Thursday, December 01, 2016

AMEENA KSK III | PENYEBAB LEBAM BAWAH MATA


AMEENA KSK III | PENYEBAB LEBAM BAWAH MATA | Siapa kat sini ada lingkaran hitam bawah mata atau selalu orang sebut lebam bawah mata? Rasanya ramai kan, terutama mereka yang pakai kaca mata macam ena ni. Tak kira laki atau perempuan, dedua akan mengalami hal yang sama. Kalau buka kaca mata, nampak la lebam-lebam tu. Bukan lebam kena tumbuk ke apa tau. Uhuks. Alamatnya, memang muka nampak tak bermaya la.

Ena pun dah ada lebam bawah mata tu sekarang ni. Sebelum pakai kaca mata, ena mana ada eyebag atau lebam bawah mata tu semua. Lepas dah sekian lama pakai kaca mata, dah nampak sikit-sikit bawah mata. Dengan tak cukup tidurnya lagi, yela nama pun student. Mengadap laptop apatah lagi. Banyak faktor sebenarnya kenapa lebam bawah mata ni terjadi. Kalau nak tahu apa penyebabnya lagi, meh baca kat bawah ni.


PENYEBAB LEBAM BAWAH MATA


Senagaja naikkan resolution. Bagi nampak lebam bawah mata.


1) Keturunan

Tahap ketebalan kulit pada sekitar mata adalah berbeza bagi setiap orang. Dan selalunya ikut genetik la atau bahasa senangnya 'keturunan'. Semakin nipis kulit kita tu, semakin jelas penampakan lebam bawah mata. Padan bukan penat sangat pun.


2) Tertekan / Kurang Tidur / Keletihan

Haaa yang ni ena. Salah satu sebab bawah mata ena jadi lebam. Bila diri dalam keadaan pressure atau tertekan, darah kita akan mengalir ke arah organ-organ utama badan yang memerlukan lebih darah terutama otot badan kita kalau nak dibandingkan pada otot muka. Selain tu, badan kita kurang oxygen untuk membekalkan tenaga pada kulit wajah kita. Tu yang nampak kusam je.


3) Mata Bekerja Keras

Tak cukup tidur menyebabkan mata bekerja lebih keras. Terutama bagi yang selalu hadap komputer dan berkaca mata. Memang mata kena bekerja keras sedikit. Dengan itu, darah di sekitar mata menjadi lebih aktif dan sekali gus perbezaan ketara kandungan darah ini menyebabkan lebam bawah mata itu terjadi.


4) Pertambahan Usia Atau Penuaan

Semakin meningkat usia, semakin kulit kita ni kehilangan keanjalan. Kulit bawah mata turut menjadi lebih nipis dan bayangan hitam bawah mata akan nampak tak kira cukup tidur ke cukup rehat ke. Tak percaya, cuba perhatikan mata orang yang sudah meningkat usia ni.


5. Alergik Atau Alahan

Bila hal ni berlaku, maa akan menjadi gatal dan kita yang menanggung ni mesti nak garu atau gosok-gosok mata. Ada yang sampai tonyoh-tonyoh mata dengan tangan. So, bila ditonyohnya mata tu, akan beri tekanan dan geseran pada kulit mata. Tu yang jadi lebam tu.



CARA EFEKTIF UNTUK HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA





Haaaa! Banyak kannn penyebab lebam bawah mata kat atas ni. Sebenarnya ada banyak lagi faktor yang ena tak sertakan. Nanti you all boleh la pergi baca lebih lagi di mana-mana sumber yang boleh dapatkan ilmu pengetahuan. Untuk entri kali ni ena nak share dengan you all satu produk untuk hilangkan lebam bawah mata yang ena tengah guna sekarang. Nama produk tersebut adalah Ameena KSK III. 

