:
Isnin - Ahad
11am - 10pm


Bila sesuatu kedai makan tu berada di dalam mall, for sure akan buka sekali dengan Mallnya dibuka. Sebab tu ena tak risau sangat pasal hal tutup ke buka kalau nak pergi makan dalam mana-mana mall. Kalau luar daripada mall, ena akan cek terlebih dahulu kat Facebook atau laman web yang boleh dipercayai.



MENU YANG DIPILIH

Kat sini tak ada set untuk any dish dan jenis makanan pun tak banyak. So, ena dengan #IAFoodPartner pilih jelah yang mana rasa macam gempak je nama menunya. Ada juga menu yang tak available. Berikut adalah menu yang kami pilih.

Ma Poh Taufu Rice

Chicken Cold Noodle

Dumplins With In House Special Sauce

Hot & Sour Abalone Noodle Soup


FEEDBACK DARIPADA ENA

Komen ena mengenai makanan kat sini, ermmmm kurang sedap bagi ena. Rasanya agak pelik dan tak berapa pedas sangat. Menu yang boleh masuk dengan tekak ena hanya dumplingnya sahaja tapi still tak sesedap dumpling yang ena makan kat tempat lain. Mungkin sebab kat sini menekankan menu ala ala Chinese Cuisine. Ena tak berapa biasa makan makanan Cina yang betul-betul pure punya. So, tekak ena tak berapa nak berkenan.

Keadaan kedai makannya boleh dikatakan kemas dan cantik. Ena suka bentuk kerusi dan mejanya yang diperbuat daripada kayu, unik. Nak makan pun selesa dan tiada bau yang kurang menyenangkan. Cuma itulah, rasa makanannya ena kurang gemar. Kami berdua beri komen yang sama tapi dah order, so perabiskan jelah semua yang kami pilih. Servicenya masa ni okay je, tapi ramai komen servicenya teruk. Entahlah.



Kalau you all nak merasainya sendiri, pergi je. Mana tahu dah makin sedap dan makin banyak menu yang ada. Ena mungkin akan pergi lagi, oleh itu ena berharap adalah perubahan. Harganya tak adalah mahal sangat kalau tak ambil banyak-banyak. Heeee. So. selamat mencuba.


DETAILS BIG SPOON TIMES SQUARE

Berikut adalah link official untuk Big Spoon dan you all boleh terjah ke sana untuk menjadi panduan kepada yang memerlukan info lebih lanjut. Semoga dapat membantu you all.



FACEBOOK:



More Nyummy Here

Wednesday, March 09, 2016

43: WORDLESS WEDNESDAY | CAKE HOKKAIDO DURIAN

WORDLESS WEDNESDAY | CAKE HOKKAIDO DURIAN | Entry di mana kita hanya meletakkan gambar atau quotation sahaja dan membiarkan ia dijadikan sebagai jalan cerita atau perkara yang ingin disampaikan oleh empunya blog. Tak perlu taip panjang lebar.





FEEDBACK ENA:
Sedap sangat. Struktur keknya pun lembut dan light je. Krim duriannya pun banyak dan rasa durian pada krim tu sangat sedap sampai speechless ena dibuatnya. Rasa tak cukup beli satu set ni. Sedapppp! I love duriannn soo muchhh.

LOKASI: 
Durian Durian KLCC,
 Kuala Lumpur City Center KCE13, 
Concourse Level, Suria KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia


DETAILS:


More Nyummy Here

Tuesday, March 08, 2016

SHAWL SATIN HIGH CLASS | QESYAMIN.MY SCARF


SHAWL SATIN  HIGH CLASS | QESYAMIN.MY SCARF | Siapa kat sini suka pakai shawl?? Dan siapa yang tengah cari shawl jenis kain satin yang berkualiti tinggi serta sedap untuk dipakai?? Haaaa, entri kali ni ena nak share satu jenis shawl satin daripada Qesyamin.My. Dalam koleksi shawl ena, jenis kain ni merupakan kali pertama ena ada.

Dah la tebal, labuh pula tu. Nampak macam licin tapi sebenarnya tak pun. Kalau nak buat gaya macam mana sekalipun mudah dan senang. Nampak kuuurrrrlaaassssss gittew cuma disebabkan kainnya tebal, so agak sedikit panas la juga. Namun, ena tak kisah sangat sebab menutup aurat, lagipun ena ni jenis pakai shawl yang simple simple.


QESYAMIN.MY SCARF

Model tu owner Qesyamin.My

Owner kepada Qesyamin.My merupakan rakan blogger ena yang cantik molek gittew iaitu Syamimi Rosnee. Ena pernah jumpa dan lepak dengan dia sekali di Kuantan ni. Memang cantik sangat orangnya, muka mix! Insecure ittew. Ahals. Oh, lupa nak bagitahu, blogger model ni berasal daripada Terengganu . Baik, peramah dan lemah lembut je orangnya. Tak susah kalau nak berurusan jual beli dengan dia.


Saiz: 190cm x 65cm




TESTIMONI DARIPADA ENA

Berikut adalah gambar-gambar ena pakai tudung shawl satin high class daripada  Qesyamin.My. Ena dah banyak kali pakai cuba tak berkesempatan nak tangkap gambar semuanya. Tapi harap gambar ena yang cun melecun ni dapat buat you all tertarik untuk beli. Ceeewwwaaahhh! Puiii! Diri sendiri nak muntah baca ayat yang direka sendiri. Ahaks.






Memang best kain shawl satin yang ni. Bagi ena, kain satin yang jenis berkualiti tinggi. Nak basuh pun senang, nak gosok pun senang. Sangat berpatutan dengan harga yang diberikan. Sesuai dipakai kalau nak nampak bergaya ketika di parti-parti atau makan malam yang diadakan. Pandai pilih warna, pandai gayakan, mesti hasilnya you all nampak sangat ohhhsemmm!!


DETAILS QESYAMIN.MY SCARF


Kepada mereka yang ingin skodeng lebih lanjut shawl kat sini, you all boleh terjah Facebook atau Instagram officialnya. Nanti ena share link kat bawah ni, hope dapat membantu you all.



FACEBOOK:

INSTAGRAM:



BOLEH COD KE??

Kepada yang ingin COD, boleh sahaja. Tapi mohon boleh baca syarat-syarat dibawah ni terlebih dahulu. Terima kasih dan selamat mencuba men'try' men'test. Uhuks.




More Nyummy Here