Friday, September 09, 2016

AMEZ CARE | TUALA WANITA YANG SELESA & MENYIHATKAN


AMEZ CARE | TUALA WANITA YANG SELESA & MENYIHATKAN | Entri ini tiada sebarang isu lucah-melucah ye. Hanya sekadar perkongsian tentang hal perihal penjagaan wanita. Bukan setakat wanita je yang perlu ambil tahu, kaum lelaki pun kena alert. Terutama hal kesihatan dan kebersihan miss V wanita yang mudah terdedah dengan sebarang jangkitan bakteria atau virus yang berbahaya. Melainkan la yang kaum Adam ni nak kahwin dengan kaum Adam juga. Uhuks.

Oleh itu, salah satunya kaum wanita kena pandai pilih adalah tuala wanita yang selamat untuk digunakan. Dan untuk entri kali ni ena nak share satu jenama tuala wanita yang bersih dan selamat untuk digunakan. Terutama bagi yang kulitnya sensitif bila pakai tuala wanita. Produk tersebut adalah Amez Care.


TUALA WANITA AMEZ CARE


Amez Care Bio Herbal merupakan syarikat mengeluarkan tuala wanita yang berasaskan herba-herba yang selamat untuk digunakan. Antaranya seperti Aloe Vera, Peppermint, Tea Plant, Chamomile dan Lavender. Oleh itu, kaum wanita diluar sana jangan risau tentang keselamatan dan kebersihan untuk menggunakan tuala wanita daripada Amez Care ni.

Terdapat tiga jenis tuala wanita yang dikeluarkan oleh pihak Amez Care iaitu Amez Care Pantyliner, Amez Care Day dan Amez Care Night. Rasanya you all kaum wanita tahu la kan perbezaan ketiga benda ni. Yela, tuala wanita ni macam salah satu benda yang wajib dalam kehidupan seorang wanita. Tapi apa yang membezakan tuala Amez Care dengan jenama yang lain? Haaaa, kalau nak tahu sila teruskan pembacaan you all.


KELEBIHAN TUALA WANITA AMEZ CARE

1) Direka khas dengan cuff kaki 3D yang sangat selesa untuk dipakai
2) Mempunyai lapisan untuk menapis sebarang habuk 
3) Pelekat tuala wanita ni memang kuat. Ena sendiri telah merasainya.
4) Permukaan tuala wanita ini sangat lembut dan berlubang memberikan saluran pengudaraan yang baik.



JENIS-JENIS TUALA WANITA AMEZ CARE

Amez Care Pantyliner

Harga: RM 11.90 (30 helai)



Untuk buat masa sekarang, ena baru cuba Amez Care Pantyliner sebab ena memang selalu pakai pantyliner. So, bila cuba yang ni ena dapat rasa perbezaannya dengan jenama yang lain. Perbezaan yang baik antaranya seperti selesa bila memakainya, berangin, keputihan tidak berbau dan diri lebih yakin nak melakukan kerja yang berat serta memenatkan. Yakin sebab miss V tidak berbau kurang menyenangkan.


Amez Care Day

Harga: RM 12.90 (12 helai)


Yang ini pula adalah untuk mereka yang datang Haid. Sesuai pakai waktu siang even saiznya nipis sebab selesa dan penyerapannya pun bagus. Saiznya tak sepanjang yang waktu malam punya tuala wanita sebab waktu siang ni kita selalu alert. Kalau apa-apa hal berlaku boleh tukar serta merta tanpa ada sebarang kebocoran berlaku. Salah satu keistimewaan yang boleh di dapati pada Amez Care Day ni adalah pada jalur yang warna hijau tu. Ianya mengandungi Nano Silver Ion dan Ion Sinar Infra Merah. Kedua elemen ini membantu keselesaan dan pengedaran darah wanita ketika haid. 


Amez Care Night

Harga: RM12.90 (10 helai)



Untuk waktu malam pula, you all disarankan pakai yang Amez Care Night pula. Hal ini disebabkan saiznya agak lebar dan panjang. So, waktu malam, kita perlukan rehat yang secukupnya. Ena sarankan guna Amez Care Night ni. Memang sangat selesa dan kulit pun tak sensitive. Selain tu, Amez Care Night ni direka khas untuk malam bagi mengelakkan kebocoran yang tidak diduga. Waktu tidur lah darah haid banyak keluar.


DETAILS AMEZ CARE

Haaa, dah rasa berminat nak cuba ke? Kalau nak cuba, you all boleh direct contact dengan pihak mereka. Ena ada share link kat bawah ni dan you all just klik untuk berurusan dengan mereka. Kalau you all nak beli bukan secara online pun ada. Pergi je kat Aeon, Giant atau mana-mana farmasi, Amez Care ni ada dijual.




WEBSITE:

FACEBOOK:

INSTAGRAM:


Share

Other Article

AMEZ CARE | TUALA WANITA YANG SELESA & MENYIHATKAN
4/ 5
Oleh

2 Comments

Comments
avatar
10.9.16

ooo..kena cuba nanti ni

Reply
avatar
10.9.16

Menarik ni..
First time dengar jenama ni. Nak try juga la..

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)