DURIAN CHEESECAKE TERBAIK DARI CAT AND THE FIDDLE MALAYSIA | Siapa kat sini suka durian? Dan siapa juga yang suka Durian Cheesecake? Sesiapa suka tu, kita geng! Ena memang hantu durian dan suka sangat dengan Durian Cheesecake. Tempoyak je ena tak makan. Uhuks. Hari ni ena nak share satu jenama dan tempat untuk dapatkan Durian Cheesecake yang sangat sedap bagi ena.
Jenama Cheesecake tersebut adalah Cat and The Fiddle Malaysia. Ena first time dengar cheesecake dari keluaran ni. Katanya memang dah lama terkenal tapi kat negara luar la. Syukurlah diberi peluang ena sebagai foodblogger dan foodhunter untuk merasai ke semua cheesecakenya. Dan yang paling ena suka Durian Cheese Cake atau nama lainya King Cat Of The Mountain. Memang sedap sangat! Masuk dengan selera ena. Sebelum ena share cheesecake yang lain, ena nak share dengan you all beberapa info mengenai Cat and The Fiddle Malaysia
CAT AND THE FIDDLE MALAYSIA
Cat and The Fiddle ini pada mulanya berasal daripada Singapore dan ke semua cheesecake yang ada dijual adalah resepi daripada Chef Daniel Tay yang merupakan salah seorang chef pastry yang terkenal di Singapore. You all boleh Google kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Chef Daniel Tay ni. Kat Singapore ada lebih kurang 15 jenis cheesecake yang dijual. Tapi kat Malaysia ada 7 jenis sahaja untuk setakat ni atas sebab-sebab yang tertentu. Di Malaysia, kat HOPP Cafe dan PappaRich Outlets, you all boleh dapatkan cheesecake ni.
Demi untuk bawa masuk Cheesecake ni ke Malaysia, pihak mereka telah mendapatkan sijil Halal (MS 1500:2009 | 1093-04/2013) dan sudah semestinya bahan-bahan yang digunakan pun selamat untuk kita makan. Sebab tu ena tak ragu-ragu untuk cuba try test cheesecake ni. Nyummyyy! Rindu sangat Durian Cheesecakenya.
Bawah ni ena nak share antara cheesecake daripada Cat and The Fiddle Malaysia. Dan untuk mengetahuan you all, tiada perisa yang artificial yang diletakkan. Pure-pure berlaka.
JENIS-JENIS CHEESECAKE CAT AND THE FIDDLE MALAYSIA
Merupakan Abang Sulung kepada segala cheesecake Cat and The Fiddle Malaysia. Sedap! Rasa susu cheese dan bahagian topping yang bulat-bulat tu rasa chocolate. Cheesecake ni tak boleh dedahkan kat luar lama-lama sebab nanti cair. Bila dah cair dan struktur keknya pun dah berubah, tak sedap dah nak dimakan.
Haritu ena tak dapat rasa yang ni sebab tak ada. Tapi bagi yang pernah rasainya, dia kata lebih kurang macam NewYork Cheesecake cuma topping dia letak macam agar-agar strawberry gittew. Sedap! Buah strawberry digunakan. Dapat rasa la kelainanya kalau guna buah segar dengan guna perisa sahaja.
Yang ni dikatakan hotselling sebab Oreo. Budak-budak kecil suka la ada Oreo-oreo ni. Tambahan pula, memang tak kedekut Oreo yang diletak kat cheesecake ni. Topping dia, dalam cheesecake pun ada kepingan Oreo dan tapak kek ni pun diperbuat daripada Oreo Crumble. Rasanya memang walla laa!
The Russian Whiskers (Mango Cheesecake)
3 Menu Cheesecake Yang Terbaru
Naughty And Nice ( Chocolate Cheesecake)
King Cat Of The Mountain (Mao Shan Wang Durian Cheesecake)
MY FAVOURITE EVER!! DURIAN CHEESECAKE! Ena seorang yang hantu durian dan memang sangat ngam dengan selera ena. Kalau pergi mana-mana mesti ena akan cari kek keju durian. Dan Durian Cheesecake Cat and The Fiddle Malaysia adalah salah satu kek keju durian yang berjaya menarik hati ena. Hal ini kerana rasanya sangat kaya dengan durian dan tak terlampau manis. I loike! Nyummnyumm! Even paling mahal, tapi ada ku kisah. Hikhikhik.