Sejenis Water Base atau lebih dikenali BIOMIST AQUA di mana ianya sangat halus dan mudah meresap ke dalam lapisan kulit kita. Kalau you all pakai nanti, you all akan dapat rasakan cecair Ameena KSK III ni mudah kering kat muka atau bawah mata. Ena tengah amalkannya dan ena suka produk ni sebab salah satunya adalah tak melekit kat kulit. Selain tu, kelebihan yang ada dalam produk ni you all tak dapat di mana-mana produk yang lain. Nak tahu tak apa kelebihannya?? Meh baca kat bawah ni. 






KELEBIHAN DAN FUNGI AMEENA KSK III

Jangan risau akan produk ini sebab ianya selamat untuk digunakan. Yela benda yang bermain dengan mata ni, siapa tak risau kan. So, you all jangan ragu-ragu untuk gunakannya. Produk ini telah di daftar pada KKM dengan nombor pendaftaran dan kelulusan:  NOT KKM 151205676 K


1) Membantu mengembalikan seri pada kulit wajah

2) Menghilangkan dan menyegarkan lingkaran hitam pada bawah mata 

3) Mengawal kelembapan kulit wajah sebab produk ni pun boleh guna pada bahagian kulit wajah yang lain

4) Memberi perlindungan dan mengurankan kedutan atau garisan pada bawah mata

5) Membuatkan kulit bawah mata lebih nampak gebu dan licin 

6) Memperbaiki sel-sel pada bawah mata 



CARA MENGGUNAKAN AMEENA KSK III

   

1) Picit sekali pada tapak tangan atau kapas muka. Ena prefer kapas muka yang bentuk petak tu dan lebih bersih nak berbandingkan dengan tangan kita. 

2) Lepas tu sapu pada sekeliling bawah mata. Kedua-dua mata dah cukup untuk satu semburan. Sebab tu ena guna kapas, tak membazir. 

3) Kalau ada lebihan, sapu bahagian jerawat atau bahagian kulit muka yang lain yang ada parut. 


Pakai 3 atau 4 kali sehari. Kalau ena guna masa bangun pagi, petang sebelum maghrib dan sebelum tidur malam. InshaAllah, you all akan rasa kelainannya even tak banyak mana. Kena pakai selalu dan konsisten untuk dapatkan tindak balas yang memuaskan hati. InshaAllah



DETAILS AMEENA KSK III



Haaa, apa macam? Tak mengapa, fikir-fikirkan dahulu. Dah rasa nak beli atau rasa macam tak cukup je info ena bagi ni, you all boleh direct contact dengan pihak yang menjual. Berikut adalah tempat dimana you all boleh hubungi. 



 NOMBOR TELEFON 
019 5081433 (Eyda)

FACEBOOK

 INSTAGRAM

WEBSITE

 HASHTAG 
 #ameena #lebambawahmata #lebammata
 #ubatmatalebam



Share

Other Article

AMEENA KSK III | PENYEBAB LEBAM BAWAH MATA
4/ 5
Oleh

9 Comments

Comments
avatar
1.12.16

Perkongsian yang baik..
AM selalu tidur lewat malam..
Lebam bawah mata memang jelas la..Huhuhu

Ikhlas dari
AlongMisuari.com

Reply
avatar
1.12.16

Suka sangat pakai ni..tegang je mata

Reply
avatar
1.12.16

Menarik ni..sebab mata akk pun ada eyebag

Reply
avatar
2.12.16

So far akak pkai hilang skit lebam tu tp akak ni malas nak sapu asyik lupa.. kena letak sebelah bantal kompom tetiap malam sapu.. heheheh

Reply
avatar
2.12.16

menarik ni, ramai ada lebam bawah mata ni

Reply
avatar
5.12.16

terbaik gak ni. tak payah lagi nak pakai cermin mata hitam nak cover lebam mata kalau keluar rumah

Reply
avatar
16.12.16

terbaik ni..bila penat nmpk sgt

Reply
avatar
20.12.16

macam best je produk ni. Selalu kalau sekadar pakai bedak compact mesti tak mampu nak tutup lebam bawah mata tu -_- hahahha

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)