Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, December 22, 2016

RESTORAN SELERA MY SETAPAK | SEDAPNYA CHEESE NAN KAT SINI


RESTORAN SELERA MY SETAPAK | SEDAPNYA CHEESE NAN KAT SINI | Siapa sini suka makan Cheese Nan? Siapa tengah mencari Cheese Nan terbaik di area Kuala Lumpur? Haa, entri kali ni ena nak share satu tempat yang menyediakan Cheese Nan yang terbaik bagi ena setakat ena foodhunting selama ni. 

Nama kedai tersebut adalah Restoran Selera MY (RSMY), Danau Kota Setapak. Partner foodhunter ena yang suggest untuk makan kat sini. Dia cakap ni tempat dia lepak dulu kala masa zaman dia stay kat kondominium yang berhadapan dengan bangunan restoran ni. Ena pernah makan cheese nan kat tempat lain, tapi Allah... ada yang keras, ada yang liat. Memang tak memuaskan hati ena. Satu-satunya tempat ena suka dulu ni iaitu Kapitan Penang. Tapi jauh sangat la pula. So, ena ambil kesempatan ni nak rasa cheese nan kat RSMY ni pula. Sungguh ke sedap? Jom baca kat sampai habis.



RESTORAN SELERA MY, DANAU KOTA, SETAPAK




Restoran Selera MY (RSMY) ini mempunyai 3 cawangan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Jalan Masjid India berhadapan dengan Menara City One, Jalan Medan Tuanku berhadapan dengan Maju Junction dan yang ketiga kat Danau Kota ni, betul-betul belakang Hospital Columbia.

RSMY ini menyedia makanan masakan ala-ala India dan Pakistan. So, kat sini you all boleh rasa pelbagai jenis roti nan yang ada. Ena pun baru tahu ada banyak lagi jenis roti nanti, bukan setakat Cheese Nan je. Kalau you all nak rasa masakan yang lain pun hado kat sini. Boleh pilih dengan berpandukan senarai menu yang disediakan.




Berikut adalah alamat RSMY kat Danau Kota. Ena pergi cawangan kat Danau Kota, so ena share RSMY kat sini jela ye. Kat cawangan lain, you all boleh Google. Mana tahu kawan-kawan blogger ena yang lain ada turut share pasal RSMY ni.


ALAMAT: 
Restoran RSMY Best Cheese Nan,
76, 70 Jalan Danau Niaga 1,
Crystal Ville
53300 Kuala Lumpur

MASA OPERASI:
Isnin - Jumaat ( 3pm-2am)
Sabtu -Ahad (12pm-2pm)




MENU YANG DIPILIH

Masa ni makan malam, oleh itu ena makan roti nan jela. Tak larat nak makan yang heavy sangat seperti nasi atau mee sebab nanti nak tidur dah, tak syok kalau perut over kenyang. Ahaks. Berikut adalah roti nan dengan side dishes yang ena dengan partner foodhunter, Yazid, pilih.

Yummy Garlic Cheese. Rotinya lembut, terasa cheesenya. Ena hantu cheese dan ena puas hati. Tak terlampau masin dan tak terlampau tawar.

Ayam Tandoori Peha. Pencicahnya sedap. Makan dengan Cheese Nan. Nyummm!

Beef Keema. Sedap sangat daging hancur ni. Walaupun harganya agak mahal, tapi banyak dan puas hati dengan kesedapannya.



FEEDBACK DARIPADA ENA

Pergghhh! Sedap sungguh cheese nan kat sini. Lembut, tak liat dan tak keras. Makan satu pun dah cukup puas bagi ena. Ena cicah dengan Beef Keema, lagi terangkat weh! Selalu cicah kuah dal je, bosan dah. Rupanya lagi sedap kalau makan dengan Beef Keema ni. 

Masa ena datang ni, memang ramai sungguh orang datang. Semua meja penuh. Ena ada juga baca beberapa review kata pelayan kat RSMY macam sombongla, pemalas la. Tapi masa ena datang ni, not bad layanan dorang. Lagipun kita faham, ramai orang kan. Mereka terkejar sana sini la nak layan tetamu. Hehehe.

Mengenai harga, bagi ena agak mahal juga tapi kesedapannya membuatkan ena tak kisah kalau bayar mahal macam mana pun. Dari segi kebersihan, ena tak boleh nak komen setakat ni sebab ena duduk meja luar. Tak perati betul-betul keadaan dalam kedai RSMY ni.



DETAILS RESTORAN SELERA MY 




Bagi yang nak lagi keyakinan pasal tempat ni, you all boleh terjah ke laman social rasmi mereka. Bawah ni ena share linknya, you all boleh terus klik sahaja. Terima kasih dan selamat menjamu selera.


FACEBOOK

INSTAGRAM

EMAIL



Share

Other Article

RESTORAN SELERA MY SETAPAK | SEDAPNYA CHEESE NAN KAT SINI
4/ 5
Oleh

6 Comments

Tulis Comments
avatar
22.12.16

lamanya tak makan cheese nan. alahai dap tu..

Reply
avatar
22.12.16

Kak Yong pun suka Cheese Nan kat kedai RSMY ni tapi kak yong selalu makan kat Medan Tuanku. Sedapnya.. Yummy..

Reply
avatar
23.12.16

wahhhh sedapppnya....menggoda iman anak tekak betullah...hehehe

Reply
avatar
23.12.16

wahhh.. feveret gak cheese nan ni

Reply
avatar
27.12.16

Hadoii kalau masuk sini time perut lapar memang mencabar betul la.. Semua makanan sedap2 dalam ni..

Reply
avatar
1.1.17

fuuhhh! dah lama tak makan cheese nan!

Reply