Milo Dinosaur (Milo Cheesecake)
DAPATKAN HARGA PROMOSI SEKARANG!
Haaa! Sekarang ni Cat and The Fiddle Malaysia tengah buat promosi sebanyak 16% hingga akhir bulan November 2016. Free delivery di Klang Valley atau ambil sendiri di Bandar Sunway. Untuk whole cake tau, bukan slices. Okay berikut adalah terma dan syarat untuk dapatkan promosi ni
Terma dan Syarat:-
a) Code promosi: PROMO16
b) Pembelian promosi hanya di www.catandthefiddle.com.my
c) 16% potongan untuk satu bulat cheesecake tu tau, bukan per slice
d) Percuma delivery ke Klang Valley sahaja
e) Boleh ambil sendiri di pejabatnya yang terletak betul-betul atas HOPP CAFE
f) Kena order sebelum pukul 4 petang paling kurang sehari sebelum tarikh yang you all kehendaki
g) Pihak mereka juga boleh mengubah sebarang terma dan syarat, oleh itu kena alert
h) Tamat tarikh promosi : 30 NOVEMBER 2016
i) Untuk maklumat dengan lebih lanjut you all boleh usya laman web rasmi mereka.
P/S: Kalau you all nak buat untuk sambut birthday parti, untuk peralatan perhiasan seperti lilin, pemegang lilin atau pemotong kek you all kena beli kat bahagian Adds-On. Harga kek tu tak termasuk tau.
CARA UNTUK BELI SECARA ONLINE
1) Pergi ke laman web : www.catandthefiddle.com.my
2) Pilih jenis cheesecake / Adds-on yang you all minat. Lepas tu klik la "Add To Chart"
3) Semak status pembelian you all di My Shopping Cart item(s)
4) Masukkan kupon / code promosi yang ena share kat atas dan klik Apply
5) Lepas tu klik pula "Checkout Now". Baca la terma dan syarat yang dikehendaki pula.
6) Isilah details you all
- Step 1: Isi personal pembeli dan klik cara penghantaran (Nak delivery / Ambil sendiri)
- Step 2: Jadualkan masa yang you all nak, hari, tarikh dan masa. Lepas tu, pilihlah cara pembayaran pula.
- Step 3: Semak lagi pembelian you all. Then, klik Confirm Order
7) Bila semua dah selesai, customer service Cat and The Fiddle akan hubungi you all semula untuk confirmkan pembelian
DETAILS CAT AND THE FIDDLE
We are Foodbloggers
Haaaa! Teringin nak beli? Okay, berikut adalah informasi untuk permudahkan you all hubungi pihak mereka. Dan yang pasti jangan lupa terjah LAMAN WEB RASMI cheesecake ni tau. Kat situ lagi details maklumat yang you all boleh dapat. Ena hanya kongsikan mana yang patut sahaja. Heeee.
Apapun, selamat mencuba dan ena jamin you all tak akan menyesal.
WEBSITE:
FACEBOOK:
INSTAGRAM:
(#catandthefiddlemy)
9 Comments
hoisss ena.. jgn mane byk sgt.. gemok nanti.. hahahaha bestnyee ohhhh!!
ReplyDeleteYa Allah.... kaksha memang minat dengan ciskek. Oreo dengan coklat tu macam memanggil2.. nasiblah takde keupayaan sekarang ni. hahahha! mampu baca entri ena je.. lolz
ReplyDeleteSedapnya cheesecake tu.. tp durian akak tak makan
ReplyDeletealahai..sdpnya tgk..dahla yui hantu cheese.
ReplyDeletewow, geram ye bnyk kek dpn mata..
ReplyDeletedurian crepe laju2 angkat tangan..sedap ye, suka durian
bestnyaaaa la hai tengok kek-kek macam tu. Kalau akak duduk depan tu, mata akak lebih terjojol dari ina tau hahaha .... masyaAllah sedapnyaaaaaa
ReplyDeleteIndahnya bergelumang dengan cheese....adessss nak nak nak😆
ReplyDeleteperghh. syurga kek dah aku tengok. macam nak makan semuanya...
ReplyDeleteSedappnya masuk blog akak ina pasti cair dengan makanan yg sedap2 tu
ReplyDelete