Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, February 24, 2016

SARAPAN BERSAMA PELAKON | CINTA SI WEDDING PLANNER


SARAPAN BERSAMA PELAKON | CINTA SI WEDDING PLANNER | Alhamdulillah, ena diberi peluang untuk menyertai satu event yang dianjurkan oleh Team Denaihati Network dengan kerjasama para penaja dan para peminat AdiPutra (Adp1hotlovers) dan Mira Filzah (Miracle.fc) di Bangi Golf Resort Clubhouse.

More Nyummy Here

Wednesday, February 17, 2016

42: WORDLESS WEDNESDAY | BURGER AISKRIM BANTING

WORDLESS WEDNESDAY | BURGER AISKRIM BANTING | Entry di mana kita hanya meletakkan gambar atau quotation sahaja dan membiarkan ia dijadikan sebagai jalan cerita atau perkara yang ingin disampaikan oleh empunya blog. Tak perlu taip panjang lebar.









FEEDBACK ENA:
Sedap, tambahan pula ada jem Nutella. Banyak topping, macam macam jenis ada. Aiskrimnya pula adalah aiskrim oreo, nyummy! Paling penting, sangat mengenyangkan. Happy tummy!
Satu combinasi yang kreatif. Suka suka suka. Lagi suka layan time waktu panas.

LOKASI:
Sungai Lang, Banting

DETAILS:
More Nyummy Here

Tuesday, February 16, 2016

NIKMATI AISKRIM KELAPA DI SANGKAYA | SETIA CITY MALL

 
NIKMATI AISKRIM KELAPA DI SANGKAYA | SETIA CITY MALL | Haa, siapa kat sini suka aiskrim kelapa?? Kita genggg! Ena sejak pergi Hatyai, Thailand dulu ni, terus sampai sekarang jadi ketagih dengan aiskrim kelapa. Kalau nampak orang jual kat tepi memana kat Malaysia ni, mesti ena beli.

Lagi nikmat kalau aiskrim kelapa ni dimakan dengan kacang teratai atau buah teratai. Dulu masa kat Thailand, ada satu gerai aiskrim kelapa ni dia letak kacang ni la. Perghhhhh lebih sedapppp berbanding letak kacang tanah. Tapi kat Malaysia susah nak cari, soo makan jelah apa yang diletak. Ahaks. Okay, baru baru ni ena pergi layan tekak ni makan aiskrim kelapa di Sangkaya. Sebenarnya ni kali kedua makan aiskrim kelapa kat sini, cuma berlainan tempat sahaja.


SANGKAYA SETIA CITY MALL


Sangkaya menyediakan aiskrim yang ala ala Thai Cuisine gittew seperti aiskrim kelapa dan aiskrim teh susu. Lepas tu, you all boleh letak topping yang you all suka seperti kacang, nestum, coconut flakes dan kacang merah. Banyak lagi jenis topping yang you all boleh letak sebenarnya. Tapi ini jelah yang ena ingat. Ahaks.

Tempat makan ini mempunyai banyak cawangan di Malaysia dan you all boleh tengok kat bahagian outlet di website rasminya iaitu www.sangkaya.co. Masa first time dulu ena cuba try test kat The Curve sebab masa tu ada Foodie Festival kat situ. Kali ni pula ena try sendiri kat salah satu cawangannya iaitu di Setia City Mall.




MENU YANG ENA PILIH

Kat sini tak ada banyak menu pun. Khas untuk layan aiskrim sahaja. Kali ni tekak ena teringin nak makan aiskrim kelapa, so ena pilih aiskrim kelapa sahaja. Okay, kat sini you all boleh pilih beberapa package yang you all suka. Ena pilih yang 4 scoops dan boleh pilih 3 toppings yang ena suka. Ena paling suka bab jenis yang boleh letak topping sendiri ni. Memang ena akan ambil sebanyak sebab well nak letak banyak mana pun free of charge, cuma tak boleh lebih 3 jenis topping sahaja.





FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena memang suka rasa aiskrim kelapa kat sini sebab rasa aiskrimnya tak terlampau manis dan feeling rasa kelapa tu masih fresh kat lidah. Cuma, ena agak terkilan dengan saiz mangkuk tempurung kelapa yang disediakan. Hal ini kerana, saiznya sangat kecil dan agak menyusahkan bagi ena untuk makan aiskrim yang 4 scoops ni.  Malah, masa nak letak topping pun agak susah ena nak selitkan kat atas aiskrim ni. 

