Monday, September 12, 2016

GULIGENG | MENGGAMIT KENANGAN PERMAINAN TRADISIONAL


GULIGENG | MENGGAMIT KENANGAN PERMAINAN TRADISIONAL | Masa ena kecil-kecil dulu selalu main permainan tradisional dengan kawan-kawan, saudara mara. Antaranya seperti ting-ting, galah panjang, sep-sep tiang kat sekolah, congkak dalam tanah, batu seremban dan macam-macam lagi. Rindu weh! Dulu mana ada smartphone, tab apa semua ni kalau nak bandingkan budak-budak sekarang yang dah advance ke depan. Oleh itu, masa ena kecil-kecil dulu lebih cenderung untuk bermain di luar rumah berbanding duduk terperap dalam rumah main segala gadjet yang.

Baru-baru ni Laman Seni Shah Alam Seksyen 7 telah buat satu festival di mana kat situ pelbagai aktiviti yang Alhamdulillah, telah selamat dilaksanakan dengan jayanya seperti pertandingan tarian, permainan tradisional dan pelbagai lagi. Ena dengan rakan blogger yang lain turut menceburkan diri dalam bahagian pertandingan permainan tradisional yang dianjurkan oleh Syarikat Guligeng Event. Terima kasih blogger Halim Brother, selaku bigboss HaiBlogger! and le gengs atas jemputan yang best ini. Make my day.


LENGIT BY GULIGENG 




Guligeng adalah sebuah syarikat yang menitikberatkan hal-hal permainan tradisional dan juga memastikan permainan tradisional ini tidak mati ditelan zaman. Yela, macam kita lihat zaman sekarang la. Budak-budak lebih suka memilih duduk di dalam rumah dan bermain gadjet apa semua. Bila ditanya pasal nama-nama permainan tradisional ni majoriti tak familiar dengan benda tu semua. Itu sebabnya syarikat Guligeng ini tercipta. Cenggitu la lebih kurang.



Pihak Guligeng juga telah menerima banyak undangan daripada syarikat dan agensi sama ada korporat mahupun kerajaan untuk memeriahkan sesuatu majlis. Antaranya seperti Hari Keluarga, Majlis Hari Jadi dan pelbagai lagi. Salah satunya macam kat Festival Laman Seni ni la. Diundang oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk memeriahkan lagi acara kat sini.



PERMAINAN TRADISIONAL YANG DIADAKAN



Banyak juga permainan tradisional yang diadakan ketika Festival Laman Seni Shah Alam ni anatarnya seperti Kaki Hantu, Terompah Gergasi, Keretapi Lama, Tuju Tin, Lari Dalam Guni, Susun Bata dan Kelerang. Namun, tak semua yang ena dapat main atas sebab masa tak menyebelahi ena pada hari kejadian. Ena terpaksa gerak balik awal lepas main tiga permainan iaitu Terompah Gergasi, Keretapi Lama dan Kaki Hantu. Sedih lah juga, tapi nak buat macam mana kan kan.


Antara package permainan tradisional yang diadakan.

Terompah gergasi. Kat sini ena selaku team hijau kalah. Masa ni memang terjatuh-jatuh ena.

Ena fail main kaki hantu. Tak reti nak gerakan. Yazid jelah yang habiskan permainan. 

Setiap orang kena main kaki hantu ni. Tapi group hijau hantar dua wakil je. Uhuks

Tuju tin. Tak sempat nak main yang ni. Gambar daripada Dhia Vivadea

Keretapi lama. Gambar daripada Zaza Iman

Lari dalam guni. Gambar daripada Afzalsukasuki


Terima kasih juga kepada PonPon Aiskrim kerana menambahkan lagi perisa dalam kegembiraan ena dan lain-lain ketika Festival Laman Seni Shah Alam ini dilaksanakan. Dapat makan aiskrim PonPon sampai lebam secara percuma. Sesuai sangat la sebab time tu cuaca boleh tahan panas. Memang rugilah kalau tak pulun makan Aiskrim PonPon ritu ni. Yela, tengah percuma siapa tak nak. Ahaks.






CARA NAK HUBUNGI GULIGENG

Terima kasih untuk pihak Guligeng memberi peluang kepada ena untuk cuba try test antara permainan tradisional yang ada di Malaysia. Meriah sangat even ada kecederaan sedikit yang berlaku pada ena. Its okay, malas nak manjakan sangat badan ni. Heeee. Apapun, masa main tu semua memang teringat ketika zaman kanak-kanak ribenna dulu ni. Tetiba sebak! Sobs! Rindu dah nak jadi budak kecil semula. Happy jee.

Okaylah, itu sahaja perkongsian daripada ena. Kepada you all ingin membuat suatu aktiviti yang rare ketika mengadakan majlis apa-apa, you all boleh la berurusan dengan pihak mereka. Di bawah ni antara tempat yang memudahkan you all jadikan rujukan untuk mendapatkan sebarang maklumat tentang  Guligeng.





Kami, para blogger yang memeriahkan lagi Laman Seni Shah Alam. Gambar daripada Afzalsukasuki .



WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:

NOMBOR TELEFON:
012-2488816 (Puan Yati)
012-3963875 (En.Rahman)


Share

Other Article

GULIGENG | MENGGAMIT KENANGAN PERMAINAN TRADISIONAL
4/ 5
Oleh

5 Comments

Comments
avatar
12.9.16

ahahaha... happening giler.. zaza pulak first time join aktvti bsama blogger.so sgt myeronokkan.. ada pluang lg nak join.. ena kalau ade aktvti2 blogger war war kan lah ye..

Reply
avatar
13.9.16

wowwwwwww happening nye.. bestnya diorang sume kak..

Reply
avatar
14.9.16

ye la..teringat masa kecik2 dulu..hahhaha..

Reply
avatar
25.9.16

Bestnya main game ni semua. Ada juga permainan yang yaya tak pernah main huu seronok tengok gambar meriah sungguh

Reply
avatar
7.10.16

memang menggamit memori zaman kanak² ni..meriahnya!

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)