Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, December 21, 2016

SEOUL GARDEN HOTPOT | MAKANAN KOREA DI ECM KUANTAN


SEOUL GARDEN HOTPOT | MAKANAN KOREA DI ECM KUANTAN |  Baru-baru ni, tekak ena tetiba craving sangat sangat dengan masakan Korea. Terutama dishes Bibimbap Korea sebab banyak sayur-sayuran dan cendawan. I like!! Memang mencari juga kedai makan Korean Cuisine yang best-best kat Kuantan ni. Selalu pergi kat area KL je. Takkan semata-mata nak makan Korean Cuisine kena ke KL, jauh nau.


Kebetulan pula masa tengah mengidam tu kawan ena cerita ada kedai Seoul Garden baru buka kat East Cost Mall Kuantan. Tapi Seoul Garden ni bukan berteraskan steamboat yang kita tahu selama ni. Yang ni menyediakan masakan Korea yang emmmm... macam mana ye nak terangkan....emmm makanan Korea ala carte la senang cerita. Apa lagi, ena ajak la roomates makan kat sini. Nama pun foodhunter, so kena berani la terima apa jua sekali pun keadaan makanan tu.



SEOUL GARDEN HOTPOT EAST COAST MALL (ECM) KUANTAN



Seoul Garden (SG) Hotpot ni diingatkan lagi, bukan Seoul Garden yang steamboat tu ye. Ada dua jenis, tengok namanya pun berbeza. Namun, masih dalam company yang sama. Di SG Hotpot ini menyediakan pelbagai jenis makanan Korea, bukan sekadar Kimchii semata-mata ye, seperti Bibim Baps, Hotpot dan Jjiage set. Setiap satu ni pula ada pelbagai jenis set yang lain dan you all boleh pilih ikut selera masing-masing. 

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, you all boleh terjah laman web rasmi mereka. Taip je kat Google, nanti keluar la info-info. Banyak rupanya cawangan Seoul Garden Hotpot ni kat Malaysia dan malah juga kat luar negara. Dan kali ini ena pergi kat cawangan Kuantan, Pahang. Ena pun study kat Kuantan, so terjah kat sini jelah sebab dah dekat. Berikut adalah alamatnya kat ECM


ALAMAT:
Seoul Garden Hotpot
(Ala Carte Menu)
GF-02, Jalan Putra Square,
Putra Square
25200 Kuantan


Kedainya betul-betul kat Ground Floor dan luar ECM. Sederet dengan Nandos, Starbuck dan bersebelahan dengan Black Canyon. Baru je buka cawangan kat sini. Sebelum ni yang ena tahu kedai makan Tappers kat situ. So, SG Hotpot ni ambil alih. Ada dua Seoul Garden kat Kuantan ni sebenar, satu lagi Seoul Garden Steamboat yang terletak kat Berjaya Mall Kuantan. Jangan keliru dah la dengan dua ni.


MENU YANG DIPILIH

Ena makan bertiga dengan roomates ena, so makanan yang dipilih pun tak adalah banyak mana. Lagipun tak berani nak pilih yang kurang pasti menunya bagaimana. Nanti tak sedap, boleh depress. Harga pun boleh tahan mengancam juga. Namun, ena tak kisah sangat harga. Janji kepuasan itu ada. So, berikut adalah menu yang kami pilih. Maaf pengcahayaan kurang bagus, kuning sokmo. Ahaks.



Stir-fried Squid Hot Plate. Sedap juga yang ni. Kawan ena makan dengan Kimgaru Rice. Kenyang dan berpatutan dengan harga.



Beef Bulgogi Bap. Yang ni ena punya. Macam ena mention kat atas, ena craving sangat BimbiBap. Tu pilih menu ni. Puas hati! Cuma kalau ada sup seaweeds, lagi aumm aummm. Kimchii tu yang menambahkan lagi selera ena makan Bimbibap ni



Yang ni sama je macam ena punya menu, cuma tukar beef kepada ayam. Kawan ena lebih suka makan ayam, so dia pilih yang ni. Kenyang sangat.



Yang ni pula adalah Cold Tofu. Kawan ena punya sebagai kudapan. Yang hijau-hijau tu seaweed. Bagi ena kombinasi semua ni masuk dengan tekak ena. Tofu kan rasanya tawar, digabungkan dengan rasa masin kicap serta seaweednya, not bad.



Minuman ena pilih yang light je iaitu Sparkling Sour Plum. Sebab dah makan yang heavy-heavy, so kenalah pilih air yang cenggini. Baru lah seimbang dan tak cepat muak. Heeee. Seeloknya pilih air panas. Sobs.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Overall, not badlah tempat ni. Layanan dari pelayan kedai pun bagus. Susun atur meja makan pun okay la bagi ena. Bersih dan selesa la untuk menjamu selera. Harga makanan bagi ena standardlah tempat-tempat macam ni. Tambahan pula makanan Korea. Student macam ena ni, dua bulan sekali boleh la kot nak layan tekak kat sini. Ahaks.

Dari segi rasa makanan tu, boleh diterima oleh tekak ena. Ena ni semua makanan layan, janji memuaskan hati ena. Bagi yang tak biasa makan makanan Korea tu, tak ada paksaan bagi you all tapi tak salah pun untuk mencuba. Entri ena ni suggestion bagi mereka yang hendak makan makanan Korea yang sebenar. You all boleh cuba try test makan kat sini dan boleh bagi pandangan masing-masing pula. Ena ni sekadar foodhunter yang sekadar memenuhi masa hobi ena sahaja.Heeee.




Itu sahaja omelan dan perkongsian dari ena. Ena harap pihak Seoul Garden Hotpot kekalkan atau tingkatkan lagi pretasi kedai. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. 




WEBSITE:
www.seoulgarden.com.my (Seoul Garden)
www.seoulgarden.com.my (Seoul Garden Hotpot)


Share

Other Article

SEOUL GARDEN HOTPOT | MAKANAN KOREA DI ECM KUANTAN
4/ 5
Oleh

2 Comments

Comments
avatar
21.12.16

wah..kena g la nnti..lama dh cari

Reply
avatar
22.12.16

dapnya lama tak makan sini

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)