Bukan ena seorang je, ena perati orang lain pun terpaksa berhati hati makan aiskrim ni sebab takut tumpah serta jatuh kat atas meja. Tapi memang dah tumpah pun segala toppingnya. Ena tengok kat atas lantai kedai ni pun banyak topping yang berselerak. Nasihat ena, mungkin pihak kedai kena cari tempurung kelapa muda yang lebih besar sedikit. Demi keselesaan customer untuk makan aiskrim kat sini.



Ena perasan macam Sangkaya kat tempat lain macam besar je tempurung kelapanya. Entahlah, masa pergi Foodie Festival tu pun dapat yang kecil juga. Ahaks, lain tempat lain caranya kot. Apapun, ena harap pihak mereka dapat tukar saiz mangkuk tu. Yang lain dah okay bagi ena. So, Kipidap!


DETAILS SANGKAYA

Kepada yang ingin ketahui apa yang ada jual kat sini, you all boleh terjah laman social mereka seperti dibawah ni. Klik jangan tak klik yeee.

WEBSITE:

FACEBOOK:



More Nyummy Here

Monday, February 15, 2016

SENTAP DI SEBALIK GAMBAR | MOTIVASI DIRI

SENTAP DI SEBALIK GAMBAR | MOTIVASI DIRI | Asyik post pasal makanan je, kali ni ena nak share pasal gambar gambar yang menarik bagi ena. Hal ini disebabkan gambar gambar yang bakal ena sharekan ni mempunyai message yang tersendiri. Dan yang pasti tersentap juga hati ni melihat gambar tu semua.

Memandangkan kebanyakkan antara kita bakal ber'Monday Blues', termasuklah diri ena ni. So marilah kita lihat gambar-gambar yang ena nak share ni. Ena dapat dari sumber Facebook.












Tiada penerangan daripada ena untuk setiap gambar ni. Segala keterangan terletak pada diri untuk menterjemahkan setiap gambar yang penuh tersirat ni. Setiap orang ada hak untuk berikan pendapat memasing, so selamat mentelaah la gambar ni semua ye. Apapun, ena doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita pada hari ini.



More Nyummy Here

Sunday, February 14, 2016

MENU YANG TAK RETI SEDIKIT | THE CHAIWALLA BANTING

 
MENU YANG TAK RETI SEDIKIT | THE CHAIWALLA BANTING | Kali ni ena nak share satu tempat kedai makan di area Banting yang jenis tak reti bagi makan sedikit sedikit. Semua menu makanannya memang banyak. Dah la sedap pula tu. Ena banyak kali dah makan kat sini, setiap kali order mesti terkejut tengok kuantiti makanan kat sini. Harga tak adalah mahal sangat, puas hati la makan kat sini.

Okay, nama kedai tersebut adalah The ChaiwallaBanting. Tempat makan ni best bagi diri ena, nak lepak santai pun selesa. Ena kalau duduk kat Banting ni boleh jadi gemuk tak sampai seminggu. Tengah nak diet pun, ena boleh langgar peraturan makan minum siang dan malam. Huaaaa. Cannot stand anymore! Kat sini memang banyak sangat tempat makan yang sedap sedap. Even gerai biasa kat tepi jalan pun, masakan mereka memang terbaik. Nyumm nyummm.


THE CHAIWALLA BANTING

The Chaiwalla ini terletak betul-betul berhadapan dengan McD Bandar Banting. Kalau you all tak boleh waze ke restoran ni, you all boleh waze ke McD Bandar Banting. Satu satunya McD yang ada kat Banting ni.  So, you all tak akan tersesat, percaya lah. Kalau sesat, meh contact #IAFoodpartner, Yazid. Apapun, ena sharekan juga alamat kedai makan ni. Manalah tahu ada yang memerlukannya.


ALAMAT:
The Chaiwalla Restaurant
No 7/9 Block D, Tingkat Bawah,
Jalan Cemerlang 4,
Pusat Dagangan 
42700 Banting.



Waktu operasi The Chaiwalla adalah setiap hari buka, dari tengahari sampailah ke malam. Nak lepak lama lama kat sini pun tak mengapa sebab ada wifi free dan juga pelayan kat sini okay je semua. Lagipun, kuantiti makanannya pun banyak so memang takes time la nak perabiskan. Ahaks.

