Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Friday, October 14, 2016

ASAMA CAFE KUANTAN | PECEL LELE MURAH DAN SEDAP


ASAMA CAFE KUANTAN | PECEL LELE MURAH DAN SEDAP | Fuhh! Dah lama tak berceloteh kat ruang blog ena ni. Dah lama juga tak pergi foodhunting. Pergi je foodhunting tapi rajin update kat Instagram dan Facebook sahaja. Kali ni baru nak rajin update blog. Dan untuk entri kali ni ena nak share satu kedai makan yang ena rasa puas hati sangat iaitu Asama Cafe

Ena ni seorang yang hantu Ayam Penyet, kalau sedap ayamnya, sedap sambalnya, memang ena akan repeat banyak kali. Pada semalam hari, ena berancang nak berbuka puasa kat luar dengan kawan-kawan ena dan seorang kawan ena offer cuba try test makan kat Asama Cafe. Dia cakap Roti John dan Ayam Penyetnya sedap, harga pun murah. So apa lagi, as FOODHUNTER memang ena terus pergi terjah la.


ASAMA CAFE INDERA MAHKOTA, KUANTAN





Asama Cafe ini terletak di Indera Mahkota 2, Kuantan dan bersebelahan dengan kedai makan Jaman Tory. Kedai makan ni menekan masakan Ayam Penyet atau segala pecel-pecel ni dan juga menyediakan masakan panas yang sesuai untuk dimakan pada waktu malam.

Daripada UIAM Kuantan, dalam 3 minit plus minus dah sampai kalau traffic light tengah hijau la. Dekat sangat. Kalau sesiapa yang nak datang ke sini, waze ke "Jaman Tory", dan kedainya betul-betul sederet situ. Ena dah cuba try test search nama Asama Cafe tapi tak jumpa setakat ini. Haa, tak pun you all boleh search alamat kedai ni. Jangan risau, kat bawah ni ena share alamatnya.


ALAMAT
Asama Cafe
No A9 Taman Kota Ria IM2,
Indera Mahkota,
Kuantan

KEMUDAHAN
Parking kereta
Pembayaran Cash
Singki
Toilet



MENU YANG DIPILIH

Memandangkan nak berbuka puasa, kami pilih menu yang berteraskan nasi. Ena seorang je pilih Pecel Ayam atau Ayam Penyet, yang lain pilih masakan panas. Nak cuba try test berlainan menu, nanti boleh cuba yang lain pula. Berikut adalah menu yang ena dan kawan-kawan ena order.


Mama John Daging + Cheese. Sedap! Kalau datang sini, wajib rasa roti johnnya

Terbaik rasa Nasi Goreng Ikan Masinnya. Nasinya tak lembik, tak sejuk dan tak berketul-ketul. Cuma lagi pedas mesti lagi aummm!

Mee Tomyam. Walaupun ena pernah rasa yang lagi mengancam, tapi not bad tomyam sini. Layannn!

Nasi Goreng USA yang banyak dan dagingnya pun berlambak. Puas hati! Telur pun telur mata, bukan telur fully goreng. Nyummy!

Pecel Ayam / Ayam Penyet. Harga RM6.90 sahaja. Tapi ayamnya banyak! Perah asam limau kat sambalnya, perghh! Superb!

Boleh repeat lepas ni. Tak menyesal!



FEEDBACK DARIPADA ENA

Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat makan kat sini. Terima kasih kepada kawan ena sebab suggestkan untuk berbuka kat sini. Walaupun keadaan kedainya biasa-biasa je, tapi rasa makanannya memang memuaskan hati ena. Harga pun berpatutan dengan kuantiti ena dapat. Rate yang sangat sesuai untuk student makan sini. Memang ramai student dinner kat sini masa ena berbuka semalam.

Selain tu, you all boleh makan kat luar mahupun kat dalam kedai. Kat luar lebih santai cuma ena tak berapa nak selesa nak makan kat luar semalam. Risau nanti ada benda-benda yang tak diingini masuk dalam makanan time makan kat luar.






DETAILS ASAMA CAFE KUANTAN

Itu sahaja perkongsian foodhunting ena kali ni. You all boleh la cuba try test dan bagi ulasan sendiri ye. Ena sekadar kongsi apa yang ena rasa. Kepada yang ingin lihat feedback daripada orang lain yang pernah datang ke kedai makan ni, you all boleh rujuk pada Facebooknya. Ena share linknya kat bawah. Selamat mencuba.





FACEBOOK


NOMBOR TELEFON
0108484911 / 0139344623 (M.Fadzil)






Share

Other Article

ASAMA CAFE KUANTAN | PECEL LELE MURAH DAN SEDAP
4/ 5
Oleh

8 Comments

Tulis Comments
avatar
14.10.16

sungguh menyelerakan tgk gambar2.. nasi goreng tu menarik perhatian zaza..

Reply
avatar
14.10.16

Jauh juga nak pi. Hehe..leh try kalau pi kuantan nti

Reply
avatar
14.10.16

menarik...dekat ngn hotel bajet tu ke..

Reply
avatar
14.10.16

Pandai ambil gambar sampai terleleh tengok gambar. haha

Reply
avatar
15.10.16

harga berpatutan, portionnya pun banyak...terliur tgk mama john tu ;)

Reply
avatar
20.10.16

Wahhh.. dah dekat sangat dengan umah mak nie.. boleh try one day

Reply
avatar
21.10.16

Dekat jer dengan rumah kakak di Indera Mahkota Kuantan ni, boleh menyinggah pekena pecel lele kalau ke sana nanti

Reply
avatar
5.11.16

Yey dah jumpa tempat baru untuk makan.. Biasa makan dekat jaman tory tu aje.. Hehe..Thankz ena.. :)

Reply