Bagi ena,  suasana kedainya pun selesa, bersih dan terjamin halal. Memang semua pekerjanya akan jaga kebersihan kat sini. Pakaian mereka pun tak selekeh dan tak berbau badan. Ena kalau dah tak tahu kat mana nak lepak makan, ena mari sini jelah. Specialities kat sini pula adalah menyediakan sarapan pagi, makan tengahari, makan malam, lepak minum kopi waktu petang dan supper. Dah macam kedai mamak dah, tapi bukan kepunyaan mamak tau. Heee.




MENU YANG ENA LAYAN KAT SINI

Macam macam dah menu makanan ena dah cuba try test kat sini. Tapi kat bawah ni ena nak share gambar makanan yang masih dalam gallery sahaja. Ada dua  je, padahal dah bermacam-macam menu yang ena pernah makan cuma malas nak snap je. Ahaks. 

Okay jom tengok antara makanan yang ena pernah cuba try test.


Ini pencuci mulut buah-buahan. Serius banyak sangat satu mangkuk ni. Puas ena makan, tak payah makan nasi pun tak mengapa. Kenyang. Sedap pula tu dia punya ramuan. Kombinasi yang sangat sesuai dan menyihatkan.



Yang ini pula, Lemon Chicken Rice dan Yin Yong. Dedua sangat menyelerakan dan kuantitinya pun banyak. Nak perabiskan memang lama. Masa memula hidang tengah panas lagi, so memang sedaplah layan sampai habis. Terbaiklah.


DETAILS THE CHAIWALLA

Then, bagi you all nak keterangan yang lebih lanjut mengenai The Chaiwalla  ni, you all boleh terus contact dengan pihak mereka. Nak skodeng facebook mereka pun boleh. Bawah ni ena sharekan link kepada you all okay? Klik sahaja.



FACEBOOK:

NO TEL:
03-31804861



More Nyummy Here

Thursday, February 11, 2016

RASAI KEENAKKAN STEAK DI KUALA LUMPUR | ME'NATE STEAK HUB


 RASAI KEENAKKAN STEAK DI KUALA LUMPUR | ME'NATE STEAK HUB | Kali ni ena nak bawa you all ke satu kedai makan yang menyedia pelbagai jenis steak mahupun lamp daripada sumber ternakkan yang telah dijaga dengan rapi. Kedai tersebut diberi nama Menate Steak Hub.

Kedai makan ini menyediakan pelbagai jenis bahagian daging lembu serta daging kambing. Setiap bahagian tersebut mempunyai bentuk, nilai dan harga yang tersendiri. Dan pasti harga kesemuanya agak aumm aummm bagi diri ena. Memang kena ada duit lebih baru boleh layan steak kat sini. Ena dah lama nak cuba try test, cuma rezeki belum ada lagi. Nasib baiklah #IAFoodPartner ena, Yazid nak belanja ena makan kat sini, so ena said Alhamdulillah jela.


ME'NATE STEAK HUB


Me'nate Steak Hub mempunyai banyak cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. You all boleh lihat dan terjah di fanpagenya, Me'nate Infokalau nak tahu cawangan yang berdekatan dengan you all. Tapi kali ni ena cuba try test di cawangan Setapak sebab masa tu ena tengah berdekatan dengan Setapak. Kalau you all pun berada berdekatan dengan Setapak, you all boleh wazekan alamatnya di bawah ni bagi yang ingin ke sini jua.


ALAMAT:
Me'nate Steak Hub
D-02-01 Starpac Point Jalan Genting Klang,
Taman Ibu Kota
53300 Setapak, Kuala Lumpur




Di sini you all boleh buat bayaran secara tunai, Visa, Mastercard dan American Express. Kemudahan tandas dan parking pun ada. So tak ada masalah bagi you all. Masa dan hari kedai ni beroperasi, ena akan terterakan di bawah. You all boleh rujuk ye. Semoga dapat membantu.

HARI & MASA:
Isnin - Ahad
11am - 11pm


Kalau you all nak tahu kedainya close ke tak, you all boleh recheck di fanpage official Menate Steak Hub.


MENU YANG DIPILIH



Okay kat sini, you all boleh pilih jenis bahagian daging lembu atau kambing yang you all minat. Pastikan pilih harga yang you all mampu untuk beli. Jangan terkejut tengok harga kesemua daging kat sini. Segala keterangan akan diletak kat plastik setiap daging, so boleh slow and steady memilih.

Okay lepas tu, you all pilihlah yang mana tahap grill daging yang you all berminat. Ena lebih minat yang medium well, tak terlalu masak dan tak terlalu mentah. Lepas tu pilih kuah yang kita nak. Masih tak clear? Jangan risau, pelayan kat kedai ni akan beri tunjuk ajar.





Air kat sini free, so you all boleh jimat kat situ dah serta minumlah sebanyak mana yang you all nak. Jangan sampai kembong sudah. Ahaks. Kat sini ena pilih daging kambing bahagian Lamb Rack yang berharga RM44.90. Perghhhh!!! Harga dia ko! Firstime ena makan daging kambing semahal ni.

Pelbagai jenis air boleh refill yang ada kat sini.


Okay jom tengok menu yang ena dengan partner foodhunter ena pilih. Mohon jangan skip setiap gambar tau. Ahaks.


Angus Ribeye Black Pepper.  Ni daging lembu. Lembut dan sangat juicy. Dagingnya pun tebal.



Lamb Rack. Daging Kambing. Sangat menyelerakan, kenyang dan isinya pun banyak.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Perghhhh! Memang terbaik kualiti daging kat sini. Well, tengok harga la kan, memang mahal bagi diri ena yang masih tak bekerja ni. Struktur dagingnya tak liat, juicy dan ini memang steak yang terbaik yang pernah ena makan selama ni. Patutlah orang sanggup habis beratus-ratus ringgit untuk makan steak kat sini. Kenyang pun kenyang, ena yang suka makan ni pun tak habis.





Keadaan kedainya pun bersih, teratur dan tenang je nak lepak lepak. Dan ena paling suka, minuman dia free dan boleh refill banyak-banyak kali. Separa buffet dikatakan. Kedai ni pun dijamin bersih dan halal. Kalau tak silap ena, owner dia orang Islam dan orang Melayu. Sekiranya betul, Alhamdulillah,

Next time kalau ada rezeki lebih lagi, nak bawa family ena makan kat sini pula. InshaAllah. Berbaloi sangat makan kat sini dengan harga yang kita bayar. Ena sarankan you all, kalau ada rezeki nanti, mai la cuba try test steak kat Menate Steak Hub.


DETAIL ME'NATE STEAK HUB


Kepada yang nak usya lebih lanjut mengenai kedai makan ni, you all boleh terjah ke laman social mereka. You all boleh klik link kat bawah ni.

FACEBOOK:

INSTAGRAM:



More Nyummy Here

Wednesday, February 10, 2016

41: WORDLESS WEDNESDAY | MAGNUM ESPRESSO

WORDLESS WEDNESDAY | MAGNUM ESPRESSO | Entry di mana kita hanya meletakkan gambar atau quotation sahaja dan membiarkan ia dijadikan sebagai jalan cerita atau perkara yang ingin disampaikan oleh empunya blog. Tak perlu taip panjang lebar.





Sesuai bagi mereka yang minat kopi yang pekat pekat ni
.

FEEDBACK:
Pahit dan Pekat rasanya. Gabungan kopi, vanilla, chocolate



More Nyummy Here

Tuesday, February 09, 2016

CARA NAK TAMBAH AKAUN DI INSTAGRAM | iOS USER

CARA NAK TAMBAH AKAUN DI INSTAGRAM | iOS USER | Baru-baru ni, instagram telah membolehkan semua user untuk menambahkan akaun you all dengan sekali sign in. Maksudnya, kita tak perlu lagi nak sign out dan sign in untuk buka akaun yang lain bagi mereka yang mempunyai akaun instagram lebih daripada satu. Kemudahan ini sesuai bagi mereka yang mempunyai bisnes di instagram atau yang ingin buka akaun instagram untuk bisnes online.

Kepada mereka yang masih tak tahu bagaimana menggunakannya, ena nak share cara-cara nak tambah akaun di instagram tapi ena share untuk mereka yang menggunakan iOS smartphone sahaja tau, seperti ipad atau iphone. Untuk android, ena tak pasati bagaimana caranya tapi rasanya lebih kurang je.


CARA NAK TAMBAH AKAUN DI INSTAGRAM

1) Pergi ke Setting

2) Scroll ke bawah, klik 'Add Account'




3) Log In Account yang nak dimasukkan tu.
 


4) Siap.

5) Nak SWITCH / TUKAR akaun instagram, sila rujuk pada gambar di bawah

Buka profile you all, klik kat bahagian nama IG you all

Nanti keluar list seperti gambar di atas. You all nak add banyak-banyak pun boleh. Klik je 'Add Account kat senarai tu.


Kat bahagian anak panah kat dalam rajah, tu menunjukkan you all berada pada akaun yang mana satu. 


Itu sahaja daripada ena. Tak susah nak setup benda ni dan semoga dapat memudahkan kerja you all. InshaAllah. Kalau ada sebarang pertanya boleh email kepada ena ye. 



EMAIL:

INSTAGRAM:


More Nyummy Here

PENGALAMAN HIKING DI BROGA HILLS | SEMENYIH



PENGALAMAN HIKING DI BROGA HILLS | SEMENYIH | Ena bila dah start belajar ni, mula rasa malas nak menulis kat blog. Tapi ni dah lama tak berupdate, so ena kena la update something. Okay, entri ni nak share pengalaman ena pergi hiking untuk kali kedua seumur hidup ena. Kali ni ena hiking kat Broga Hills yang terletak di Semenyih. Cerita ni dah lama, tapi ni baru nak update. Ahaks.

Ena ni baru berjinak pinak dalam dunia hiking. Ena seorang yang suka dengan suasana alam semula jadi dan juga suka dengan aktiviti lasak serta menyihatkan. Oleh itu, ena cabar diri untuk panjat bukit yang serdehana tingginya terlebih dahulu. Lepas ni, kalau ada rezeki nak cuba panjat bukit / gunung yang lebih mencabar.


BROGA HILLS

Tempat masuk dan parking kereta. Bukan free okay, kena bayar.

Bukit Broga / Broga Hills atau nama lain adalah Bukit Lalang. Hal ini disebabkan kat Bukit Broga ni terdapat banyak dengan tumbuhan lalang ni. Masa nak ke puncak, kiri kanan ada lalang. Pergghhhh! Cantik pula ena tengok. Bukit Broga ini merupakan salah satu bukit yang terletak di negeri Selangor, tempat pelancongan dan juga tempat untuk hiking yang agak popular bagi rakyat Malaysia. Terutama bagi mereka yang baru sahaja nak belajar dan merasai hiking tu bagaimana sebenarnya. New beginner.


Ketinggian bukit ini adalah 400m daripada paras laut. Selalu orang datang kemari untuk melihat matahari terbit atau terbenam, tapi masa ni ena pergi dah nak dekat tengah hari. Alamatnya, matahari memang dah tercacak kat atas kepala. Ahaks. Tak mengapalah, just ambil pengalaman dan for sure, as blogger, bergambar tu memang tak dapat di pisahkan. So, aktiviti ena snap gambar sana sini la. apa lagi. Ahaks.


PENGALAMAN MENDAKI BUKIT BROGA


Alhamdulillah, untuk hiking kali kedua ni badan tu tak rasa terkejut sangat macam first time dulu hiking kat Bukit Jugra. Tapi still tak pro macam orang lain, masih slow and steady je naik. Penat tu penat juga cuma tak sepenat macam dahulu, asyik berhenti je lepas tu mengah sampai nak termuntah. Sekarang stamina dah semakin kuat, dan ena makin ketagih nak mendaki lagi. 

Laluan Bukit Broga ni bagi ena tak terlalu mencabar sangat. Memang sesuai sangat bagi mereka yang nak merasai pertama kali mendaki bukit. Lagipun masa ni tak hujan, so laluan tak licin dan tak basah. Cuma ramai sangat orang, macam shopping mall dah kat sini. Tempat popular dikatakan. Ahaks.





Masa kat puncak pertama Bukit Broga, kami lepak lepak sejenak kat situ sambil menghayat permandangan kat atas ni. Nak naik puncak yang paling tinggi, tapi memasing dah kepenatan. So, setakat puncak pertama je ena pergi. Ena still excited nak sambung perjalanan ke puncak seterusnya, tapi kesian yang lain pula. It's okay la, next time pula. Hehehe.




 

Ena masa nak naik okay je, tapi masa nak turun habis menggeletar kaki. Ena memang masih tak kuat dan masih tak stabil masa nak turun bukit. Ena bukan jenis gayat cuma rasa takut tu menghantui diri. Takut tergelincir la, takut tertonggeng la. Macam-macam la. Alamatnya, kena banyak lagi praktis ni. Heeee.





Itu jelah pengalaman ena, tak ada banyak sangat nak cerita. Biar gambar berbicara. Hehehe. Apapun, smoga ena diberikan rezeki untuk cuba hiking kat bukit atau gunung yang lebih mencabar. Serius teringin sangat nak cabar diri ni kat tempat sedemikian. InshaAllah, setiap kemahuan tu, ada jalannya.


More Nyummy Here